
Saya dan Adam pernah bercinta masa di sekolah tahfiz. Tapi entah macam mana, ada wanita lain yang datang melamar Adam dan mereka berkahwin. 8 tahun kami tak pernah berhubung tiba – tiba Adam tegur saya di FB. Kami senyap – senyap jalinkan hubungan sehinggalah isteri Adam dapat hidu apa yang kami buat..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca. Semoga kalian berada dalam keadaan sihat dan diIindungi Allah dari sebarang peny4kit yang merb4haya. Saya berharap jalan cerita saya ini dapat menjadi pengajaran buat semua terutama kepada yang sudah berkahwin.
Cinta antara suami orang dan isteri orang memang benar berlaku. Itulah ujian perasaan buat kami. Sebelum saya lanjutkan kisah kami, saya perkenalkan diri saya dan dia secara ringkas. Nama saya Hawa, saya berumur awal 30-an, mempunyai suami yang sangat penyayang dan sepasang anak yang sangat comel serta saya seorang al-hafizah.
Dia bernama pula Adam, berumur pertengahan 30-an, mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak juga merupakan seorang al-hafiz. Ya, kami berdua bercinta dari sekolah tahfiz yang sama pada suatu ketika dahulu dan terpisah ketika beliau melanjutkan pengajian di Jordan kerana berkahwin.
Isterinyalah yang melamarnya di sana. Selepas Adam berkahwin, saya terp4ksa move on dan buka hati saya untuk lelaki lain. Kami terus tidak berhubung dan totally lost contact selama 8 tahun. Bermulalah pada awal tahun 2021, Adam menegur saya di facebook, bertanya khabar.
Pada awalnya saya agak pelik dan terk3jut dengan kehadiran Adam secara tiba – tiba tapi saya layankan saja kerana masih menganggap Adam sebagai kawan. Kami berbual seolah – olah kami baru berkenalan dan saya pada awalnya memanggil Adam sebagai “ustaz” kerana ingin menghorm4tinya memandangkan beliau mempunyai tahfiz sendiri.
Tetapi Adam berkeras supaya saya hanya memanggilnya panggiIan namanya saja seperti kami bercinta dahulu. Hari berganti hari minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan, hubungan atas dasar ‘kawan’ ini sem4kin rapat dan mesra seperti orang bercinta.
Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri begitu juga dengan Adam. Sehinggakan suami saya tidak pernah sedikit pun menghidu perbuatan saya bermesej mesra dengan lelaki lain. Tetapi isteri Adam mula syak sesuatu kerana pernah terbaca mesej saya di hp Adam dan selalu melihat Adam bermesej dengan seseorang.
Akhirnya isteri Adam tahu suaminya masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang kononnya masih di anggap sebagai kawan. Adam sem4kin berhati – hati. Setiap kali selepas mesej pasti dia akan terus padam. Begitu juga jika call, dia akan clearkan setiap apa yang berkaitan dengan saya.
Hubungan kami sem4kin serius. Sentiasa teringatkan satu sama lain, rindu, sayang, cinta semua muncul kembali. Sentiasa st4lk facebook masing – masing. Dua hari sekali pasti kami akan berhubung, malah selalu juga kami bermesej setiap hari.
Sem4kin berani kami bermesej manja atau geIi – geIi sehingga menyentuh hal – hal yang sensitif yang menaikkan syahwat. Jika tidak malu pada diri sendiri, sekurang – kurangnya malulah pada Allah. Itulah yang selalu saya fikirkan.
Dosa? Saya sentiasa fikirkan hal itu. Tapi hati saya tidak kuat untuk menolaknya, untuk melupakannya kerana Adam sudah usik hati saya. Kami pernah berjumpa tetapi hanya berbual kosong tanpa menyentuh hati dan perasaan.
Kami juga bercadang untuk melepaskan rindu yang sudah lama tersimpan. Tapi jauh di sudut hati, saya tidak mahu pertemuan itu terjadi kerana sudah boleh agak apa akibatnya jika kami berjumpa, takut – takut terIanjur jika nafsu sudah menguasai. Nauzubillah.
