Saya lega bila kaklong ambik jaga emak sebab dia orang kaya, tapi tak sampai 6 bulan dia hantar emak balik kampung

Waktu emak sihat, memang mak lah yang jaga anak – anak abang dan kakak tapi bila emak terlantar s4kit tiada yang peduli. Ayah akan jaga emak ikut mood, kalau mood ayah tak baik, dia biarkan emak busuk bernaj1s. Pernah sekali kak long ambil emak nak jaga, tapi tak sampai 6 bulan dia hantar emak balik..

#Foto sekadar hiasan. Saya biasa dengar anak yang menjaga ibu bapa ketika tuanya, apatah lagi sewaktu uzur dapat banyak pahala ganjaran Allah. Saya teringin sangat nak berbuat demikian, tetapi keadaan hidup saya tidak mengizinkan.

Banyak sebabnya, bukan saya nak beri alasan tetapi inilah kenyataan. Semasa emak saya sihat dulu, beliaulah yang jaga anak – anak abang dari kecil hingga bersekolah rendah. Begitu juga kakak kedua sebelum dia pindah kerana ikut suaminya.

Ketika saya berkahwin dan ada anak, emak pulak s4kit – s4kit, jadi tak lama emak jaga anak saya kerana saya hantar ke rumah pengasuh. Bukan kami p4ksa emak jaga anak – anak kami tapi emak nak jaga, katanya dia sunyi dan suka di kelilingi cucu.

Tapi anak – anak kakak long emak tak jaga, sebab kak long tak bekerja, lagi pun nasibnya baik dapat suami berduit, berbanding kami terp4ksa bekerja untuk bantu suami kuatkan ekonomi keluarga. Dipendekkan cerita ketika emak mula s4kit – s4kit sayalah selalu berulang menjengok emak.

Sebab terIanjur ambil anak di rumah pengasuh saya singgah jengok emak dan saya beli rumah tak jauh dari rumah emak. Bila anak – anak mula membesar emak minta jaga anak – anak saya tak perlu hantar rumah pengasuh lagi, katanya.

Tambahan pula ketika itu saya sudah bergelar ibu tunggal dan keadaan ekonomi saya meredum kerana terp4ksa bayar ansuran rumah dan kereta. Bekas suami tinggalkan kami bertiga beranak tanpa nafkah, alasannya dia tidak akan tuntut rumah yang baru 3 tahun kami beli dan kereta terpakai yang baru setahun saya ansur bayar.

Hidup saya ketika itu memang susah. Tambah terhimpit bila emak selalu s4kit – s4kit sayalah yang selalu bantu setakat yang terdaya selepas balik kerja. Emak pernah ajak saya tinggal bersamanya tetapi saya tak mahu sebab saya faham sangat per4ngai ayah yang panas baran terutama jika kata – kata saya atau per4ngai anak saya menyingung perasaannya.

Dia akan haIau kami keluar tak kira masa dan ketika. Bila keadaan emak sem4kin teruk akibat ser4ngan str0ke, saya pernah berbincang dengan kak long dan abang supaya cari orang bantu jaga emak. Abang diam aja sementara kak long menyindir katanya kerana saya selalu menyusahkan emak suruh emak jaga anak – anak saya, maka sayalah yang mesti carikan orang jaga emak.

Masalahnya, pendapatan saya kecil, sedangkan saya terp4ksa tanggung anak – anak, selain tanggung hutang keliling pinggang. Saya cuba ceritakan pada kak long tentang masalah saya tetapi tak dipedulikan, katanya dia tak bekerja dan dia tak ada duit berbanding abang saya dan dialah wajib jaga emak dan ayah.

Bagaimana pun saya usahakan cari orang bantu emak, beri emak makan dan mandikan emak setiap hari. Tetapi ayah tak suka katanya dia boleh jaga dan uruskan emak. Masalahnya masa mood ayah baik dia akan bersihkan emak tetapi ketika dia naik angin dia biarkan emak tanpa dibersihkan seharian.

Saya terp4ksa buat bila balik kerja. Sedihnya, emak cuba buat sendiri tetapi tangannya lemah dan kakinya payah nak bergerak. Namun dengan kekuatan dan semangat emak berjaya bangun dan dapat membersihkan dirinya sendiri. Syukur!

Tiga tahun lamanya emak boleh mengurus diri sendiri walaupun pergerakannya terhad dan tak menyusahkan ayah. Malah emak boleh masak nasi dan ayah beli lauk di kedai. Tetapi ayah bersungut penat selalu pergi kedai.

