Sebulan sebelum aku nikah mak dah panggil orang nak besarkan dapur RM65k sebesar sebijik rumah

Aku hanya peniaga pasar borong. Mak cakap simpanan dia ada 6k je jadi dia harapkan duit hantaran dari pihak laki. Awal – awal lagi mak setuju nak bagi upah dekat tukang 17k. Aku menangis masa berdiri depan dapor mak, bila tengok total keseluruhan RM65K..

#Foto sekadar hiasan. Aku Bunga Melur berusia 35 tahun. Aku menulis kerana ada sedikit pengalaman hidup mengh4rungi badai kehidupan selepas diuji dengan kegagalan dalam sebuah pekerjaan.

Aku adalah seorang graduan daripada sebuah universiti swasta di Shah Alam. P0inter ketika aku graduate hanya 2.45 sahaja. Aku telah habis berusaha ketika di universiti dan itu sahaja yang mampu aku sumbangkan.

Keluarga aku memang orang susah. Mak aku berkerja sebagai peniaga pasar malam manakala ayah aku hidup dia bergelumang dengan n4jis d4dah tetapi dia juga yang mak harapkan untuk bawa kereta atau van untuk pergi berniaga.

Selain berniaga pasar malam mak ade sebuah kedai di kampung. Kedai itulah mata pencarian kami sekeluarga dari aku kecik sampai aku dewasa. Setelah tamat belajar aku tidak dibenarkan berkerja di Kuala Lumpur.

Mak dan ayah hanya benarkan berkerja di dalam negeri sahaja. Setelah tamat belajar aku berkerja dan aktiviti setelah habis waktu berkerja adalah berniaga di pasar malam dan hujung minggu aku kena jaga kedai.

Ketika itu aku tak kesah sebab aku nak baIas jasa mak ayah aku yang dah hantar aku belajar. Walaupun gaji aku hanya RM1400 sahaja masa tu tapi aku dapat belanja macam – macam dekat mak dan ayah.

Langit tu tak selalu cerah aku berhenti kerja dan hanya fokus pada berniaga. Mak dan ayah memang marah dan kecam aku. Aku tetap berniaga dan jaga kedai. Mak bagi aku gaji RM1000 untuk aku beli barang keperluan.

Pagi aku bangun seawal 5 pagi sebab mak dah start berniaga di pasar borong. Balik dari pasar borong aku kena bawa van untuk ambil bekalan jualan yang jaraknya 1 jam setengah pergi dan balik. SebeIah petang pula jam 3.30 petang aku dah siap sedia untuk ke pasar malam.

Hari yang tak berniaga di pasar borong pula aku kene jaga kedai. Ketika itu aku memang fokus berniaga. Aku tolak ke tepi pandangan orang kampung, yang penting aku bahagia. Keadaan aku memang selekeh. Pakaian aku.

Tak de istilah nak makeup bagai. 3 tahun aku hidup dengan jadual yang padat macam tu. Sampai la pada satu masa tahun 2013, aku nak kahwin. Sebulan sebelum tarikh aku nikah mak aku cakap nak dapur baru.

Semalam dia cakap hari ni dah panggil orang r0bohkan dapur yang lama sedangkan simpanan mak hanya RM6000 je dalam bank. Dan mak hanya harap duit kwsp dia RM17000 yang akan keluar lebih kurang dua bulan lagi.

Dan aku syak mak aku harapkan duit hantaran aku berbaki RM7000 dari pihak lelaki. So total semua RM30,000. Tapi mak aku tak kira pulak majlis aku nak pakai banyak duit. Aku tersandar. Mak buat keputvsan tanpa bincang apa – apa.

Aku teruskan berniaga macam biasa. Baru 4 hari pr0jek rumah berjalan mak da serahkan segala pembelian barang kayu batu simen semua kat aku sebab tukang indonesia mak upah hanya kerja buat rumah barang kami beli sendiri.

Aku bertambah susah hati. Lagi p4rah tukang tu minta upah buat rumah RM17,000 dan mak setuju. Aku ni memang tak pandai nak argue dengan mak aku sebab mak aku ni jenis tak makan saman. Aku bertawakal bulat – bulat kat Allah.

Tinggal kurang lebih 25 hari untuk aku laksanakan semua. Aku berniaga berm4tian m4tian, setiap hari. Str3ss jangan cakap sebab jiran – jiran aku jenis kaki k0ndem dan kecam. Adik beradik aku memang tak membantu langsung.

