Saya penat berniaga pasar malam, isteri pertama suami senang2 minta duit RM800 sebulan

Umur 21 tahun entah macam mana saya terpik4t dengan suami orang siap ada anak 5 orang. Dia kata dia kerja site supervisor dan jani akan sama – sama buka syarik4t kontraktor lepas kami kahwin. Namun malangnya, selepas kahwin baru saya dapat tahu, suami sebenarnya hanya pemandu kepada boss seorang kontraktor..

#Foto sekadar hiasan. Sebenarnya cerita pasal nikah sempadan, atau nikah Siam ni saya dah lama tahu kewujudannya. Banyak cerita dalam paper dan dari mulut kawan yang saya dengar. Tetapi masalahnya macam mana dan kenapa saya boleh terpengaruh dan tersungkur dalam lubuk ini?

Peliknya saya boleh percaya pujukan teman lelaki saya bernama Tee. Sudah nikah baru saya sedar kenapa saya berani tinggalkan keluarga dan ikut Tee nikah di Kelantan, sedangkan saya tahu dia ada isteri dengan 5 orang anak.

Nak bagi tau, nama je saya nikah di Siam. Tapi majlis nikah berlangsung di sebuah pejabat kecil di Kelantan. Kata juru nikah, pejabat nikah cerai Narathiwat akan keluarkan sijil nikah. Tujuan buat majlis di Kelantan untuk kemudahan pasangan, tak payah pergi jauh ke Siam.

Apa yang berlaku ke atas saya ini bermula ketika saya bekerja sebagai kerani di sebuah syarik4t kontraktor. Waktu itu umur saya baru 21 tahun. Oleh kerana manis mulut dan baiknya Tee, saya cepat mesra dan percaya padanya.

Perkenalan bermula awal tahun 2004 lagi, ketika itu saya memang sibuk belajar luar kampus. Saya ambil diploma Kejuruteraan Elektronik dari sebuah IPT. Itu hajat saya. Kesibukan saya bertambah kerana selain belajar, saya berniaga kecil – kecilan di pasar malam.

Pendek kata dalam sehari saya buat tiga kerja iaitu bekerja, belajar dan berniaga. Saya perlu berniaga, bukan hendak cari duit untuk belajar saja, tetapi untuk bantu keluarga, kerana saya bukan datang dari keluarga berada. Perniagaan turut dibantu oleh ahli keluarga.

Setelah beberapa tahun dapat kepercayaan dan keyakinan diri, baru saya lebarkan sedikit perniagaan dengan bantuan emak dan adik beradik, kerana mereka juga perlu duit untuk ke sekolah, sebab kami memang orang susah. Ayah saya bawa teksi, pendapatan tak seberapa.

Awalnya kami tinggal di kawasan perumahan setinggan. Tapak rumah ayah beli dari kawannya, kemudian ayah buat rumah kecil. Beberapa tahun kemudian kami terp4ksa pindah bila tanah pemaju ambil untuk projek pembangunan.

Ayah terp4ksa menyewa rumah RM600 sebulan. Rumah kecil adik beradik ramai. Terp4ksa tidur berhimpit – himpit. Untuk keselesaan, saya, emak dan adik beradik berniaga pasar malam. Bolehlah lega sikit perbelanjaan dapur walaupun tak senang.

Berkat kerja keras ayah dan usaha emak, ayah dapat beli tapak rumah. Berdikit – dikit ayah terus bina rumah untuk kami. Tapi bila badan sem4kin tua kudrat berkurangan, maka rancangan membina rumah agak besar sikit terkandas, tapi kami bahagia ada juga rumah kecil dan tak perlu menyewa.

Kini tiba giliran saya untuk besarkan sedikit rumah yang ada. Syukur dengan berniaga pasar malam, sedikit demi sedikit kami boleh beli, simen, pasir, dan batu bata untuk dirikan rumah secara beransur – ansur. Saya fikir dari zaman anak – anak hingga ke remaja hidup saya memang susah, jadi harapan saya bila ada pelajaran tentu saya boleh ubah keadaan hidup keluarga kami.

Sebab itu saya sanggup bekerja keras melakukan tiga jenis pekerjaan dalam sehari. Dan lebih penting saya mahu tingkatkan taraf pelajaran saya. Ketika saya bekerja jadi kerani, saya kenal dengan ramai orang. Saya tak tahu macam mana niat saya untuk bahagiakan keluarga boleh berubah.

Ini yang dinamakan kita merancang, tetapi Allah juga merancang untuk saya. Entah macam mana saya boleh terpik4t dan berkahwin dengan Tee. Sudahlah dia suami orang, anak sudah 5, semua masih bersekolah dan lebih teruk, saya tak tahu apa kerja Tee yang sebenarnya.

