
Lepas beberapa bulan kahwin isteri merungut aku tak r0mantik. Tak pernah bawak pergi makan malam r0mantik, tak ada bagi k3jutan sambil tutup mata. Ada tu dia kata masa pergi pantai, takde pun lari – lari kejar tepi pantai. Sekali aku tempik..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan confession ini. Aku rasa tertarik nak tulis lepas baca confession Nasihat Mak Tentang Perkahwinan. Terima kasih pada confessor yang sudi kongsi nasihat tersebut.
Aku yakin ianya sangat bermanfaat buat kita. Aku seorang lelaki, sudah berkahwin. Jadi, aku tulis ni nak tambah lagi beberapa nasihat, yang aku rasa sangat berguna untuk orang yang belum kahwin dan sudah berkahwin.
Aku dulu sebelum kahwin takde orang pun bagi nasihat ni pada aku. Padahal nasihat – nasihat ni sangat penting untuk kita tahu sebelum nak kahwin. Sejak akhir – akhir ni, kita perasan ramai pasangan yang berkahwin pada usia muda,bagi aku baguslah kan.
Daripada ber-couple tak tentu hala tu, lebih baik kahwin kan. Jadi, bagus la trend kahwin muda sekarang ni. Tapi kalau korang perasan, kes perceraian pun sem4kin meningkat sekarang ni. Tak percaya? Cuba korang pergi Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah terdekat, pergi tanya statistik berapa ramai yang bercerai dalam satu hari?
Pasti korang ternganga mulut tak percaya. Tapi itulah realiti yang berlaku sekarang. Sebab apa bercerai? Ianya ada banyak faktor. Banyak sebab. Setiap kes berbeza. Jadi aku rasa terpanggil untuk menulis supaya korang buat persediaan sebelum kahwin, jangan menonong je nak kahwin sebab kawan – kawan korang dah kahwin. Persediaan ini penting supaya korang well-aware untuk menghadapi alam perkahwinan.
1. Sila kurangkan mengharap kepada suami atau isteri.
Sebelum kahwin, aku tertarik dengan isteri aku ni sebab dia bertudung labuh, lemah lembut, sopan santun. Boleh masuk kategori ayu dan isteri pilihan la. Jadi aku tak teragak – agak nak kahwin dengan dia. Sebelum kahwin aku aku ingat isteri aku ni ala – ala bid4dari la, melayan aku dengan lemah lembut dan sopan santun bila kami dah kahwin nanti.
Lepas kahwin, aku terk3jut besar. Isteri aku ni dia k3ntut merata – rata, tak cover langsung. Bila makan, kaki letak atas kerusi. Bagi aku nampak macam biadap. Makan pun dengan peIahap, tak sopan langsung.
Situasi ni semua dalam rumah. Sebelum kahwin aku terbayang isteri aku ni ayu, sopan santun. Tapi bila dah duduk sekali, rupanya jauh panggang dari api. Tipah tertipu kejap. Haha.. Kisah di atas ni adalah expectation aku pada isteri.
Kisah di bawah pulak adalah expectation isteri pada suami. Lepas beberapa bulan kahwin, isteri aku cakap dekat aku yang aku ni tak r0mantik. Dalam hati aku, eh ni apa kes pulak. Pastu aku tanya isteri aku, kenapa cakap macam tu?
Korang nak tau apa dia jawab? Isteri aku jawab, selama kita kahwin ni, tak pernah pun kita candle light dinner. Abang tak pernah pun buat surpr1se tutup mata dengan kain, tutup lampu dalam rumah, lepas tu ‘jeng jeng jeng surpr1se’.
Hari tu kita pergi pantai, abang takde pun main kejar – kejar, lari – lari dan berpeIukan di tepi pantai sambil di pukuI ombak. Tak sweet lah abang ni. Lepas tu aku t3mpik dekat isteri aku, sayang, abang ni kayu. Tak reti nak sweet – sweet macam dalam drama TV3 pukuI 7 tu.
Tu la, suka sangat tengok cerita – cerita r0mantik lepas tu berangan macam – macam. Ingat abang ni pelakon drama ke? Hahaha, tu la kisah expectation antara kami suami isteri. Sebenarnya ada banyak kisah lagi, tapi kang nanti tak larat pulak korang baca kalau aku tulis semua.
