Sebelum awek aku hilangkan diri, rupanya dia copy segala data kejahatan aku. Dia buat laporan polis

Aku dah plan perkahwinan kami, dalam masa sama aku enjoy dengan kerja h4ram aku. Satu hari, aku tak dapat call dia. Facebook deactivate. Aku pergi rumah dia, jiran kata mereka dah pindah. Aku contact, jumpa kawan – kawan dia, semua tak tahu mana dia pergi. Aku meng4muk. Masa ni aku fikir, kalau aku dapat dia, nahas dia aku kerjakan!

#Foto sekadar hiasna. Pertama sekali, terima kasih admin kalau kisah aku disiarkan. Aku tahu cerita aku pasti akan ada yang k3cam. Tapi rasanya penjahat macam aku ni tak ada yang confess . Kebanyakan mangsa je banyak.

Aku tak tahu nak mula dari mana. Masa aku umur 16 tahun, pengaruh dari rakan sebaya ni memang kuat. Masa tu, rebut – rebut perempuan ni normal. Bertumbvk depan sekolah, tukar – tukar perempuan macam tukar baju.

Diorang ni pula jenis senang termakan ayat – ayat manis. Aku mer0kok dalam sekolah tapi bila study tetap score. Haha. Masa aku umur 17 tahun, ada sistem siapa paling berkuasa. Siapa yang buat paling jahat, dialah ketua.

Aku yang b0doh ni, pergi ayat perempuan. Ajak jumpa tempat tak ada orang, tapi aku tak pergi pun. Orang lain pergi, bila habis diorang bayar aku. Ya, aku tahu ramai yang akan kecam aku. Disebabkan tu, aku jadi ketua.

Banyak lagi perkara aku buat, tapi aku tak mention kat sini. Waktu aku habis SPM, aku kenal dengan seorang perempuan kat facebook, bawah setahun dari aku. Rupanya dia satu sekolah dengan aku. Aku rasa dia lain dari perempuan – perempuan lain.

Dari usia 14 tahun dia dah jual pisang goreng tolong ibu dia. Dia anak sulung, ada 6 orang adik lelaki, 1 perempuan. Cara dia berfikir memang lain, lebih matang dari usia. Lebih fikir ke depan. Study dia pun lebih kurang macam aku.

Hari – hari aku singgah kedai nak borak dengan dia. Dipendekkan cerita, kami pun bercinta. Aku belikan handphone motorola untuk dia. Senang sikit nak contact. Waktu ni aku study jauh. Lepas dia habis SPM, dia dapat offer pergi UIA tapi dia terp4ksa tolak sebab ada 7 adik – adik berg4ntung kat dia.

Aku ok je. Aku cakap kat dia, dia takde diploma, degree pun tak apa, aku boleh tanggung dia. Waktu ni aku masih seorang yang b0doh, aku fikir, takpe untuk keluar atau tidur dengan mana – mana perempuan selagi cinta aku untuk dia.

Dia pun terlalu naif kerana percaya cakap aku bulat – bulat. Bermula dari pertama kali kami berg4duh, aku mula bertindak kasar dengan dia. Aku p4ksa dia buat perkara dia tak nak. Aku ugvt, aku tinggalkan kesan lebam.

Sebagai peringatan untuk dia supaya jangan c4bar aku. Masa ni aku tak faham kenapa dia tak boleh fikir yang aku nak kahwin dengan dia, perempuan lain tu sekadar lepas keperluan je. Aku rasa dia kolot sangat masa tu. Dia ada kata nak tinggalkan aku, tapi aku perlekehkan dia, “siapa nak peIacur macam kau? Aku dah rosakkan badan kau. Aku je boleh terima kau. Faham tak?”

Lepas graduate, aku buka 1 company kecil untuk business, dengan menggunakan modal dari mak ayah aku. Mak ayah aku tak tahu apa aku buat belakang diorang. Aku pun selalu bawa girlfriend aku jumpa setiap 2 minggu.

Girlfriend aku masa ni, m4kin lama m4kin pelik. Dari rambut panjang, dia potong pendek paras bahu. Aku dah kata aku tak suka perempuan rambut pendek. Habis dia Iebam hari tu aku kerjakan. Tapi dia diam, tak meIawan macam selalu.

Waktu ni dah 6 tahun kitorang bercinta. Semuanya berjalan seperti biasa. Aku dah plan perkahwinan kami pada masa sama aku enjoy dengan kerja h4ram aku. Sampai satu hari, aku tak dapat call dia. Facebook dah deactivate.

Aku pergi rumah dia, jiran kata mereka dah pindah. Aku try contact dan jumpa kawan – kawan dia, semua tak tahu mana dia pergi. Aku meng4muk. Masa ni aku fikir, kalau aku dapat dia, nahas dia aku kerjakan. 2 tahun aku cari dia. 2 tahun!

Serata negeri, serata tempat. Semua yang ada kena mengena dengan dia aku dah pergi. Start tahun ke 3, aku stop cari. Aku putvs asa. Aku stop kerja h4ram, stop minum, stop tidur dengan perempuan lain. Aku mula fokus dengan kerja.

Setiap hari aku tengok gambar dia dalam phone aku. Aku rasa menyesal, aku rasa b0doh sangat sebab buat dia pergi. Aku pernah didakwa kerana buat benda tak elok. Tapi dilepaskan sebab tak cukup bukti. Tak lama lepas tu, aku ditangkap semula.

