Saya minta Allah tunjuk jalan utk putvs dgn lelaki psik0, sekali saya dpt 3 kali mimpi

Saya jatuh hati dengan dia sebab dia seorang lelaki bermulut manis. Tapi lepas kami bercinta dia mula tunjuk sikap pelik. Saya tak dibenarkan langsung cakap dengan lelaki dekat pejabat. Pernah sekali dia tolak saya jatuh escalator sebab masa saya naik ada dua orang lelaki Kelantan tengah bersembang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Terima kasih admin sekiranya siarkan post saya ini. Saya cuma nak ceritakan kisah saya beberapa tahun yang lepas, pengalaman saya bercinta dengan lelaki psik0.

Ceritanya begini, lepas habis belajar, hampir 2 tahun saya cuma bekerja sebagai kerani cabuk di sebuah syarik4t yang berstatus enterprise sahaja sebelum saya dapat tawaran bekerja di sebuah listed company dan Alhamdulillah saya seronok sangat dapat bekerja disini sehingga sekarang.

Sewaktu saya kerja di company tersebut, saya mempunyai masalah dengan bekas boyfriend saya, saya namakan dia sebagai A. Dengan A kami bertahan hanya disebabkan ibunya sahaja. Sejujurnya waktu itu saya sendiri dapat rasakan si A tidak cintakan saya tetapi disebabkan ibunya yang nak sangat bermenantukan saya, dia cuma akur.

Ibunya sangat memandang darjat dan keturunan, maklumlah semua anaknya doktor, jadi dia terlalu memilih bakal menantunya. Bukan si A tidak pernah bawa balik perempuan, tetapi kebanyakan di reject. Saya?

Saya tidak tahu apa yang ibunya lihat pada saya, tetapi soalan pertama yang keluar dari mulutnya masa pertama kali jumpa saya adalah, saya grad dengan p0inter berapa? Ibubapa saya kerja apa? Adik beradik saya graduated mana, dan sekarang kerja sebagai apa?

Tapi masa tu Alhamdulillah lepas sedangkan ibubapa saya kerja kampung sahaja, tapi adik beradik saya semua berjaya. Mungkin itu yang dilihatnya. Okay, dengan masalah yang sedia ada, di company baru saya di dekati oleh jejaka – jejaka yang bujang.

Rasanya benda tu perkara biasa berlaku di semua company, mesti ada yang mengayat bila ada staff perempuan yang bujang masuk. Dan waktu itu ada seorang lelaki biarlah saya namakan B, B ni selalu usha saya, selalu menolong saya bila saya perIukan bantuan.

Dia juga seorang yang bermanis mulut, memang akan cairlah perempuan – perempuan yang dengar ayat – ayatnya. Entah kenapa saya terjatuh hati dengan dia, saya juga bercerita tentang masalah saya dengan si A kepada B.

Lama kelamaan saya rasa selesa dengan B dan saya memutvskan hubungan dengan A. Waktu tu, keluarga si A telah membuat persiapan untuk meminang saya. Ketika itu perasaan bersalah sangat pada si A terlalu menebal, tambahan pula ibunya yang terlalu baik dengan saya.

Tapi hati saya waktu itu tidak yakin dengan si A sendiri. Rupanya – rupanya setelah tiga tahun hubungan saya dengan si A terputvs, 2 bulan lepas saya terima text dari seorang perempuan, dia adalah kekasih si A, mengikut perempuan tu, dia bercinta dengan si A sebelum kehadiran saya lagi.

Dan dia adalah salah seorang m4ngsa reject ibu A. Sewaktu saya bercinta dengan si A, rupanya mereka juga masih bercinta. Sekarang dia ada masalah dengan ibu A, mengikut beliau, ibu A hendak pisahkan diorang sama ada hidup atau m4ti.