Ada seseorang yang cerita dekat aku, ada satu pasangan ni, si isteri minta cerai. Aku tanya la sebab apa? Pastu dia cerita :
Si suami ni seorang yang alim, ala – ala macam ustaz. Jadi ramai la perempuan yang berkenan nak jadikan suami.
Ditakdirkan, seorang perempuan ni dij0dohkan dengan ustaz ni. Lepas beberapa bulan kahwin, si isteri minta cerai sebab suami dia selalu subuh gajah. Dia ingat bila kahwin dengan ustaz, suami dia akan qiyamullail dan solat tahajud setiap malam.
Rupanya dia silap. Suami dia selalu bangun lewat dan dia pulak yang kena k3jutkan suami dia. Dia nak suami yang menjadi imam dan membimbing dia menjadi lebih baik, tetapi dia pulak yang kena k3jutkan suami.
Untuk mesej yang pertama : Isteri bukanlah bid4dari dan suami bukanlah malaik4t. Korang jangan letak expectation tinggi – tinggi pada suami dan isteri. Kita ni manusia banyak kekurangan. Sebelum kahwin memang tak nampak kekurangan tu. Tapi bila dah kahwin, duduk sekali, sejuta kekurangan korang akan nampak pada pasangan.
2. Perempuan sangat misteri. Korang pernah tengok tak cerita Misteri Nusantara dekat TV3? Aku tak pasti ada lagi ke tak cerita tu sekarang sebab dah bertahun aku tak tengok TV3. Hahaha. Cerita tu memb0ngkar kisah – kisah misteri tentang makhluk ghaib, j1n, h4ntu dan sebagainya.
Tapi ada lagi satu kategori misteri yang diorang belum b0ngkar, iaitu perempuan. Nak tahu sebab apa perempuan itu misteri? Meh aku cerita. Aku tulis ikut situasi supaya korang senang faham.
Situasi 1 : Aku dan isteri nak makan dekat luar. Dalam kereta, aku tanya isteri aku, nak makan kat mana? Dia jawab, ikut abang lah, sayang ikut je. Aku pun tanpa berfikir panjang terus memandu ke restoran kegemaran aku.
Bila sampai je depan restoran tu, isteri aku cakap, “ala, asyik restoran ni je, pergi la restoran lain”. Lepas tu aku tanya dia balik, nak pergi restoran mana, dia jawab “ikut abang lah, sayang ikut je”.
Situasi 2 : Bila sampai restoran, waiter / pelayan bagi menu makanan. Aku tak tengok pun menu tu sebab aku dah tahu nak order apa. Aku suka order nasi goreng kampung, manakala isteri aku suka nasi goreng tomyam.
Setiap kali makan luar, aku akan order nasi goreng kampung. Jadi, aku tak perlu nak tengok menu pun. Berbalik pada kisah tadi, isteri aku tanya aku kenapa tak tengok menu. Aku pun jawab, buat apa nak tengok sebab abang dah tahu nak order apa.
Pastu isteri aku jawab, abang ni asyik order nasi goreng kampung je, cuba la order menu lain. Dalam hati aku, “dah tekak aku suka nasi goreng kampung, buat apa nak order menu lain”. Isteri aku pun membelek belek menu yang ada.
Aku tahu isteri aku suka order nasi goreng tomyam, tapi disebabkan kali ni isteri aku membeIek menu tu lama -lama, aku rasa mesti dia nak order menu yang berbeza. Setelah lama membeIek menu, isteri aku pun melambai tangan untuk memanggil waiter.
Bila waiter sampai tanya nak order apa, isteri aku jawab, “nasi goreng tomyam”. Ingatkan dia beIek menu lama – lama tu nak order menu lain, last – last order menu yang sama jugak. Bukan main lagi dia marah aku mula – mula order menu sama, rupanya dia pun order menu yang sama jugak. Tak ke membazir masa tengok menu lama – lama tadi? Kalau order je terus tanpa tengok menu mesti dah sampai makanan yang kita order.
Situasi 3 : Aku baru balik dari kerja. Bila sampai rumah, tengok isteri macam senyap, lain dari biasa. Jadi aku tanya dia, sayang ok ke? Dia jawab, ok je. Bila dia jawab ok, aku ingatkan dia memang ok la. Aku pun berbaring atas sofa sambil layan FB.
