
Saya pegawai kerajaan gred 52, saya ada 3 lot tanah sedangkan suami saya ada rumah je. Tapi keluarga mertua asyik kata saya habiskan duit suami. Mertua saya dapat pencen 4k sebulan tapi masih meminta – minta dekat suami. Selalu mesej berkias nak emas, nak handbag mahal macam saya..
#Foto sekadar hiasan. Salam Min, nak minta pendapat. Saya ada mentua yang tidak tahu menjaga sempadan dan tidak menghorm4ti perkahwinan anaknya sendiri. Saya telah bersuami dengan suami saya hampir 6 tahun, dan mentua saya suka membuat keputvsan untuk keluarga kami tanpa dijemput.
Bila kami membuat keputvsan untuk pindah atau apa – apa sahaja keputvsan keluarga keluarga kami, ibu dan bapa mentua suka masuk campur. Bila saya ajak suami pindah rumah untuk memudahkan kerja suami saya, ibu mentua masuk campur dan terus wasap suami saya untuk mengumpat saya.
Saya dituduh “melarikan” anaknya. Nak lari apa benda Min, hari – hari video call dan kami pun memang duduk jauh dari mentua. Tak ada beza kalau pindah ke rumah baru, Min. Saya juga dituduh mengambil harta suami saya padahal suami saya tiada apa – apa pun, cuma sebuah rumah.
Saya sendiri mempunyai 3 lot tanah, dan mempunyai pendapatan sebagai pegawai kerajaan gred 52. Ibu mentua saya selalu ingat anaknya sahaja yang berbelanja di rumah, padahal makanan saya beli, bil saya bayar, malah duit belanja mereka setiap bulan pun kadang – kadang saya yang bagi.
Tapi saya tidak pernah kata apa – apa. Paling saya tak suka Ibu mentua suka meminta – minta pada suami saya contohnya bila suami hadiahkan sesuatu kepada saya dia minta. Bila mahu beli ipad, mesin basuh, beli TV, semuanya di wasap suami saya.
Bila mahu beli emas terus wasap suami berkias – kias minta belikan emas. Bukan kedekut, cuma setiap bulan kami sudah berikan belanja sehingga RM500 – 600 sebulan. Mereka juga pesara kerajaan ada wang bulanan 4000 – 5000 hujung bulan dan juga duit dari anak yang lain.
Kalau ada duit lebih tiada masalah boleh belikan, cuma selalunya suami saya tiada wang untuk dirinya sendiri sebab mak mentua minta, adik ipar, kakak ipar minta duit. Padahal semuanya ada kerja sendiri. Akhirnya suami saya tiada duit dan duit saya dijadikan belanja keluarga.
Tapi saya juga dituduh makan duit suami. Kalau orang bagi kita, kita ambil. Jangan kita p4ksa orang belikan kita barangan yang kita kehendaki. Saya tidak suka kalau mereka yang ada upaya dan mempunyai pendapatan sendiri, meminta – minta dan menyusahkan orang lain.
Dalam Islam juga kata, meminta – minta itu sikap yang buruk. Hanya mereka yang benar – benar perlu seperti fakir miskin dan mereka yang dalam musibah boleh meminta – minta. Setiap bulan tiada pernah tidak, kami akan berikan RM500 – 600 kepada mentua sebagai saguhati.
Kalau kami melawat, kami belikan beras dan lauk pauk untuk bekalan 2 – 3 minggu. Adakah itu masih tidak cukup? Bila shopping, ibu mentua saya suka sindir dan minta masuk kedai mahal dan minta – minta suami atau saya belikan barang mahal seperti beg, kasut.
Bila dia lihat beg saya, dia mahu yang sama dan p4ksa suami beli. Padahal beg saya, saya beli gaji sendiri. Suami saya memang tidak boleh belikan saya apa – apa, kalau ibu mentua saya tahu, dia akan mahu juga. Dan kalau tidak dibelikan, dia tuduh saya yang hasut suami, padahal selalunya suami tak ada duit!
