Saya pelik dari hidup miskin tiba2 kami berubah hidup mewah. Lepas pulang dari luar negara, maIang bertimpa

Rumah besar di tepi pantai, kereta baru, bercuti ke luar negara. Semua ini dalam masa beberapa bulan sahaja. Drastik. Adakah manusia yang dilimpahkan rezeki mend4dak begini? Bagaikan menang loteri pada saya. Tak mungkin, mesti ada sesautu yang tak kena. Maka memang benarlah..

#Foto sekadar hiasan. Salam anak – anak, adik – adik dan teman – teman alam maya. Saya mulakan coretan saya dengan ribuan terima kasih kepada admin yang sudi siarkan confession seorang makcik ini. Saya sebenarnya pembaca setia di sini.

Bertahun juga saya follow page ini kerana gemar membaca perkongsian dan luahan dari penulis – penulis yang pelbagai ragam dan pengalaman. Sesetengah luahan mengingatkan saya kepada zaman muda saya mengharungi arus kehidupan, sesetengahnya pula penuh pengajaran dan tak kurang juga yang menghiburkan (saya terhibur baca celoteh si Rambutan suatu ketika dulu).

Ya, walaupun sudah middle-aged, masih banyak pengajaran yang boleh saya timba dari pengalaman orang lain. Oleh itu, terima kasih saya ucapkan kepada penulis – penulis yang mana penulisan mereka memberi kesan positif kepada saya.

Sebelum saya menulis lebih lanjut, maafkan saya jika tatabahasa saya banyak c4c4t celanya, dan saya harap kalian tidak keberatan jika penulisan saya ini diselang – selikan dengan Bahasa Inggeris. Biarlah saya kenalkan dulu diri saya secara ringkas.

Nama saya Retna (bukan nama sebenar), berusia 50-an. Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana yang walaupun ada kalanya hidup kami melalui fasa susah, keperluan kami alhamdulillah, mencukupi. Saya melanjutkan pelajaran ke SBP dan seterusnya ke luar negara.

Setelah pulang ke tanah air, saya mendirikan rumahtangga tetapi beberapa tahun selepas itu saya didiagnos dengan depr3ssion dan anx1ety disorder. Sukarnya hidup dengan peny4kit ini Allah saja yang tahu. Walau bagaimanapun, bukan itu yang nak saya sampaikan dalam penulisan ini.

Mungkin dalam penulisan akan datang, jika tiada aral. Setelah bertahun – tahun membaca confessions di sini, saya rasa perlu saya kongsikan satu pengalaman yang sangat menjadi pengajaran kepada saya, iaitu pentingnya bersangka baik dengan Allah.

Saya juga semasa muda seperti kalian. Banyak tekanan perasaan dan kesulitan hidup yang membuatkan saya kadang – kadang hilang pertimbangan. Pernah saja lintasan hati saya mempersoalkan kenapa Allah buat begini dan begitu terhadap saya. Astaghfirullahal’adzim.

Betapa lemahnya jiwa saya ketika itu. Cerita saya ini agak berlainan sedikit kerana saya berprasangka dengan Allah disaat saya dilimpahi rezeki, bukan ketika ditimpa kesusahan. Dan Allah telah mengajar saya selayaknya sebagai h4mba-Nya. Begini ceritanya…

Ketika diusia awal 30-an, saya merasakan seperti hidup saya baru bermula. Setelah bertahun – tahun menunggu zuriat, akhirnya dalam usia 30-an saya dikurniakan 2 orang cahayamata dalam jangkamasa 2 tahun. Peny4kit kemurungan saya pun ketika ini sudah sem4kin pulih, anx1ety dis0rder pula terkawal tanpa saya berg4ntung lagi pada ubat – ubatan melainkan jika perlu sahaja.

Bagi yang pernah melalui kemurungan kIinikal, dia tentu tahu bagaimana tak bermaknanya hidup ketika itu. Jiwa rasa kosong, masa depan terasa seolah tak wujud, malah ada ketikanya mengharapkan agar dicabut sahaja nyawa ini.

