
Kami sanggup tak bukak lampu, kedekut elektrik harapkan lampu dekat TV je. Bukak air pun sekecik mungkin. Bukan jimat tapi kedekut. Baru – baru ni mak aku sibuk nak datang rumah aku dengan ipar duai seramai 50 orang. Tapi tak sangka ini yang jadi. Sampai sekarang aku menangis, senyum sorang macam orang giIa..
#Foto sekadar hiasan. Salam buat semua pembaca, aku merupakan seorang isteri dan ibu anak satu. Anak aku perempuan dan berumur 6 tahun. Perkahwinan aku akan mencecah 8 tahun tidak lama lagi. Apa aku nak cerita ni, kisah aku yang benar.
Aku dan suami boleh dik4takan seorang yang penjimat tapi bukan kedekut. Aku dan suami berjimat seperti sanggup duduk bergelap di rumah tidak buka lampu, kalau sudah buka tv, gunakan sahaja cahaya di tv. Kalau buka air, biar yang kecil aje air keluar tu.
Malah makan restoran seperti chilis, johnys rocket, zanmai sushi pun dalam 5 bulan sekali aje makan, itupun kami akan makan kuantiti yang sikit. Kalau makan di kedai tomyam dan kedai biasa – biasa aku akan kongsi makanan dan minuman dengan anak aku.
Setelah mendapat anak pertama. Aku tak lagi mengandung – ngandung walau dah cuba pelbagai cara sejak dapat anak pertama aku. Selama 6 tahun kami ikhtiar tapi tak ada hasilnya. Aku kadang – kadang menangis sebab aku rasa aku tak mampu beri anak pada suami, kadang – kadang suami aku teringin beli mainan anak lelaki seperti berkata, “kalau ada anak laki, abang nak belikan die lego batman ni,” aku terasa hati dia kata bergitu.
Tapi aku pendamkan aje. Aku terlupa nak cakap, walau kami berjimat pelbagai benda tapi bab beli mainan anak, tak pernah kami berjimat. Boleh dik4takan aku dan suami berhabis berpuluh ribu untuk mainan anak aku sehingga umurnya 6 tahun.
Contoh macam belikan lego house original, belikan segala jenis barbie doll, belikan dapor kitchen maianan sampai 3 set, vanity dressing table mainan, kereta – kereta besar dan basikal radio flyer, semua tu yang original, scooter dan pelbagai lagi sehingga bilik anak aku sudah seperti tadika untuk budak – budak.
Tapi tak tahu di mana silap kami. Aku masih tidak mengandung walhal aku sangat sayang anak aku atau anak buah. Anak buah turut merasa apa anak aku rasa, pelbagai jenis mainan aku beli untuk mereka, dengan niat aku akan dikurniakan anak.
Sampai satu masa aku dah putvs asa dan tak fikirkan lagi hal nak dapat anak. Baru – baru ini masa hari raya, ibu aku dan keluarga saud4ra mara ipar duai sibuk nak datang rumah aku. Aku memang jarang ajak sesiapa pun datang ke rumah kerana per4ngai berjimat aku la.
Tambah lagi nak pikir bab rumah bersepah, aku juga kena kemas nanti, elektrik membazir, air toilet digunakan mesti banyak. Makanan nak masak pun aku catu selama ni, sepanjang hidup dengan suami, jadi aku memang tak nak buat makan – makan pun.
Tapi bila didesak, aku cuba ikhlaskan diri dan memang masa aku masak tu aku rasa happy dan tak rasa macam beban langsung. Tak tahu kenapa aku tak rasa beban pula, aku masak 6 jenis lauk untuk 50 orang makan.
Semuanya aku lakukan sorang – sorang dari pukuI 11 pagi hingga 12 malam akhirnya siap. Walaupun sangat – sangat penat tapi aku tak ada rasa nak mengeluh dekat suami aku. Macam sebelum – sebelum ni aku akan bising dan marah – marah bila ada orang nak datang rumah sebab per4ngai berjimat dan tak nak kemas rumah bersepah.. Tapi kali ni tak..
Esoknya tetamu semua datang dan makan semua puji sedap, semua gembira ketawa – ketawa, semua makan makanan aku sampai licin, kalau tak sedap, takkan licin makanan aku masak kan? Aku happy dan bahagia sangat tengok diorang makan.
Aku terfikir dalam hati aku. Kenapa lah aku berjimat sangat sebelum ni, padahal makanan ni lah buat kami, keluarga aku dan keluarga suami boleh rapat duduk semeja macam adik beradik. Aku sebak di hati fikirkan per4ngai aku sebelum ni.
Aku terlalu berjimat sampai keluarga aku dan suami tahu aku pakai baju yang dibeli di pasar malam aje, bila diorang cerita baju h&m ada sale, aku tercerita aku pakai baju pasar malam RM10 RM15 dan pada aku h&m mahal walaupun sale sebab baju masih RM20 keatas.
Setelah beberapa hari buat makan makan untuk keluarga, aku rasa badan aku tak sedap, letih dan rasa nak munt4h. Perut aku rasa kembung aje seperti angin yang tak mampu nak keluar. Kepala aku seperti kejap ok, kejap pening yang 5 saat aje pening dan ok balik beberapa jam dan pening balik.
Tapi aku tak rasa aku nak pregnant pun, aku rasa mungkin period nak datang, tapi rasa tak selesa kat badan ni berlanjutan sampai hampir 3 minggu. Ikut tarikh sepatutnya aku period, period aku tak pernah terlewat, aku masih rasa tak selesa dan perut kembung dan cramp yang kejap s4kit, kejap cramp yang biasa – biasa je.
Jadi pagi esoknya, aku beli pregnancy test 5 batang, aku try pregnancy test yang pertama, ada dua line 1 blur dan satu pekat. Aku tak puas hati, aku rasa pregnancy test tu rosak, aku cuba buat yang kedua, pun masih blur macam yang yang pertama ada dua line, yang ketiga pun sama blur tapi ada dua line.
Aku fikir – fikir mungkin rosak tiga – tiga pregnancy test ni sebab aku tak percaya semuanya ada line. Aku cuba yang ke empat masih sama ada dua line tapi satu pekat dan satu blur. Aku dah percaya sekarang aku mengandung walaupun was – was lagi adakah mengandung atau tidak.
Aku senyum dan menangis ketika lihat pregnancy test tu, aku senyum dan ketawa terbahak – bahak dan menangis – nangis sorang ketika tu suami dah pergi kerja, kalau ada orang lihat aku waktu tu pasti kata aku perempuan giIa.
Sambil aku senyum, menangis, ketawa aku bercakap dengan Allah, “terima kasih Ya Allah, aku buat baik sedikit aje, kau baIas dengan rezeki yang besar untuk aku. Selama 6 tahun aku tunggu rezeki mu ini. Aku cuma beri makan keluarga sahaja, ini rezeki yang kau baIas untuk aku, Terima kasih Ya Allah.” Aku sujud syukur.
Kemudian masih menangis ketawa berjam – jam di atas katil. Kau bayangkan aku memang nak anak lagi, aku t4rget nak anak selang 2 tahun beranak, tapi aku tunggu hampir 7 tahun ni baru dapat anak, yang mana aku dah putvs asa waktu tu untuk pikir cara dapat anak.
Tapi sebabkan aku beri rezeki ke orang dengan ikhlas cuma masak kan dan jamu orang makan dengan hati yang ikhlas, tak mengadu penat atau apa.. Allah baIas kebaikan aku. Hari ni aku dah dapat pengajaran, aku tak akan berkira dan terlalu berjimat atau tak suka orang datang rumah.
Setiap apa kita lakukan tu aku akan buat dengan ikhlas. Aku terlalu berjimat guys, sampai aku malu nak cerita details bab jimat aku macam mana, layanan jimat aku terhadap keluarga aku dan ipar duai macam mana, terlalu berjimat sampai mereka terasa dengan aku.
Tetapi lepas aku bagi makan sehari suntuk masak tu aku dikurniakan rezeki besar ini, Alhamdullilah aku berubah 100% lepas ni. Aku masih senyum sorang – sorang dan ketawa dan kadang – kadang menangis gembira. Doakan pregnancy aku ni ya guys.
Lama aku tunggu, anak aku yang lagi satu tu pun memang nak sangat adik sampai pernah menangis tengok orang lain ada adik, dia takde adik. Dah lama aku tunggu, aku masih senyum lagi ni dan menangis lagi. Cerita aku ni mungkin tak de apa apa sangat pada korang. Tapi pada aku sangat besar. Aku terlalu berjimat dan berkira. Jangan jadi macam aku guys, nanti rezeki sempit. Aku dah belajar dari kesilapan.. Terima kasih. – Salina
Komen Warganet :
Farida Hamad : Alhamdullillah, rasa berbunga – bunga baca. Tak dapat bayangkan macam mana la jimat awak tu sampai tutup lampu bergelap dalam rumah. Duit gaji yang kita dapat tu adalah hasil usaha lelah kita, tak salah pun kita nak guna enjoy sikit – sikit. Tapi bahagikan la untuk simpanan dan kec3masan. Simpan banyak – banyak duit tak boleh masuk kubvr pun. hehe
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.