Pada saya Tee mengaku bekerja sebagai Site Supervisor dengan sebuah projek perumahan. Kerana itu dia sering datang ke pejabat saya, di situlah kami berkenalan. Konon jumpa kawan dan nak berbincang pasal kerja dan projek.

Kata Tee, dia berharap satu hari nanti dia pun mahu ada syarik4t kontraktor sendiri, daripada kerja dengan orang lebih baik kerja keras dengan syarik4t sendiri. Tapi katanya bab nak buat kertas kerja dan nak buat syariakt sendiri memang dia tak pandai.

Dia cadangkan saya bantu dia, mana tahu kami boleh berkongsi berniaga satu hari nanti. Itu cerita Tee. Dan cerita nak tubuhkan syarik4t sendiri menjadi modal bualan Tee hari – hari bila jumpa saya. Dari situlah kami banyak bercakap pasal syarik4t dan Tee beri banyak idea untuk buat syarik4t sendiri.

Saya perhatikan dia sugguh – sungguh nak buat bisnes. Dulu, katanya dia pernah cuba buat bisnes sendiri, tapi gagal. Pertama sebab kurang modal. Kedua, pekerja selalu lari, dan ketiga, tak dapat bayaran dan kena tipu. Saya pun percayalah semua temberangnya.

Lebih dua tahun berkawan akhirnya Tee pujuk saya berkahwin. Tee cadangkan kahwin lari. Dia kata tentu keluarga saya tak terima sebab dia sudah berkahwin. Kahwin lari memang saya tak setuju, tetapi semuanya bertukar bila isteri Tee tahu tentang hubungan kami.

Beliau sering menghubungi saya dan menceritakan masalahnya dan keburukan Tee. MaIangnya ketika itu saya tengah m4buk bercinta dan selalu dengar yang baik – baik dari Tee, tentulah saya tak percaya dengan apa juga cerita isterinya.

Nak jadikan cerita, ketika itu syarik4t perniagaan kami sudah bermula, walaupun kami belum nikah lagi. Konon Tee cuma rakan kongsi saya. Tetapi yang maIangnya, saya telah tersilap langkah. Saya sudah buat pinjaman bank untuk jalankan perniagaan yang kami cita – citakan.

Bila bisnes sudah berjalan, Tee beritahu dia tak pandai buat bisnes kontraktor. Dia tak boleh berhenti kerja. Dia harapkan saya jalankan perniagaan. Keputvsannya, saya terp4ksa berhenti kerja untuk uruskan syarik4t sendiri. Ketika itulah kami nikah.

Bila dah kahwin, baru sedikit demi sedikit saya kenal siapa Tee sebenarnya. Benarlah kata isterinya, Tee kaki kelentong. Lebih mem3ranjatkan, Tee bukan Site Supervisor seperti katanya, tapi cuma driver kepada seorang Dato’. Sebab tu dia selalu sibuk kerana terp4ksa ikut Dato’ ke sana, ke sini.

Rupanya Dato’ itu pun ada syarik4t kontraktor, selain syarik4t lain. Bila isterinya tahu Tee ada syarik4t kontraktor, dia fikir tentulah Tee banyak duit, sedangkan saya yang terp4ksa pinjam bank untuk jalankan bisnes selain menambah duit simpanan sendiri.

Kerana isteri Tee selalu ganggu inilah saya jadi hilang sabar. Tambah – tambah bila dapat anak pertama. Sudahlah suami jarang balik rumah, hutang m4kin meningkat. Tambah meny4kitkan hati, bukan sahaja Tee minta duit saya, isterinya pun sama, sedangkan Tee tidak dibenarkan balik ke rumah saya.

Lebih teruk, bila ada projek dan ada duit masuk dalam bank, pandai – pandai Tee keluarkan untuk dirinya sendiri. Siapa boleh tahan. Dulu isteri Tee pernah kata, jangan percaya cakap Tee, dia kaki penipu. Dia juga nasihatkan saya, katanya saya masih muda, carilah lelaki lain, kerana dia tak mahu saya kena tipu.

Tetapi waktu itu saya rasa itu ayat biasa bila isteri pertama tak suka suaminya diambil orang. Sekarang selepas setahun kahwin, saya mengaku semua cerita isteri Tee ada benarnya. Bila saya dapat tahu Tee cuma seorang driver bukan Site Supervisor, saya jadi tambah sedih.

Ya-Allah, saya kena tipu. Saya buat kesimpulan bahawa apa juga ceritanya pada saya sebelum ini semuanya bohong. Tetapi apa nak dik4ta, nasi dah jadi bubur. Kena makan jugalah. Saya hairan macam mana orang macam Tee tak mahu berusaha baiki hidup, sedangkan saya sejak remaja sudah melibatkan diri dalam perniagaan.