Fasa itu saya anggap fasa m4ti sementara saya kerana saya hanya mahu tidur sahaja dan memang itulah yang saya lakukan. Saya “panjangkan” malam dengan bangun lambat, saya “pendekkan” siang dengan tidur awal dengan bantuan ubat.

Pendek kata, siang saya hanya menanti malam agar saya dapat tidur dan lupakan segala belenggu di minda. Kalaulah tak kerana perlu ke bilik air, makan dan minum, mahu saja saya bergelap dalam bilik berhari – hari tak kira siang atau malam.

Jangan tanya tanggungjawab lain. Memang semuanya terabai. Meneruskan cerita, anak – anaklah yang membawa saya keluar dari depr3ssion. Hidup saya mula ceria dan bermakna sejak kehadiran mereka. I felt like I finally had purpose in my life.

Ketika saya leka melayan tugas sebagai seorang ibu, suami pula dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke negeri lain. Berpindahlah kami sekeluarga mengikut suami. Ketika ini saya telah pun menjadi surirumah sepenuh masa.

Saya meninggaIkan dunia korporat kerana tekanan di tempat kerja yang menjadi salah satu contributing factors kepada kesihatan mentaI saya. Berpindah ke negeri lain, saya berjauhan dengan beberapa t0xic people, dan ini juga membawa ketenangan kepada saya.

Di tempat kerja baru, suami bukan saja naik gaji malah diberikan pelbagai elaun. Kami menyewa di sebuah taman perumahan yang agak mewah, lengkap dengan pengawal keselamatan. Rumah kami besar, selesa dan berdekatan pantai.

Jalan kaki saja sudah boleh bermain pasir di pantai. Tak cukup dengan itu, beberapa bulan kemudian, suami menghadiahkan saya dengan sebuah kereta baru, dan diwaktu yang sama kami sedang membuat perancangan bercuti ke luar negara.

Seminggu sebelum percutian, kami dik3jutkan pula dengan satu lagi rezeki besar. Saya bakal mendapat seorang lagi zuriat. Kami bercuti ke luar negara dalam keadaan saya hamil 8 minggu. Jadi cuba kalian bayangkan, saya yang berasal dari keluarga yang amat sederhana, pernah berdepan dengan kemurungan yang merupakan fasa hitam dalam hidup, tiba – tiba saja hidup saya berubah sebegini rupa.

Terasa amat mewah bagi orang kampung macam saya yang sedari kecil hanya memandang kemewahan orang lain sahaja. Sendiri tak merasa. Tapi kini tiba – tiba, taraf hidup saya berubah, rezeki demi rezeki datang bertimpa – timpa.

Untuk pengetahuan kalian, saya sebenarnya menunggu 7 tahun untuk mendapat zuriat. Anak sulong saya adalah anak angkat yang saya ambil selepas saya memutuskan untuk tidak lagi melalui segala rawatan kesuburan. Saya anggap bukan rezeki saya mendapat zuriat sendiri.

Walau bagaimanapun, selepas mengambil anak angkat, dan ketika anak angkat berusia 2 bulan, saya hamil. Saya memang menyangka itulah satu – satunya kehamilan saya. Takkan ada lagi selepas ini memandangkan nak hamil sekali itu pun payah.

Setelah anak kedua berusia 5 tahun dan dalam usia saya 39 tahun, tiba – tiba pula saya hamil kali kedua. Siapa yang tak terp3ranjat? Pada ketika inilah, terdetik di dalam hati saya satu prasangka terhadap Dia. “These are all too good to be true. There must be a catch. Ujian apa yang Allah nak bagi aku ni??”

Saya katakan too good to be true kerana ketika ini saya bahagia. Saya tak pernah sebahagia begini. Suami yang baik, anak – anak yang comel, kesihatan mentaI yang stabil, makan pakai serba cukup, tinggal jauh dari t0xic people yang menyesakkan d4da, taraf hidup pula naik setakuk-dua, dan bakal dikurniakan seorang lagi cahayamata.

