Sejak aku buang gambar suami dekat FB, lebih 5 org lelaki yg datang nak try aku, siap nak jumpa mak ayah

Aku buat siasatan pasal perempuan tu sampai mak, ayah, adik beradik dia semua aku tahu siapa. No telefon family dia, no ic dia, alamat rumah dia semua aku tahu. Tempat kerja dia pun aku tahu. Ingat ya, aku ni berd3ndam orangnya. Satu hari nanti, aku tetap akan h4ncurkan hidup dia jugak macam mana dia h4ncurkan hidup aku sekarang.

#Foto sekadar hiasan. Hai, aku Fiya. Berumur akhir 20-an, bekerja dalam sektor korporat, sudah berkahwin 3 tahun dan mempunyai seorang anak. Aku seorang yang terlalu berdikari sebab aku fikir aku tak nak susahkan suami aku yang bekerja berat katanya.

Akibat terlalu berdikari, aku tak kisah aku yang bayar semua benda yang sepatutnya jadi tanggungjawab dia. Dari sewa rumah, belanja dapur harian, s4kit aku dn anak, kereta dan semua pinjaman aku yang akan selesaikan sampailah gaji aku habis.

Jadi aku hanya berharap pada duit suami aku untuk belanja harian aku untuk pergi kerja. Aku cuma terima apa yang dia beri tanpa tanya apa – apa. Kalau tak cukup, aku akan bawak bekal pergi kerja atau cari alternatif lain untuk tambah duit belanja aku.

Sebab aku tak nak susahkan dia. Atas urusan kerja dia kami akan PJJ setiap 3 bulan. Setiap 3 bulan, dia akan balik bercuti untuk 2 minggu. Jadi dalam 3 bulan tu aku akan surv1ve sorang – sorang dengan anak. S4kit aku, s4kit anak aku.

Berjaga malam anak demam. Pergi kIinik dan hospitaI. Semua aku sendiri dan tak pernah susahkan dia. Walaupun dia balik bercuti, aku takkan kacau dia untuk jaga anak sebab aku pernah dimarahi sekali bila aku minta dia tengokkan anak sementara aku mandi.

Dari 2020, company aku benarkan aku kerja dari rumah sebab keadaan aku PJJ dengan suami. Sedikit sebanyak aku bersyukur sebab dapat besarkan anak depan mata. Hidup aku happy walaupun suami aku jauh. Sebab aku taknak susahkan suami.

Tapi rupanya peng0rbanan aku selama ini sia – sia apabila rupanya aku dicurangi lebih 2 tahun. Rupa – rupanya perkahwinan aku bertahan untuk 7 bulan sahaja. Rupa – rupanya per4ngai aku taknak susahkan dia tu buat dia ada banyak masa untuk bercinta dengan orang lain.

Selama ini, hanya aku yang beriya setia pada suami yang rupanya bukan mencintai aku seorang. Hari aku tahu suami aku bercinta dengan perempuan lain selama ni buat hati aku h4ncur sampai aku tak rasa apa apa lagi.

Rupanya di saat aku susah sorang – sorang, suami aku pergi bercuti dengan girlfriendnya. Lebih dari sekali. Dari saat itu, semuanya berubah. Kepercayaan yang aku beri pada dia, hilang macam tu saja. Sepatah perkataan yang keluar dari dia sekarang tak ada satu pun aku percaya lagi.

M4kin h4ncur hati aku bila sangkaan aku yang suami akan minta maaf dan betulkan keadaan rupanya hanya angan – angan aku sahaja malah dia lebih salahkan aku kenapa dia membuat pilihan untuk curang. Dia kata aku tak pandai ambil hati dia, tak pandai jaga hati dia dan dia tak pernah bahagia dengan aku.

Mungkin dia tak sedar siapa yang uruskan rumah, sediakan makan minum dan jaga zuriat dia lebih dari nyawa aku sendiri. Dia mahu aku layan dia 24 jam tapi dia lupa aku bekerja kerana permintaan dia sebab kewangan kami takkan cukup kalau hanya berg4ntung pada gaji dia.

Bila aku mintak cerai, dia sehabis m4tian tak nak ceraikan aku. Aku dah cuba untuk pergi mahkamah sendiri untuk daftar perceraian tapi ada beberapa masalah dari mahkamah yang memang buat aku tak boleh daftar. Aku cuba terima mungkin ini dugaan aku untuk kehidupan lebih baik.

Aku cuba maafkan dia dan semua orang yang menipu aku. Aku dekatkan diri dengan Allah. Aku minta bantuan dari Allah. Tapi hati aku masih tak tenang. Selepas kantoi hari tu, katanya dah tak contact lagi dan dah putvs lama dengan perempuan tu.

Tapi suatu hari tu, Allah makbulkan doa aku dan Allah tunjuk semuanya yang rupanya suami aku masih contact dan berjumpa dengan perempuan tu. Sekali lagi aku rasa ditipu dan diani4ya. Hati aku terus m4ti hari tu. Rasa sayang dan cinta aku pada suami aku terus hilang macam tu saja.

