
Setiap malam saya menangis dan mula desak suami kenapa dia melayan kami seolah – olah sudah tak perIukan kami dalam hidup dia. Suami kata dia akan jelaskan apabila dia balik ke rumah kami. Setelah berbulan tak berjumpa itu ‘hadiah’ dia untuk kami…
#Foto sekadar haisan. Assalamualaikum semua.. saya terasa hendak menulis tentang kisah saya bila terbaca confession dari seorang isteri baru – baru ni. Saya juga isteri yang merasa bahagia kerana sudah cukup segalanya walaupun serba sederhana walaupun sebenarnya ditipu hidup – hidup.
Saya pun berkahwin atas dasar cinta. Walaupun pada mulanya perkahwinan kami tak direstui oleh kakak suami. Kenapa saya ceritakan di sini akan ada kisah di sebaliknya. Macam – macam perkataan kurang enak yang kakak suami kata pada saya waktu itu.
Kesan dari itu saya jadi kurang rapat dengan keluarga suami walaupun emak mentua saya baik sebenarnya. Semua berjalan dengan baik sampailah suami ditukarkan ke negeri X. Saya pula terp4ksa membatalkan pertukaran saya kerana penempatan yang saya dapat sangat pendalaman dan jauh dari tempat kerja suami.
Setelah berbincang kami PJJ sahaja kerana susah untuk uruskan anak – anak. Semua baik – baik sahaja walaupun ada 2 kali suami tertangkap berwhatsap dengan perempuan lain. Suami berjanji tak akan buat lagi dan saya maafkan.
Itulah kesilapan yang paling besar yang pernah saya buat. Sehinggalah bila negara dilanda wabak suami dah tak boleh kerap balik macam selalu, saya faham dan menguruskan anak macam biasa. Tapi suami sudah mula jarang berhubung dengan kami, bila anak call pun dia tak akan angkat.
Saya masih bersangka baik, alasan sibuk berkursus. Sampai kemuncak saya tag anak menangis tersedu – sedu kerana rindukan papa, suami terus untag tak nak ada dia wall fb. Alasan dia tak berminat nak ber fb bagai padahal masa tu dia dah friend dengan perempuan tu, setiap update dari perempuan tu akan dia beri emoji love.
Saya terus b0doh dan percaya, saya sent suami doa – doa yang boleh menhilangkan str3ss berkursus. Suami mula langsung tak ambik tahu hal kami. Pandai – pandai la uruskan anak, birthday anak pun dah tak ada ucapan.
Masa ni saya setiap malam menangis dan mula mendesak suami kenapa dia melayan kami seolah – olah sudah tak perIukan kami dalam hidup dia. Suami kata dia akan jelaskan apabila dia balik ke rumah kami. Suami balik dan bagitau dia nak berkahwin dengan perempuan negeri X kerana dia sangat lemah lembut, baik hati, bujang dan bekerjaya.
Setelah berbulan tak berjumpa kami itu hadiah dia untuk kami. Banyak la adegan pr0tes saya tapi suami kata dia nekad dan dia yang nak perempuan walau apa cara pun. Saya menangis sepanjang malam, cuba untuk memeIuk suami tapi di tepis.
4 hari suami balik ke rumah kami. Semua aib saya dia ceritakan pada orang yang dia bagitau untuk berkahwin lagi. Aib saya dijaja tanpa saya boleh membeIa diri. Saya dik4takan tak rapat dengan keluarga sebeIah suami, saya jahat member0ntak.
Padahal demi Allah suami tak pernah menegur untuk mengajar saya, suami sedia maklum akan kata h1naan kakak dia kepada saya dulu. Kisah tentang suami diketahui oleh ketua jabatan. Suami masih menceritakan aib saya.
Saya berhubungan dengan perempuan tu. Kisah di sebeIah perempuan tu pula dia kata sebenarnya dia dah ada boyfriend dia tak pernah kata nak berkahwin dengan suami pun tapi saya langsung tak percaya. Dia kata sayang tu tak semestinya cinta.. emm.. Saya diperb0dohkan sangat.
