Selama ni aku anak manja mak, lepas aku kahwin ayah berjaya hasut mak. Bila aku balik kpg mereka dah takde

Ayah bagi syarat kalau aku nak kahwin, kami kena duduk sekali dengan mereka. Dalam masa yang sama, kami kena bayar sewa rumah, belanja rumah. Tapi tak sampai 4 bulan aku dan suami duduk sekali, kami semua kena halau dengan tuan rumah. Dia kata ada sewa tertunggak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum aku ucapkan kepada readers semua. Pertama sekali terima kasih admin kerana sudi siarkan confession aku. Kepada pembaca, andai ada nasihat mahupun kecaman, katakan saja aku cuba terima dengan hati terbuka.

Derh4ka? Kenapa derh4ka? Benarkah aku ini anak derh4ka? Entahlah, aku pun tak tahu mengapa hati aku ni jadi batu. Sudah tak nak ambil pusing bila dilabel sebegitu. Sump4h demi Allah, andai mampu aku tunaikan semua permintaan ayah bonda tak akan aku bekira – kira untuk tunaikan.

Aku anak manja emak, apa – apa pun mesti nak ada emak. Emak lah nyawa aku. Emak memang sayang aku jauh beza dengan ayah. Dari kecik sampai besar ayah memang selalu panas hati dengan aku. Apa saja yang tak kene semua nak lepas kat aku.

Dalam adik beradik semua dia utamakan bila tang aku, hmm nak cakap elok – elok pun payah. Bercakap dengan aku sentiasa nak memekik – mekik. Ada je nak cari g4duh dengan aku. Pada asalnya aku tak anggap benda ni masalah, lantak dia la kan nak buat apa.

Tapi per4ngai ayah m4kin lama m4kin teruk. Ayah dah tak nak kerja, aku dip4ksanya kerja. Kata ayah, dia dah penat besarkan aku dan adik – adik. Takkan asyik dia je yang kena kerja. Aku kata sabar, bagiIah aku ruang habiskan pelajaran, baru aku mampu kerja bagus – bagus dengan gaji besar untuk bantu mak ayah.

Aku tak pernah kata aku tak nak bantu, yang aku minta sabar. Tapi ayah tak nak sokong aku sambung belajar, dia kata buang masa, dia pun tak ada duit nak hantar aku belajar tinggi – tinggi. Lebih baik aku kerja je tolong dia sara keluarga.

Kerja apa yang boleh diharapkan dengan lepasan SPM. Mungkin dapatlah kerja supermarket, itu yang dia harapkan untuk sara keluarga? Tak lama lepas tu, kawan lama aku datang dan kami berkawan rapat dan tiba – tiba dia lamar aku, ajak kahwin.

Katanya dah lama dia tunggu aku cuma masa tu aku belajar lagi jadi dia tak nak ganggu. Waktu tu umur aku awal 20-an. Aku cakap dengan emak, emak senyum. Dia kata, ikut akulah kalau dah suka dan bersedia nak kahwin. Along aku pun kahwin muda.

Tapi lain benar dengan ayah aku, dia macam tak puas hati dapat tahu ada orang nak meminang aku. Lain sangat dengan masa along nak kahwin dulu. Masa along dulu, along tak terpikir pun nak kahwin tapi ade orang pinang dia melalui ayah.

Suka betul ayah walaupun along masih muda, 20 tahun. Along bercinta lepas nikah, kenduri pun meriah. Bila masa aku, ayah perlekehkan, ayah kata, betul ke laki tu nak dekat aku. Pada bakal suami aku dah cerita a to z kehidupan dan keluarga aku macam mana.

Aku tak nak dia terk3jut bila dah kahwin nanti. Alhamdulillah bakal suami paham dan dia pun sedia nak bantu keluarga aku walaupun aku tahu tu bukan tanggungjawab dia pun. Aku tak tahu macam mana tapi mungkin sebab emak pujuk kot, setelah pelbagai halangan dan rintangan ayah aku izinkan.

Aku tetap dapat kahwin pada tahun 2014. Sebelum nak kahwin tu ya Allah macam – macam cara ayah buat nak bagi aku hilang sabar. Ayah tetapkan syarat nak pendahuluan hantaran 3k dalam masa 2 bulan macam tu. Masa tu aku baru dapat kerja baru dekat syarik4t yang macam menjamin sikit.