Terlalu banyak z1na hati yang kami buat, terlalu banyak maksi4t mata, jari, telinga dan mulut yang kami lakukan. Kami telah berd0sa pada pasangan masing – masing. Lagi – lagi saya sebagai seorang isteri. Saya sepatutnya menjaga maru4h, tetapi saya kalah dengan nafsu.
Tapi sekarang saya betul – betul nekad dan sedar, saya perlu terima hakik4t yang diaturkan oleh Allah bahawa saya dan Adam tidak mungkin boleh bersama kerana masing – masing sudah berkahwin dan mempunyai keluarga.
Kami mempunyai tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah. Saya kuatkan hati untuk block semua yang berkaitan dengan Adam. Saya buang semua barang pemberiannya, gambar – gambar dan sebagainya. Saya mengaku memang susah untuk saya melupakannya dan perIukan masa untuk kembali kepada normal.
Saya sangat sayangkan suami saya, anak – anak saya, tapi saya juga sayangkan Adam. Bila saya teringatkan Adam pasti saya menangis. Saya cuba untuk kuat buang perasaan h4ram ini. Kenangan Adam terlalu banyak bagi saya.
Sepatutnya saya teringatkan Rasulullah yang membuatkan saya menangis. H1nanya rasa saya ni. Saya mohon pembaca yang membaca cerita saya ini, tolong doakan saya kuat dan terus dapat move on dari Adam. Doakan saya supaya dapat lupakan dan buang perasaan ini. Yamhullahu maa yasyaa’.. Sekian dari insan h1na. – Hawa (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Aza Yati : Ustazah.. semoga tabah membaca komen – komen di sini. Alhamdulillah ustazah dah sedar kesalahan dan dah bertindak sehabis baik untuk elakkan hubungan nih jadik lebih teruk /terIanjur. Saya doakan ustazah diberi keampunan oleh Allah atas semua d0sa dengan ex.
Dan semoga dipermudahkan urusan ustazah, dikuatkan iman dan melupakan hubungan yang lepas. Sibukkan diri dengan Allah, keluarga dan sahabat wanita untuk k1ll the time and boredness.. insha’Allah.
Nurul Hidayah Alias : Memang ada pun realiti yang ‘orang lama’ menegur, kononnya untuk bertanya khabar. Tapi 1 yang harus di ingat, tak perlu layan langsung, biarlah berderet berjela message, dm, wasap apa sekalipun.
Terdetik hati melayan, memang susah nak patah balik, tak kiralah lelaki atau perempuan. Akan dik4ta sombong? BIARKAN. Biar kita sombong untuk jaga maru4h, jaga pasangan sendiri daripada mudah saja hati nak bermesra dengan orang yang bukan pasangan halal kita.
Semoga terus move on, move on dan terus pandang suami dan anak – anak yang memang dah susah senang dengan kita. Kalau lelaki pula, tenunglah isteri dan anak – anak yang sama juga bersusah senang dengan kita. Jangan beralasan pasangan dah tak mesra menjadi sebab untuk mencari kembali cinta lama.
Norashikin Abdul Rahim : Hafiz atau hafizah, ustaz atau ustazah pada hakik4tnya kita juga manusia biasa. Ujian masing – masing. Puan confessor diuji dengan ujian hati dan perasaan juga nafsu. Tak usahlah mencemuh seolah – olah diri kita sesuci malaik4t.
Doa dan beri kata – kata semangat dan positif ke arah kebaikan itu rasanya lebih mulia di mana saya kira puan confessor sangat memerIukannya ketika ini. Ada perju4ngan yang panjang yang perlu setiap dari kita hadapi untuk menjadi h4mba Allah yang diredhainya. The struggIe is real. Keep strong sis. Abaikan komen – komen yang akan buat u lebih ‘down’. Allahul Mustaan.
Is Marissa : Mula – mula baca memang rasa nak marah, tapi teruskan baca, mungkin ini ujian untuk puan. Tolong kuatkan hati kuatkan iman, cepat – cepat lah sedar semua ni permainan sy4tan, tak ada untung nya. Semoga Allah kurniakan taufik hidayah buat puan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.