
Saya pelik bila selalu sangat saya kena marah secara tiba – tiba dengan boss. Bila ada meeting syarik4t boss saya tidak pernah panggil saya untuk join malah dibiarkan saya seorang diri di luar bilik meeting sementara yang lain semua dalam bilik meeting..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Hai, saya kenalkan diri saya. Nama saya Nur umur 27 tahun dan sekarang menetap di sebuah kampung di hulu langat. Ok baiklah, berkaitan dengan tajuk saya mesti anda semua tertanya apa yang nikmatnya musibah.
Di sini saya ceritakan. Pada tahun 2019, saya bekerja di sebuah syarik4t swasta yang mana keadaan syarik4t tu sangat la t0ksik dan admin tempat tersebut suka sangat mencanang cerita pasal saya. Saya kalau bab kerja saya sangatlah tidak suka o.t.
Saya suka balik awal dan setiap hari tepat pukuI 5.30 petang saya akan punch out untuk balik dan setiap kali tu la admin (Nurul) tu akan cakap, “hai akak balik awal, buat la OT dapat duit lebih.. Nurul ni banyak lagi kerja tak siap. Tolong la buat surat – surat site visit ni,” tapi saya hanya senyum dan mengatakan maaf tidak dapat membantu.
Dan masa pon terus berlalu sehingga tahun 2020 yang mana baru saya tahu selama saya kerja di sana patut la semua orang tidak suka saya malah memanggil saya peIacur, manusia Allah Iaknat, b4bi dan macam – macam lagi.
Rupanya admin ni selalu bercerita buruk di belakang saya serta selalu up status fb tentang saya tapi tidak menyatakan nama sehingga boss di tempat kerja saya selalu marah – marah saya tanpa sebab dan selalu menaikan gaji admin padahal admin tidak pernah siapkan kerjanya waktu yang tepat.
Saya tidak dengki tapi saya pelik bila selalu sangat saya kena marah secara tiba – tiba dan bila ada meeting syarik4t boss saya tidak pernah panggil saya untuk join malah dibiarkan saya seorang diri di luar bilik meeting sementara yang lain semua dalam bilik meeting,
Dan apabila saya masuk, boss saya akan minta saya keluar kerana beliau mengata urusan yang dibincangkan tidak berkaitan dengan saya apabila habis sahaja meeting admin tersebut akan kata, “Ni list yang dalam meeting boss suruh buat, nanti boss nk jumpa..” dan masa ni saya terk3jut serta terkilan.
Mula – mula kata tidak perlu saya masuk dan tiba – tiba list kerja kena buat diberi melalui orang lain dan saya bertahan sambil mencari kerja lain. Tidak lama kemudian, boss memanggil saya dan mengatakan saya bermasalah kerana admin kerap mengadu saya tidak membantu kerja admin malah hanya menyiapkan kerja saya dan pulang tepat waktu balik tanpa menghirau admin bertungkus lumus menyiapkan kerjanya sendiri.
Ok guys. Waktu kerja 8.30 pagi – 5.30 petang.. Rehat 1 petang – 2.00 petang. Jika datang kerja pukuI 8.30 pagi tapi makan breakfast sambil menonton neflix di office sampai pukuI 12 tengahari dan kerja 1 pon tak jalan. Dan bila waktu rehat kami rehat sekali..
Habis waktu rehat layan plak tonton sampai 4.30 petang dan bila 4.30 petang baru nak buat kerja. Bila nak siap kerja on time dan perlu ke saya bantu? Sedangkan masa yang ada disia – siakan. Dan saya pula 8.00 pagi dah terpacak depan komputer pejabat siapkan kewangan syarik4t, key in gst, check invoice, settle payment, keluar pergi KWSP settlekan KWSP syarik4t.
Settlekan pinjaman – pinjaman staff, kira gaji, semak AL, semak MC, buat D.O P.O INVOICE, check resit – resit project, kira aliran tunai syarik4t, kemas kini profile e-perolehan, kemas kini statement syarik4t, call orang – orang berkaitan, follow up payment, follow up projek under saya.
Dan saya akan pastikan kerja saya siap sebelum 5.15 petang untuk saya kemas – kemas meja serta semak balik kerja – kerja yang perlu saya buat esoknya. Perlu ke saya turun ke site. Pergi ke tempat site. Dan saya atur setiap hari kerja saya.
Tapi boss saya tidak pernah nampak. Yang boss nampak hanyalah kesalahan saya yang saya sendiri tidak tahu apa. Bila saya tanya boss, saya cuma akan dibaIas, “h4ng buat kerja elok – elok. Jangan nak curi tuIang sangat kalau ada kerja banyak jangan tangguh buat esok.. Siapkan hari ni, tak apa kalau kena OT.” Allah macam kena hempap batu bila kena macam ni.
Tengah tahun 2020 saya berenti. Masa tu memang saya tak dapat sebarang kerja, saya dah tak dapat bertahan bila semua orang tidak bercakap dengan saya malah semua staff lelaki mula bercakap kasar dengan saya dan tidak pernah melayan wasap kerja saya dan menyebabkan kerja saya tertangguh.
