Saya pegawai kerajaan dgn gaji 6k tp suami hanya pekebun sawit, mcm tanggung biawak hidup

Kebanyakan belanja besar iaitu installment kereta, rumah, api air internet, sekolah Kafa anak, saya yang bayar. Kalau nak berjalan – jalan kerana nak hiburkan anak – anak pun, saya yang keluarkan belanja. Tapi ada sebab yang buat saya rasa perlu ‘jaga’ suami dengan baik.

#Foto sekadar hiasan. Saya nak confess yang sejak akhir – akhir ni saya sem4kin lega sebab dah dapat jawapan kepada persoalan yang mengganggu fikiran saya. Latar belakang cerita : Saya bekerja sebagai pegawai kerajaan dengan pendapatan 6k manakala suami saya seorang pekebun sawit dengan pendapatan 2k.

Seimbas lalu, boleh nampak tak macam mana belanja keperluan rumah tangga dibahagikan? Kebanyakan belanja besar iaitu installment kereta, rumah, api air internet, sekolah Kafa anak, saya bayar. Kalau nak berjalan – jalan kerana nak hiburkan anak – anak pun, saya yang keluarkan belanja.

Ops, macam jalan cerita cliche kan? Tapi saya minta jangan berhenti baca. Situasi ni satu masa dulu pernah membuatkan saya terfikir adakah suami saya tak jalankan tanggungjawab dan saya sedang menanggung biawak hidup?

Setiap kali saya baca confession tentang suami tak bertanggungjawab, saya bandingkan dengan keadaan saya. Sekian lama membaca kisah orang lain, akhirnya saya faham dan buat kesimpulan. Suami saya bukan seteruk yang saya sangkakan.

Di bawah ni saya senaraikam tanda – tanda bahawa dia bukan biawak hidup:

1. Dia sangat membantu kerja rumah. Paling dia pandai buat ialah basuh baju, masak nasi, kemas halaman rumah, betulkan alatan rumah yang rosak. Saya balik kerja, semua yang tersebut dah selesai. Saya hanya buat apa yang dia tak tahu buat saja contohnya ajar anak mengaji, belajar dan masak sesetengah lauk yang dia tak reti.

Bab uruskan baju paling bagus sekali. Kalau saya tak jumpa baju tertentu yang saya nak pakai, saya akan tanya dia. Mesti jumpa punya. Sebenarnya, walaupun suami saya boleh diharap jaga rumah, rumah saya bukan kemas berkilat macam showhouse pun. Suami saya tetap typical husband. Lelaki manalah reti bab nak mengemas detail sangat. Dia buat yang asas je. Tapi cukup elok dah di mata saya.

2. Dia pandai jaga anak. Kami ada 3 anak. Masa mereka kecik, setiap kali anak meragam nangis tak berhenti, dia akan dukung dan pujuk sampai anak selesa dan tertidur. Saya tukang bagi susu je. Kalau dah pujuk dengan susu tak jalan juga, saya terus sambung balik tidur, dia yang take over pujuk anak, sapu ubat kembung, dukung dan selesakan anak.

3. Dia beli lauk dan makanan asas keluarga. Saya tak pernah beli beras dan lauk asas. Walaupun saya ada duit, saya tetap tunggu dia beli. Kalau ikan dibelinya, ikanlah yang kami akan makan. Kalau dah habis lauk, saya minta dia belikan telur.

Kalau anak nak makan ayam, saya akan minta dia belikan. Jenis makanan asas kami sangat sederhana dan standard. Saya tak boleh ingat bila saya beli lauk rumah. Cuma kalau ada makanan yang saya teringin macam fast food, makanan siap masak, western ke, saya akan belanja.

4. Dia pendengar yang baik. Masa saya sedih kerana masalah kerja, masalah adik beradik saya, dia akan tadah telinga hingga saya rasa tenang seolah sebahagian masalah saya dah selesai. Tak kira masa, bila saya nak bercerita, dia sedia mendengar.

5. Dia hormat family saya. Suami saya suka menghiburkan family saya dengan gurauan bersahaja. Mak, ayah, adik beradik saya semua selesa dengan dia. Selalu dia balik rumah mak ayah tanpa saya. Dia memang boleh bercampur elok dalam family saya.

