
Saya ni sangat mementingkan kebersihan dan kecantikan untuk anak perempuan saya. Satu hari tu, saya tak boleh terima bila isteri bagi pakai baju selekeh pada anak yang dipinjam dari rumah mertua. Macam mana saya nak turun beli makanan dengan anak, takkan saya nak tinggal dia dalam kereta sorang diri..
#Foto sekadar hiasan. Salam. Tolong hide nama saya ye admin. Saya adalah seorang suami yang penyayang dan boleh bertolak ansur dengan apa saja kemahuan isteri saya. Saya sangat tidak suka marah – marah dan malas melayan kemarahan jiwa lelaki saya ni.
Kalau dia nak jalan ke mana – mana saya tak akan bantah sebab dalam fikiran saya, saya nak dia belajar untuk berdikari. Dia nak bekerja saya izinkan dan saya tidak minta duit gaji dia. Semua ni saya beri kebebasan supaya bila saya m4ti dulu dari dia maka dia tidak lah susah untuk sambung hidup dengan anak – anak.
Saya tak kongkong dia, saya tak p4ksa dia untuk masak atau urus saya. Saya nak dia berdikari kejar cita – cita dia. Tapi tak sangka, semua tu memberi kesan pada cara pemikirannya. Dia sem4kin tak mengambil berat pada pengurusan keluarga mahupun saya.
Ye saya tahu, walaupun saya bagi kelonggaran seperti itu tapi sebagai seorang isteri kena sedar tanggungjawab. Faham dengan situasi tanpa ditegur atau disuruh atas kasih sayang cinta yang semulajadi wujud dalam minda diri, sebab tu lah kami kahwin dulu atas dasar cinta.
Dia bagai menjadikan batu loncatan terhadap kelonggaran yang saya beri. Dia tak peduli dengan apa yang saya fikir. Keputvsan di tangannya tanpa persetujuan saya sehingga menjejaskan mentaI saya. Sem4kin lama sem4kin menjadi – jadi.
Kasih sayang pun m4kin berkurangan dan kami selalu berg4duh. Yang saya pelik, bila dia tinggal di rumah saya, dia ok je. Masalah per4ngainya pun kurang walaupun kadang – kadang dia buat hal. Tapi bila ke rumah mertua saya ataupun kakaknya yang sudah kahwin, per4ngainya berubah, menjadi – jadi.
Per4ngai dia sangat pelik sehingga saya pun tertanya – tanya di mana silapnya sehingga dia berper4ngai yang pelik ini. Ianya bagaikan menghirup aura negative bila berjumpa familynya. Saya terfikir untuk tidak membenarkan isteri saya untuk berjumpa keluarga dia tapi bagi saya ianya adalah tindakan yang sangat k3jam.
Saya tak mampu buat macam tu sebab saya nak dia bahagia bersama keluarganya dan saya. Satu pekara yang saya pelik, dia lebih pentingkan perasaan familynya berbanding saya. Dulu per4ngai dia tak macam ni pun. Kalau boleh, biar adik beradiknya tidur di atas katil tapi saya tidur di lantai di rumah adik saya.
Kejadian tu berlaku masa kami menumpang d irumah adik saya sebab bercuti bersama family isteri saya. Saya boleh terima kalau ibu bapanya tapi ini adik dia yang perawan tu. Dia lebih beri keselesaan berbanding saya yang memandu kereta selama 8 jam dan di beri rehat tidur di atas lantai.
Adiknya pun tiada common sense dan adab sedangkan empunya rumah iaitu adik saya yang bujang tu tidur di lantai di bilik yang lain. Dua minggu yang lalu saya dan isteri saya berg4duh lagi. Sebabnya sebagai isteri dia kena ambil berat tentang saya.
Saya masa tu buat kerja sehingga jam 10 malam. Isteri saya pula sambut birthday di rumah mertua saya. Jadi saya balik ke rumah mertua saya dan saya ada minta makanan sebab belum makan tapi dia kata tiada makanan sedangkan tadi sambut hari jadi..
Must4hil tiada makanan kan kalau sambut hari jadi? Mertua saya kata ambil makanan di dapur ada banyak lagi. Tapi isteri saya pelawa saya makan kek je. S4kit mentaI saya. Saya set nak makan dekat luar je sebab dia kerja shift malam masa tu.
