Selalu kalau saya curang, isteri akan marah tapi kali ni dia diam. Saya diam2 intip apa dia buat

Keluarga saya memang tak suka dengan isteri sebab bukan menantu pilihan. Dalam diam mereka rancang untuk pisahkan kami. Saya sedaya upaya untuk ambil hati keluarga sehinggalah ayah saya meninggaI dunia, saya pujuk isteri balik kampung. Ketika itu semua 11 orang adik beradik saya mog0k tak nak masak untuk tetamu yang datang ziarah

#Foto sekdar hiasan. Salam sejahtera, sila hidekan id saya dan terima kasih kerana siarkan post saya. Saya pernah berlaku curang terhadap isteri saya kerana tertekan dengan sikap family saya yang tidak sukakan isteri saya dan tamakkan duit.

Mereka marah saya berkahwin kerana isteri bukan wanita pilihan mereka. Pada mulanya saya berkahwin saya tak bekerja tapi selepas sebulan kahwin saya kerja jauh dan terp4ksa tinggalkan isteri di kampung halaman kerana masa itu saya tak ada duit untuk beli tiket memandangkan tiket pun hanya dibeli oleh family saya untuk saya sorang saja.

Saya betul – betul tak tahu dalam diam family saya merancang untuk memisahkan saya dan isteri. 6 bulan saya di perantauan bekerja tapi kesemua gaji saya, saya bank in untuk kedua ibu bapa saya agar mereka boleh memaafkan saya dan terima isteri saya.

Namun semua itu sia – sia, mereka cuma mahukan duit saya. Saya sedih sangat mereka perlakukan saya begitu. Dalam masa 6 bulan di perantauan dulu, saya langsung tak dapat berikan apa – apa nafkah kepada isteri saya semata – mata nak pujuk ibu bapa saya.

Sehingga isteri saya bertanya kenapa tak kirim duit untuk dia sedangkan nafkah untuk isteri tu wajib. Macam mana saya nak kirim duit sedangkan saya pun tak cukup duit dekat sini. Tapi saya marah dia kerana saya mahu dia faham keadaan saya yang tersepit.

Lepas tu dia terp4ksa mencari kerja kerana saya masa tu tak dapat memberikan dia apa – apa kerana utamakan ibu bapa saya. Setelah pulang ke kampung, saya minta lagi penangguhan untuk menganggur kerana saya tertarik dengan tawaran lesen jentera berat dan PSV secara percuma.

Tujuan saya perlukan lesen itu supaya senang saya mencari kerja nanti. Masa itu isteri saya berhempas pulas bekerja untuk memenuhi keperluan saya di hostel. Itu pun saya merayu sangat supaya dia bersabar tunggu saya habis belajar, training cuma 2 bulan saja.

Sebab dia dah marah – marah dengan saya sambil mengatakan sepatutnya saya yang bekerja bukan sibuk untuk study. Lepas tamat study, saya bekerja driver swasta selama setahun. Dipendekkan cerita setelah saya dapat kerja tetap, penjawat awam saya telah jatuh cinta dengan isteri orang di unit yang sama sampaikan kami terIanjur.

Kalau nak ikutkan, isteri orang tu tak mampu menandingi kecantikan isteri saya. Kecurangan saya dapat dihidu setelah isteri saya nampak whatsapp saya dengan isteri orang tu. Di situ hubungan kami putvs tapi kadangkala kami masih berhubung kerana saya masih sayangkan isteri orang tu.

Setelah beberapa bulan, isteri org tu telah berpindah untuk mengikuti suaminya. Dan selepas itu di takdirkan ayah saya dijemput ilahi kerana organ badannya sudah gagal berfungsi. Saya sedih kerana isteri saya sudah tawar hati terhadap keluarga saya.

Saya bersusah payah membawa dia pulang di hari kem4tian ayah saya kerana dia tak mahu mendengar sindiran dari adik beradik saya. Tapi saya dah malas nak bertekak. Saya dah pernah pert4hankan isteri saya tapi masih macam tu juga.

Apa lagi saya boleh buat, cuba bayangkan kalau saya tak bawa dia pulang mana saya nak letak air muka saya. Masa hari pertama kem4tian ayah saya pun, adik beradik saya buat hal semua tak nak masak kata tak lapar. Malu saya 11 orang adik beradik semua tak nak masak.

Nak tak nak, terp4ksa saya minta tolong isteri saya masak untuk tetamu yang datang, tu pun 3 jenis lauk saja. Saya tak dapat tolong dia masak sebab saya memang tak reti masak. Namun saya dah banyak kali kanti oleh isteri saya yang saya ada berchating dengan isteri orang itu sehingga isteri saya meng4muk.

Tiap kali dia meng4muk tiap kali saya naik tangan sehingga badannya Iebam kerana saya tak tahan dengar mulutnya yang suka mem4ki. Saya tahu salah saya tapi saya ni tak suka dengar orang memekak. TAK payahlah nak bising – bising macam tu.

Bila saya berchat dengan kawan saya perempuan hanya berbual kosong, itu pun dia nak marah. Namun saya jarang dah bermesej dengan kawan saya tu setelah dia ada teman lelaki. Perempuan tu pun dah jarang chat saya sejak dia ada teman lelaki.

Ada juga rakan saya yang perempuan di perantauan terus tak chat saya lagi setelah dia tahu saya ada isteri. Dulu rumahtangga kami juga di landa krisis kali kedua kerana ada sorang wanita berkenalan dengan saya tapi dia meminta saya melayannya setiap kali dia chat.

Dia pernah mengajak saya berjalan di bandar. Saya layankan saja sebab kalau dia tak dilayan, dia akan marah. Saya ingatkan dia ikhlas berkawan dengan saya. Bila isteri saya marah, dia m4ki isteri saya balik. Lepas tu dia marah bila nampak saya berjalan dengan wife saya.

Perempuan itu mula memanggil saya sayang dan meminta saya panggilnya baby. Akhirnya, saya baru tahu perempuan tu bukan normal. Dia sebenarnya ada masalah pendengaran, pekak dan ramai lagi suami orang menjadi m4ngsanya dan dia dah pernah tidur dengan lelaki lain di hotel.

Untuk menjaga hati isteri saya, saya menukar number telefon agar tiada lagi yang mengganggu. Namun, kadangkala ada juga saya mesej bertanya khabar dengan  wanita yang pekak tu. Saya rasa tidak salah untuk saya bertanya khabarkan? Bukan saya pergi jumpa dia.

Di situ lama kelamaan, apa – apa yang dah terjadi sekarang, isteri saya berubah seperti mendiamkan diri bila marah. Selalunya dia akan meng4muk dan setahu saya dia ni bukan jenis sabar. Dia jenis direct sound. Seolah – olah  macam dia ada simpan sesuatu dari saya.

Sehingga terp4ksa dalam diam saya intip apa dia buat. Saya kerap memantau telefonnya. Akhirnya dia kanti dalam proses mengenali lelaki lain. Saya meng4muk dan pukuI dia sebab hanya saya yang layak untuk dia. Sehingga isteri saya mahu berjalan dengan familynya tanpa saya pun, saya tak nak.

Apatah lagi jika isteri saya minta masa konon nak ‘me time’, saya tetap tak izinkan. Cukup la jika dia nak berjalan, tapi adanya saya di sisi dia. Kalau dia berani untuk curang di belakang saya, esok dia tak akan bangun pagi dah!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.