Saya berjanji dgn diri sendiri, saya takkan kahwin dgn suami orang. MaIangnya ini yang saya dapat

Lebih teruk kalau dalam kedai baju, saya tak boleh cakap banyak dengan kekasih saya. Saya terp4ksa buat macam tak kenal. Lepas dia tolong bayar, kemudian saya ambil dan balik sendiri ke pejabat ataupun ke rumah. Dia tak akan hantar saya balik. Kalau nak makan malam lagi pelik..

#Foto sekadar hiasan. Bukan seronok sangat bercinta dengan suami orang! Saya rasa masalah saya ini bukan terpencil, mungkin ramai gadis gadis di luar sana yang senasib saya, tetapi tidak berdaya bersuara. Akhirnya terp4ksa mendiamkan diri sambil mengharap satu hari nanti suami orang ini akan melamar kita juga akhirnya. Walaupun bermadu.

Sebenarnya saya bukan suka sangat nak bongkar rahsia hati ini. Sebab saya rasa malu dan sentiasa dalam ketakutan, tetapi saya merasa terlalu sunyi, sebab tak ada ramai kawan nak Iawan bercakap. Memang saya, ada ramai kawan perempuan, tetapi mereka sentiasa sibuk dengan urusan sendiri, terutama yang sudah ada anak dan suami.

Yang masih single pun ada, tetapi mereka pula sibuk dengan hal peribadi mereka dan tak mahu berkongsi dengan kita. Hanya sekali sekala sahaja mereka mahu kita ajak berjalan. Tetapi bukan pergi jauh pun cuma pergi minum dan makan makan di kawasan keliling pejabat aja.

Lepas makan mereka kembali sibuk dengan kerja masing – masing. Bagaimana pun bila saya kaji semula, bukan mereka tak mahu rapatkan diri dengan saya, sebaliknya saya tak boleh merapatkan diri sangat dengan mereka, dan lebih penting saya tak boleh keluar kerap dengan mereka, sebab kekasih saya ini, Sham namanya terlalu cemburukan saya.

Dia sekat pergerakan dan pergaulan saya. Kalau boleh saya tak boleh ada kawan. Lebih teruk lagi dia langsung tak benarkan saya keluar dengan kawan – kawan terutama yang masih single sama ada bertandang ke rumah mereka, atau kalau hendak berjalan jauh keluar kota.

Bukan itu saja, hendak pergi membeli beIah ke, picnic ke, atau saya pergi bertandang ke rumah saud4ra mara pun tak boleh. Hinggakan bercakap lama di telefon pun dia tak suka. Sebab ditakdirkan ketika saya berbual dengan kawan, tetiba, Sham tak dapat hubungi saya, mulalah dia merepek meraban, bersungut marah dan mendakwa konon saya sibuk melayan lelaki lain. Hiss memang s4kit hati!!

Sebenarnya kelemahan saya sendiri, sebab saya tak bersuara atau membangkang, sebaliknya saya suka diam, sebab saya tak suka dengar dia berleter marahkan saya, kalau saya berbual lama. Bukan di rumah sahaja, malah di pejabat juga dia sentiasa pastikan saya tak bergayut di telefon.

Tambah pelik per4ngainya, dia kawal saya hinggakan nak keluar makan pun kena beritahu dia, nak makan dengan siapa, di mana, naik kereta atau dekat pejabat, semua dia nak tahu. Tahap cemburunya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Sebenarnya saya memerIukan pandangan seseorang untuk meredakan hati ini, cukuplah sekadar nasihat. Saya tahu tentu banyak pembaca yang berpengalaman jadi bolehlah saya belajar mengatasi masalah ini. Tetapi sebelum bercerita panjang biar saya cerita diri saya dulu.

Sebenarnya bukan saya tak mahu bercinta dengan orang bujang. Saya dah cuba banyak kali, tetapi maIangnya semuanya tak lekat alasan mereka dah ada kekasih, dah bertunang dan ada juga yang kata mereka tak minat nak kahwin.

Ada seorang jejaka tu punyalah saya giIakan dia, setahun lamanya saya simpan perasaan ini, dia pun baik layan saya, saya fikir tentulah dia sukakan saya. Tup tup saya terima kad jemputan kahwin. Katanya gadis itu pilihan ibunya.