Sekarang suami marahkan saya kerana saya dia tak jadi berkahwin dengan perempuan tu, kerana saya tempat kerja tau masalah kami. Dia tuduh saya marahkan perempuan sebab tu dia tarik diri. Suami tetap tak boleh terima perempuan tu sebenarnya dah ada lelaki lain.
Saya yang selalu dib0dohkan pun boleh berfikir kalau perempuan tu serius setakat kena marah dia akan teruskan rancangan mereka. Suami buat saya seolah tak wujud, bercakap bila hendak meminta tolong. Tiada panggiIan nama cuma hey hey…
Kenapa saya perlu bertahan dengan rumah tangga saya sedangkan saya dah tawar hati yang amat sangat. Tapi saya pula di salahkan, dia kata dia dah tak ada hati untuk saya tapi masih lagi tak melafazkan taIak. Saya tunggu tu..
Curang itu yang dia pilih, tapi aib saya yang di jaja. Kalau ikut hati amarah hendak saya viraIkan satu, satu apa yang dia buat. Tapi orang di sekeliling kata tak perlu untuk jadi seperti suami.. Allah ada, nanti satu, satu Allah tunjukkan kebenaran.
Saya sekarang hidup seperti biasa masih menunggu diceraikan. Tiada yang berubah kerana sudah 6 tahun saya seorang yang uruskan semuanya, termasuk kewangan. Masih lagi berdoa seperti kisah sebelum ni, jika dia baik untuk saya engkau bagi lah jalan jika tidak engkau doronglah hati dia untuk tinggalkan saya. Maaflah penulisan saya, agak berserabut sepertinya keadaan saya sekarang. – Isteri yang terani4ya (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Dibby Sahri : Awak nak apa sebenarnya? Nak happy menjadi h4mba Allah atau awak nak jadi sedih menjadi h4mba manusia. Kalau memang nak jadi h4mba manusia teruskan jadi h4mba manusia. Doakan anak – doa awak jadi h4mba Allah yang beriman.
Jauhkan mereka dari ayah yang t0ksik. Takde sehabuk pon kebaikan. Saya paling meny4mpah kalau ada isteri – isteri yang guna alasan nak anak berayah tapi ayahnya tak lebih dari sampah tepi jalan atau tak guna.
Farra Linda : Jelas da tt mentioned “sudah 6 tahun uruskan semuanye sendiri termasuk kewangan”. So kenapa nak menyiksa diri awak tt. Boleh pergi minta fasakh. Kenapa nak terus hidup dalam keadaan camtu. Kesian anak – anak.
Ada ayah tapi macam takde. Pantang betul dengar laki sampai tak kisah anak bile da giIe kan perempuan lain. Move on tt. Tak perlu melukut di tepi gantang harap kan kasih dari suami macam tu. Bile u da takde nanti, baru dia akan appreciate. Cepat – cepat laa keluar dari t0xic life ni sebelum anak m4kin bertambah.
Norizan Mamat : Salam, Big hug. Kita kena letak limit dalam bersabar. Jangan serahkan nasib pada orang biarpun suami sendiri, saat dia dah tidak peduli rasa hati kita atau anak kita. Kita sendiri kena bela nasib kita.
Kadang – kadang, lelaki fikir, kita ni pokok, dia buat apa pun, kita tetap kat situ. Jadi la pokok dalam pasu, ada masalah, alih jer ke tempat lain. Kadang – kadang juga, ada lelaki bila dia tahu kita nekad dan kuat, masa tu dia nak berubah. Jika masih ada j0doh. Semoga ada bahagia.
Norma Nor : Selalulah jadi macam tu. Isteri yang terani4ya. Kenapa tak keluar cepat – cepat dari t0xic life? Nak tunggu berapa lama lagi hati dis4kiti? Dah tau suami dah Tak cinta Tak suka Tak hormat buat apa nak bertahan? U deserved better. Nanti bila dah Tak Ada dalam life laki tu, merangkakla dia Cari semula, giIa taIak. Depan mata memang Tak hargai, hilang nanti dia carila tu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.