
Aku tengok sendiri mak aku perlu angkat periuk berat ke toilet untuk mandian aku bila mana ayah aku ke kebun sedangkan mak aku tangan dia dah tak kuat sampai perlu ke hospitaI dua minggu sekali untuk fisio. Bila aku mengadu dekat mak aku, baik je mak aku pertahankan suami..
#Foto sekadar hiasan. Ceritanya terjadi bilamana aku dan suami balik ke kampung aku untuk persediaan aku untuk bersalin. Aku balik dalam bulan November 2021 dan dijangka bersalin pada Disember 2021. Ditambah dalam waktu berpantang, lebih kurang dalam 3 bulan aku berada di kampung halaman setelah hampir setahun tak balik sebab pandemik.
Disebabkan jangka masa yang lama aku berada di kampung. Jadinya, suami aku buat keputvsan yang jadi rider penghantar makanan. Oh ya, sebelum ni pun dia masih rider sepenuh masa. Menghantar makanan ke sana sini dan aku sangat faham kerja tu berisik0.
Setiap kali melangkah keluar, memang doa dalam hati aku mengiringi dia supaya Allah Iindungi dia. Disebabkan itu, dia ambil keputvsan untuk ambil box rider (box makanan yang letak kat belakang motor) dekat rumah aku, dan dia perlu ke KL sorang untuk beberapa hari.
Kebetulan, abang aku dan team company dia nak ke KL juga. Jadinya dapat la dia tumpang kereta abang aku tu ke KL. Dalam perjalanan ke KL, suami aku ditawarkan bekerja bersama abang aku dengan gaji yang agak banyak sebagai staf sementara untuk 2 bulan.
Abang aku ni ada perniagaan berkaitan urusan yang memerIukan turut naik dari utara ke KL. Boleh dik4takan setiap minggu perlu ke KL pun ada. Bila suami aku bagitahu aku pasal ni, aku tanya samada dia setuju untuk join?
Dan dia setuju, sebelum ni aku pun ada bagitahu mana laa tahu kalau rezeki abang aku offer dia kerja. Tak payah laa dia jadi rider berhujan panas dekat kampung halaman aku dan ada income masuk. Aku pun tak susah hati, aku sokong dia kerja dengan abang aku.
Hari bersilih hari. Aku hampir ke tarikh due untuk bersalin. Abang aku datang ke rumah aku untuk berborak dengan mak ayah aku. Kemudian, dia bagitahu yang suami aku perlu ke KL. Aku terus menghalang cara baik dengan alasan yang aku boleh bersalin bila – bila masa saja.
Walaupun abang aku berseleroh untuk tetap nak bawa suami aku ke KL untuk urusan. Aku tetap menyatakan dengan cara baik sebab itulah tujuan utama kami balik ke kampung aku. Abang aku setuju, jadinya suami aku tak perlu ke KL untuk urusan syarik4t.
Akhirnya, aku selamat bersalin anak kedua. Dan anak kedua ditempatkan ke NICU selama 7 hari akibat komplikasi ketika bersalin dan ketika aku masih di hospitaI, aku diterangkan oleh doktor keadaan anak aku yang kritikaI.
Bila doktor cakap, “ibu, ibu doa banyak – banyak ye,” sangat membuatkan em0si aku r3muk. Sebagai pes4kit Maj0r Depr3ssion Dis0rder with Anx1ety yang masih lagi terima rawatan di hospitaI. Aku siapkan em0si dan fizikaI aku.
Tapi keadaan tu, buat semuanya h4ncur. Aku dibenarkan keluar hospitaI pada hari yang sama aku bersalin. Aku fikirkan anak pertama aku. Aku perlu kuat untuk balik. Lagipun bila dekat rumah aku tak keseorangan. Lepas balik ke rumah, keadaan aku masih okay.
Aku alih perhatian dan em0si aku kepada anak sulung aku. Walaupun hari – hari aku terkenangkan anak kedua aku. Aku cuba untuk tak nangis walaupun aku bangun tengah malam untuk pam susu. Keadaan suami aku, masa ni sangat membantu dan menyokong aku.
Anak kedua aku dibenarkan keluar selepas 7 hari. Dan selepas dua hari anak aku keluar, suami aku perlu ke KL atas urusan kemanusiaan bersama syarik4t abang aku tu. Hati aku berat nak lepaskan dia pergi dan dia juga. Tapi aku relakan walaupun aku tak mahu dengan sebab kesabaran aku, ada juga pahala untuk aku.
Hari berganti hari, hampir sebulan dia bekerja di situ. M4kin ada beberapa kali juga dia perlu ke KL dalam aku berpantang. Aku mula str3ss. Mana nak uruskan anak sulung aku yang masih nak terima ada adik. Jahitan yang belum sembuh.
Perasaan serba salah aku pada parent aku sangat menebal. Aku tengok sendiri mak aku perlu angkat periuk berat ke toilet untuk mandian aku bila mana ayah aku ke kebun sedangkan mak aku tangan dia dah tak kuat sampai perlu ke hospitaI dua minggu sekali untuk fisio.
