
Semua anak lelaki dalam keluarga mertua kena duduk rumah mertua sebab rumah tu besar. Lepas subuh sebelum pukuI 8 pagi, aku dah kena pastikan rumah disapu kalau tak sepanjang hari mak mertua tarik muka. Tak masak salah, masak pun salah. Basuh baju tak kena, sidai baju tak kena. Anak2 aku bising tak boleh..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, tolong hide identiti aku ye. Mungkin kisah ni boleh dijadikan nasihat untuk semua dari pengalaman aku yang aku tak boleh lupakan sampai sekarang. Aku nak nasihat sesiapa yang mendirikan rumahtangga menumpang rumah mertua.
Tolonglah korang pindah dari tinggal dengan mertua ni. Percayalah banyak yang buruk dari baik. Menantu ni memang dipandang buruk je selalu. Bagi korang yang dapat keluarga mertua yang baik tu, bersyukur lah.
Alhamdulilah… pengalaman aku, selama 6 tahun kahwin, 3 tahun aku duduk menumpang rumah mertua. Alasannya bila anak – anak kahwin, mertua memang tak bagi semua anak lelaki dia pindah duduk rumah sewa sebab rumah besar nanti sunyi takde orang, macam – macam lah kan.
Pada mulanya biasalah, mulut manis je tapi m4kin lama m4kin nampak per4ngai mertua. Dari awal kahwin duit suami aku memang kena control. Bayangkan kami nak keluar pergi bercuti pun tak boleh, takut habis duit anak dia.
Setiap perbelanjaan bulanan suami aku pun dia nak ambil tahu. Aku menumpang sampai dapat anak yang kedua. Suami aku ni jenis kalau bab duit, memang tak kedekut dekat mak dia. Setiap bulan akan bagi duit dekat mak dia, kami duduk, makan dekat rumah mertua bukannya free ye.
Tapi sepanjang duduk situ, 3 kali mertua halau aku, macam – macam yang tak kena dengan menantu h4ntu ni bila tinggal serumah. Asal salah, buat silap sikit, laju je dia nak menghalau. Dia akan cakap, jangan duduk rumah dia.
Bangun subuh, aku wajib kena menyapu rumah sebelum pukuI 8 pagi, lambat menyapu sehari, mertua sanggup tak cakap dengan aku. Hari aku akan masak tapi ade je yang tak kena. Kalau tak kena dengan selera dia memang dia tak akan sentuhlah masakan aku.
Tak masak salah, masak pun salah. Hari – hari aku dipandang buruk je depan mata dia. Aku tak cakap aku sempurna baik sangat, biasalah setiap manusia ni pasti buat silap. Aku dan cuba sebaik mungkin dah laksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri dan menantu dalam rumah.
Kerja rumah selalu aku yang buat, bukan nak mengungkit tapi mak aku pun dah pesan jangan malas bila duduk sekali dengan mertua. Suami aku kerja luar kawasan tapi duit dia selalu je tak cukup walaupun gaji dia sebenarnya agak tinggi.
Dia tinggalkan aku di rumah mertua, siksa itu aku je yang tanggung. Basuh baju tak kena, sidai baju tak kena. Anak – anak aku bising tak boleh dah nama pun budak – budak bukannya patung duduk diam je. Aku str3ss sangat.
Suami aku memang tak kenal macam mana per4ngai mak dia. Depan suami, mak mertua aku baik, ok je. Sehinggalah, mak mertua halau aku hari tu depan suami aku. Saat itu barulah suami aku sedar macam mana mak dia layan aku.
Selepas tu aku dan suami nekad cari rumah sewa. Alhamdulillah, suami pun dah dapat kerja dekat dengan rumah kami. Allah je tahu macam mana perasaan kami bila dapat rumah sewa. Kami masuk rumah sewa tanpa ada duit di tangan.
Barang-barang rumah pun tak ada. Yang ada cuma tong gas dan dapur untuk masak. Tapi aku syukur sebab keluarga aku banyak tolong kami suami isteri, siap bagi perabot untuk kami. Barang-barang rumah, banyak cari yang terpakai je. Masih elok dan berfungsi lagi.
Alhamdulilah, hidup kami bahagia dengan anak – anak walaupun hanya makan telur dengan kicap. Selepas kami pindah rezeki kami m4kin bertambah, rezeki tak pernah putvs, syukur. Betul nasihat arw4h nenek aku, “KALAU MERTUA TAK REDHA MENANTU TINGGAL DENGAN DIA, REZEKI KITA AKAN SEMPIT.” Ayat itu selalu dalam ingatan aku.
Sekarang aku cuba lari dari segalanya, alhamdulilah rezeki aku m4kin luas. Jadi aku nak pesan kat korang, janganlah lah bimbang kalau nak keluar dari rumah mertua. “Tak ada duit lah.” “Nanti tak cukup makan lah.” ‘Mana nak cari duit nak bayar rumah sewa lah.”
InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan rezeki kita nanti, jika dalam keredhaannya. Semoga korang dimurahkan rezeki untuk keluar dari kesiksaan yang ditanggung. Buat mak mertua saya. Mak, saya sayang mak macam mak kandung saya sendiri.
Masa saya tinggal dekat rumah mak, jujur saya selalu impikan saya dapat kasih sayang seorang ibu untuk saya sebagai menantu sebab saya jauh dari keluarga saya demi anak mak. Saya perlu kasih sayang mak. Saya dah buat yang terbaik untuk mak dan anak mak.
3 tahun saya tinggal dengan mak, kadang – kadang tanpa suami di sisi. 3 tahun jugak setiap malam saya tidur dengan airmata mak.. Saya tak pernah simpan segala d3ndam dekat mak tapi hati saya amat tergur1s dengan sikap mak terhadap saya dan anak – anak.
Kami sayang mak. Sampai sekarang saya selalu nasihat anak mak agar baIas segala peng0rbanan mak sejak dia lahir. Jangan sesekali lupa tanggungjawab dia pada mak walaupun kami dah pindah. Bagi korang yang masih tinggal rumah mak mertua, hati kena kental ye. Selalu positif dan hadap je segala perit dan duka korang lalui. Maaf ada silap salah ye.
Komen Warganet :
Wan Azlina : Alhamdulillah saya tinggal dengan mertua dah 5 tahun dari awal perkahwinan. Saya dan suami bahagia dan mak mertua pun curahkan kasih sayang macam ibu kandung. S4kit pening saya pun dia berat, berpantang dia jaga dan lain – lain. Ikhlaskan hati untuk setiap perkara baru yang kita lakukan walaupun kekok. InsyaAllah jadi baik. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.. Aamiin
Sue Suziana : Memang tak digalakkan menumpang rumah mertua walau sebaik mana pun mertua itu. Suami kena ingat tanggungjawabnya selepas berkahwin walaupun dia anak emak sekalipun. Rezeki suami isteri tetap ada, jangan risau walaupun terp4ksa berjimat cermat pada awalnya.
Yang penting toleransi antara suami isteri itu di dalam semua perkara. Jangan bandingkan hidup kita dengan mana – mana retis yang masih dok ngan mak mertua walaupun dah lama menikah atas alasan anak emak, depa tu jutawan.. hartawan.. mana nak sama apa yang depa rasa dengan kita rasa.
Sym Mohd : Aku setuju kawen pindah pi duk asing dari keluarga. Takyah duk dengan mentua. Kalau ko menantu terbaik kesayangan mak mentua takpalah. Mak mentua beli gelang mas bagi kat menantu yang baik lagi disayangi. Bukan menantu h4ntu. Kalau semua barang – barang ko, ko berkira duk umah mentua. Memang la ko di benci.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.