Saya terp4ksa jadi pengemis minta hutang, sampai terp4ksa bagi anak minum susu pekat

Hari tu saya tebalkan muka, mesej tanya lagi. Dia bagi alasan lagi, suami dia 0KU. Dah 2 bulan tak kerja katanya. Saya sabar tunggu lepas sebulan diam lagi. Ada satu masa saya tanya, dia boleh baIas dengan jawapan yang buat saya geram..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan terima kasih admin sekiranya sudi siarkan luahan hati saya. Saya Sue (bukan nama sebenar), tinggal di Selangor. Saya tengah sedih dan kecewa sangat. Tak tahu nak luahkan pada siapa lagi.

Saya seorang suri rumah sepenuh masa dan ada 2 orang anak. Kehidupan kami sekeluarga adalah sederhana, tak mewah dan biasanya hujung bulan akan mengik4t perut jugalah sementara menunggu gaji suami. Tahun lepas, alhamdulillah rezeki kami dapat beli rumah subsale. 60% duit muka memang guna duit ibu saya.

Alhamdulillah ibu sangat membantu dan dialah yang selalu membebel suruh beli rumah. Selebihnya guna duit simpanam ASB saya. Sampai tinggal kurang dari RM50 sahaja baki. Sayang suami tiada langsung simpanan. Hujung bulan cukup – cukup makan macam mana nak simpan.

Bila nak pindah, banyak kos kena pikir. Sewa lori untuk angkat perabot. Duit deposit untuk tukar nama TNB, Syabas dan semua yang berkaitan. Saya jual perabot yang ada. 1 katil double (dah lama), sofa L-shape, peti sejuk 1pintu, rak, karpet dan beberapa lagi barang yang dah lama.

Saya iklankan pada WhatsApp group penghuni flat saya. Supaya senang proses nak pindahkan barang. Saya memang dah ambil langkah berjaga – jaga, siapa yang nak, mesti bagi saya deposit RM50 sebagai tanda jadi. Semua berjalan sangat lancar.

Barang perabot yang besar saya akan hantar pada hari saya pindah barang ke rumah baru. Kira free jelah saya tolong hantarkan. Sebab blok lain walaupun 1 flat. Tapi lori tetap kenakan caj lebih pada saya. Nak dijadikan cerita, sorang pembeli ni mesej cakap tak jadi nak beli peti sejuk sebab tak dapat nak bayar on time delivery.

Lori angkat barang date ini. Jadi dia tak kisah sekalipun deposit dia burn. Saya jenis mudah kasihan kat orang. Sebab saya bermula dari zero. Rumah tak ada peti sejuk. Baring tengok tv pun atas toto je. Jadi saya pernah merasa susah.

Saya pikir tak apalah bagi masa sikit, bila dapat gaji dia janji akan bayar. Kira lagi seminggu la. Cuma hantar barang saya terp4ksa hantar juga. Sebab dah book lori memang nak kena keluar rumah sewa. Di sinilah bermula episod saya jadi pengemis.

Saya bukan orang senang. Minggu terakhir sebelum dapat gaji, kami terp4ksa berjimat cermat. Susu anak pun terp4ksa buat cair. Ada ketika terp4ksa bancuh guna susu pekat dalam tin. Sedih sangat, “maafkan umi tak mampu lagi beli susu.

Nanti abi gaji, Kita beli susu ye, sayang.” Syukur anak saya tak s4kit perut. Saya kecewa sampai ke hari ini, dia masih belum bayar walaupun satu sen (Kecuali deposit RM50). Setiap bulan saya akan mesej tanya, setiap kali tu jugak dia akan bagi alasan.

Mula – mula dia cakap suami keja guard. Belum dapat gaji. Gaji tak tentu katanya. Kalau dah gaji dia akan bank in. Saya siap bagi nombor account semua. Saya tunggu sebulan juga, tak ada khabar berita. Bila saya diam, dia lagi diam.

Saya pun tebalkan muka, mesej tanya lagi. Dia bagi alasan lagi, suami dia 0KU. Dah 2 bulan tak kerja. Ni baru start kerja balik. Jadi belum dapat gaji. Saya dah sedih. Tapi saya sabar. Saya tak boleh nak p4ksa orang bayar. Saya cuma minta dia bila ada duit tolong bayar sebab saya nak pakai.

Lepas sebulan, dia diam lagi. Saya tak pernah jemu, mesej tanya lagi. Saya minta maaf banyak – banyak kat dia, bukan saya nak mendesak tapi dah 3 bulan berlalu. Saya betul nak pakai duit. Dia tetap bagi alasan. Katanya gaji suami dia dalam 2 minggu lagi.

Bila dapat, dia janji akan bank in. Sekali lagi dia minta nombor akaun. Saya tetap bagi. Dah dua kali bagi ye. Dipendekkan cerita macam tu la setiap awal bulan saya akan mesej. Dia akan bagi alasan. Ada katanya tunggu dia dapat duit mengasuh.

Dia ada anak asuhan seorang. Bila tiba masa yang dijanjikan, dia takkan mesej pun. Saya yang akan mesej tanya. Dan dia cakap tunggu gaji suami pulak. Terasa seperti saya diperb0dohkan. Kalau ikutkan hati, saya marah. Saya geram.

Saya bukan b0doh. Kalau tak nak bayar, cakap je la. Saya cakap kalau tak nak, saya akan ambil balik peti sejuk saya. Padahal, saya tak ada kenderaan pun nak pergi angkat dari rumah dia ke rumah saya sekarang. Kalau nak sewa pun macam tak berbaloi untuk ambil peti sahaja.