Malam tu sebelum nak masuk tido, isteri aku marah aku. Dia kata, “abang tak perasan ke sayang tengah ada masalah, tak stabil dari petang tadi”. Pastu aku jawab, “laa tadi abang tanya sayang ok ke tak, sayang cakap ok je”. Abang ingat sayang ok la.
Situasi 4 : Kawan aku ajak jumpa lepak dekat mamak. Aku pun bagitau isteri aku, “sayang, abang nak keluar kejap jumpa member, ok ke?. Pastu dia jawab, ok je” Bila aku balik rumah, isteri aku bising. Sebenarnya dia tak nak aku keluar lepak dengan member. Dalam hati aku, “la, aku tanya tadi dia kata ok je nak keluar”.
Situasi 5 : Sewaktu lepak – lepak dengan member dekat mamak, aku mesej isteri aku tanya, nak order apa – apa tak? Nanti abang boleh tapaukan. Isteri aku jawab, “takpe la bang, sayang dah kenyang”. Bila aku balik rumah, isteri aku tanya “abang tak beli apa – apa makanan ke untuk sayang?”.
Haaa. tu la beberapa situasi yang telah berlaku yang menyebabkan aku rasa orang perempuan ini sangat misteri. Walaupun dah kahwin bertahun – tahun, masih lagi susah nak memahami insan yang bergeIar perempuan.
Mesej kedua : Perempuan sangat misteri. Korang kena belajar memahami apa yang diorang cakap. Kadang – kadang apa yang diorang cakap berIawanan dengan apa yang diorang maksudkan. Senang cite, perempuan ni kadang – kadang diorang tak cakap direct.
Banyak sangat kiasan dan bunga yang menyebabkan orang lelaki tak faham. Untuk mengelakkan salah faham, lelaki kena cuba memahami bahasa perempuan manakala orang perempuan kena cuba cakap direct apa yang mereka nak / maksudkan supaya orang lelaki mudah faham.
Wah, panjang pulak aku tulis. Sebenarnya ada 3 lagi nasihat yang aku nak kongsi. Tapi macam dah panjang sangat ni. Kalau rajin nanti aku tulis lagi. Kepada yang akan berkahwin dan sudah berkahwin, aku suggest korang baca buku ‘Men from Mars, Women from Venus’. Ada banyak tips dan nasihat yang sangat berguna kat situ. Kesimpulannya, sebelum kahwin kena buat persediaan dulu, kalau tak nanti korang terk3jut beruk pulak. Hehehe – Mad
Sambung.. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan confession ini. Ni sambungan kepada confession aku sebelum ni, Nasihat Aku Tentang Perkahwinan. Haritu aku janji nak bagi 5 nasihat, so aku dah bagi 2 nasihat sebelum ni, ni sambungan lagi 2 nasihat.
Ramai yang setuju bila aku tulis pasal misteri nusantara tu, tapi ada jugak yang tak setuju dan siap kutuk aku lagi, hahaha. Apa yang aku tulis tu sebenarnya berlaku waktu mula – mula kahwin dulu, lepas beberapa kali jadi, aku pun dah mula memahami.
Jadi dah berkurang la ins1den – ins1den macam tu sebab aku dah tahu sikit – sikit bahasa kiasan orang perempuan . Kiranya aku dah berjaya sikit – sikit merungkai misteri perempuan. Point aku tulis situasi – situasi tersebut adalah nak educate / memberi didikan / kesed4ran awal kepada mereka yang belum kahwin atau yang baru berkahwin.
Walaupun aku dah faham sikit – sikit pasal perempuan (atau isteri aku specifically), tapi misteri perempuan ini berterusan (misteri nusantara kan banyak episod, sama jugak macam misteri perempuan). Setiap hari ada je perkara misteri baru yang berlaku.
Antara misteri yang masih belum terungkai adalah apabila isteri aku tanya soalan, “Abang, sayang gemuk tak?”… (Nota tambahan : Isteri aku ni sedang – sedang, tak kurus, tak gemuk, tapi ada lemak berlebihan di sesetengah tempat).
