Saya selalu tolong urut ayah mertua, tapi mak mertua cemburu saya rapat dgn suami dia

Mak mertua memang tak pernah suka dengan menantu – menantu perempuan. Tapi ayah mertua memang sayang sangat dekat saya. Ayah mertua s4kit terlantar, bila dia suruh anak – anak dan mak mertua urutkan semua tak layan. Kadang – kadang saya tengok ayah mertua menangis. Tapi mak mertua macam cemburu..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum buat admin dan semua pembaca. Saya nak kongsikan satu cerita tentang mertua saya. Kisahnya bermula bila saya berpindah ke rumah mertua. Sebelum ni saya dan suami mmang selalu datang tidur kat rumah mertua berhari – hari disebabkan ayah mertua saya tak sihat.

Suami pula memang anak kesayangan ayahnya. Boleh katakan 6 bulan jugak la kami ulang alik ke rumah mertua. Lagipun rumah saya tak jauh dengan rumah mertua, dalam 40 minit je. Sepanjang saya tinggal dekat rumah mertua, saya yang buat kerja – kerja rumah dari membasuh baju, sidai baju, memasak, mengemas, pinggan cawan yang adik – adik ipar, anak – anak sed4ra makan minum pun saya yang basuh.

Tapi kisahnya di sini, sebenarnya saya bukan la menantu pilihan. Ceritanya mak mertua tak suka sangat dengan saya sebab saya lebih rapat dengan ayah mertua. Ayah mertua kalau nak makan apa, macam cucur ke, lauk Рlauk apa ke,  semua saya yang masakan.

Saya jaga ayah mertua dari dia boleh berjalan, berjalan dengan tongkat sampai tak boleh berjalan lgsung. Dari boleh duduk sampai kena duduk di tempat yang boleh bersandar macam dinding. Dan sekarang sampai terbaring ja ayah mertua sebab dia ade k4nser saraf.

M4kin hari s4kit dia m4kin melarat. Ayah mertua rapat dengan saya sebab masa dia lenguh, saya yang urutkan. Contohnya, dia s4kit belakang ke lenguh tangan kaki dia. Mula tu dia malu – malu sebab ayah mertua ni jenis pendiam malu – malu dengan menantu perempuan.

Saya urut sebab kesiankan dia kadang – kadang dia menitiskan air mata bila dia suruh anak – anak dia tolong urut. Mak mertua urutkan, dorang semua tak mau. Lepas 6 bulan ayah mertua meninggaI dunia, suami ajak pindah.

Memang lega saya. Mak mertua bertambah – tambah tak suka dengan saya. Mungkin cemburu kot saya rapat dengan suami dia. Ayah mertua terp4ksa suruh atau mintak apa – apa dengan saya sebab mak mertua tak layan dia sangat macam nak makan cucur ke, nak makan bubur ke mak mertua malas layan.

Dia suruh makan nasik ja. Mak mertua memang cakap kasar dengan saya. Kalau nak suruh masak apa – apa dia akan hei – hei kan saya ja. Macam suruh masakkan untuk kakak ipar saya ke dia akan kata, “hei h4ng masak laksa, kak ti h4ng nak balik.”

Padahal rumah saya lagi jauh dari rumah kak ipar. Mak mertua memang jenis tak suka menantu perempuan. Kakak biras saya cakap dulu lagi teruk mak mertua layan dia.. Sebenarnya saya mengharapkan mak mertua sayang saya sebab saya anak yatim piatu.

Sayang tu amat berharga buat saya. Tapi tak apa. Alhamdulillah ada ayah mertua sayang saya. Mak mertua bukan tak suka menantu – menantu prempuan ja, anak – anak yang menantu – menantu perempuan lahirkan pun dia tak suka.

Anak – anak abang ipar saya yang sulung selalu kena haIau balik. Kalau saya bagi cucur kat anak – anak abang ipar saya yang sulung, saya akan kena marah. Sampai nak bagi apa – apa kena bagi sorok – sorok. Dia cuma tatang cucu – cucu dari anak – anak perempuan je.

Kalau ada ayam goreng, cucu Рcucu anak perempuan dia ja dapat. Anak Рanak saya dengan anak kakak Рkakak biras tak dapat. Lepas 10 tahun mak mertua dah 70 tahun. Kalau nak ceritakan apa yang dia buat apa yang dia layan kami menantu Рmenantu perempuan, anak Рanak kami ni, berjela  -jela kena karang.

Sekarang ni mak mertua kena str0ke sebeIah badan. Anak – anak perempuan yang dia tatang, yang dia layan macam tuan puteri, yang selalu balik masa dia sihat dulu semua jarang – jarang dah balik. Kami – kami yang menantu perempuan ni yang mandikan dia.

Kakak biras cakap, “Aisya h4ng boleh layan mak? H4ng tak ingat ka dulu dia buat apa kat kita”. Sebenarnya saya tak penah lupa pun layanan mak mertua kat saya terutama kat anak – anak saya. Orang cakap biar orang buat dekat kita, jangan buat dekat anak – anak kita.

Saya sekarang pun dah 32 tahun. Tak lama lagi akan tua jugak. Ikutkan terasa hati ni tak payah cakap la. Tapi bila selalu tengok mak mertua nangis sebab anak – anak perempuan, cucu – cucu kesayangan yang dia tatang tak pernah melawat dia walaupun rumah dekat – dekat saya jadi sedih.

Saya takut nasib saya akan sama macam dia. Kadang – kadang saya sampai rumah dia, tengok pampers dia dah bocor. Tempat tidur kotor, bau h4ncing. Saya cuma bayangkan macam mana la kalau saya dah tua nanti. Saya selalu urut kan mak mertua, alhamdulillah sekarang dia dah boleh makan sendiri.

Syukur sangat sekarang dia dah layan saya dan anak – anak saya dengan baik. Kakak – kakak biras saya pun dah baik semula mungkin dah sedar kut, cuma mereka masih terasa dengan apa yang pernah berlaku.

Komen Warganet :

Fazlina Othman : Memang tak elok apa yang mak mertua awak tu buat. Tapi awak baik sangat yer. Saya tak tau boleh ke jadi baik macam awak. Semoga Allah permudahkan urusan awak yer tt. Teruskan menjadi manusia yang baik di mata Allah dan manusia k.

Azira Isa : Hati sis kuat. Betul dah cara sis tu, jangan berd3ndam. Walau seteruk mana pun layanan dia, bila kita baIas elok, satu hari nanti dia akan sedar salah dia. Kadang – kadang kita ni manusia biasa, bila tak tahan sangat, tu yang jadi g4duh. Sis berjiwa kentaI, bagus sis.

Suhana Abdul Samad : Bagus la kalau tak berd3ndam, hati awak baik. Semoga Allah redha, dan berikan awak yang terbaik juga. Sedihkan kalau orang tua pilih kasih kat anak menantu. Harap – harap nanti bila kita dah jadi mertua nanti, kita tak buat macam tu kat anak cucu.

Raja Norkhairani : Mak atau mertua tak patut pilih kasih kat anak menantu dan beza – bezakan cucu. Tak kesah la cucu tu lahir dari anak perempuan atau pun menantu, tetap kena layan sama rata.

Fatin Nadiah : Allah tu maha adil. Allah bagi dia peny4kit dan anak – anak tak layan dia macam apa yang dia buat dulu dekat arw4h suami dia. Hurmm.. sedih dengar masa arw4h bapa mertua puan mend3rita dan tak ada siapa yang jaga. Alhamdulillah untung dia dapat menantu yang baik

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.