Em0si aku mula kacau. Bagi aku, suami aku yang patut tolong aku bukannya mak ayah aku. Korang faham kan? Aku luahkan dekat mak aku. Mak aku sebeIahkan dia, “jangan buat macam tu. Dia pun tak mau pi. Serba salah dia pun dia nak tinggalkan.” Aku ingat lagi ayat mak aku.
Tapi apa yang aku dapat tengok melalui Whatsapp story seseorang yang berkaitan dengan syarik4t tu. Bukanlah pergi berurusan kerja sangat. Lebih kepada nak enjoy. Aku boleh terima kalau pergi outstation untuk kerja. Yang berurusan tu abang aku dan staf yang berkaitan.
Tapi staf yang lain? Hmmm aku tengok siap pergi mall, pergi theme park, pergi makan tempat sedap – sedap. Culture company tu memang suka enjoy selepas siangnya str3ss berkerja. Aku cuba nak fahami keadaan dia dalam berkerja.
Walaupun aku sedar em0si aku tak stabil tapi aku sedaya upaya kudrat yang aku ada untuk berfikiran rasional bukanlah em0si semata. Aku masih cuba hadam walaupun hati aku s4kit sangat. Tapi, kalau dah pergi Langkawi naik bot layar, mandi laut sampai burn kulit tapi aku?
Sibuk dengan anak – anak sampai diri aku sendiri rasa tertekan sangat. Mana nak jaga em0si anak sulung aku supaya dia tahu yang amat sayangkan dia walaupun sekarang dah ada adik dan pada masa yang sama asyik rindukan bapak dia yang asyik tinggalkan dia.
Dia baru 4 tahun kot apa sangat yang dia boleh faham. Bila aku penat, aku terlepas marah kat anak aku. Serba salah sangat. Mana nak jaga hati mak ayah aku yang mula terasa dengan dia. Sampaikan dia dah bermasam muka dengan mak aku.
Sebelum hari dia pergi Langkawi, mak aku tanyakan pergi Langkawi untuk urusan apa? Dia jawab, “ saja suka – suka,” berdesing telinga mak aku masa tu. Dari mak aku sebeIahkan dia terus rasa tak puas hati sebab sanggup tinggalkan aku yang dalam pantang ke Langkawi walaupun dia ada bagitahu aku dari awal yang dia akan ke Langkawi atas sebab syarik4t tu nak raikan dia.
Mak ayah aku pun berbeIah bahagi juga sebab tu company anak dia sendiri. Masa tu aku tak boleh hadam apa yang aku perlu rasa dan fikir. Aku diam saja. Lama juga aku fikir patut ke aku em0si? Sampaikan balik dari Langkawi pukuI 8.30 malam, pukuI 10 malam hari yang sama perlu ke KL.
Sampaikan anak sulung aku dah bertanya – tanya kenapa nak kena pergi kerja lagi baru saja balik kan. Dan aku masih dalam pantang. Terus terang aku katakan, suami aku macam culture sh0ck. Dia tak pernah berkerja dalam keadaan yang happening dan fun.
Kononnya str3ss berkerja dan boleh terus release tension bersama. Bonus dan rewards banyak. Dan aku akui benda tu. Aku yang berkerja dekat syarik4t ternama pun tak ada sampai macam tu sekali. Again, aku fikir rezeki dia tapi aku fikir juga, kalau bukan sebab aku balik berpantang, dia tak dapat merasa semua tu.
Klimaks kesabaran aku sampai ke kemuncak, bila mana minggu terakhir dia dengan company tu, diorang nak ke satu extreme theme park di Pulau Pinang. Masa tu aku tengah buaikan anak aku. Dan dia bagitahu. Terus aku rasa macam kepala dan telinga panas.
Aku tak mampu nak cakap apa, terus ke dapur untuk minum air menahan marah dengan airmata bertakung. Mak aku nampak. Mak aku tanyakan kenapa? Kot aku s4kit sebab baru bersalinkan. Aku bagitahu apa yang dia sampaikan.
Terus mak aku ke depan dan tanyakan sekali lagi. Kali ni, mak aku berpihak kepada aku sebab bagi dia, tak patut suami aku pergi ke sana untuk bersuka ria. Sedangkan aku, dengan anak – anak kat rumah. Mak aku katakan, kalau nak pergi. Bawalah aku dan anak – anak sekali (pantang hari ke 45), kalau tak payah la pergi. Dan dia tak pergi.
Kali ni dia berjaya untuk katakan tidak untuk tidak pergi join company tu. Itu pun lepas mak aku dah cakap macam tu. Dan response manager kat situ, okay jeeee siap take care lagi (Response yang okay walaupun dia tak dapat join.)
Sebagai mencari jalan penyelesaian, aku cuba berbincang. Dia katakan pada aku yang aku akan buat per4ngai setiap kali dia perlu outstation. Aku tak boleh terima, dia hanya staff sementara yang hanya berkerja dua bulan.
Memang bagus dia dapat tunjuk komitmen yang baik tapi bukan mengabaikan aku. Setiap kali perlu outstation dia hanya ikut saja tanpa berbincang dengan abang aku untuk menolak. Aku tanyakan kenapa tak berbincang untuk tak pergi bersama diorang.
Apa yang dia jawab, “apa kata staf lain kalau dia tak pergi. Takkan sebab adik ipar bos boleh dapat keistimewaan untuk tak pergi?” Well, dia lebih kisah nak jaga hati orang luar berbanding hati isteri sendiri. Setiap kali pergi outstation dia tak pernah call tanya khabar aku dan anak – anak.
Kalau takn ak cakap dengan aku pun takpe, tapi cakap la dengan anak aku. Hmmm.. kalau betul dia berat hati nak pergi ke outstation, kenapa tak bersuara bagi pihak aku? Aku ni baru lahirkan zuriat dia. Bukan pergi ber4k.
Dia tetap salahkan aku sebab support dia kerja situ walaupun dia ada suarakan dia tak nak kerja situ masa dua minggu pertama dan nak balik ke rumah kami. Masa tu aku slow talk untuk stay dulu sebab anak kedua aku ni banyak temujanji follow up hospitaI dan janji aku dengan parent aku nak berpantang di situ sampai habis.
Dia setuju. Dan aku perhatikan keadaan dia sama ada dia terlalu str3ss berkerja di situ. Aku masih bertimbang rasa dan pantau keadaan dia kot dia terlalu tertekan walaupun keadaan aku yang baru lepas bersalin. Tapi sebaliknya yang terjadi, aku pula yang tertekan. Aku tersepit.
Perbincangan kami tak membuahkan hasil. Dia tetap salahkan aku dan tak nak faham situasi aku. Aku sedih sangat. Lepas dia berkerja kat situ, aku dah tak kenal suami aku. Macam tak hidup dalam dunia yang nyata. Mengelamun dan sibuk dengan fon dia.
Tidur pun sorok fon bawah bantal walaupun kami dah balik ke rumah sendiri. Aku tak tahu macam mana nak buatkan dia faham situasi aku. Sebagai isteri aku turunkan eg0, aku masih lagi minta maaf walaupun aku rasa, aku tak mahu minta maaf sebab aku sangat terIuka dengan apa yang jadi.
Kenapa ia tak bersuara tunjukkan yang dia bertanggungjawab. Menyokong dia berkerja di situ tapi bukan untuk tinggalkan aku berkali – kali dalam berpantang. Aku cuba sebaik mungkin untuk faham situasi dia. Tapi dia tak nak faham situasi aku.
Aku tawar hati sangat. Kali ni, aku nak jaga hati aku sendiri. Kalau aku tak happy, aku takkan jadi ibu yang bahagia besarkan anak. Kalau hati aku tak happy, aku akan lambat untuk sembuh dari depr3ssion. Aku dah serik untuk tempuhi waktu berpantang walaupun aku masih lagi inginkan zuriat.
Sudahlah, mungkin ini pregnancy aku yang terakhir. Aku nak jaga hati aku sendiri sebab aku sayangkan diri sendiri dan anak – anak aku. Ini ujian yang struggIe untuk aku dalam masa yang sama aku masih punya MDD. I feel so bad to myself.
Doakan aku kuat dan tak mer0yan. Kalau korang adalah seorang suami yang sedang membaca. Jangan tinggalkan isteri dalam berpantang tanpa sebab yang kukuh. Isteri baru saja bert4rung nyawa demi suami. Sekian, Isteri yang terIuka. P/s: Thanks admin sudi approve kan. Dan thanks korang baca luahan aku yang panjang ni. – Bunga Lily (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Norsyina Tazali : Sian lily. I feel you, sis. Syukurlah Allah bagi 2 bulan je laki sis nak merasa koje best skit. Kalau permanent tak tau laa nak habaq lagu mana. Take care sis. Kita tengok apa jadi lepas dia berenti koje tu dan jadi food rider balik.
Fatin Nadia : Pernah dengar quote, it takes two to tango no matter what happens in relationship, good or bad, u have to acknowledge your part~ Kalau sebeIah pihak saja yang berusaha tak kan jadi apa – apa. Sepatutnya suami awak perlu sedar akan tanggungjawab dia /peranan dia pabila sudah berkahwin.
Lagi – lagi awak baru bersalin. Sekiranya dia outstation merata disebabkan kerja, bole faham lagi. Tapi, kalau saja untuk bersuka – suka. Sementara isteri tengah berpantang. Bagi saya memang tak patut sebab awak melahirkan zuriat, keturunan dia.
Sepatutnya dia menjaga awak. Semoga awak diberi kekuatan untuk menjalani ujian rumahtangga. Jangan layankan sangat perasaan. Kumpul kekuatan untuk diri, layan anak – anak dengan baik.
Iza Almilyunir : Penulis ni ada anx1ety, patut la macam – macam em0si. Tengah berpantang plak. Kadang – kadang kita dapat rezeki duit lebih, Allah kurangkan tang masa, kadang – kadang Allah bagi kita masa lebih tapi rezeki duit kurang. Takde yang sempurna sis. Suh suami tu upah confinen lady untuk jaga sis time pantang ni. Duit dah ada tu. At least ada orang jaga makan minum, jaga baby.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.