
Saya tahu suami ada bermain nombor ekor dan kemungkinan ada hubungan lain dengan perempuan lain. Semua barang kemas saya telah digadaikan. Tapi saya tak pernah terfikir nak minta cerai sebab takut jadi janda. Sehinggalah bila saya nak pergi mahkamah, suami kurung saya..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman. Terima kasih admin kerana menyiarkan luahan saya ni. Saya Zarieyna berumur awal 40-an dan seorang kakitangan awam berskim ijazah dan berkhidmat di selatan tanahair.
Sudah berkahwin hampir 15 tahun dengan penjawat awam juga tetapi bukan skim ijazah dan dikurniakan 3 orang anak yang sedang meningkat remaja. Disebabkan perbezaan skim, maka gaji saya lebih tinggi hampir 2 kali ganda dengan suami.
Di awal perkahwinan saya tidak hiraukan tentang soal nafkah pun dan saya dengan rela hati banyak membantu suami dalam perbelanjaan rumahtangga. Terus terang saya tidak pernah merasa mendapat nafkah zahir untuk setiap bulan malahan saya yang macam menjadi ketua keluarga.
Duit gaji suami ke mana? Ini yang memusykilkan saya, tapi saya faham dia pernah meminjam loan peribadi dari bank untuk membuat modal perniagaan dan akhirnya perniagaan itu tidak berjaya. Saya juga dipujuknya untuk membuat loan peribadi bagi membantunya.
Bukan itu sahaja semua barang kemas saya telah digadaikan serta pernah juga dia mengambil wang dari akaun bank serta wang pendahuluaan kad kredit tanpa pengetahuan saya. Peribadi suami saya sebenarnya baik tetapi kadang – kadang suka mengutamakan kawan – kawan.
Dia juga saya tahu ada bermain nombor ekor dan kemungkinan ada hubungan lain dengan perempuan lain. Saya redha apa yang saya hadapi dan saya sentiasa berdoa agar kehidupan kami akan jadi lebih baik. Tidak pernah terfikir untuk menuntut cerai sebab fikirkan anak – anak dan terlalu takut untuk menjadi JANDA.
Sejak 2017 saya dapati dia selalu mendapat panggiIan telefon daripada orang yang meminta hutang dan katanya dari pinjaman berlesen. Tanpa berfikir panjang saya berhasrat untuk menjual rumah yang kami telah diduduki selama 10 tahun dengan harapan boleh membantu suami membayar semua hutangnya dengan pinjaman berlesen.
Setelah rumah dijual kami menyewa rumah lain yang setiap bulan sewanya saya yang bayar sehinggalah sekarang. Sejak itu panggiIan telefon yang menuntut hutang berkurangan dan saya rasa lebih aman dan tenang. Namun rasa tenang itu tidak lama, iaitu pada tahun lepas dia mengaku dia masih ada hutang yang perlu dibayar dan yang menakutkan saya dia kata dia meminjam dengan ahl0ng pula.
Luruh jantung saya dan saya rasa macam terancam sangat memandangkan semua duit hasil jualan rumah sudah pun habis dia gunakan. Pelik saya apalah yang dia buat dengan semua duit itu sedangkan banyak perbelanjaan rumah termasuk sewa rumah saya yang bayar.
Saya rasa macam hilang kesabaran dan rasa macam down sangat. Saya berk0rban berhabis semua aset saya untuk dia sedangkan saya tak pernah merasa mendapat nafkah zahir yang sewajarnya seorang isteri dapat. Saya mula rasakan tiada masa depan.
Namun setelah dipujuk saya bersetuju menggadai tanah pula dan menolong pinjamkan duit dari adik beradik untuk membantu dia sekali lagi. Saya akur tetapi sudah menyatakan keinginan untuk dia menceraikan saya.
Saya rasa macam saya dim4nipulasikan sahaja oleh suami saya yang sepatutnya seorang isteri berg4ntung kepada suami tetapi bagi kes saya, boleh jadi terbalik pula. Adilkah bagi saya sebagai seorang isteri yang dinafikan hak nafkah dan kena menanggung hutang suami?
Saya bertahan dan kadang – kadang rasa sangat tertekan. Namun saya kuatkan hati demi anak – anak. Saya cuba libatkan diri dengan bisnes online dengan hasrat untuk menambah pendapatan keluarga. Saya tidak pernah bercerita dengan rakan sebab saya tidak mahu membuka aib suami.