Ya Allah, tetiba s4kit hati saya dengar. Semuanya disebabkan perempuan tu cuma lepasan SPM. Sampai begitu sekali dia cuba masuk campur urusan anaknya. Jadi, perasaan bersalah pada si A dah tak ada sekarang ni kalau tak sampai sekarang dihantui dengan perasaan bersalah itu.

B, awal perkenalan, saya tidak dapat menghidu per4ngai baran dan psik0nya. Seingat saya lebih 6 bulan baru per4ngai sebenarnya muncul sedikit demi sedikit. Dia mula meng0ngkong saya, tidak benarkan saya berkawan dengan kakak – kakak senior dari satu group ni.

Dia tidak benarkan saya bercakap dengan lelaki – lelaki di pejabat, kalau ada lelaki yang menegur saya, balik nanti dia akan marah. Setiap malam dia akan ajak saya keluar, saya ni pula dah biasa melepak di rumah sebelum kenal dia, jadi bila setiap malam keluar, saya jadi penat.

Kalau ada satu hari saya cakap tak nak keluar, dia akan marah, menuduh saya ada hubungan dengan lelaki lain. Per4ngainya jadi par4h, dia mula memukuI saya. Saya ingat lagi, hari tersebut kami ada meeting nationwide, jadi masa meeting tersebut, ada kawan lelaki saya hadir.

Bukan kawan rapat pun, kami kenal masa sama – sama interview dulu. Lepas tu beberapa kali course sama dengan dia. Dia cuma menegur saya, dan kami bersembang kurang dari 5 minit pun. Balik dari tu, dalam kereta dia beIasah saya habis – habisan, kepala saya benjIl, bibir saya berd4rah kena beIasah.

Alasan yang dia beri sebab saya tak pandai jaga diri. Masa tu saya nekad untuk jauh diri darinya. Saya cakap ibubapa saya tak pernah pukuI saya, apa hak dia nak pukuI saya. Dia cakap, “sebab parent ko b0doh, tak ajar cara nak jaga diri.”

Dia selalu cakap parent saya orang kampung, tak pandai didik anak jadi baik. Maklumlah dia orang KL dari family ternama. Saya pelik, saya bukan buat maksi4t pun, bukan bercakap rapat – rapat pun dengan kawan lelaki tu.

Bercakap pun hal kerja, apa yang tak pandai jaga dirinya. Lepas dah beIasah cukup – cukup, dia akan minta maaf, dia akan pujuk saya dengan kata – kata manisnya. Lama kemudian, dia bawa saya berjumpa kawan lelakinya, kawan di zaman kolej.

Kawannya dan bertunang, dan setiap kali berjumpa, dia akan bawa tunangnya sekali. Beberapa kali jumpa, dia cakap yang saya sukakan kawan. Alasan diberi sebab setiap kali kawannya bersembang, saya akan dengar. Dah tu saya ada telinga, mesti lah saya akan dengar, dan sesekali saya akan bagi resp0nse.

Tak kan nak membatu je. Itu juga menjadi perg4duhan kitorang. Dia mula menuduh saya ada whatsapp kawannya personal. Wallahi saya tak pernah pun nak text member dia tu. Per4ngai psik0nya menjadi – jadi, pernah c3kik saya hampir nak m4ti.

Sebab kononya saya tak haIang mak nyah masuk toilet perempuan, waktu tu saya berada di dalam toilet, tengah membuang, mana saya tahu sapa yang masuk selepas saya. Kami berg4duh, saya cakap habis tu kenapa dia tak haIang mak nyah tu sedangkan dia memang tunggu saya betul – betul depan pintu toilet.

Dia pernah cuba tolak saya dari escalator, sebabnya, waktu tu ada 2 orang lelaki di belakang kami, lelaki tersebut bercakap dialek kelantan, dan kebetulan saya senyap tidak bercakap apa – apa dengannya, alasannya saya cuba tarik perhatian lelaki dekat belakang tu, maklumlah sama negeri.