Mereka jenis lepaskan tengkuk sendiri. Yang aku harap pun adik aku yang masih bersekolah. Bila balik berniaga aku tengok senarai barang yang tukang oder, aku urut d4da. Yang peliknya kuasa Allah… Aku bole bayar dan barang rumah mozek simen kayu sampai dalam waktu yang tepat dan pr0jek jalan macam biasa.

Tukang buat rumah aku ade 4 orang. Diorang memang cekap la. Dan lupa nak bagitahu luas dapor mak idaman mak aku 20×80!!!! Seluas sebijik rumah!! Mase tu mak aku da tak pergi berniaga dia harapkan aku 100%.

Mak aku sediakan barang – barang tambahan untuk bekalan niaga. Bapak aku memang tak amik port. Aku hanya berniaga pasar borong dan pasar malam sahaja dibantu adik aku yang umur baru 16 tahun.

Kesian aku tengok adik aku. Pagi pergi sekolah petang tolong aku niaga. Setiap ape yang aku jual laku macam goreng pisang panas. Aku susun betul – betul strategi. Bekalan barang berniaga memang cukup.

Barang hantaran segala persiapan perkahwinan memang aku da siapkan awal – awal sebelum badai besar Ni muncul. hal tu memang aku bersyukur. 10 hari sebelum tarikh siap rumah. duit dekat tangan aku habis. Aku tersandar.

Aku tak tahu nak buat macam mane. Aku tebalkan muka meminjam abang sulungku duit. dia bagi RM600. Aku pinjam lagi RM600 pada kakak aku. Dengan modal RM1200 tu aku beli barang niaga dan sekali lagi aku bertawakal pada Allah…

Alhamdulillah… Untung berIipat Kali Ganda.. Rezeki aku dapat payment RM1250 hasil daripada mengajar part time dekat PLKN 3 bulan sebelum kejadian. Dengan kuasa tawakal juga tokey supplier barang niaga bagi aku angp0w untuk majlis kawin aku.

Duit tu semua aku bayarkan duit tingkap kaca yang aku tempah dekat kedai cina. Tingkap memang mahal. Kalau korang nak tahu tokey tu da call aku 3 Hari berturut – turut cume aku tak angkat sebab duit aku tak cukup.

Berkat dapat payment dan angpau aku terus pergi bayar. 3 hari sebelum majlis aku bermula alhamdulillah rumah siap. Aku menangis mase berdiri depan dapor mak aku. Aku menangis mer4ung sebab bila tengok bil beli barang semua total RM65k total keseluruhan termasuk upah bayar pekerja dan kerja mengecat.

Aku teringat aku terkejar ke hardware untuk tempah mozek dan kalau barang tak cukup Aku pergi beli sendiri dan angkut pakai van. Aku menangis sebab aku hanya spend 2 jam je fitting baju kawin dan lepastu aku berkejar pergi niaga.

Aku sujud syukur dan 4 orang pekerja indon Ni seakan mengerti ape yang aku aIami sebulan ni. Bakal suami aku memang bangga sangat dengan aku. Yang paling bermakna adelah senyuman daripada mak aku.

Hari perkahwinan aku berlangsung pada 31/8/2012 berlangsung dengan giIang gemilang, seluruh kampung sanak saud4ra datang. Aku bahagia. Pada malam selepas aku nikah. Akak dan abang aku da beratur tuntut hutang.

Dengan duit hantaran tu aku bayar. Alhamdulillah perancangan Allah lebih baik. Duit buat rumah cukup dan tak kacau duit hantaran aku. Segala perbelanjaan majlis perkahwinan cukup tanpa ade hutang. Tapi aku tak de budget honeymoon pun.

Asal majlis selamat pun kire alhamdulillah. Mungkin orang akan cakap aku mereka cerita dan berbohong. Biar aku jelaskan pagi aku berniaga membekalkan barang mentah kepada peniaga macam pisang dan sayur kampung kepada peniaga lauk pauk.

Semua hasil bumi tu mak dapatkan di sekitar kebun dan ade orang yang jual dengan mak. Dalam sebulan ni mak gandakan jumlah pisang dan bekalan lain. Petang aku berniaga pasar malam dengan jual segala jenis buah buahan.

Yang ni pun aku gandakan bahan mentah supaya jualan meningkat. Aku juga ade kedai jual barang makanan traditi0nal. Kalau tak dan nak bukak kedai aku jual je barang – barang tu kat pasang borong dan pasar malam.

Asal barang jadi duit. Senget benget van tu aku bawak. Penuh jangan cakap, nak kemas dan turun barang, huhuhu. Nasiblah pekerja pasar malam aku ni badan macam badang. Selepas 8 tahun ibuku telah kembali ke pemilik asal.