Kali ini baru lah dia menangis minta maaf dan merayu walaupun tetap aku yang dipersalahkan. Perempuan tu pun bukanlah perempuan yang baik – baik. Lepas kejadian kant0i tu, aku buat siasatan pasal perempuan tu sampai mak ayah adik beradik dia semua aku tahu siapa.

No telefon family dia, no ic dia, alamat rumah dia semua aku tahu. Tempat kerja dia pun aku tahu. Menggelupur jugak la dia bila aku contact family dia. Ingat ya, aku ni berd3ndam orangnya. Satu hari nanti, aku tetap akan h4ncurkan hidup dia jugak macam mana dia h4ncurkan hidup aku sekarang.

Hari ini, aku dah penat menangis. Aku dah tawar hati dan tak rasa apa – apa lagi. Aku bertahan hanya demi anak. Tapi aku percaya suatu hari nanti aku akan pergi bawa diri. Walaupun suami janji untuk berubah, tapi aku rasa sama saja.

Tak ada apa yang akan berubah. Kepercayaan aku dah tak ada lagi. S4kitnya hati aku sampai aku tak boleh tengok gambar – gambar dari 2 tahun sebelum ini. Aku yang b0doh terus setia pada orang yang tak menghargai aku pun.

Depan suami aku cuma buat – buat happy sebab aku malas nak g4duh depan anak. Tak apa. Suatu hari nanti, Allah akan baIas semuanya. Allah tetap akan beri pengajaran untuk setiap saat aku ditipu dan diani4ya. Oh ya, aku bekerja dalam bidang yang mana dominasinya adalah lelaki.

Bukan tak pernah ada lelaki lain cuba cuba untuk try aku tapi selalunya memang aku tak layan dan tak kan reply apa apa. Sebab ada maru4h suami yang aku perlu jaga. Tapi sejak dari aku buang semua gambar aku dan suami dari social media, dah lebih 5 orang kawan lama dan bekas kekasih yang masih single tiba – tiba muncul semula buat confession sampai ada yang sanggup nak jumpa mak ayah aku.

Tapi aku masih setia pada suami yang mencurangi aku. Aku cuma harap Allah kuatkan hati aku, tenangkan jiwaku dan peliharalah aku dan anakku. – Fiya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fairuz Quatronoza : Ramai yang kata tt manjakan suami dari awal dan bersalah sebab tanggung apa yang sepatutnya jadi tanggungjawab suami tapi saya percaya, tt adalah supermom dan tak mahu beratkan pemikiran dengan cari g4duh dengan suami hanya kerana nak meminta minta.

Tt pun dah cuba ke mahkamah sebab sedar dia memang sedang menanggung biawak hidup, tapi apakan daya sistem mahkamah menyulitkan keadaan tt. Diakan bagitahu one day dia akan pergi juga, dia cuma bertahan sementara yang saya percaya sebenarnya bukan sebab anak, tapi sebab dia sedang mengumpul kekuatan untuk move on.

Please, we need to support her bukan blame dia kerana menanggung suami. Dia dah sedar pun kesilapan dia, cuma dia perIukan kekuatan untuk f1ght habis – habisan. Its never been easy nak keluar dari ik4tan ni, especially bila suami taknak bagi kerjasama. All the best to you and big hugs, confessor.

Norsyina Tazali : Sebab tu laa Prof. Muhaya suruh perempuan buat – buat b0doh. Bukan b0doh betul tapi biar suami tu tahu tanggungjawab dia sebagai pemimpin rumahtangga. Benda dah jadikan.Curang itu pilihan. Sekali dah buat, dia akan repeat lagi.

Buat apa nak setia dengan buaya d4rat gitu? Mohon fasakh. Awak berhak bahagia. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan vice versa. Kalau sayangkan anak, jangan tangguh – tangguh lagi. Takut em0si tak dapat dikawal, anak yang jadi m4ngsa. Fikirkan masa depan anak. Dia berhak dapat ayah yang boleh jadi role model bukan kaki perempuan yang tak tahu beza halal dan h4ram.

Cik Adiera : Andai kata awak tetap nak teruskan juga perkahwinan dengan suami tu, segala komitmen awak selama ni awak bagi suami suruh dia bayar. Amboii dah bagi betis nak peha. Selama ni tak susahkan dia kan? Haaa lepas ni susahkan dia.

Kalau dia balik bagi anak pada dia suruh uruskan awak pulak rehat. Suami awak banyak masa lapang sebab dia tahu awak tak susahkan dia sebabtu dia sempat bercinta bagai. Tak payahlah jaga hati suami nak kesian bagai, dia tu tak kisahkan awak pun. Kalau dah tak sanggup mintak fasakh. Tak payahlah nak kata sabar or bertahan sebab anak, awak dah buktikan sendiri boleh jaga anak tanpa suami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.