Aku pun jawab, “Eh sayang kuruslah, tak gemuk pun”. Lepastu isteri aku marah, “Abang ni cuba la jawab betul – betul, sayang tahu yang sayang ni gemuk, cuba abang jujur sikit”… Eh tak pasal – pasal aku kena marah. Maka aku pun berhuhuhuhu…
Beberapa hari lepas tu, dia tanya aku soalan yang sama, “Abang, sayang gemuk tak?”. Memandangkan aku dah pernah jawab soalan ni, so aku dah tahu la skema jawapan. Aku pun jawab, “Aah, sayang gemuk sikit la”. Pastu isteri aku baIas, “Sampai hati abang cakap sayang gemuk”.
Dia terus merajuk. Maka aku pun facepalm dan terus berhuhuhuhuhu… Sebab itu aku cakap perempuan ni misteri. Dah kawin bertahun – tahun pun ada banyak episode misteri yang perlu dirungkai. Sebenarnya lelaki pun banyak juga yang misteri.
Tapi sebab isteri aku perempuan, jadi aku cerita la yang perempuan ini misteri. Nak cerita pasal lelaki, mane aku tau.. Kena tunggu la nanti mana-mana perempuan yang rajin nak tulis pasal lelaki itu misteri. Ok lah, cukup ulasan aku. Sekarang aku nak sambung lagi nasihat seterusnya.
3. Horm4ti Perbezaan, Raikan Persamaan. Lelaki dan perempuan ini memang Allah ciptakan berbeza. Sebab itu perkahwinan ini satu proses untuk kita melengkapi satu sama lain. Bila kita dah duduk serumah, sebilik dengan suami isteri, lagi banyak perbezaan dan persamaan yang kita akan nampak. Tak caya?
Meh aku bagi contoh, supaya korang senang faham.
Situasi 1 : Bilik tidur kami ada aircond. Bila nak tidur,aku jenis tak suka pasang aircond, tapi isteri aku suka pasang aircond. Aku suka pasang kipas je. Bila sejuk sebab aircond, aku susah nak tidur walaupun dah pakai selimut bergunung tinggi, sebab tu aku tak suka pasang aircond.
Haa, kan ada perbezaan kat situ. Tapi persamaan kami pulak adalah kami suka membongkang / tidur. Untuk menghorm4ti perbezaan, selalunya waktu nak tidur aku akan pasang aircond. So that isteri aku boleh tidur.
Lepas dia dah tidur, aku akan senyap – senyap tutup aircond. So turn aku pulak nak tidor. Bila aku bangun je esok pagi, dah sejuk semacam. Ceh, rupanya isteri aku buka balik aircond lepas aku dah tutup.
Situasi 2 : Aku ni jenis teliti. Kalau nak berjalan jauh, sebelum nak keluar rumah, aku akan pusing / tawaf satu rumah untuk pastikan aku tak tinggal apa – apa benda penting. Isteri aku pulak terbalik. Bila nak keluar menonong je.
Dalam kereta on the way, “abang, sayang tertinggal purse dalam handbag lagi satu” “abang sayang tertinggal kunci”. “abang sayang tertinggal berus gigi”. Dalam hati aku, “sebelum keluar rumah tadi tak check ke dulu”.
Tetapi selaku suami yang sabar dan penyayang, aku pun berpatah balik. Sejak beberapa kali ins1den ini terjadi, aku mula jadi pegawai kastam. Sebelum keluar je rumah, aku akan check dekat pintu untuk pastikan isteri aku tak tinggal apa – apa barang.
Aku jugak teliti dengan masa. Kalau nak bertolak ke mana – mana atau nak jumpa sapa – sapa, aku akan sampai awal. Berbeza pulak dengan isteri aku yang selalu lambat. Jadi sejak kami kahwin, aku akan sampai lewat disebabkan isteri aku.
Sebagai contoh, plan nak bertolak balik kampung pukuI 9 pagi. PukuI 8.50 pagi aku dah siap. Aku tanya isteri aku dah siap ke? Dia kata, “jap abang, bagi 5 minit, sayang nak pakai tudung”. Waktu ni aku dah siap pack barang dan beg semua, dah masukkan dalam kereta.
