Satu sen aku tak bagi kat mak bapak sebab goyang kaki je. Sekali aku ajar buat duit, dorang lagi kaya

Aku ni anak sulung adik beradik berderet, pemalas tak nak kerja. Gaji aku cukup je nak sara satu keluarga tapi jangan harap aku nak bagi duit dekat diorang. Mula – mula aku tak bagi satu sen kat bapak sebab dia malas. Aku mula ajar mak dan bapak sampai dorang lagi kaya dari aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca setia ruangan ni. Banyak aku baca pasal bapak takde tanggungjawab sebab tak bagi duit dekat anak – anak, suka joIi duit, per4ngai abang yang jadi biawak hidup suka mintak duit mak pak dan macam – macam sekali per4ngai melibatkan duit ni.

Tapi korang kena paham, ni semua adalah cara korang handle situasi tu. Lagi – lagi kau anak paling tua. Kadang – kadang Allah jadikan kau anak sulung sebab nak bagi kau betulkan keluarga kau yang suam – suam hampir ke jah4nam.

Kau anak sulung, kau jangan bagi muka sangat kat semua orang bagi berg4ntung harap kat kau sebab kau berduit. Come on, kau pun nak hidupkan. KAU KENA TEGAS! KAU KENA TEGAS! Aku anak sulung, PEREMPUAN.

Adik berderet. Ada yang tak bekerja dan masih sekolah. Aku memang ada plan nak kahwin. Aku kerja boleh tahan, gaji aku boleh tanggung semua orang TAPI aku memang cakap terus terang dengan mak pak aku, adik – adik aku.

Lantak la diorang nak terasa ke apa. Hidup tak selalu indah, jangan tidur dan leka hidup kat dunia. Aku cakap camni guys. TAK AKAN ADA DUIT YANG DATANG BERGOLEK UNTUK KORANG. KALAU KORANG SEMUA NAK DUIT DARI AKU RM100 AKU BAGI, PASTIKAN KORANG BOLEH GANDAKAN JADI RM200. BAGAIMANA CARA?? PANDAI – PANDAI LAH.

Aku mula dengan mak aku, supaya family aku tak terlalu meminta dari aku, aku belikan mak aku smartphone, aku ajar mak aku pakai FB, IG, Edit gambar semua. Aku carikan supplier, supaya mak aku boleh jadi dropship.

HASILNYA?? Alhamdulillah mak aku boleh dapat RM500 – RM1k/sebulan. Lega aku. Aku bagi bulan – bulan duit kerana tanggungjawab, mak aku tak mintak lebih pun. Oh ye, mak aku umur 50 tahun taw. Ajar mak pak korang guna teknologi, macam mana dorang ajar kau ABC dulu.

Kau mesti boleh ajar dorang guna phone, aku siap tulis manual untuk mak aku. Pak aku, sangat mudah nak ajar dia dengan teknologi semua ni walaupun umur dah 60 tahun. Tapi dia leka, main kosong – kosong je, online manjang.

Akhirnya aku tak bagi pak aku 1 Sen pun sebab per4ngai dia. Aku Jahat?? Memang. Aku belikan pak aku, smart watch borong suruh dia jual dalam FB. Alhamdulillah sekarang dia kaya pada aku. Dia siap pulang duit modal smart watch tu kat aku.

Aku tetap bagi duit kat dia bulan – bulan lepas dia dah berubah ni tapi dia pun tak minta lebih. Adik – adik aku yang tak bekerja. Oh memang pemalas. Aku pujuk suruh business tak nak, suruh kerja pun tak nak. Tak payah jadi lelaki.

Aku tunggu masa je dia ni nak berubah tapi tak berubah jugak. Aku tak campak 1 Sen pun kat dia pun. Mak pak aku pun tak bagi sebab dia malas, dah la duduk rumah makan pakai baju semua mak aku buat free, malam keluar, pagi tidur.

Memang tak layak dapat duit aku. Dia member0ntak sebab aku tak bagi dia duit. Memang wujud orang macam ni, siap nak tet4k helmet kat kepala aku. Aku pulak jenis pandai, kau buat hal dengan aku, balai cerita. haha! H4ram aku nak layan. TEGAS kan?

Adik – adik aku yang bersekolah, kalau nak duit, senang je. Kemas rumah, pastikan tolong mak pak aku dan berper4ngai baik serta disiplin. Baru dapat duit. Macam aku cakap. There is no easy money from me. Oleh sebab sed4ra mara aku tau aku berduit, masing – masing cuba nak himpit – himpit aku.

Tapi aku bukan kedekut. Aku suruh dorang jadi drophip guys, tolong mak aku bapak aku business tapi macam biasa la, alasan banyak. Padahal dok berkepit 24 jam online. Tak kerja tapi nak duit banyak. Aku memang tak layan orang macam ni.

Kalau terdesak takde duit aku tanya pakai duit nak apa. Kalau kata takde duit nak makan nasi, aku pergi market, aku beli beras 5kg, aku hantar rumah. Pendek kata. Kalau nak free money dari aku, memang susah. Aku dah tau dah t4ktik orang malas tapi nak duit banyak dengan cara himpit orang senang.

Bagi duit alih – alih beli topap beli r0kok. Tak semua orang boleh ikut macam apa aku buat tapi aku cadangkan untuk orang yang dalam ni, dah – dah la merungut. Baik kau cari jalan dan ikhtiar. Semuanya tak datang bergolek, aku memang tegas bab duit.

Family aku dan sed4ra mara memang dah tahu sangat dengan per4ngai aku. Hasilnya semuanya tak menyusahkan aku sekarang. