
Selalunya bila hujung minggu aku selalu duduk rumah kakak aku. Tapi ada suatu hari aku dengar abang ipar bising yang bil api dia naik sebab aku tumpang rumah dia. Senap – senyap aku masuk bilik diorang, aku curi tengok bil api. Terk3jut aku tengok jumlah bil dan aku terus bagitahu mak aku..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan pembaca. Ni pertama kali aku post masalah kat sini, pasal kakak aku dengan husband dia. Dorang kahwin dah nak masuk 3 tahun, tapi masih belum rezeki untuk dapat anak lagi. Tapi tu bukan masalahnya, masalah sebenar ialah abang ipar aku yang bawak 1001 masalah kat family kitorang.
Sebelum tunang dulu, kakak aku pernah bawak aku pergi Ipoh, rumah mertua dia, saja – saja sekali jalan tengok barang persiapan kahwin. Kitorang dibesarkan dalam family yang amat pentingkan budi bahasa, hormat orang tua.
Jadi masa aku tengok cara abang ipar ni layan mak ayah dia, aku jadi benci giIa dengan dia sebab cara dia cakap dengan mak ayah dia kurang ajar. Kalau aku buat macam tu kat rumah dah lama dapat seliang kat pipi.
Aku memang nak cakap kat mak abah pasal ni, tapi disebabkan tak nak plak jadi berg4duh ngan kakak, jadi aku diamkan jerlah. Selepas diorang kahwin, macam – macam masalah yang timbul terutamanya dari si abang ipar. Antara sebab aku benci dengan mamat ni adalah :
1. Masa awal kahwin, dalam setahun tu, dia kerja kejap, pastu menganggur. Jadi kakak aku tanggung si biawak hidup ni. Masa dia s4kit kakak bawak pergi hospitaI, balik kerja awal dan bayar makan minum. Tapi masa kakak plak s4kit, dia boleh keluar pagi, pagi esok baru balik, alasan dia, “Pergi jumpa kawan.” sedangkan bini kat rumah tak sihat dia buat tak tahu jer.
2. Sangat sangat berkira. Masa aku nak masuk u, mak ayah dan family tumpang dekat rumah kakak aku dekat Cheras. Jadi kami minta dia untuk drive mak ayah dengan kakak pergi hantar aku, dan keluarga yang lain nek keta yang lain.
Dalam kereta, dia boleh tarik muka giIa -giIa sebab kena drive, sedangkan mak ayah aku ada kat belakang. Orang tua berdua tu bukannya rabun, lagi – lagi bila cara dia cakap dengan kakak bunyi merempus jer.
3. Masa aku tumpang rumah kakak hujung – hujung minggu, dia boleh kata bil api naik. Sebab kalau aku tak ada, rumah tu dorang berdua jer. Aku diam – diam pergi masuk bilik dorang, check bil api, tengok tak sampai rm50 pun dan itu pun ada yg tertunggak.
Bila mak ayah dapat tahu, dorang terus hantar duit kak akak RM 100 supaya bayar “bil yang tinggi” tu. Kakak menangis tak nak terima sebab dia rasa bersalah.
4. Kantoi pen4gih d4dah. Ni memang masalah paling besar. Ada satu hari kakak jumpa jarum suntik dalam bilik air, si biawak ni tadi m4ti – m4ti menafikan dan cuba nak cover salah dia dengan marah – marah kakak aku.
5. Dia jual cincin tunang mak ayah aku. Yup, CINCIN TUNANG. Cincin tu mak bagi supaya kakak boleh pakai, tapi si malaon ni pergi jual cincin tu yang abah kerja penat – penat masa muda potong kayu dan kisar tepung untuk kumpul duit untuk beli cincin untuk mak. Dia pergi jual sebab nak beli “barang” dia.
6. Dia jual henfon kakak aku, masa tu kakak tidur, dia sedar – sedar fon dia hilang, rupanya si jantan b0doh tu jual untuk beli d4dah.
7. Kononnya nak berubah, kakak dan laki dia ni balik kampung dekat dengan rumah family kitorang. Jadi mak ayah boleh tengok – tengokkan kalau ada apa – apa. Ingatkan bila pindah berubah per4ngai, rupa – rupanya m4kin teruk.
Kakak terus berenti kerja kat KL dan jadi surirumah. Disebabkan rumah sewa dorang dengan rumah family kitorang sebelah – menyebelah jer, jadi tiap – tiap pagi kakak akan datang tolong mak masak. Nanti lauk tu boleh bawak balik rumah jamu si biawak ni tadi.
Nak tahu apa dia cakap bila kakak pergi rumah mak sendiri? Dia cakap dia terabai, kakak tak jaga. Lauk yang kakak masak dengan mak, dia gak yang melantak nanti, bukan orang lain. Nak harapkan duit mamat ni, memang m4ti kebulurlah kakak aku.
8. Last – last masa dia g4duh dengan kakak aku dia boleh cakap, “Kau, aku boleh tinggal, benda tu (d4dah), aku tak boleh!” dan “Duit aku, aku punya sukalah nak buat apa!!” Masalahnya dia ni SUAMI, nafkah dia yg tanggung, masa kakak kerja kakak tak berkira pun nak tanggung dia, tapi bila kakak berhenti kerja SEBAB dia, dia boleh cakap macam tu plak.
Tapi kakak aku ni pun “cerdik” jugak, dah tahu laki tu pen4gih, dia masih nak kawen masa mula – mula dulu. Kitorang baru dapat tahu info ni hari tu. Dia jadi pen4gih sekitar 1995 rasanya, jadi benda ni dah lama. Abah plan nak cukupkan tempoh sebelum pergi mahkamah untuk tuntut fasakh, tapi kakak cepat cair kena pujuk ngan malaon ni, dia ikut lari pergi ke Ipoh.
Kitorang risaukan kesihatan dia, mamat ni dahlah men4gih, panas baran plak tu, so takut dia apa – apakan kakak aku nanti. Hari tu masa malaon ni balik rumah lepas sebulan lebih tinggalkan kakak tanpa nafkah, dia dapat penampar / penumbuk free dari abah, ex sarjan askar.
Masa dia sampai rumah sewa tu, memang rupa pen4gih sungguhlah, dengan rambut panjang dan rupa kusut masai. Masa tulah kakak lari ikot sekali dengan dia ke Ipoh. Kitorang m4ti akal tak tahu nak buat apa, nak halang, laki dia, tapi macam mana dia nak bahagia kalau hidup takut – takut, tambah – tambah lakinya pen4gih, mesti nak duit selalu, jadi pen4gih dah lama, takut – takut jer mamat tu bagi peny4kit kakak.
Ayah si malaon ni meninggaI dua tahun lepas, mak dia plak kahwin baru tahun ni. Jadi sekarang rumah kat ipoh tu, kakak aku dengan biawak ni hidup, mak dia dah lari kut suami baru, pun dah tak sanggup nak bela dia dah.
Kami sekeluarga pun dah buntu tak tah nak tolong kakak aku ni macam mana. Nak tolong tapi dia sendiri ikut laki dia yang tak guna tu.
Komen Warganet :
May Sue : Macam mana kita nak tolong kalau tuan punya badan tak nak tolong diri sendiri. Orang kata zaIim dengan diri sendiri. Mungkin apa yang keluarga TT boleh buat sekarang ni, cuba intip dan kalau ada bukti report polis atau AADK. Nak harapkan kakak tu yang buat report memang lambat lagi la tak pun nak tunggu nyawa dihujung tanduk baru nak sedar.
Norlia : Keluarga pen4gih d4dah ni kalau kau beri sumbangan akan jadi galakan. Duit sumbangan dibelinya d4dah. Barang – barang sumbangan juga akan dijual untuk beli d4dah. Tak ada gunanya. Menjaga tepi kain orang demi kebaikan memang patut le wei. Kalo terkena dalam keluarga kau sendiri macam mana?
Farisa Adnan : Ada member penah bagitau, bini drvg add1ct ni biasanya memang susah nk tinggal laki yang drvg add1ct. Sebabnya diorang pandai memujuk rayu. Tu yang bini leh cair tapi tu lah, kebarangkalian nak berhenti sangatlah tipis.
Sekarang ni bukan TT atau parents yang boleh tolong, diri kakak TT dan asben dia yang kene tolong diri sendiri. Ur BIL kene ada kesed4ran untuk berhenti (kalu dia nak lah). Ataupn kakak TT yang kene kuatkan tekad sama ada nak bersabar atau pun nak berpisah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.