6. Dia berjaya membuktikan bahawa saya adalah satu – satunya cinta hati dia. Bukan melalui percakapan, sorry dia tak r0mantik. Tapi dari tingkahlaku dan perbuatan. Saya tak pernah ambil hal ni sebagai enteng, kerana saya tahu lelaki boleh tersuka dengan perempuan lain selain isterinya.

Tapi buat masa ini, saya dapat rasa saya masih yang satu dalam hati dia. Perasaan secure ini membuatkan saya jadi tak berkira dengan dia. Kebanyakan perempuan akan mengungkit tentang tanggungjawab kalau dapat rasa suami curang. It’s not about what you have did man, but what we feel.. itulah perempuan.

7. Dia sokong apa sahaja yang saya nak buat. Masa saya nak start beli rumah pelaburan untuk disewakan, dia bagi modal hasil jual kereta dia. Bila saya perIukan mr handyman untuk repair dan set up rumah sewa tersebut, dia yang setia tolong saya berangkut katil, tilam sampai 5 – 6 trip tanpa merungut. Serius, dia memang tak berkira bab tenaga dan masa.

Cukuplah 7 tanda tu. Saya dah boleh tersenyum lega. Walaupun bab duit saya rasa saya lebih daripada dia, tapi 7 tanda di atas membuatkan saya dapat rasa dia suami terbaik yang saya perlu jaga. Ikhlas, – Nafisah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Noor Syahirah Ahmad Lahmi : Jalan cerita puan lebih kurang macam saya. And alhamdulillah i am grateful for having a husband yang bertanggungjawab. Untuk saya, bila saya pergi 0utstation kadang – kadang sampai seminggu semua tugas jaga anak, urus rumah husband ambil alih tanpa merungut. And without husband yang faham i am not at this position having a good career. Bersyukur itu kuncinya.

Madamme Que : Tahniah puan. Suami puan adalah seorang lelaki budiman. Gaji kecil bukan isunya, andai tanggungjawab terlaksana dan ada rasa empati pada isteri. Dengan sikap prihatin dan belas ihsan suami sebegini, isteri insha Allah akan redha dan berlapang d4da membantu.

Tak must4hil dianggap sebagai sedekah oleh isteri. Walau isteri bergaji besar, suami tak lupa lunaskan tanggungjawab. Isteri tak lupa kedudukan isteri. Moga rumahtangga puan beroleh sakinah, mawaddah dan rahmah, serta berkekalan di dunia dan akhir4t.

Ju Na : Tahniah tt, kisah yang positif, saya juga lalui kisah seperti tt, bezanya sejak kawin suami memang tak kerja sebab 2 minggu sblum kahwin dia s4kit dan dibuang kerja dan selepas tu beberapa kali masuk ICU.

Dia tak bagi nafkah duit selama 22 tahun kahwin tapi diganti dengan tenaga, masa dan kasih sayang, hikmah covid i-lestari dan i-sinar nya lulus, semua duit tu dia bagi saya sebagai bayaran nafkah tertunggak, alhamdulillah, point di sini ialah sabar, toleransi dan syukur.

Rizal Rodzuan : Tahniah Puan kerana dapat suami baik, Dan Puan pun tak berkira soal Wang dan sebagainya. Kerana banyak kes, suami dah buat semua kerja rumah, jaga anak dan sebagainya, isteri balik rumah terus main game je.

Bila suami dah masak tau complain je. Lepas tu main game lagi biar suami buat semua lagi, bila suami ajak sembang isteri tak peduli pun just main game or tengok bola, baru suami nak rehat tido tiba – tiba isteri k3jut pula, terp4ksa suami jalankan tanggungjawab suami lagi walaupun letih dan sedih. Tahniah sekali lagi Puan

Ayeda Jane : Subhanallah.. menitik air mata baca. Terbaik TT. Memang benar bukan semua dapat sepertimana yang kita mahukan. Itu semua ketetapan Allah. Sis happy bila baca TT seorang isteri yang boleh menimbang kebaikan suami di sebalik kekurangan. Tak semua pasangan kita tu sempurna kan.. Semoga bahagia ke jannah ya

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.