Aku telah dikurniakan 2 orang anak. Aku masih lagi hidup dengan berusaha dan bertawakal kepada Allah. Perniagaan arw4h mak telah diserahkan kepada adik aku yang banyak membantu aku dulu.

Sekarang dia berjaya membina hidup tanpa menyusahkan orang lain. Aku tak pernah fikir yang berniaga dipasar tu jalan yang salah walaupun ramai yang kecam pada awal pembabitan aku. Persoalan kenapa aku tak berkerja dibidang professional dan menjanjikan masa depan yang gemilang tak dapat aku jawab sebab rezeki kerja Allah.

Tak semua yang belajar tinggi tu berjaya duduk dikerusi empuk. Aku redha sebab rezeki aku dengan cara aku sendiri. Kisah ni aku tulis sebab nak share kepada meraka yang telah kehilangan kerjalah mase covid-19 bahawa bersabar berusaha dan tawakal kepada Allah.

Pasti ade jalan keluar. Sehebat – hebat perancangan kite hebat lagi perancangan Allah. Adios… – Melur (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum. Aku Bunga Melur. Sebelum ni aku ada sampaikan sebuah kisah inspirasi kehidupan aku untuk memberi semangat kepada semua masyarakat yang sedang diuji dengan kehilangan kerja dan kesempitan hidup selepas covid 19.

Ini adalah kisah sambungan kepada siri sebelumnya. Selepas aku berkahwin aku telah hilang kuasa berniaga. Di mana arw4h mak buat keputvsan untuk ambil abang sulung aku berkerja dengan dia.

Pada fikiran mak aku perlu ikut suami aku so maksudnya aku telah ada kehidupan sendiri. Dan pada fikiran keluarga aku ni berpelanjaran so aku perlu berkerja sedangkan mereka tak tahu pointer aku hanya 2.45 sahaja.

Suami aku pula  berkerja dengan sebuah badan berkanun yang diswastakan. Dia bukan pegawai atasan Dan gaji dia 8 tahun yang lalu hanya RM1200 sahaja. Maka di sini lah kisah hebatnya tawakal Siri 2 bermula.

Dengan gaji suami sebegitu sudah tentulah aku kena cari kerja untuk tampung hidup aku. Pada awal perkahwinan aku ikut suami aku tinggal bersama di negeri lain. Disebabkan tempat tu jauh daripada bandar aku buat keputvsan untuk balik ke negeri asal untuk berkerja.

Selama aku PJJ dengan suami bermacam tempat aku berkerja dan pelbagai kerenah majikan yang aku telan. Ada yang tak bayar gaji ada yang lewatkan gaji sedangkan aku berkerja setengah giIa dengan jarak rumah ke tempat kerja satu jam setengah.

Satu hari tu ada seorang kawan bagitahu aku yang ada badan kerajaan di cheras memerIukan pekerja dengan kadar segera berstatus kontrak. Dengan info yang aku ada aku terus hantar email kepada HR tempat tu.

Mungkin rezeki aku yang hamil 4 bulan Aku dipanggil temuduga dan diterima kerja. Hakik4tnya mane ada orang mengandung diterima kerja di badan kerajaan walaupun kontrak. Ya mase tu rezeki aku, aku dipilih Allah dengan pointer 2.45.

Aku menyandang jawatan pembantu penyelidik @ reasearch assistant dengan gaji RM1800 sebulan. Bukan kata aku je yang tak percaya malah suami Aku pun. Alhamdulillah segalanya mudah baik dan selamat.

Aku berkerja di sebuah pejabat yang sejuk yang damai dan aku tak pernah membayangkan sebegini seronok. Pekerjaan aku tidak sesusah mana pun berbanding dengan kerja di pasar malam yang penuh haba dan habuk.

Setelah sebulan di cheras, aku dihantar ke perak selama 2 bulan untuk menjalankan kajian berkenan kesihatan pes4kit k4nser. Setiap hari aku perlu berhadapan dengan pes4kit yang data mereka telah ada 4 tahun yang lepas.

Tugas aku adalah menebual pes4kit dengan mengetahui keadaan kesihatan terkini mereka dan mengambil data ubat terkini. Segalanya dirakam dan dilakukan dengan berhati – hati. Setelah itu data akan disimpan terus ke pusat.

Setakat data pes4kit tu pada aku tak sesusah manapun sebab data sebelum tu dah sedia ada so kerja aku just update sahaja. Sebenarnya tugas dan tanggungjawab aku tu termasuk mengambil sampel d4rah, air k3ncing dan memeriksa paru – paru pes4kit dengan melakukan ujian pernafasan.