Terus ayah bising – bising katanya kalau bakal suami tak dapat bagi duit tu maknanya dia tak bersungguh pun nak kan aku, tak payah sibuk – sibuk fikirkan hal kahwin. Kerja je elok – elok, bantu mak ayah, kesiankan sikit dekat adik – adik tu.

Aku hanya diam, bukan aku tak kesian, memang niat aku aku nak tolong keluarga aku. Kenapa ayah ni beria – ria tak nak bagi aku kahwin. Alhamdulillah sebelum tamat tempoh yang ditetapkan bakal suami bawa duit yang ayah nak.

Yang memaIukan aku, selamba badak je ayah ambil duit dan blah macam tu je takde terima kasih ke sepatah dua kata ke. Terkedu aku dengan bakal suami. Kami pun teruskan persiapan macam biasa, nak dekat – dekat tarikh nikah lagi sekali ayah buat per4ngai, ayah mintak lagi 2k dari aku.

Buat pengetahuan, duit hantaran, bulat – bulat aku bagi pada parents sedangkan beIah aku tak ada kenduri pun, beIah suami je buat. Yang lagi sedih kenduri aku ayah tak bagi jemput sesiapa saud4ra mara pun, alasannya, dia tak nak buat kenduri, kalau jemput buat malu je.

Kau jemput jela sesiapa kawan – kawan kau yang nak datang. Malu betul aku dengan beIah mentua. Pihak perempuan hanya ade kawan – kawan karib aku, dengan keluarga aku je. Selepas nikah, bergerak ke kenduri beIah lelaki.

Ayah cuma tunggu tak sampai setengah jam, belum sempat makan beradab pun terus dia ajak mak dan adik – adik balik. Sump4h aku malu sampai sekarang aku pikir apa salah aku sampai begini sekali ayah layan aku. Oh yaa, ayah juga letakkan syarat, kalau kahwin wajib duduk dengan dia tapi katanya segala perbelanjaan rumah dikongsi dibahagi dua.

Aku bincang dengan bakal suami dari sebelum kahwin, dia kata okay kalau itu yang ayah nak walaupun dia keberatan. Tapi aku pun berat hati cuma bertahan sebab memikirkan nasib emak dengan adik – anak je. Aku dah agak ayah ni cakapnya hanya indah khabar dari rupa.

Sejak kami kahwin, ayah bayar bahagian dia sewa rumah dengan belanja dapur yang dah dibahagi dua dengan kami tak lebih 3 kali. Lepas pada tu dia dah tak nak langsung keluar bekerja. Kami bukan berkira, kami cuba bayar mana yang mampu.

Gaji suami aku tak besar mana 2k je sebulan, sewa rumah je dah RM500, belanja dapur lagi. Bulan – bulan memang kami tak dapat menabung. Aku? Memang suami aku dah tak izinkan bekerja sebab dia nak ayah turut bertanggungjawab, biarlah berbahagi dua dengan dia.

Kata dia kalau aku yang bekerja memang sampai bila – bila ayah tak nak kerja. Aku malu, bukan tanggungjawab suami nak tanggung keluarga aku. Ayah pun bukannya c4cat mahupun s4kit, dia sihat walafiat sahaja. Masih dalam 40-an, cuma ada peny4kit MALAS yang dah menular lama dalam badan dia.

Walhal beban dia dah bekurangan bila aku dengan along dah kahwin, tinggal emak dan adik je. Kami cuba bertahan hampir 4 bulan tapi malangnya tuan rumah halau kami semua keluar sebab sebelum kami kahwin, memang dah ada tertunggak sewa sebulan (dari sebelum kahwin memang keluarga aku dah duduk rumah sewa tu).

Tuan rumah minta kosongkan rumah. Ayah naik angin katanya kami ni sengaja buat macam tu supaya boleh duduk rumah lain, abaikan dia, mak dan adik – adik. Aku minta dia besabar je, balik rumah nenek dulu sementara kami tumpang rumah mentua.

Bagi masa kami kumpul deposit bila kami dah sewa rumah baru kami ambil semula mak ayah duduk skali. Demi Allah, memang ini niat aku, aku tak tipu. Nak kumpul deposit bukannya mudahkan rata – rata dekat 2k. Makan 2 3 bulan jugak.

Sementara menunggu rupa – rupanya macam – macam fitnah ayah dah tabur dekat mak. Ayah hasut mak benci aku, sampaikan mak msg aku marah – marah kata aku ni anak derh4ka. Aku sengaja tinggalkan mak sebab nak duduk dan lebihkan mentua.