Ya, sebelum girlfriend aku pergi, dia dah copy semua data kat laptop aku. Kali terakhir yang dia diam aku pukuI dia, rupanya dia tangkap gambar sebagai bukti. Aku didakwa beberapa kesalahan. Tapi peguam aku minta rayuan kurangkan waktu dipenjara dan ik4t jamin.

Lepas aku bebas, Aku dah bertaubat, aku tak akan ulang kesilapan lama. Aku cari girlfriend aku, dia dah kahwin. Dah ada anak seorang dan tengah mengandung. Mereka nampak bahagia sangat. Dia dah pun bertudung labuh dan baju longgar.

Aku br0ken teruk. Hati aku s4kit yang amat sangat. Satu – satunya perempuan yang aku cinta. Pada awalnya aku tak boleh terima, selalu aku jumpa dia minta dia maafkan aku dan terima aku semula. Aku bagitau semua kisah kami kat suami dia, aku pernah sentuh isteri dia, tapi dia tak menunjukkan reaksi marah atau kecewa.

Suami dia buat report polis, membuatkan aku hanya tengok girlfriend aku dari jauh. Aku tahu ada yang kenal diri aku siapa, kerana kes aku ni agak heboh satu kejiranan. Aku cuma nak luahkan, dari sudut seorang yang jahat.

Padan muka,inilah yang selayaknya aku dapat. Hargailah seseorang tu sebelum dia pergi. Aku dah berhenti st4lk girlfriend aku sebab dia dah jadi isteri orang. Cuma sampai sekarang aku masih tak jumpa orang yang sama macam dia.

Kadang – kadang aku berharap anak dia tu anak kami. Aku patah hati sangat – sangat. Sekarang aku lebih banyak habiskan masa mencari cinta ilahi dari manusia. Aku habiskan masa dengan mak ayah aku. Aku dah penat dengan dunia.

Penat nak hidup bergelumang dengan d0sa, yang tak pernah sekalipun mendatangkan ketenteraman dalam jiwa. Membebankan. Akhirnya semua gambar dalam laptop dan phone terpadam. Tiada lagi aib seorang perempuan tersimpan.

Maaf seandainya kisah saya mendatangkan kemarahan para wanita, saya mengaku saya hanya seorang manusia yang khilaf, banyak melakukan d0sa. Saya bukanlah orang yang sama seperti dulu, sekarang saya adalah pencinta kaum hawa.

Tak mungkin lagi saya akan pukuI atau memandang kalian seperti objek. But still, saya memang patut dim4ki. Sekian, terima kasih admin. Sama – sama ambil pengajaran. – Izzat

Komen Warganet :

Utin Mardiana : Sebagai wanita, aku baca confession ni aku rasa nak marah dan kecam kau. Ni la lelaki yang merosakkan ramai wanita. Sebab aku sedih baca kisah gadis – gadis dir0goI, dipergunakan dan diIacurkan dalam page Baitus solehah dan Rumah Kita (tempat perIindungan wanita terIanjur dan terani4ya).

Kesian sangat kat wanita tanpa suami dan bayi tak punyai bapa ni. Luluh hati baca kisah – kisah wanita terani4ya. Semoga lelaki tak bertanggungjawab ni pupus terus. Semoga confessor betul – betul bertaubat. Biar seluruh manusia di dunia benci kau tapi Allah tetap sayang kau.

Sa Zai : Korang paham tak.. confessor dalam kes4kitan yang amat. Sengsara.. memang dia pernah jahat tapi perempuan yang tak jaga adab pun sama – sama menyumbang. Korang ingat senang ke nak buat confession macam ni.. buka pekung di d4da.. minta dic4ci.. dih1na.. dikutuk.

Hidayah Allah ni Maha Agung. Sesape yang diuji dan dapat hidayah itu ada lah orang yang sangat untung. Confessor dalam kes4kitan yang amat. Memang padan dengan apa yang dia lakukan. Tapi dia taubat. Doa – doa yang baik – baik sahaja untuk dia. Semoga Allah terima taubat semua umatnya.

Hartini Razali : Baguslah kau dah bertaubat. Tapi pernah tak kau bayangkan kisah atau nasib di sebalik setiap perempuan yang kau rosakkan dan kau permainkan? Better kau cari mereka semua dan mintak maaf sebab semua rasa bersalah kau ni akan mengekori kau sampai ke m4ti bro.

Aku doakan kau bertemu jodoh yang baik – baik dan please move on. Kau bertuah sebab diberi hidayah untuk berubah tapi amat maIang bagi lelaki di luar sana yang masih belum insaf. Satu aku mau pesan. Wahai lelaki yang merosakkan anak perempuan orang lain, perbuatanmu itu akan dibaIas dengan dugaan yang sama kepada saud4ra – saud4ra perempuanmu.

Boleh jadi adik, kakak, emak atau keturunanmu. Tapi rasa pedih dan d3rita itu belum cukup jika dibandingkan dengan perbuatanmu sebelum ini. Bersedialah menerima hakika4t yang akan membvnvh seluruh rasa bahagia sebelum ini. BaIasan akan mengejarmu selalu. Cepat atau lambat. Jangan senyum sinis nanti kau menangis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.