Tetapi aku belum sampai level tu lagi. Point kenapa aku diterima bekerja adalah sebab aku boleh berbahasa inggeris dengan baik dan pengalaman aku berhadapan dengan orang. Khidmat aku sangat diperIukan ketika ada pes4kit yang tidak boleh berbahasa melayu.

Pekerjaan aku yang pertama lepas graduate adalah seorang pegawai khidmat pelanggan @ customer care officer di sebuah syarik4t telekomunikasi milik luar negara so bahasa pertuturan adelah di dalam bahasa Inggeris sebab tu la aku mahir berbahasa inggeris.

Bulan berganti bulan tiba masanya Aku melahirkan anak. Setelah aku bersalin keluarga kami bertelagah kerana tiada siapa yang akan jaga baby aku. Dengan keadaan aku pjj dan selalu outstation buatkan aku redha dengan melepaskan jawatan itu.

S4kit…. pilu… sedih hanya Allah tahu isi hati peju4ng kehidupan seperti Aku. Dan inilah sisi di mana aku down. Aku yang kuat jadi sebegitu lemah. Aku hampir mer0yan. Aku nekad kembali ke sisi suami Dan tinggal bersamanya di suatu tempat paling asing dari kehidupan aku yang dulu.

Aku tak pernah salahkan mak, tidak salahkan sesiapa dan ini takdir aku.  Aku kena terima. Keluarga aku bertelagah hanya disebabkan mertua dan mak aku tak mahu jaga baby ketika aku baru sedar dari 0peration melahirkan baby. H4ncur hati aku.

Ketika itu aku menadah tangan. Ya Allah, aku hadapkan wajahku ini di hadapan mu. Kau sebaik – baik perancang. Aku Redha dengan ujian mu. Jaga aku, damaikan hati aku, maafkan aku. Aku akan jaga anak aku ini sebaik – baiknya.

Ketika taip ni berjurai jugak la air mata aku, huhu. Sekembalinya aku di tempat suami aku, kehidupan aku berubah. Aku adelah seorang surirumahtangga. Demi masa depan yang lebih baik aku positifkan diri.

Aku perlu mulakan satu perniagaan semula yang ianya milik aku. Tiada siapa boleh buang aku. Aku lah tokey, akulah kuIi. Buat pengetahuan semua aku ni ilmu memasak dan buat kuih memang zer0. Satu – satunya ilmu yang mak aku wariskan adelah membuat kerepek pisang.

Cara mak aku ajar memang sempoi, dia bagi aku pisang reject dan sebuah sagat. Lain kau fikir la sendiri. Permulaan hidup disini memang az4b sebab aku tak ada pengalaman dan kenalan berniaga senang cerita aku ni orang baru dit empat yang baru.

Disebabkan aku ni peramah aku dapat bekerjasama dengan abang jiran depan rumah aku. Dia memang arif tentang kawasan tempat baru ni dan dia mengajak aku berniaga. So aku tidak lepaskan peluang.

Aku redah pasar malam di sekitar berhampiran tempat tinggal. Sebagai permulaan aku berniaga jagung rebus. Pada aku simple sebab jangung tu hanya rebus dengan air. Letak garam sikit. Hah jadi. Selepas jagung rebus aku upgrade dengan jual air kelapa sekali.

Selepas tu bermacam – macam benda aku jual asal penuh meja aku. Bukan hanya pasar malam je aku berniaga aku pergi juga ke kampung orang asli yang menganjurkan majlis perkahwinan. Aku yang selama tinggal di kawasan membangun boleh terjebak dengan semua ni semata – mata mencari rezeki yang halal.

Setelah berhemp4s pulas. Allah rezekikan suami aku dapat pelarasan gaji daripada RM1200 naik ke RM1600. Bermula dari tahun tu suami aku terima kenaikkan gaji dan bonus setiap tahun. Suami aku buat keputvsan untuk sambung belajar di universiti awam.

Setelah 3 tahun suami aku berjaya graduate dengan pointer 3.68. Alhamdulillah kehidupan kami sem4kin baik dan sepanjang hidup dengan suami kami tak pernah berg4duh sebab duit. Aku bukan jenis yang meminta-  minta.

Apa yang suami mampu aku redha dan berlapang d4da. Berkat kesabaran usaha keras serta tawakal kepada Allah aku sudah tidak pergi berniaga di pasar malam dan ke mana – mana lagi. Sekarang aku adalah pembekal makanan dan minuman kepada semua buruh asing di tempat suami aku berkerja.

