Saya pastikan suami ada simpanan sampai 70k, tapi skrg dia dah tawar hati dgn saya

Walaupun saya hanya seorang surirumah tapi saya ada side income 12k sebulan. Saya selalu dahuIukan suami. Dia pakai handphone lagi mahal dari saya, dia akan shopping lebih dari saya. Malah duit simpanan suami pun saya akan pastikan lebih. Tapi bila saya suruh dia berniaga, dia kata saya materialistik..

#Foto sekadar hiasan. Saya dan husband, sebelum ni dah kawan selama 2 tahun, kami kahwin pula dah masuk tahun ke 3. Saya berumur 30-an, dan suami 40-an. Anak pon tak de lagi tapi tak tahu lah kenapa hubungan kami sem4kin hari sem4kin renggang.

Terasa jarak yang sangat sangat sangat jauh. Saya seorang surirumah, dan suami pula tiada pendapatan tetap. Kalau ada kerja ada lah duit, kalau tidak kerja duit pun takde. Walaupun saya hanya surirumah, tapi saya ada side income paling sikit pon 12k setiap bulan saya boleh dapat.

Daripada makan minum, tempat tinggal, holiday, semua 100% duit saya. Dan saya jenis tak kisah, asalkan kami happy. Kami tiada komitmen, rumah, kereta semua dah habis bayar. Kehidupan kami boleh dik4takan mewah. Masa mula mula kami berkawan, memang saya tiada apa – apa.

Dia yang sokong hobi, minat saya dan akhirnya kami dapat hidup mewah. Sekarang saya hanya pantau pekerja sahaja dari rumah. Suami hanya bagi sokongan moral sahaja, dan dia hanya terlibat 5% sahaja dalam urusan perniagaan saya.

Masalahnya walaupun mewah tapi kami tetap selalu berg4duh soal wang kerana suami selalu cakap saya lupa d4ratan, berlagak, dia selalu cakap, “kau sedar sikit, dulu kau nak makan pon susah.” Saya sedar saya tak pernah lupa.

Buktinya, walaupun saya dah berjaya. Saya tetap setia dengan dia, saya tak pernah ada scandal dengan laki lain padahal saya boleh pilih lain atau ber4mbus dari hidup dia sebab masa tu kami tak kahwin pon lagi. Kalau handphone saya jenama A, suami akan pakai handphone jenama B yang lebih mahal.

Kalau saya shopping 3k, shopping untuk dia 5k. Memang serba serbi lebih dekat dia. Dan saya tak kisah, tak pernah ungkit. Kalau duit simpanan saya 50k, simpanan dia saya pastikan 70k. Memang suami keutamaan dalam hidup saya

Cuma, kadang – kadang bila saya tersilap contohnya, nak pergi makan, tapi dapat pesanan yang salah padahal saya dah order betul. Dia akan marah saya seolah – olah saya yang silap order. Padahal dah betul, kalau lambat siap order pon saya kena marah.

Dan mesti akan cakap, “ko ingat besar sangat ke duit ko ni? Ko ni m4kin banyak duit, m4kin besar kepala.” Haaaaa nampak tak? Kan tak de kene mengena!!! Hari – hari kene marah. Kalau depan family, lagi gaIak hamun saya. Kalau g4duh berdua dalam bilik, mesti dia naik tangan walaupun sekali.

Hari – hari saya nangis dan saya tahu dia nampak mata saya bengkak tapi dia tak pernah nak pujuk. Kalau saya merajuk, ditengkingnya, cakap buat muka kesian. Saya rasa, saya lagi banyak point untuk berpisah. Tapi suami pula yang tawar hati katanya.

Hilang rasa cinta kepada saya. Hubungan bersama memang sunyi sepi. Nak dapat sebulan sekali pon payah. Tunggu dah sebulan, tapi perform 5 minit tak sampai. Bila dalam rumah suruh saya senyap, nak bermanja tak boleh.

Disebabkan kami kerja tak terik4t masa, hari – hari dia ajak saya lepak dengan kawan dia, lepak yang berbual. Menyembang je lah sampai pukuI 4 pagi pon! Kawan dia semua bujang – bujang, tak kan nak mesra depan kawan. Dia pon bukan layan saya pon bila dah dengan member.

Dengan kawan pon ada senyum ketawa, dengan saya hanya duduk sebeIah je. Kerja rumah semua, saya buat sorang. Dia ibarat raja dalam hidup saya. Tapi dia hanya tegur saya sebab nak duit! Dia tak de langsung nak ubah hidup dia.