Selepas 5 hari menganggur.. Alhamdullillah saya dapat panggiIan dari sebuah sekolah dan ditawarkan jawatan guru sekolah menengah di hulu langat. Dan saya sangat bersyukur sangat. Masa mula – mula berhenti saya kerap dapat panggiIan dari orang – orang yang saya pernah berurusan dan bila saya mengatakan saya sudah tidak berkhidmat lagi dengan syarik4t tersebut, mereka terkejut dan akur sahaja bila terp4ksa berurusan dengan admin syarik4t lama saya.
Selepas 2 tahun saya meninggaIkan syarik4t tersebut saya terserempak dengan admin syari4at itu. Mula saya buat tidak tahu tapi dia menghampiri saya dan meminta maaf. Dia juga ada mengatakan selepas saya berenti keadaan menjadi kelam kabut serta semua kerja – kerja menjadi tertangguh sehingga dia tidak sempat makan waktu rehat dan selalu pulang lambat dan penat.
Boss juga dah ambil akauntan baru tapi akauntan baru itu tidak dapat siapkan kerja waktu yang ditetapkan menyebab dia pon turut kena marah dengan boss. Dan dia juga berg4duh dengan akaun baru sebab akaun baru kata dia mulut jahat.
Sejauh mana kebenaran saya tidak pasti. Saya cuma diam sahaja bila dia bercerita dan tidak menjawab bila dia bertanya saya kerja di mana dan kenapa block wasap semua orang office lama serta fb mereka. Itu pon saya hanya diam.
Boss juga ada menghubungi saya untuk kembali bekerja dengan syarik4t beliau tapi saya menolak dengan baik dan saya bahagia dengan kerja sekarang yang mana saya tidak perlu berhadapan dengan rakan kerja yang t0ksik serta kaki jilat seperti dia.
Dan sepanjang saya bekerja di sana saya tidak pernah mengambil cuti atau mc serta tidak pernah lewat dan saya juga tidak pernah naik gaji seperti admin setiap 4 bulan sekali naik gaji walaupon RM50. Sedangkan saya kerja lagi lama dari dia tapi gaji saya tetap 1.2k dapat surv1ve pon sebab ada buat tempahan menjahit baju jubah, baju – baju raya, baju fesyen.
Saya juga selalu dipulaukan jika ada event syarik4t serta jika berkumpul ramai – ramai saya selalu diabaikan atau dimarah dengan boss depan orang ramai. Pernah sekali waktu iftar syarik4t, saya bèrtanya boss tarikh sebenar syarik4t bercuti hari raya sebab saya perlu membeli tiket bas dan mahu menyiapkan kerja awal.
Tapi saya ditengking depan orang ramai dan dimaIukan pula dalam group wasap oleh boss. Bukan itu sahaja, Admin pernah cakap dekat saya, “Saya kalau tak suka orang itu, saya bagitau boss, boss pasti buang orang tu. Tak kira la orang tu orang lama ka orang baru. Boss bagi semua yang saya nak.”
Saya hanya terdiam dan bermula dari situ la saya bekerja dengan diam tanpa bercakap dengan orang jika tidak berkeperluan dan mula mencari kerja baru. Dan disebabkan musibah serta kejadian buruk yang menimpa saya.
Allah kurniakan saya kerja yang mulia serta kenaikan gaji yang tidak pernah saya rasa semasa di syarik4t lama. Dan gaji permulaan saya juga 2x ganda dari gaji syarik4t lama. Jika dulu saya selalu kena marah. Sekarang di tempat baru saya dapat jawatan penting iaitu ketua Guru Panitia Matem4tik (ada elaun untuk ketua panitia) dan selalu perlu terlibat dengan meeting serta rakan – rakan saya pon masing – masing sangat baik serta tidak bercakap belakang – belakang.
Dan saya pon tidak perlu lagi takut untuk pulang awal dan dapat merasa kenaikan gaji tiap – tiap tahun sebab perform dalam kerja. Jangan bersangka buruk dengan Allah. Sabar menempuh ujian dan jangan jadi macam orang – orang yang meny4kiti kamu.. Dalam doa.. doakan mereka sentiasa bahagia. – H4mba bersyukur (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Shehatepin : Sep sikit. Saya pun antara orang yang pernah rasa situasi macam confessor. Bila staff lain curi tuIang, ex boss diam je. Bila saya silap sikit buat kerja, dituduh pemalas dan tak buat kerja. Rakan sekerja pulak jenis kaki ampu.
Belakang boss kutuk, depan boss puji – puji dan bila saya kena marah atas salah dia, dia tak bela saya pun. Alhamdulillah walaupun dah dipecat, saya dapat pekerjaan baru yang lebih baik.
Dylla Fudillah : Syabas. Saya juga pernah melalui benda yang sama. Waktu tu down taktaw nak cakap. Hingga tahap kemurungan. Suasana sangat t0ksik. Saya mula cari kerja lain. Tapi pada masa yang sama saya taknak tinggal di KL.
Saya amik keputvsan berhenti kerja dan fly balik kampung. Ambil masa bertenang dan kembalikan semangat balik. Now saya sangat happy. Dapat kerja yang baik, suasana kerja pun mengdamaikan serta masa yang lapang. Alhmdulillah..
Diana Ahmad : Saya pernah di tempat saud4ri. Jangan takut dengan orang yang membawa kudis ni. Allah sentiasa ada dengan orang benar. Saya pernah di pandang serong, tiba – tiba je diperli, orang menjauhkan diri rupa – rupanya ada yang mencucuk. Tetapi Alhamdulillah sekarang dah selesa.. Allah Maha Baik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.