Sejak kahwin berapa kali je isteri masak. Aku teringin nak rasa masakan isteri, kalau tak apa guna aku kahwin

Setiap kali isteri datang nak manja – manja aku jadi menyampah. Rasa nak hidup bujang. Aku teringat tandas yang kotor sampai naik kulat terbiar tak basuh. Baju kotor yang dah menggunung tak dibasuh. Dayuskah aku ni..

#Foto sekadar hiasan. Usia pernikahan aku dan isteri masih mentah. Masih belum melepasi fasa ujian perkahwinan 5 tahun. Sejak kecil, walaupun aku lelaki, aku telah diajar oleh emak melakukan segala kerja – kerja rumah seperti membeli barang mentah.

Sejak kecil aku diajar cara memilih ikan, ayam dan daging yang segar, menyiangnya dan membantu memasak. Selain itu, aku turut diajar dari kecil membasuh baju, melipat baju, menyidai pakaian di ampaian, mengemas rumah dan lain – lain kerja rumah.

Oleh itu, sudah terbiasa untuk aku melakukan segala kerja rumah sehinggalah aku meningkat dewasa. Lebih – lebih lagi aku melanjutkan pelajaran peringkat menengah di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang dilatih dengan penuh disiplin.

Dipendekkan cerita, akhirnya aku berkahwin. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang sangat baik. Aku juga sangat bersyukur kerana keluarga aku juga menerima isteri aku seadanya dan melayannya dengan baik.

Tetapi hakik4tnya apabila pernikahan kami sudah mencecah usia beberapa tahun, hari – hari aku berper4ng dengan perasaan aku sendiri. Betulkah tindakan aku dahulu menerima isteri aku sewaktu dia telah mengaku dahulu tidak reti memasak, tidak pandai melakukan kerja – kerja rumah dan berjanji akan belajar sedikit demi sedikit.

Aku ringkaskan cerita, aku pada usia awal perkahwinan menerima dan cuba memahami jika dia masih tidak mengetahui dan melakukan segala kerja rumah dan memasak. Fikir aku, asalkan ada kemahuan belajar, aku akan mengajar dan waktu itu, aku yakin isteri aku nanti pasti akan berusaha untuk belajar.

Namun, melewati usia perkahwinan yang dah beberapa tahun, aku jadi rasa nak marah sahaja setiap kali isteri ingin bermanja. Fikir aku, jika aku tidak kahwin dulu pun tidak mengapa, aku mampu hidup bersendirian.

Masakan tidak, sepanjang beberapa tahun berkahwin ni, hanya beberapa kali isteri aku memasak. Kebiasaannya aku masak. Begitu juga soal membersihkan tandas, membuang sampah, mengemas rumah. Aku memahami dia yang membantu aku mencari nafkah dengan bekerja, maka aku pun melakukan segala kerja rumah untuk meringankan tugasnya di rumah.

Tetapi, lama kelamaan, aku merasakan seperti kami telah bertukar peranan, sepertinya aku isteri, dan dia suami. Perasaan aku seolah – olahnya seperti itu. Aku sem4kin geram, jika aku yang bercakap dan menasihatinya seperti gaya pemakanan sihat atau motivasi kerja, nasihat aku ibarat mencurahkan air ke daun keladi, tidak pernah dianggapnya penting dan hanya mengiakan sahaja tanpa membuatnya.

Tetapi jika nasihat yang sama, sebiji seperti apa aku sampaikan, datang dari mulut orang lain, bukan main dia percaya. Sebagai suami, aku pastinya terasa hati. Begitu juga tugas – tugas memasak ini. Aku faham, sebagai wanita bekerjaya, aku bertoleransi untuk membantunya memasak atau membeli makanan dari luar sahaja tetapi sebagai seorang suami,

Tipulah aku kata jika aku tak teringin nak merasa makanan hasil air tangan seorang isteri. Jika tak, apa guna aku berkahwin kan? Bab kebersihan tandas, kadang – kadang sampai berkulat naik, selagi tidak aku menyental sehingga bersih, sehingga itulah kulat itu menempel di dinding tandas.