Pernah tend4ng saya dari belakang waktu di basement, waktu tu ada 2 c0uple yang memandang kami, diorang cuba meIeraikan kami. dia terus tarik saya masuk kereta, dalam kereta dia marah lelaki tu sebab masuk campur, katanya dia ingin cari balik lelaki tersebut nak bvnvh.

Masa tu saya diam tak cakap apa – apa, kalau saya meIawan boleh berbvnvh rasanya. Hari demi hari saya memang nak berpisah, tapi saya tiada cara. Saya pernah baca satu artikel, tapi tak ingat di mana, orang yang ada mentaI iIIness ni kita tak boleh lari darinya secara drastik, sebab bila dia dipenuhi perasaan amarah, dia tak sedar apa yang dia lakukan.

Sebab tu banyak kes bvnvh yang berlaku. Ye, saya mengkaji sifat dia, setiap kali dia pukuI saya, lepas tu dia akan pujuk. Contohnya bila tengah baik, saya cakap jangan la pukuI saya lagi, dia cakap bila masa dia pukuI saya, dia tak pernah pun pukuI saya, jangan nak buat cerita.

Saya terfikir dia ni giIa ke apa. Lepas tu hari demi hari saya mengadu pada Allah minta jalan keluar dari masalah, jika sebelum ni solat cuma 5 waktu, tetapi waktu itu saya double amalan, saya solat istikharah, solat tahajud, solat taubat, semua saya buat.

Akhirnya saya dapat petunjuk dari mimpi. 3 malam berturut saya mimpi, malam pertama saya mimpi family B ni datang meIamar saya, tetapi ibunya menyarungkan cincin pada seorang perempuan lain, bukan saya.

Malam kedua saya mimpi kami dalam satu kereta, di depan ada 2 jalan ke kiri dan ke kanan, kiri sangat gelap dan kanan cerah, dia telah memilih jalan kiri dan kami eksiden. Malam ke 3 saya mimpi saya di hospitaI, sebeIah tangan saya putvs, rasanya kesinambungan dari mimpi malam ke 2.

Di kiri kanan semua family ada, dia telah mengajak saya ke mall. Dengan satu tangan yang putvs tengah berbalut saya mengikut dia ke mall, tapi entah mengapa saya tergelincir dan hampir terjatuh dari bangunan tersebut.

Dengan satu tangan saya berpaut pada tiang besi, saya meminta tolong darinya, namun dia tidak berbuat apa – apa, cuma merenung sahaja. Lama kemudian seorang lelaki lain datang selamatkan saya. Tak sampai sebulan dari mimpi tersebut, akhirnya hubungan kami betul – betul putvs.

Masa tu saya balik Kelantan hari Sabtu, sepatutnya saya datang ke KL balik hari Isnin, tetapi disebabkan ada em3rgency, saya terp4ksa cancel fIight Isnin tersebut, dan saya buat keputvsan naik bas pada pagi Ahad. Pagi nak naik bas, saya tengok dia telah blocked wassap saya, jadi saya sms dia, bagitahu saya balik haritu sebab ada hal di KL.

Saya bernasib baik sebab yang baca sms saya tu seorang perempuan, dia telah call saya pagi tu tanya apa hubungan saya dengan B. Dan dengan bangga dia telah menceritakan mereka telah tidur bersama. ok fine, dalam sedih saya happy, saya ada alasan yang kuat untuk tinggalkan dia.

Petang tu perempuan tersebut ajak berjumpa, jadi kami berjumpa dia telah menunjukkan semua bukti dekat saya, dia juga telah menelefon si B untuk datang. Si B datang dan dia terk3jut tengok saya di situ. Selepas kejadian itu, kami terus tidak berhubung sampai sekarang.

Kalau jumpa masing – masing buat tak tahu. rasanya waktu itu saya terselamat dari ner4ka. Jadi, pesanan saya, kenal dulu lelaki sebelum ambil keputvsan untuk terima sebagai husband. Sekurang – kurangnya berkawan setahun. Sekarang orang macam – macam ragam, baik lelaki mahupun perempuan. – syaz

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.