Ayah m4ki aku, kata aku ni dah berlaki terus lupa mak bapak, aku anak tak tahu malu belum senangkan mak bapak dah sibuk nak kahwin. Sebab tak tahan dengan t0hmahan, aku persoalkan kenapa along boleh aku tak boleh?

Ayah terdiam sekejap, lepas tu dia belit – belit cerita kata dia aku ni busuk hati dengki dekat along. Allah.. tak terfikif pun nak berdengki dengan sesiapa tapi adilkah aku ni dim4ki – m4ki sebab dah bertemu jodoh? Sedangkan along dirai dengan penuh kasih sayang.

Aku hanya persoalkan keadilan. Ya Allah s4kit sungguh hati aku dituduh macam – macam. Ayah pun m4kin naik minyak selalu mesej – mesej aku dan suami mintak duit. Dia kata, kami ade hutang dengan dia, duit hantaran.

Aku mengaku kami hanya bagi 3/4 dari yang ayah mintak. Aku yang halang sebab hantaran tu tak digunakan untuk perkahwinan pun. Ayah buat apa aku pun tak tahu, manalah kami banyak duit nak buat kenduri lagi, nak bagi duit hantaran bulat – bulat pada dia lagi.

Sejak pada tu kami dijadikan musvh, mak pun ikut marah sebab dihasut yang aku ni lebihkan suami. Bukan aku nak lebihkan sebab aku sayang suami. Aku tak suka sikap menindas pada sesiapa pun. Bagi aku masing – masing ada batas masing – masing.

Kalau suami aku kurang ajar pada mak ayah aku pun, aku marah. Kalau suami aku dibuIi keluarga aku sendiri pun aku marah. Bayangkan gaji suami aku sesen pun tak dapat bagi pada keluarga dia, yang sewajibnya. Kadang – kadang sampai terp4ksa meminjam sebab nak bagi makan kat adik aku.

Salah ke aku nak betulkan yang salah? Niat aku nak ambil mak ayah duduk semula terkubvr begitu je. Sampaikan aku bagitahu mak, mak nak dapat cucu, sikit pun mak tak senyum. Mak buat tak dengar je, entah apa lagi ayah hasut mak.

Aku sekarang masih dalam proses nak sambung pelajaran aku. Niat aku bila aku berjaya nanti aku nak bagi apa yamg mak nak selama ni. Aku tak pernah kata aku tak nak tolong, yang aku minta hanya sabar. Sementara aku belum berjaya kita sama – sama kongsi dulu susah senang.

Bila aku dah berjaya biar aku sorang kerja tolong mak ayah pun tak apa tapi ayah tak pernah nak faham. Dia tuduh suami aku jahat sengaja tak kasi aku kerja. Ye, salah satu sebab suami aku tak bagi aku kerja sebab nak ayah aku galas jugak tanggungjawab dia.

Salah satu sebab lagi kata dia kalau aku kerja, macam mana aku nak sambung belajar. Dengan kerja, dengan keluarga. Sekarang aku sendiri tak tahu mana mak dan ayah pergi. Pernah aku balik kampung terjumpa kawan lama, kawan cakap ayah cerita kat dia kata aku anak derh4ka.

Asalnya aku sedih tapi bila dah selalu dengar aku tak tahu nak rasa apa dah. Kepada emak, tahu tak emak.. tak ada sehari pun dalam hidup ni angah lupakan mak. Tak terdetik pun angah nak abaikan mak. Angah cuma minta mak sabar.

Mak lebih kenal angah dari ayah kenal angah. Mak patut lebih tahu mana hal yang betul mana hal tokok tambah. Maafkan angah, kalaulah angah ni kaya suatu hari nanti mak nak berguni emas pun angah sanggup hadiahkan.

Kepada ayah, angah tak tahu kenapa dari dulu ayah cukup tak puas hati dengan angah. Apa angah buat semua buruk di mata ayah. Angah harap ayah akhirnya puas hati dapat pisahkan angah dengan emak. Angah harap ayah jaga emak dan adik elok – elok.

Kepada semua, maafkan aku dengan coretan panjang aku ni. Sekadar perkongsian, takda niat untuk aibkan sesiapa. Aku harap korang dapat doakan aku berjaya dan kaya, dapat bagi apa yang mak ayah aku nak. Mungkin wang ringgit lagi berharga dari aku seorang angah. Sekian.. Assalamualaikum. – B

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.