Rumah besar di tepi pantai, kereta baru, bercuti ke luar negara. Semua ini dalam masa beberapa bulan sahaja. Drastik. Adakah manusia yang diIimpahkan rezeki mend4dak begini? Bagaikan menang l0teri pada saya. Ya, saya meragui kemurahan yang Maha Pemurah.

Sudahlah kurang bersyukur, saya sangsi pula terhadap Allah pemberi segala rezeki. Saya cuba meIawan perasaan itu tapi jauh di sudut hati saya merasakan seolah – olah ada prank yang menanti. Saya cuba buangkan perasaan itu jauh – jauh tetapi hakik4tnya kebimbangan kerap terlintas dalam hati.

Allah nak turunkan musibah kat aku ke? Allah nak ambil salah sorang ahli keluarga aku ke? Untuk mereka yang menghidap anx1ety, beginilah kebiasaannya cara pemikiran saya. Saya seorang overthinker yang menyebabkan saya menjadi seorang pess1mist, dan almost always in a state of anx1ety.

Saya boleh kawal pemikiran jika saya tersedar dan segera istighfar, tetapi saya tak mampu kawal debaran anx1ety. Dan beginilah kitarannya saban hari sehinggalah suatu hari saya benar – benar diuji. Ketika pulang bercuti ke negeri kelahiran suami, anak sulong saya ditimpa peny4kit sehingga k0ma selama hampir 3 minggu.

Dimulai dengan demam panas, sudah 2 kali berjumpa doktor masih tak ada perubahan. Akhirnya diser4ng s4wan. Mujur ketika ini dia sudah pun dimasukkan ke hospitaI maka rawatan kec3masan dapat diberikan dengan segera.

Anak saya yang ketika itu baru berusia 6 tahun akhirnya terlantar di ICU. Bernafas pun dengan bantuan mesin. Doktor memaklumkan bahawa mereka tidak dapat jamin anak saya akan terus hidup. Dia tak mampu bernafas sendiri, buah pinggangnya berhenti berfungsi dan memerIukan diaIisis, otaknya mengalami jangkitan dan lain – lain lagi.

Pendek kata, dia boleh pergi bila – bila masa saja. Pada ketika ini saya benar – benar rebah. Menyesali diri sendiri kerana kini Allah beri apa yang saya sering fikirkan. Inilah dia musibah yang saya tak mahu tapi saya jangka – jangkakan.

Memang lazimnya manusia, bila dah terh4ntuk baru tengadah. Apa lagi yang mampu saya lakukan selain bertaubat dan memohon ampun dari Allah. Setiap sesuatu datang dari-Nya dan kepada-Nya jugalah tempat kembali.

Dipendekkan cerita, sebulan anak saya di dalam wad ICU, dia dipindahkan ke wad biasa dan duduk pula di situ selama 2 bulan. Percutian balik ke rumah mertua yang sepatutnya 2 minggu sahaja berlarutan sehingga 4 bulan.

Oh ya, ketika ini saya sudah pun melahirkan anak ketiga. Sepanjang 4 bulan tersebut, kami sentiasa berada di sisi anak sulong kami. Bermakna 4 bulan jugalah kami tidak pulang ke rumah kami sendiri. Ujian ini sangat menginsafkan saya.

Kami pulang 4 bulan kemudian dengan perasaan yang sukar digambarkan. Rumah tepi pantai yang membahagiakan itu kini berhabuk tebal, kereta yang dibanggakan itu m4ti baterinya dan pancit tayarnya. Anak ketiga keluar rumah ketika berusia 6 bulan, pulang berusia 10 bulan.

Dan anak sulong kami? Kini bertaraf 0KU dan berkerusi roda. Kebebasan yang kami miliki sebelum ini kini terbatas kerana adanya seorang anak kelainan upaya. Sungguh jika Allah hendak menarik nikmat yang telah diberikan, amat mudah bagi-Nya kerana Dia tuhan yang memiliki segala sesuatu.