Cuma tunggu isteri aku nak siap je. PukuI 9 aku tanya balik, “dah siap ke sayang”. Dia jawab, “sekejap abang, nak siap dah”. PukuI 9.15, aku tanya balik, “dah siap ke?. Dia jawab, “sikit lagi bang, sabar ye”. Aku pun masuk bilik tengok dia tengah pakai tudung lagi.
PukuI 9.30 dia keluar bilik, jom abang, sayang dah siap. Sejak beberapa kali terjadi ins1den ini, aku akan tanya isteri aku, dah siap ke belum sejam sebelum waktu bertolak. Supaya kami dapat bertolak on time atau lebih awal.
Lama bro nak lilit – lilit tudung tu. Tapi selamat sekarang dah ada instant shawl. Terima kasih kepada pengasas / pereka instant shawl ni. Anda memudahkan hidup kami. Banyak pahala anda. Lepas ni cuba reka instant make up pulak.
Letak secalit foundation dekat muka, terus cantik. Tak payah nak tempek – tempek, sapu – sapu, lama – lama dah.
Situasi 3 : Kalau korang perasan, golongan isteri atau perempuan suka tag suami diorang dekat sesuatu post dengan harapan suami diorang akan baca. Antara contoh-contoh : “Bi Hassan, tolong baca” “Abang Ismail, sila baca post ni, lepastu komen dekat sini”
“Sayang tahu yang abang Kassim takkan baca, tapi nak tag jugak” Lepas seminggu, krik krik krik bunyi cengkerik suami diorang tak baca pun. Orang lelaki ni memang malas / kurang rajin nak baca benda / post / sharing yang panjang – panjang.
Tak semua, tapi kebanyakannya. Aku pun termasuk la sekali kategori ni. So apa isteri aku buat untuk pastikan aku baca? Dia print-kan post / sharing tu, lepastu letak dalam envelope / sampul surat, tulis nama aku dan letak atas meja makan.
Bila aku balik kerja, tengok ada surat atas meja. Aku pun buka dan baca sampai habis. Banyak kali jugak la isteri aku bagi surat ni. Kadang – kadang boleh letak dalam tempat duduk kereta. Malam tu korang print siap – siap, pagi esoknya waktu suami tengah nak siap pergi kerja, korang letak dalam kereta dia, dekat tempat pemandu.
Mesti dia baca sambil menghadap jalan jem. Jadi untuk isteri – isteri di luar sana, kalau suami anda termasuk dalam kategori malas membaca macam saya, sila print-kan sharing tersebut dan letak dalam sampul surat.
InshaAllah suami anda akan baca. Ataupun teknik lain, anda buka sharing tu dalam phone suami anda waktu dia tengah mandi, nanti lepas mandi, bila dia nak ambil phone dia, dia akan terus nampak sharing tersebut.
Teknik tag suami dekat facebook ni hanya berkesan sebelum kahwin, (waktu tu suami nak mengorat korang, rajin la dia nak baca). Lepas dah kahwin, hmmmm jangan haraplah. Sekali lagi, tak semua. Ada je suami yang rajin membaca, untung you olls.
Mesej ketiga : Horm4ti perbezaan, raikan persamaan. Sebelum kita kahwin, kita hidup sendiri, pergi mana – mana sendiri, makan sendiri, tidur sendiri. Jadi kita bebas ikut cara kita. Tak ada orang yang kisah.
Tapi bila dah berkahwin, kita akan berkongsi hidup dengan pasangan kita. Jadi perlulah kita bertolak ansur. Give and take. Mungkin kita perlu ubah cara hidup kita sedikit, supaya sesuai dengan pasangan kita.
Kalau masing – masing tidak mahu beralah, maka susahlah kita nak hidup sekali. Sebab tu banyak kes perceraian disebabkan sudah tidak sefahaman / tidak sehaluan. Masing – masing tidak mampu lagi hidup bersama disebabkan jurang perbezaan yang jauh.
Ada yang bercerai hanya sebab berebut rancangan televisyen. Ada yang bercerai sebab tak suka pasangan basuh baju waktu malam. Ada yang bercerai sebab tak suka cara pasangan menjemur baju. Jangan gelak. Kes – kes ini memang benar terjadi.
Semuanya dilaporkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. Sebenarnya,, banyak kes – kes pelik yang menyebabkan perceraian. Semuanya adalah disebabkan perbezaan dan masing – masing tidak mahu mengalah / tolak ansur.