Ya Allah frustnya. Umur saya dah 27 tahun. Saya bukan memilih, tetapi entah mengapa hanya suami orang sahaja yang selalu singgah dalam hidup saya. Saya memang tak sukakan suami orang, yang saya cap mereka sebagai gatal.

MaIangnya yang gatal – gatal inilah yang tersangkut dengan saya. Dek kerana bencikan suami orang inilah juga saya pernah berjanji dengan diri saya sendiri bahawa saya tidak akan kahwin dengan suami orang. MaIangnya ini yang saya dapat.

Agaknya apabila kita minta dijauhi sesuatu yang amat kita benci maka itulah yang datang dalam hidup kita. Mungkin Allah ingin menguji kesabaran dan kekuatan iman saya. Dan saya mengaku akhirnya saya lemah dengan ujian ini.

Kadang kala saya tanya diri sendiri apakah maIangnya nasib saya ini. Saya ingin segera berumahtangga dengan orang bujang, tetapi mengapa suami orang yang suka sangat dengan saya? Bercinta dengan suami orang bukannya seronok sangat.

Dia mahu kita jadi kekasihnya tetapi dia tidak pernah ada di samping kita, bila kita mahu. Tetapi ke mana saya pergi mesti minta izinnya dahulu. Sedangkan isteri sendiri dia tak kawal pulak. Cukup sekadar beritahu sahaja.

Nak jumpa dia pun tak boleh selalu. Hanya telefon jadi penghubung. Itu pun ketika di pejabat. Kalau malam cuma sekali sekala baru dapat berbual dengannya. Sebab dia tak mahu saya ganggu dia di rumah. Bukan setakat telefon nak berjumpa sebulan sekali pun susah, nak berjalan pun kena sorok – sorok.

Sebagai contoh kalau nak pergi shopping saya pergi ke kedai yang dia tentukan. Kemudian, saya pilih apa yang suka, lepas tu dia datang tapis pilihan saya. Sebab dia mahu saya ikut selera dan pilihan dia, kalau tidak saya kena tukar lain.

Lebih teruk ketika dalam kedai saya tak boleh cakap banyak dengan dia, saya terp4ksa buat macam tak kenal. Lepas tapis dia bayar secara tunai. Kemudian saya ambil dan balik sendiri ke pejabat ataupun ke rumah dia tak akan hantar saya balik.

Kalau nak makan malam lagi pelik, hanya boleh pergi di tempat tertentu sahaja, yang sunyi – sunyi, jauh daripada orang, yang orang ramai tak suka datang. Saya tiba dulu buat pilihan makanan untuk dia. Saya kena pilih kedudukan meja yag agak tersorok sedikit.

Ketika itulah kami dapat berbual atau berbincang panjang sebab tak ada orang nampak. Sayangnya cuma sebulan sekali sahaja kami dapat berjumpa seperti itu. Tak tahulah kenapa itu syaratnya, adakah kerana dia kedekut, tak ada duit, takut pada isterinya, ataupun takut rahsianya terbongkar.

Tetapi sekali sekala kalau dia kerja luar daerah, di negeri lain atau di luar negara dan isterinya tak ikut sama, dapatlah saya ikut dia. Ketika itu kami agak bebas memilih tempat untuk makan, shopping atau sebagainya. Selain itu memang payahlah nak jumpa apa lagi nak manja – manja.

Agaknya inilah nasib wanita seperti saya hendak menumpang manja dengan suami orang. Tapi bukan saya cari dia, dia yang cari saya, dah dapat pik4t hati saya, dia beri saya pelbagai syarat dan undang – undang untuk saya patuhi, alasannya dia suami orang dan dia tak mahu rosakkan kebahagian rumahtangganya.

Secara tak langsung saya dapat rasakan saya tak akan berpeluang kahwin dengannya, kerana dia sentiasa memikirkan anak – anaknya. Tetapi entah mengapa saya tak boleh lari tinggalkan dia, walaupun umur saya sekarang bukanlah tua sangat belum pun 35 tahun, sedangkan kami sudah lebih tiga tahun berkawan.