Saya akui, mungkin inilah pengajaran yang saya perIukan. Mungkin inilah cara tuhan mendidik hati saya. Kisah ini telah lama berlalu. Anak yang s4kit itupun kini sudah hampir mencecah usia dewasa. Masih berstatus 0KU dan saya amat berharap dia akan pulih sepenuhnya sebelum saya menghembuskan nafas terakhir.

Risau memikirkan keberadaannya selepas ketiadaan kami, kedua ibu bapanya. Walalupun sudah lama, pengalaman ini sangat berbekas di jiwa. Saya kini lebih berwaspada dengan apa yang saya fikirkan. Dari sudut yang lain, pernah juga niat dan sangkaan baik saya termakbul dengan izin Allah, tanpa saya berdoa secara langsung.

Natijahnya, fikirlah yang baik – baik saja. To some degree, you attract what you think. Jika ada yang merunsingkan, berdoalah minta dijauhkan. Kesilapan saya di sini ada 2: saya bimbang tetapi tidak berdoa mohon diIindungi, dan saya mendapat rezeki pelbagai bentuk tetapi kurang mensyukuri. Semoga Allah mengampuni kekhilafan saya.

Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman:

Aku selalu mengikuti sangkaan h4mbaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat h4mbaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang.

Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat. (HR. Bukhari dan Muslim)

Insha Allah jika diizinkan Allah, akan saya kongsikan pula pengalaman saya menghadapi dugaan anak s4kit kerana ada pengajaran di dalamnya. Di dalam kepahitan ujian, ada manisnya. Sekian. – Retna Retro (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Tatiana Ali : Ada satu masa, saya dapat apa yang saya memang nak. Tapi sebelum tu saya memang tak mengharap sangat, sebab apa yang saya nak tu memang must4hil. Kalau dapat, memang rezeki saya. Alhamdullillah, dengan izin Allah, saya dapat.

Masa tu dalam bulan Ramadan. Sampaikan masa saya dapat, saya tertanya – tanya, rezeki apakah ini Ya Allah? Saya tak prasangka apa – apa, cuma tertanya – tanya, apa kebaikan yang saya buat sehingga saya dimurahkan rezeki sampai tahap begini.

Sebab saya rasa, memang saya takkan dapat, dan sangat must4hil. Dan saya dah redha kalau tak dapat. Tapi tak lama beberapa bulan selepas itu, sedang berborak dengan abah saya, abah cakap, dia sentiasa mendoakan anak – anaknya murah rezeki dan dipermudahkn segala urusan setiap kali lepas solat (sejak arw4h mak meninggaI, abah rajin dan kerap ke surau, tolong orang surau dan solat berjemaah).

Jadi, terjawablah persoalan saya. Sebab doa abah saya lah saya dapat rezeki yang tak disangka – sangka tu. Sorry takde kaitan dengan cerita confessor, cuma setiap kali saya dimurahkan rezeki, saya cuma cakap ‘Alhamdullillah Ya Allah di atas rezeki yang Kau berikan ini, semoga ada hikmah di sebalik semua ini’, supaya sentiasa ada kebaikan di atas setiap rezeki yang dikurniakan.

Wan Cu Wani : Memang betul apa yang puan ceritakan, kita sebagai h4mba perlu bersangka baik pada Allah, walaupun Allah datangkan musibah dan kesulitan, kita tetap perlu bersangka baik. Sebagai muslim kita perlu tahu, fikiran kita kadang – kadang datang dari bisikan sy4itan.

Selalunya yang negatif – negatif, bukan kita yang fikir macam tu tapi kita ingat kita yang fikir macam – macam. Tapi itu semua bisikan sy4itan. Tawakkal no 1. Sentiasa bercakap dalam hati aku berserah kepadaMu Ya Allah yang Maha Pelindung, bila terfikir benda – benda negatif.

Ami Jahauddin : Ya Allah, terima kasih sudi share sebab saya pun kadang – kadang ada jugak masalah begini, bila Allah dah berikan nikmat dan kegembiraan, saya pasti memikir dan terus memikir apa yang akan berlaku, sehingga membuatkan saya kurang bersemangat dan mengenang perkara yang akan mendatang Allahuakbar !! Terima kasih di atas nasihat dan pesanan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.