
Dah la hantar anak tak mandi, bau hancing sebab diaper penuh. Nak bawa keluar dari kereta pun kau tak sanggup nak dukung rapat dengan badan kau tapi teganya kau hantar anak kau kepada pengasuh dalam keadaan macam tu..
#Foto sekadar hiasan. Saya perkenalkan diri sebagai N. Saya mula bekerja sebagai pengasuh ketika umur saya awal 20-an. Lepas habis belajar, susah nak dapat kerja yang bagus so ada kerja kosong masa tu try saja apply. Diterima dan terus mula bekerja di sebuah taska.
Saya dah berjumpa dengan ramai budak dan ibu bapa. Mereka ada pelbagai ragam dan kadang – kadang boleh buat kita panas hati juga. Atas alasan mereka bayar perkhidmatan kita so mereka rasa mereka bebas nak perlakukan kita sesuka hati mereka.
Kami pengasuh tak minta banyak sebab kami tahu kerja kami bagaimana. Tapi ibu bapa tolong ada empati. Saya tahu tak semua parent tu teruk sebab saya juga dah jumpa ramai parent yang baik dan langsung tak berkira.
Bila anda plan nak hantar anak untuk dijaga oleh pengasuh atau taska, tolong ambil manfaat apa yang saya tulis ini.
1. Jika sesudah cuti bersalin anda akan bekerja, latih baby minum susu dengan menggunakan botol seawal yang boleh. Bukan besok nak hantar ke taska, hari ni baru ajar anak. Tak boleh. Kerana nanti anak anda akan meraung macam kena d3ra sebab dia tak biasa dengan put1ng tiruan.
Tolong ya. Ini penting. Baby akan meragam sepanjang masa sebab lapar dan tak pandai menyusu dengan flow put1ng tiruan. Pilihlah put1ng yang sesuai untuk bayi anda.
2. Untuk bayi lagi, jangan biasakan baby anda tidur dengan keadaan sekian – sekian. Sebagai contoh, “anak saya kalau nak tidur kena dodoi sambil dukung ke sana ke mari.” Atau, “anak saya suka tidur berkepit dengan saya, baru dia tidur lama.”
Hello, tolong ye. Tak boleh. Di taska tiada pengasuh yang boleh buat macam tu. Kami ada banyak lagi tugas lain dan bukan nak jaga anak awak seorang. Pengasuh persendirian pun tak sanggup nak jaga baby yang high demand. Trust me.
Jangan amalkan suka dukung dan pangku anak setiap masa sebab bila dihantar kepada pengasuh, anak anda akan nak dilayan sebegitu. Kena biasakan juga mereka di tilam sahaja supaya mereka biasa dan takkan melalak jika ditinggalkan sekejap.
3. Anak yang berumur 1 tahun ke atas, tolonglah mandikan sebelum hantar kepada jagaan pengasuh setiap pagi. Sekurang – kurangnya kau mak – mak tolonglah salin diaper anak kau. Dah la hantar anak tak mandi, bau hancing sebab diaper penuh.
Nak bawa keluar dari kereta pun kau tak sanggup nak dukung rapat dengan badan kau tapi teganya kau hantar anak kau kepada pengasuh dalam keadaan macam tu. Sesekali mungkin boleh diterima, kalau setiap hari tolong ubah sikap ini. Jangan jadi mak yang malas.
4. Ambil anak tepat pada waktunya jika tidak mahu dicas overtime. Masalah ni kalau di taska mungkin bukan masalah besar sebab pihak taska memang akan cas dalam yuran. Tapi bila melibatkan pengasuh persendirian kebanyakan parent kedekut betul nak bayar ot kepada pengasuh.
Dan pengasuh pula tak sampai hati nak cas lebih. Anak kau dah seharian tinggal dengan pengasuh, ambillah diwaktu yang tepat. Disebabkan saya sekarang cuba mengasuh secara persendirian, saya kerap hadap masalah ini.
Siap call dulu kita untuk cakap ambil anak lewat sebab nak balik rumah dulu untuk masak makan malam atau kemas rumah. Hello, pengasuh bukannya orang gaji anda ya. Cukup masa mereka bekerja, sila ambil anak anda. Kalau nak tunggu sampai anda siap masak untuk makan malam, agaknya sampai pukuI berapa anak anda di rumah pengasuh?
5. Jangan minta pengasuh jaga anak di hujung minggu. Ini kerap terjadi kepada mana – mana pengasuh. Alasan nak keluar beli barang dengan suami taknak bawa anak. Macam mana pengasuh nak tolak kalau dah ada depan rumah.
Pengasuh pun nak berehat di hujung minggu, nak habiskan masa dengan keluarga. Bagi mereka rest dari jaga anak anda. Mereka pun ada urusan mereka di hari cuti. Melainkan ada hal kec3masan dan ini melibatkan budi bicara pengasuh.
Kalau mereka menolak, ibu bapa tidak boleh mem4ksa. Saya pernah diminta menjaga seorang anak ini kerana ibunya mahu pergi ke salon untuk rebonding rambut. Dan ada juga sengaja meninggaIkan salah seorang anak sebab nak bawa yang seorang lagi berjalan.