4. Sentiasa peka pada pasangan anda. Bila kita berkahwin dan duduk sekali, jadi banyaklah perkara yang berlaku di antara suami isteri. Kadang – kadang perkara kecil, tetapi di mata suami / isteri kita adalah perkara besar.
Lagi rapat kita dengan seseorang, lagi mudah orang tersebut akan terasa / sensitif. Kadang – kadang bila tak ucap terima kasih pun pasangan anda boleh terasa. Kita juga perlu lebih peka dan jadi lebih observant.
Kalau nampak isteri tak ok, terus tanya. Kalau nampak suami senyap diam je, kena tanya. Bila suami / isteri buat sesuatu yang pelik, pun kita kena peka. Sebagai contoh, suami tak pernah buat kerja rumah. Tetibai suatu hari tu, suami mop lantai, basuh baju, memasak.
Wah pelik ni. Isteri kena peka dan selidik perubahan suami. Adakah suami mempunyai sesuatu hajat? Tetiba rajin buat kerja rumah? Sebagai suami pulak, kita juga perlu sentiasa peka kepada isteri. Barulah isteri rasa istimewa dan disayangi.
Dulu waktu mula – mula kahwin, aku tak berapa peka / memerhati sangat. Meh aku bagi contoh situasi yang berlaku waktu mula – mula kahwin dulu : Aku dan isteri nak balik kampung jam 9 pagi. PukuI 9 pagi, isteri aku tak siap lagi, masih tengah pakai tudung.
PukuI 9.15 aku masuk bilik, dia tengah pakai tudung lagi. PukuI 9.30 dia keluar bilik, “abang, sayang dah siap, jom”. Perjalanan balik ke kampung mengambil masa 4 jam. Dalam kereta, isteri aku senyap je. Selalu ada je benda yang dia nak borak.
Aku tanya dia, “sayang ok ke?. Dia jawab sepatah, “ok je”. Maka ber krik krik krik la bunyi cengkerik selama 4 jam tu. Bila sampai je kampung, isteri aku tanya, “cuba abang tengok sayang, abang tak perasan apa-apa ke?
Aku pun tengok isteri aku atas bawah. Atas bawah. Sama je. Takde tumbuh jerawat pun kat muka dia. Tudung dan baju yang dia pakai pun dia pernah pakai sebelum ni. So takde apa – apa yang baru dan pelik.
Aku pun jawab, “macam sama je, tak perasan apa – apa pun”. Pastu isteri aku jawab, “abang tak perasan ke sayang pakai / lilit tudung style baru, penat tau dekat setengah jam lilit tadi, tapi abang tak perasan pun.
Ingatkan abang nak puji sayang cantik sebab pakai tudung style baru hari ni. Tapi abang tak kata apa – apa pun”. Maka aku pun facepalm dan terus berhuhuhu.. Mana la aku perasan style lilit tudung ni. Nampak semua sama je.
Mesej ke-empat : Sentiasa peka / memerhati pada pasangan anda. Kadang – kadang suami atau isteri cuba buat kelainan, dan mereka berharap pasangan mereka akan perasan dan memuji. Mungkin sesuatu perkara itu kecil, tapi di mata mereka sangat besar.
Jadi para suami dan isteri kena bulatkan mata besar – besar untuk jadi lebih observant, besarkan telinga untuk lebih peka dan mendengar, t4jamkan hidung untuk menghidu sebarang perbezaan / kelainan yang ditunjukkan oleh suami / isteri anda.
Alamak, dah panjang pulak aku tulis. Tak sempat nak habiskan lagi satu nasihat. Nanti aku sambung lagi , takut korang tak larat pulak nak baca. Aku bukanlah suami contoh pun. Tujuan aku tulis ni adalah nak kongsi pengalaman waktu aku mula – mula kahwin dulu.
Banyak kali kami berg4duh sebab isu – isu ni. Jadi aku tulis ni nak educate dam memberi kesed4ran kepada orang yang belum dan baru berkahwin, supaya mereka aware dengan benda ni dan tak ulangi kesilapan yang pernah aku lalui.
Life is a learning process. Kita sentiasa belajar dari kesilapan dan mengajar / memberi kesed4ran supaya orang lain tak mengulangi kesilapan kita. – Mad
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.