Kalau difikir lebih mendalam memang saya buang banyak masa bercinta dengan suami orang, sedangkan saya fikir memang tidak ada peluang langsung untuk menjadi isterinya. Pertama kerana dia takutkan isteri, dalihnya konon dia sayangkan isteri, tak mahu rosakkan kehidupan anak – anaknya.

Kedua, katanya kerana bosnya tak suka stafnya kahwin dua. Jadi apakah taraf saya ini adakah saya seorang kekasih ataupun simpanannya? Nak kata simpanan pun tak boleh dia tidak membiayai segala keperluang saya sama ada bayar sewa rumah ataupun belikan rumah untuk saya.

Kadang – kadang saya fikir memang saya memb0dohkan diri, membuang masa aja, tapi entahlah kenapa saya jadi b0doh macam ni. Agaknya sebab itu dia tak suka saya berkawan supaya saya tidak dihasut. Hari – hari balik dari pejabat saya tak keluar ke mana – mana hidup saya memang sunyi, duduk pulak di kawasan perumahan yang agak jauh dari kota ini.

Sunyi sangat, kadang kala takut jugak. Tapi apa nak kata saya dah terper4ngkap bercinta dan berkasih dengan suami orang. Adakah terlewat untuk saya berpatah ke pangkal jalan. Emak selalu tanya saya bila nak kahwin. Saya jawab saya lebih senang hidup sendirian.

Tetapi sebenarnya saya dah terper4ngkap. Tak tahu kenapa saya terlalu sayangkan dia, sedangkan saya tahu dia sudah berkeluarga. Dan terlalu sukar untuk dia berpoIigami. Sampai bila saya harus jadi macam ini. Menunggu lamarannya macam tunggu buah tak jatuh.

Berbanding kehidupan isterinya, saya rasa hidup saya lebih mend3rita, terkurung tanpa arah tujuan, nak berkawan dilarang, apa lagi kalau nak keluar berjalan dan berhibur dengan kawan – kawan tidak dibenarkan. Semuanya mesti mendapat persetujuan dan kebenarannya.

Bila memikirkan nasib saya sekarang ini, adakah masih ada jalan untuk kebahagian hidup saya di masa depan bersamanya? Umur sem4kin meningkat, saya bimbang langsung tak mendapat zuriat. Kalau saya tinggalkan dia belum tentu ada lelaki lain yang mahu ambil saya jadi isterinya, jika mereka tahu gaya hidup saya sekarang.

Ditakdirkan saya bertemu lelaki lain dan saya dilayan lebih baik dari dia mungkin saya jadi seperti kera dapat bunga, kerana saya tidak pernah dilayan seperti wanita istimewa kecuali ketika saya bersamanya. Kerana hanya ketika itulah saya dilayan bagaikan seorang permaisuri diulit mesra, sambil memadu asmara bagaikan hidup disyurga.

Namun selepas kembali ke rumah sendiri, saya rasa diri saya bagaikan robot yang menurut semua perintah, dipanggil saya datang dihalau saya pergi. Saya tahu dan saya sedar hidup saya ini macam dalam sangkar, mata tertutup badan terkurung.

Kadang kala saya tanya diri sendiri, mengapa saya begitu takutkan Sham suami orang ini, dan mengapa saya terlalu mengasihi dan mencintai dia. Adakah saya takut tak dapat kahwin kerana usia yang sem4kin meningkat? Entahlah, saya sendiri tak tahu apa jawapan yang sesuai dilemparkan pada diri saya ini.

Komen Warganet :

Nur Mala : Kalau boleh janganlah kahwin dengan suami orang ni. Belom apa – apa lagi dah kontrol. Dah kahwin nanti duit pon dia kontrol. Ingat ni pesanan orang tua yang dah kahwin isteri no 2 bila dah tua kita dibuang janganlah harapkan suami orang ni. Jangan sampai menyesal dah takde guna lagi.

Faridah Yusoff : Dah tau masalah sebelum kahwin. Masalah selepas kahwin dah dapat diduga. Kenapa nak kahwin? Perbanyakkan solat hajat dan doa agar dipertemukan jodoh dengan pasangan yang selayaknya. Dihindari dari segala yang negatif. Kemudian tawakkal. Do’a dimaqbul syukur, tak maqbul redha. Allah MAHA TAHU segala – galanya…. Insha’Allah hati akan tenang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.