Saya atur hidup saya, cari kerja, berniaga dan hujung minggu belajar demi memperbaiki diri. Sepatutnya dengan adanya diploma, saya boleh majukan diri, tetapi saya terper4ngkap kahwin suami orang yang takutkan isteri dan tidak bertanggung jawab.

Sudahlah bermadu, rumah sewa sendiri bayar, makan minum urus sendiri. Adilkah? Namun, ini salah saya juga cepat percaya cakap orang. Mengaku orang kuat politik, ingatkan Ketua Bahagian, tetapi cuma AJK pemuda cawangan aja.

Tapi lagaknya kalahkan Dato’. Memang kaki melaram dan putar alam. Dulu janjinya bila ada syarik4t, dia boleh dapatkan job dari orang politik, konon. Tapi temberang, saya yang terp4ksa cari job. Berniaga kurang modal memang perit.

Isterinya fikir Tee ada banyak duit. Tetapi saya jadi m4ngsa dim4ki hamun, dituduh bolot duit Tee. Akhirnya kerana masalah hutang bank, hutang sewa rumah, dan Tee sentiasa ambil duit syarik4t, akhirnya saya tinggalkan bisnes, tinggalkan rumah sewa, balik duduk rumah emak.

Untuk hidup saya terus berniaga di pasar malam. Saya mahu isteri Tee sedar syarik4t tak ada duit sebab Tee habiskan berjvdi. Balik rumah emak memang sempit, tapi saya puas hati. Tee meng4muk. Tapi bila saya tanya dalam sebulan berapa kali dia balik rumah?

Ada dia bayar sewa rumah? Ada bagi makan anak isteri? Ada beli lampin dan susu anak? Ada hantar anak ke kIinik, dia terdiam. Jadi jangan hanya pandai berpoIigami, kalau tak tahu tanggung jawab. Biasanya bila dia terlalu rindukan saya (katanya) dia ajak saya tidur di hotel bajet RM60 semalam.

Memang saya tak suka pergi hotel, terasa macam perempuan @#%%. Tetapi sekali fikir bagus juga ajar suami macam ni, biar dia keluar duit baru tahu nilai seorang isteri. Masa saya sewa rumah sesen dia tak pernah bayar sewa, semua nak free.

Masa tak ada duit, pandai Tee cari saya di pasar malam. Dapat duit terus hilang. Duit sewa syarik4t pun dia sapu. Kiri kanan dia sapu, sesen tak bagi saya. Bila isteri pertama dapat tahu saya berniaga pasar malam, dia pun datang minta duit.

Apa dia ingat ini bisnes Tee. Tak dapat mula meng4muk. Lama saya bersabar, bagi dia duit, maklum kita ambil suami dia. Dalam sebulan lebih RM800 saya bagi dengan syarat dia mesti bantu saya. Sedangkan emak saya yang tolong jaga anak – anak saya pun, saya tak bagi sebanyak itu.

Ini semua desakan Tee. Dia tak ada duit nak sara anak bini, suruh minta pada saya. Akhirnya kesabaran saya terc4bar. Saya tutup niaga pasar malam, saya sewakan tapak, puas hati. Tak s4kit hati lagi bagi dia duit setiap minggu. Hasil sewa tapak saya kumpul bersama sedikit simpanan saya beli tapak rumah sebeIah rumah emak.

Saya buat rumah. Biar kecil asalkan ada rumah sendiri. Tambahan anak – anak sem4kin membesar. Apa yang meny4kitkan hati, tiada satu pun pertolongan saya pada Tee, yang membuahkan hasil. Ada lesen kontrak dia sewakan, duit dia labur ke pusat perjvdian.

Jadi apa guna saya bersuami kalau semua saya tanggung sendiri? Keputvsan saya muktamad, minta cerai. Tapi masalahnya, saya tak ada surat nikah yang sah. Rupa – rupaya dulu saya nikah sindik3t. Puas saya bertanya bagaimana cara untuk bercerai, tetapi gagal.

Hinggalah satu hari Majlis Agama Islam Selangor buat program Jom Daftar Nikah. Saya ambil peluang. Saya daftar nikah di pejabat agama Gombak tahun 2017, lulus tahun 2018 kena denda RM2,000 seorang. Tee marayu setengah m4ti.

Janjinya gunung – ganang akan diberi, lautan api akan direnangi. Kerana pujuk rayu, saya tarik permohonan cerai. Tapi janji buaya memang tak boleh pakai, setahun kemudian saya tuntut cerai lagi, kali ini saya dapat cerai hakam taIak Bain Sughra, selesai. Baru senang hati.

Sesungguhnya pengalaman ini amat pahit untuk ditelan. Tee memang putar alam. Kerja driver, kata site supervisor. Saya buat bisnes kontraktor, dia ambil duitnya. Sewakan lesen pun dia sapu juga. Kini saya bangkit semula. Harapan saya Allah akan bantu demi anak – anak saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.