Peti tu pun saya jual RM250. Kira dia hutang lagi RM200. Lagipun saya bukannya ada duit. Saja saya cakap supaya dia betul – betul bayar. Saya dah tak larat nak berharap. Setiap kali dia berjanji, saya tetap berharap dia akan bayar.

Walaupun saya tahu dia macam tipu saya. Tapi saya tak boleh nak m4ki hamun dia, saya takut dia akan block saya terus. Saya terp4ksa mesej yang baik – baik. Saya perIukan duit untuk bayar yuran pendaftaran. Dia cakap akan bayar.

Bila saya tanya dia cakap suami tak balik dari outstation. Call pun tak dapat. Dia minta saya tunggu. Lepas 3 hari saya mesej dia baIas tunggu bantuan JKM. Biasa tengah bulan. Saya sedih. Suami saya dah fedup. Malas nak ambil tahu.

Saya terp4ksa pergi pada hari pendaftaran tapi minta kat cikgu untuk postpone date bayar yuran. Memang boleh. Tapi saya malu. Saya sedih. Saya ni bukan b0doh. Saya cuma kasihan pada orang yang langsung tak kasihan pada saya.

Ada satu masa saya tanya, dia boleh baIas, “ehh, suami kak belum bank in lagi ke?”. Geram betul saya. Allah je yang Maha mengetahui. Saya tebalkan muka entah ke 20 kali agaknya minta hutang. Macam pengemis. Dia bagi alasan apa. Anak dia warded. Ada kuman dalam d4rah.

Kamu semua percaya tak? Saya tak tahu. Tapi saya sedih. Saya geram nak cakap, ni la baIasan sebab awak tipu saya hidup – hidup. Allah uji awak macam ni. Awak tak sedar lagi ke. Kalau saya m4ti, saya tak halalkan hutang dan penipuan awak pada saya.

Dari bulan 7 tahun lepas sampai ke tahun baru. Awak tetap bagi alasan. Saya geram nak cakap macam ni pada dia! Tapi saya tak mampu. Saya cuma baIas semoga cepat sembuh dan tolong bayar hutang saya sangat perIukan duit.

Semalam saya mesej lagi tanya bila boleh bayar. Sampai hari ni hanya blue tick. No response. Saya tak tahan lagi. Saya geram. Kenapa saya ditipu, diperb0dohkan. Kalau tak ada duit tak mampu bayar, terus terang kan senang.

Ni tidak, bagi saya harapan palsu. Kalau ada depan mata, rasa macam nak tumbvk muka si penipu ni. Saya sedih. Down sangat sekarang. Mungkin bagi korang ia jumlah yang sedikit. Tapi bagi kami yang cukup – cukup makan ni, ia jumlah yang besar.

Boleh beli barang dapur untuk sebulan. Sebelum tidur saya selalu doa supaya Allah bukakan hati dia untuk bayar. Walaupun sikit – sikit. Apa perlu saya buat. Dari bulan 7 tahun lepas sampai sekarang masih belum ada tanda nak bayar.

Berjanji sahaja. Betullah orang kata, penantian tu menyiksakan. Tambah lagi bila kita betul perIukan duit. Tolonglah bagi nasihat yang baik untuk saya. Apa perlu saya buat. Terima kasih pembaca semua. Yang ditipu dan tertipu, – Sue (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hazirah Crystal : Saya tak berada di tempat tt, kalau cakap lebih – lebih nanti diuji kembali pula. Cuma tulah, bila pembeli batalkan tempahan, tt pun kena batalkan jualan. TT kesian pada siapa? Bukan ke semuanya sebab diri sendiri inginkn keuntungan?

Bila tt mendesak pembeli yang tidak mampu membeli jualan tt, bukan ke tt dah menyusahkan pembeli. Kalau betul kesian, diskaun terus harga peti kepada harga deposit. Itu baru betul kesian kepada pembeli. Pembeli pun tak ada upload melancong ke mana – mana kan?

Atau bersenang lenang di media sosiaI? Maknanya betullah kot tak ada duit tu. Takziah kepada kedua – dua pihak. Semoga dapat bersemuka dan selesaikn masalah ini secara telus.

Ain Fathihah Fhm : Dia takkan bayar. Lagipun awalnya dia dah batalkan nak beli peti ais tu dan sanggup hangus deposit 50. Maksudnya memang dia tak mampu pun nak bayar 200 tu. Awak tak pasal – pasal kesian kat dia dan hantar jugak peti ais tu pada dia.

Anggap la nilai 200 tu yuran pengajaran untuk awak. Bab duit ringgit ni kena hati – hati. Awak pun kesempitan jadi bertambah sempit memikirkan hal 200 tu. Semoga rezeki awak m4kin murah lepas ni. Kesian baca anak minum susu pekat manis. Huhu.

Sorry kalau komen saya agak keras. Dari sis tunggu dia bayar yang dah memang nampak gaya ‘kena tukar niat sedekah je kat dia’ baik sis cari jalan mcm mana nk tambah pendapatan keluarga sis. Lebih dari tu pun boleh dapat.

Berhenti berharap sis. Kesian anak. Mungkin boleh jadi DS ke sebab tak payah keluar modal. Kalau nak jadi agen saya pun dialu – aIukan. Pm tepi nanti. Bagi dia last message ‘semoga r0h akak terg4ntung – g4ntung tak diterima bumi nanti sebab saya tak halalkan duit peti ais yang akak tak nak bayar tu. Assalam’

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.