Saya sedia bagi modal untuk dia berniaga tapi dia macam dah selesa hidup macam ni. Walaupun saya tak berkira soal duit, tapi saya nak dia pon berjaya. Saya nak dia tak rasa rendah diri bila kawan – kawan dia syak duit yang keluar tu semua duit saya.

Saya nak dia ada kemajuan dalam hidup ni. Tapi dia tuduh saya giIa duit! Perempuan materialistik. Saya tak nak berpisah, saya cintakan dia, saya sayang dia, sayang sangat – sangat. Saya masih nak pert4hankan hubungan ni. Tujuan saya berkongsi ni, saya nak minta idea.

Bagaimana saya nak tarik perhatian dia untuk berubah, sebab perbincangan selalu membawa perg4duhan mungkin juga kes4kitan. Jangan minta saya doa, sebelum saya doa untuk diri saya, saya akan doakan dia dulu.

Kenapa saya rasa semua yang saya beri sia – sia. Saya bukan minta dia bayar balik, saya bukan tak bagi dia berkawan langsung, saya cuma nak diberi sedikit perhatian je! Kadang – kadang saya rasa saya dipergunakan je.

Komen Warganet :

Farhah Simard : Kenapa tak pentingkan diri sendiri. Suami you pun tak rasa nak ceraikan you, you kan ‘sugar mummy’ dia, sumber kewangan dia.. Hiss sampai meninggaI dia setia bersama sebab per4ngai tak semenggah pun, duit bank banyak sebab bini kasi. Plus dia tak mend3rita, hanya you aje.

Zurainah AK : Silapnya kau terlalu ‘merajakan’ dia sampai ke tahap h4mba. Dalam waktu yg sama tanpa sedar kau dah ‘merendahkan’ diri dia sebagai seorang suami. Dik… dalam berumahtangga hebat mana pun kita sebagai seorang perempuan, ada part – part tertentu kita kena bagi peluang kepada suami untuk tunjukkan yang dia juga bijak berbanding kita.

Biarpun hakik4tnya adalah sebaliknya. Mungkin kau rasa kau bagi dia duit berlonggok – longgok sebab kau sayang. Tapi tanpa sedar kau sedang merendahkan eg0 dia sebagai ketua keluarga. Beri dia ruang untuk tunjukkan kemampuan dia.

Cuba lihat di mana kelebihan dia. Dan hargai kelebihan dia. Tunjukkan yang kita perIukan kebijaksanaan dia untuk selesaikan masalah walaupun hakik4tnya kita sendiri boleh selesaikan.

Pokmie Pokmie : Sentiasa berdoa semoga suami berubah jadi suami yang berranggung jawab dan penyayang. Cuba berbincang dengan suami tentang perkara ni. Mana tahu suami ada memendam rasa atas sesuatu. Maklumlah suami ni ada eg0nyer sendiri.

Lama dah kahwin tu. Semua masalah ada jalan penyelesaian. Apa benda kena bawak bincang. Bab duit ni. Walaupun banyak pendapatan kena ajar diri dan pasangan hidup bersederhana. Mohon pada Allah semoga dilembutkan hati suami dan semoga berubah jadi suami yang bertanggung jawab terhadap keluarga.

Mungkin suami sunyi sebab tak ada anak lagi tapi klu bab duit tu. Tak berani nak komen la. Sebab saya tak pernah mengaIami keadaan macam tu. Saya walaupun isteri berpandapatan agak tinggi jugak dan saya pun pendapatan dalam 5 angka.

Tapi biasanya saya bagi semua duit saya pada isteri untuk dia uruskan. Bukan takut isteri atau manjakan isteri tapi untuk mengajar dia supaya bila saya dah tak ada nanti. Dia boleh uruskan hal kewangan keluarga.

Wan June : Dalam puan ingin memberikan keutamaan pada suami. Lagi dia rasa diri dia gagal menjalankan tugas sebagai suami dalam memberi nafkah. Dalam menerajui bahtera rumah tangga. Mungkin dia rasa cuma menumpang.

Cuba puan jangan ‘manjakan’ dia dengan wang ringgit. Biar dia berusaha untuk menjadi suami melainkan dia meminta pertolongan dari puan untuk settlekan apa yang dia tak boleh. Dia berkasar mungkin itu jer cara dia untuk menunjuk dia yang berkuasa.

Kalau masih sayang pada suami dan rumahtangga. Bawa berbincang dan jangan biarkan dia lagi mend3ra puan dari mentaI atau fisikaI. Kadang – kadang kala kita kena cakap apa yang mengguriskan hati jangan menangis dalam bilik.

Melalak lah di depan dia biar dia tau. Andai dia cuba naik tangan. Uggt dia akan melapurkan pada pihak berkuasa. Cakap hargai sebelum puan hilang dari dalam hidup dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.