Bab membasuh pakaian begitu juga. Selagi tidak aku membasuh pakaian dalam bakul, selagi itulah menggunung pakaian kotor. Sampah pun katanya memang kerja orang lelaki, jadi memang biasanya akulah yang membuangnya.

Tetapi bila aku bertanya jika dia pernah nampak ayahnya membuang sampah, dia kata tak pernah. Sebab mata aku sendiri menyaksikan segala kerja rumah di rumahnya dilakukan oleh mak mertua, ayah mertua aku seperti raja.

Bukan bermaksud ayah mertua aku tidak bertanggungjawab, tetapi sudah ada mutual understanding peranan suami isteri. Aku sudah banyak kali slowtalk dengan isteri dan berbincang tentang ini. Tetapi seperti tiada perubahan.

Sehinggakan aku rasa menyampah dengan isteri aku apabila dia bermanja – manja. Aku juga m4kin lama apabila bercakap, aku perasan aku seperti hanya mahu marah – marah sebab bagi aku, slowtalk pun tak pernah berjalan.

Di manakah silap aku? Salah akukah yang memanjakan isteri aku sangat di awal perkahwinan sehingga semua kerja aku buat? Atau kegagalan aku sebagai seorang suami yang tak mampu mengajar isterinya? Aku kadang – kadang terlalu str3ss dan rasa nak membujang semula je.

Apa guna kahwin jika akulah “isteri” dan aku juga suami. Lebih baik aku hidup sorang diri. Patutkah aku mendapatkan kaunseling kekeluargaan di pejabat agama? Bantulah aku. Nasihatkan aku. Boleh tak korang yang membaca sehingga habis ni mencadangkan penyelesaian terbaik?

Aku sedang berusaha menjadi seorang yang sabar dengan karenah isteri aku. Aku sedang berusaha menjadi sebaik – baik lelaki dalam hadith Rasulullah SAW yang bersabda lelaki terbaik adalah lelaki yang paling baik dengan isterinya. Bantulah aku. Terima kasih sudi membaca dan memberi cadangan. – Pengusaha Mithali (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Keyla Shukor : Mungkin tuan boleh ajak isteri buat kerja rumah sama – sama. Lepas tu share resepi tag dia dan tulis “nanti sayang masakkan abang ini ya. Mesti sedap air tangan isteri abang.” Mana la tahu kan kalau lama – lama isteri tuan bersemangat nak belajar memasak.

MustaQeem Ahmad : Sebelum saya kahwin, ayah saya bagitahu saya. “Kita lelaki tanggungjawab besar. Semua kerje kene buat kecuali 2 bende je lelaki tidak dapat buat iaitu beranak dan susukan anak”. Dalam kitab feqah pun ada sebut yang memasak dan semua – semuaa tu tanggungjawab suami.

Jadi ikhlaskan diri buat kerje rumahtangga kerana Allah tuan, bukan kerana isteri. InsyaAllah kite m4kin bahagia dan urusan kita Allah permudahkan. Jadi tidak timbul soal manjakan isteri. Sebab tu semua tanggungjawab kita. Untuk isteri tuan tu, boleh nasihat dan didik untuk membantu tolong menolong dalam kerje rumah. Moga dipermudahkan urusan tuan.

Nor Shuhada Rosli : Isteri h4ng pemalas, itu je jawabnya. Suami aku cakap, dalam perkahwinan ni dua – dua pihak kena bagi >100% effort.. baru boleh bergerak. Aku tak pandai masak, aku tengok youtube ciknom / blog aziekitchen.

Aku bersihkan bahagian dalam rumah, suami aku luar rumah.. aku basuh baju, masuk dryer. Lipatkan baju suami aku, dia yang susun sendiri dalam almari dia. Memang kena sama – sama. Aku masak, suami aku basuh pinggan.. weekend kitorang tapau / makan luar sebab masing – masing dah penat.. hidup suami isteri ni sampai akhir hayat tau, ko larat ke nak hadap macam ni sampai bila -bila?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.