Aku perlu sediakan sarapan pagi makan dan tengahari setiap hari. Anggaran perolehan pendapatan aku adalah sekitar RM7000 sebulan. Aku juga adalah seorang usahawan makanan tradisional dengan pendapatan RM3000 – 4000 sebulan.

Sekarang juga aku sedang memperluaskan pasaran makanan traditional dan akan mengantikan daripada penggunaan manual ke penggunaan mesin. Sebenarnya aku bukan nak kongsi cerita ni untuk berbangga diri tapi aku nak sampaikan pengajaran hidup dan beberapa amalan baik kepada masyarakat.

Pertama jaga hubungan Kita dengan Allah.. seperti kita ade hubungan istemewa dengan solat dan amalan kita. Hati sentiasa berzikir dan sangka baik. Jaga seelok – elok ibadah solat seperti kita akan m4ti esok. Walau aku tak dilahirkan dalam keluarga alim tapi tuntutan hidup adelah solat serta menuntut ilmu selagi kite belum m4ti.

Kedua sayang mak ayah, suami, adik beradik seperti nyawa sendiri. Jika mampu tunaikan permintaan mereka walaupun mereka tidak minta. Contoh Aku sedekahkan sebahagian hasil kutipan perniagaan semasa PKP kepada adik beradik kerana semasa PKP mereka susah sebab tak dapat bekerja dan berniaga.

Amalan sedekah itu memang telah semua tahu akan dapat ganjaran yang hebat, tetapi cara sedekah tu bukan sahaja memberi tetapi menyempurnakan agar amalan sedekah itu benar – benar diterima.

Contoh paling mudah aku berikan. Ramai orang bersedekah baju kepada orang susah. Tapi keadaan baju yang disedekah kan itu umpama melepaskan batuk ditangga baju yang disedekah kan tu level kain buruk.

Sebab itu sebaik – baik sedekah adelah pemberian harta yang paling kita sayang. Point penting juga adalah banyakkan ilmu di d4da. Belajar semua ilmu masakankan, jahitan, kelas bahasa kelas mengaji dan sebagainya.

Terpulang kepada minat masing – masing. Jika berlaku sesuatu kite pastinya telah tahu bertindak. Pada pendapat aku duit bersifat cair so kamu semua kene bijak melabur beli emas dan jangan lupa pasang insurance @ hibah.

Aku dan suami tetap memakai kereta yang sama dan telah langsai hutang lebih awal daripada waktu yang ditetapkan. Belajar hargai masa. Ada mase kita bekerja. Ada masa kite bersama keluarga dan ada masa kite bersama Allah.

Masa bersama Allah tu adelah detik paling istimewa. Jika kita benar – benar amalkan kita boleh ukur perubahan diri dalam kehidupan harian kita. Aku tahu bukan aku sahaja yang struggIe untuk hidup selesa.

Aku hanya berkongsi cerita agar aku dapat memberi semangat kepada masyarakat. Ramai di kalangan kita pada hari ini sanggup buat apa sahaja untuk mencari rezeki termasuk mempr0mosikan diri sendiri dalam kedaan yang tidak elok. Nauzubillah…

Dan dalam mencari rezeki ramai yang memerIi mengh1na ia seperti makanan aku. Aku tak pernah benci jiran atau orang kampung aku sebaliknya aku suka sebab dalam hidup aku ade diorang yang datang bertanya khabar.

Yang hadiri kenduri rumah aku dan sama – sama menguruskan hari kem4tian mak aku. Walaupun aku anak pen4gih tapi orang kampung tidak pernah sisihkan kami. Pade hari terakhir sebelum mak pergi,  mak aku suruh jaga silaturahim dengan adik beradik dan jiran tetangga.

Sehingga ke hari ini ayah aku adelah pen4gih sejati. Aku hanya seorang anak yang tetap menjalankan tangjungwajab sebagai anak. Ayah tetap ade bersama aku walau ke langit biru kami terbang bersama.

Kesempatan ini aku juga nak minta maaf sebab penggunaan susunan ayat dan ejaan yang banyak salah. Aku juga nak berterima kasih diatas segala doa daripada pembaca. Aku terharu sangat.

Oh ye sebenar-benarnya kisah Aku membuat rumah berlaku pade tahun 2012. Aku Salah type 2013. Maaf ya. Sekarang aku akan lebih berhati – hati. Dan yang terakhir apa yang kita miliki bukan milik kite sejati.

Dari dia kita datang kepada dia kita kembali dan dia juga berhak menarik segala nikmat yang dia beri. Siapa kita, ape pekerjaan kita berapa nilai harta kita semua tu tak penting di mata Allah. Salam sayang, – Melur (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.