Lepas hantar dia pergi kerja, saya beli makanan la. Masalah yang lain pula, saya ni sebagai suami dan bapa kepada seorang anak perempuan sangat mementingkan kebersihan dan cara pemakaian anak saya. Bab paling saya panas bila anak saya diberi pakaian yang selekeh yang dipinjam daripada rumah mertua saya.
Saya mmg sangat panas bila hal pengurusan anak yang tak teratur dan nampak selekeh. Macam mana saya nak turun beli makanan. Takkan saya biar anak saya di dalam kereta sorang diri.. Saya nak berjalan dengan anak saya dalam keadaan yang cantik dan bersih.
Saya nak anak saya sentiasa nampak comel tapi ini tak. Dia langsung tak peduli. Saya s4kit hati tanpa sepatah perkataan. Saya tak layan dia semenjak itu. Sehingga sekarang dia tak balik – balik rumah tanpa fikir bagaimana keadaan saya dan anak saya di rumah.
Dia hanya duduk di rumah kakaknya yang dah berkahwin. Saya tak mahu pujuk dia sebab sekiranya dia ada kasih sayang dan cinta, makan dia akan meminta ampun dan datang pada kami anak beranak. Kadang – kadang saya terfikir, sekiranya itu lah sifat semula jadinya yang mana tak ada kasih sayang, maka saya tak akan p4ksa dia atau pujuk dia untuk meminta kasih sayang.
Kasih sayang dan cinta itu kenalah ikhlas. Melalui kasih sayang, sifat semulajadi kita mesti tahu apa tindakan yang perlu diambil.. Saya tak akan pujuk dia. Saya dah rasa sebelum ini tapi sekarang tak lagi. Saya nak lihat sejauh mana cinta semula jadinya. Terima kasih admin kerana beri saya ruang untuk meluah. Moga menjadi pengajaran pada suami – suami penyayang di luar sana
Komen Warganet :
Maimun MadSapleh : Ke mana nak bawa eg0 tu TT oiii. ke pajak g4ntung? Ada hasil ke? Rugi bertimpa – timpa adalah. Cerita kau ni, akak akui kau suami yang bertanggungjawab, penyayang, beri kebebasan yang sesuai buat isteri cuma lemah sket dalam bab kepemimpinan.
Teruskan yang sedia ada cuma perbaiki diri. Ko ketua. Kau la penentu rumahtangga kau. Bawak bincang hati ke hati. Baik – baik cakap. Banyak rujuk diri kau tambah – tambah wife kau pon boleh tahan eg0nya. Supaya matlamat bincang tu sampai dan ada perubahan pada isteri.
Eg0 menghalang kasih sayang korang suami isteri. Benda boleh settle. Insya allah. Jangan lama – lama sangat marah tu, ia menjauhkan kasih mendekatkan kebencian. Nauzubillah. Dah dah la tu. Bawak isteri balik. Sama – sama perbaiki diri masing – masing dan tambah ilmu rumahtangga. Moga baik – baik aje. All the best ya.
Khairunnisa Kadir : Sedih sis baca kisah Adek niii. Cuba bersuara sikit ingatkan peranan dia pada Adek. Kita apa – apa lebeh kan Suami dulu. Ni terbalek lakk isteri Adek. Senang jerr dek, tanya dia nak jadi isteri yang baik ubah per4ngai dia.
Kalau dia berdegil. Adek cari laaa isteri lain yang b0le beri perhatian pada Adek yang penyanyang. Ada suami yang baik. Isteri buat per4ngai. Ada isteri yang baik suami buat per4ngai giIer b4bi lakkk. Sem0ga Adek dapat bersabar. Lentur isteri pelan – pelan. Sem0ga Adek berjaya yerrr.
Nabila Elyana : Kalau ikut apa yang awak cakap ni, awak suka dilayan bak raja. Tapi hakik4tnya awak tak pandai nak bagitau info – info yang remeh temeh ni pada isteri awak yang dah biasa berdikari. Pasal makan pun nak terasa hati, patut call la isteri tu dulu ada makanan tak. Kalau takde, singgah je la mamak. Kalau nak isteri masak – masak, bagitau lah. Ingat isteri tu boleh baca ke fikiran awak?
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.