Kenapa ya? Kenapa pilih – pilih anak macam tu? Sepanjang minggu dah mereka bersama pengasuh, hujung minggu spendlah masa berkualiti bersama – sama.
6. Untuk ibu yang kerja shift, carilah pengasuh yang mampu ikut jadual shift anda. Jangan pandai awal – awal sebelum hantar berjanji akan ikut waktu pejabat tapi bila dah hantar tiba – tiba ikut shift anda.
Kebanyakan pengasuh tidak mahu menjaga anak yang ibunya bekerja shift lebih – lebih lagi melibatkan waktu malam. Jadi, carilah pengasuh yang sesuai supaya tidak ada masalah di kemudian hari.
7. Suami anda kena supportive. Kalau anda ada hal urgent, mintalah suami ambil anak di taska atau di rumah pengasuh. Ramai yang saya jumpa, bapa – bapa tak involve bab hantar dan ambil anak.. Semuanya serah bulat – bulat pada si ibu.
Sebagai bapa, tugas menjaga anak bukan terletak di tangan seorang ibu semata – mata. Isteri ada hal, andalah yang datang ambil anak. Bukannya anda berehat di rumah.
8. Jangan berkira dengan pengasuh. Jika anda tak berkira dengan pengasuh, mereka juga tak akan berkira dengan anda. Tapi kalau anda pun terlalu cerewet itu ini dengan hal yg remeh temeh, pengasuh pun jadi tak seronok nak jaga anak anda.
9. Jika dalam persetujuan anda dan pengasuh untuk jaga seorang anak, maka hantarlah seorang. Jangan pula tiba – tiba tumpangkan si kakaklah, tumpangkan si abanglah. Jangan. Kalau nak hantar dua orang, deal untuk dua orang. Bayarlah untum dua orang. Pengasuh mencari rezeki dengan mengasuh anak anda bukannya volunteer jaga anak anda percuma.
10. Jika pengasuh bermasalah seawal minggu pertama mereka menjaga anak anda, cepat – cepatlah tukar kepada pengasuh yang lain. Jangan ada sikap bersangka baik tak kena tempat. Pastikan anak anda serasi dengan pengasuh.
Kunjungi mereka sebelum membuat keputvsan untuk meninggaIkan anak anda dalam jagaan mereka. Lihat persekitaran dan suasana dalam rumah mereka supaya tidak timbul isu di lain hari. Ini paling penting untuk anda sebagai ibu bapa.
Setakat ni sahajaIah untuk panduan kita bersama. Semoga kita masing – masing akan mendapat manfaat. Maaf andai ada kesilapan dalam menulis, sila buat teguran supaya saya juga dapat ambil pelajaran. Pastikan anda memilih pengasuh yang berdaftar. Pengasuh persendirian juga perlu berdaftar. Ini penting. Sekian terima kasih. – N (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Fifie Sazuki : Pengasuh saya terbalik, ada hari weekend dia yang mintak nak jaga anak. Sunyi katanya rumah tapi sekarang anak saya dah tadika, dah tak ke rumah pengasuh cuma sesekali je lah pengasuh mintak nak bawak anak jalan – jalan. Alhamdulillah rezeki jumpa pengasuh yang sangat – sangat baik. Tak tahu nak baIas jasa tu macam mana.
Mirza Umairah : Alhamdulillah setakat ni pernah hantar ke 4 orang pengasuh. Yang sekarang ni memang ngam terus dengan anak dan maknya skali. Orang felda, memang tak berkira langsung. Pernah masak atau belikan makanan terus untuk anak tapi pengasuh cakap tak perlu sebab dia memang masak untuk anak.
Pernah juga bayar lebih sebab ada masa memang kerja menimbun terp4ksa kerap balik lambat atau hantar hujung minggu, dimarahkan kita ni sebab bayar lebih. Sangat cekap jaga anak saya sebab kalau kat rumah anak saya memang reti tido dengan saya je.
Saya memang sediakan buai kat rumah pengasuh dan anak memang senang tido dengan pengasuh. Kalau belikan snek biskut – biskut untuk anak pun dia tak bagi katanya dah banyak kat rumah dia. Sudahnya, hubungan kami memang rapat betul.
Kalau pergi amik anak komfirm borak dulu dalam setengah jam. Tak pernah lagi saya bayar separuh walaupun sebulan pernah hantar anak seminggu je. Anak saya pun nampak sayang kat pengasuh dia asal nak balik je dipeIuk – peIuk dicivm – civm pengasuh tu.
Hana Nur : Pengasuh ni kerja yang sangat berat, tanggungjawab sangat berat. Tapi upah standard terlalu murah bagi aku. So memang sesuai la syarat – syarat yang dinyatakan tersebut. Murah giIe harga pengasuh kat malaysia ni.
Syukurla kalau dapat pengasuh yang tak mend3ra tu. Penat weh mengasuh budak. Kalau tak caye cuba jaga anak orang sehari je. Tak sempat ko nak jaga rumahtangga sendiri sebab sibuk jaga anak orang. So syarat – syarat dalam list ni memang tak terlalu berat. Lagi satu jadi pengasuh janganla lembut hati sangat nak tolong jagakan anak orang time weekend. Upah kena lebihla kalau weekend kena kerja.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.