Akhirnya abang cari orang yang buat khidmat hantar makanan ke rumah untuk makan tengah hari dan malam. Tapi tak sampai tiga bulan, ayah berhentikan khidmat penghantar makan tersebut, alasannya makanan lewat sampai dan dia lapar hingga terp4ksa pergi ke kedai beli makanan sendiri.

Sebenarnya kami bimbang ayah selalu pergi ke kedai naik motor kerana umurnya yang sem4kin tua, kami takut dia terjatuh. Tapi ayah berdegil dia tak suka duduk di rumah dia lebih suka berjalan ke kedai membeli apa juga makanan yang disukainya.

Dia tak suka makanannya ditentukan oleh orang lain. Nak jadikan cerita satu hari emak terjatuh dalam bilik air akibatnya emak terlantar dan tak boleh bangun, apa lagi hendak uruskan diri sendiri. Sehari dua memang ayah bantu emak tetapi kalau setiap hari dia jadi penat dan cepat marah.

Akibatnya emak dibiarkan tanpa dibersihkan sehari suntuk, ayah tunggu saya balik untuk bersihkan emak. Cuba anda bayangkan kalau sehari suntuk emak tak dimandikan, tak ditukar lampin pakai buang sudah pasti bernaj1s.

Pernah badan emak merah – merah kegatalan. Tapi saya tak berani bersuara pada ayah takut kena m4ki dan kena haIau. Sekali lagi saya ajak abang dan kak long berbincang demi kesihatan emak. Akhirnya kak long mahu jaga emak dan membawa emak tinggal di rumahnya. Alhamdulillah.

Ayah tinggal di rumah sendirian, kecuali datang menjaga emak bila kak long hendak berjalan atau pergi bercuti sekeluarga, ayah diminta mengganti. Saya berterima kasih pada kak long kerana mahu menjaga emak kerana kak long tak bekerja selain suaminya orang berduit bolehlah membantu jika ingin menambah saham akhir4t.

Nak harapkan saya bantu memang tak mampu kerana ekonomi saya yang tak mengizinkan selain anak – anak masih bersekolah rendah. Memang saya rasa amat lega bila kak long jaga emak kerana keadaan kesihatan emak yang amat lemah ketika itu.

Sebagai contoh jika tidak ada orang iringkan badan emak, emak terus telentang seharian. Akibatnya belakang badan emak akan melepuh kerana panas. Jika tidak ada orang lapkan badan emak atau cucikan naj1snya memang tak bercuci langsunglah emak, segala – galanya mesti diuruskan.

Ketika kak long jaga emak bukan sahaja saya, malah ayah pun nampak gembira kerana bebanan berkurangan. Tetapi sayangnya tak sampai enam bulan kak long tak sanggup jaga emak lagi. Emak dihantar balik. Inilah yang amat menyedihkan saya.

Saya mahu jaga emak tetapi saya tak dapat lakukan sepanjang hari, kerana bekerja. Saya juga tak sanggup berhenti kerja, siapa nak beri anak – anak saya makan kerana saya ibu tunggal yang tak pernah dapat nafkah dari suami.

Bukan saya tak usahakan memohon nafkah tetapi setiap kali saya mohon ke mahkamah dia berhenti kerja dan menganggur, alasannya pada mahkamah dia tak bekerja. Senang sungguh! Nak carikan orang jaga emak pada waktu siang hari tapi ayah tak suka.

Sedangkan ayah ada ketikanya abaikan emak. Saya sebenarnya buntu dan tak tahu apa yang harus saya lakukan lagi untuk bantu emak. Saya sedih melihat emak terlantar, sedangkan abang langsung tak ambil pusing. Kak lang langsung tak balik.

Kini saya hanya berdoa agar kak long dapat ambil dan jaga emak semula, jika penat carilah pembantu yang boleh bantu kak long. Memang saya pandai cakap tapi itulah saja yang mampu saya cadangkan, selain membantu setakat yang termampu.

Saya pernah terfikir nak bawa emak tinggal bersama saya. Supaya saya boleh carikan orang bantu uruskan emak siang hari. Tapi masalahnya saya duduk rumah flat tak ada lift, jadi siapa nak pikul emak naik ke tingkat tiga?

Emak bukan sahaja tak boleh berjalan tetapi dah terlantar. Keadaan inilah yang merunsingkan fikiran saya hingga terbawa ke tempat kerja. Kerana saya lihat keadaan dan nasib emak setiap hari, saya amat sedih dan kesiankan emak.

Tapi saya tak dapat bantu sepanjang hari. Saya berdoa supaya hajat saya untuk bawa emak tinggal bersama saya tercapai, saya cadang cari rumah sewa paling bawah supaya dapat bawa emak duduk dengan saya, semoga Allah makbulkan doa saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.