Apa yang saya buat ada sahaja tak kena dengan mentua saya. Sehingga buntu saya jadinya. Suami saya pula jenis yang tidak pandai berkata tidak, malah tidak membeIa saya bila saya dikritik keluarganya. Saya tertekan, dan berkira – kira untuk bercerai dengan suami saya.
Punca utamanya adalah ibu mentua dan ipar – ipar saya yang tidak faham sempadan anak / abang mereka yang dah berkahwin. Walau kadang – kadang kita nampak seperti kewangan stabil, tidak bermaksud kita tiada masalah. Kita juga mahu menyimpan wang untuk keluarga dan anak sendiri.
Diharap ibu mentua yang mata duitan dan tidak faham sempadan, untuk ubah sikap. Kalau tidak, satu d0sa anda nanti adalah merosakkan perkahwinan anak sendiri sebab sifat tamak dan tidak menjaga sempadan sebagai ibu bapa kepada anak yang sudah ada rumah tangga sendiri. Min, tolong hide profile.
Komen Warganet :
Nur Syaqielah : Memang ada jenis mertua sengaja berniat untuk ani4ya menantu tapi sangat rugi jika suami tak back up isteri sendiri. Puan kena bertegas, jangan keluarkan 1 sen pun untuk mertua kerana meretua puan ada income sendiri dan juga ada suami.
Tak salah nak beri pada mertua dan anggap sedekah tapi utamakan diri sendiri dahulu. P4ksa suami untuk menyediakan nafkah pada puan dan anak – anak. Tak salah puan membantu bila suami susah tapi jangan manjakan suami sehingga dia mengabaikan tanggungjawab beliau. Jadi isteri kena tegas. Jangan biarkan maru4h dipij4k – pij4k oleh suami apatah lagi oleh mertua sendiri.
Siti Munawarah Suyud : Bukan TT sorang saje yang aIami benda ni, I rasa dalam 100 orang mungkin dua atau 3 orang ja yang tak mengacau. That’s I right. Percaya kat I, lebih baik mengalah dari dibiarkan lama jadi her Berlemak Dan kita akan s4kit mental.
Maaf ka ya saya pon sebenarnya aIami benda ni lagi teruk dari TT, 20 tahun kahwin tak leh nak pert4hankan akhirnya bercerai jugak dan saya bergeIar janda anak 4, no1, uitm degree tahun akhir, no 2, politeknik, diploma dan dah kahwin, no 3, Unisel degree tahun akhir, no 4 baru habis SPM, itu lah kisah hidup aku yang sangat – sangat menyayat hati.
Mohd Yunus : Perempuan, menantu dan isteri. Janganlah dok jadi baik sangat nak rebut syurga ke ape. Buat baik tu biasa – biasa je, ada duit simpan selalu untuk diri sendiri. Memang tengah baik dengan suami, suami sayang. Tapi andaikan selalu sangat hadapi masalah, dapat ke terus bertahan.
Minta suami tu back up awak jika dia sayang awak. Back up depan – depan mertua. Suruh suami bagi tahu apa yang puan buat untuk dia dan keluarganya. Biar tersentak mertua tu. Syurga atau tak suami tu bukan berg4ntung pada ibunya sahaja.
Indah Kamalia Puteri : Walaupun kita adalah ibubapa kita tak ada hak meminta wang dari anak – anak alasan sebab kita melahirkan anak – anak, apatah lagi jika kita kategori mampu bukan dhaif. Tak reti agama ka masing – masing?
Apa guna Allah dah tetapkan turutan dan syariat bab nafkah tu kalau semua pakat ikut kepala sendiri. D0sa pahala tak kira kita tua atau muda ya. Ingat kalau kita tua, kita sebagai ibubapa terlepas dari d0sa atau siksa Ner4ka ke?
Adakah kamu membesarkan anak – anak kamu nak pembaIasan dari anak – anak dengan cara mem4ksa? Sikap meminta – minta walaupun dah ada harta dan pendapatan sendiri hingga mengganggu kehidupan rumahtangga anak – anak, adakah itu kamu nampak seperti bagus?
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.