Berkali – kali saya memintanya melepaskan saya secara baik tapi dia masih berdalih. Apa yang saya fikir saya hendak cari kehidupan saya sendiri tanpa dibayangi dia. Hari demi hari bila saya tegaskan lagi sekali untuk berpisah, dia mula menyatakan saya hendak berpisah disebabkan saya ada orang lain yang menghasut dan beranggapan saya ada hubungan dengan lelaki lain.
Saya menjadi lebih tertekan dan apabila saya menceritakan masalah saya pada keluarga saya, rupanya mereka amat menggalakkan saya untuk berpisah sebab mereka memang sudah lama nampak saya yang macam seolah – olah ketua keluarga dari segi perbelanjaan rumah tngga.
Saya hendak berpisah tetapi saya macam tidak ada lekuatan untuk ke mahkamah dan dia juga mengeluarkan beberapa ancaman kepada saya jika saya pergi merujuk ke mahkamah syariah. Saya buntu dan rasa amat sedih dan tertekan, saya sedar dia tidak akan melepaskan saya dengan mudah kerana saya ini macam sumber kewangan dia.
Pernah suatu hari dia mengurung saya di rumah, bertengk4r dan memukuI saya apabila saya katakan hendak pergi ke pejabat agama. PerIukah saya bertahan dan berdiam diri atau perIukah saya meneruskan hasrat saya untuk berpisah dan mencari kebahagianan saya sendiri??
Saya berharap pembaca boleh berikan pendapat dan pandangan dan doakan yang terbaik untuk saya.. Terima kasih. – Zarieyna (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Izzi Que : 80% jalan hidup kita sama. Cuma saya tak dipukuI sebab saya ugvt bagitau abang – abang saya kalau diced3rakan. Puna terus ke pejabat agama, adukan masalah puan. Sebab bukan terus berpisah. Ada proses yang perlu lalui.
Seeloknya, ada surat pengesahan doc sekiranya ced3ra, bukti wasap dari suami yang menyatakn ugvtan @ pinjaman ahl0ng dan sebagai bukti suami puan bermasalah. *Kes saya hakim yang bubarkn perkahwinan kami sebab tak mahu pihak perempuan (saya) terani4ya.
Pihak lelaki tak berubah, maka perkahwinan hakim bubar. *Seeloknya, puan perbanyakkan solat hajat, istikharah dan lain – lain sebelum ke pejabat agama. Mohon diberikn kekuatan / pertolongan dari DIA dalam membuat keputvsan yang terbaik dalam rumahtangga.
Nik Nur Aishah : Puan berpisah je lah. Jangan ada rasa kesian dengan dia. Dia sendiri tak kesian diri dia kan? What he did had nothing to do with u. Biar je suami puan nak cakap puan rela tinggalkan dia time dia susah ke apa. Dia macam mana? Pernah fikir perasaan puan?
Syamil Dinamik : Puan mesti berjuang dan bertegas demi masa depan. Suami yang mempergunakan isteri, mengugvt. Sudahlah tidak bertanggungjawab. Saya yakin keluarga puan sentiasa memberi sokongan. Sudah tiba masanya puan bertindak. Saya doakan urusan dipermudahkan. Amin
Joanita : Kalau suami dah angkat tangan pukuI isteri, main ekor / jvdi, kaki perempuan atau d4dah, dah tiba masa untuk puan ke pejabat agama. Ye, sebagai isteri kita kena taat pada suami. Tapi kalau suami gagal memegang amanah tanggungjawab sebagai ketua keluarga, baik pun angkat kaki dan jalan terus.
Jangan jadikan alasan anak – anak atau percaya suami akan berubah untuk tak ke pejabat agama. Ramai isteri – isteri yang terani4ya akan buat begitu. Masalah takkan selesai dan puan akan mend3rita sampai akhir hayat. Sayangi diri sendiri dan anak – anak dahulu.
Shida Samsudin : Silalah bertahan dan jadi sumber kewangan suami, dipukuI dan diancam pelbagai ugvtan oleh suami. Asal masih bergeIar seorang isteri. Negara kita memang tiada undang – undang syariah dan jenayah.
Family puan memang tak ambil kisah, atau mungkin tak boleh diharap. Sila teruskan dengan kehidupan t0ksik ini kerana hidup wanita / isteri itu memang untuk diperh4mbakan. Semoga puan terus redha dan istiqamah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.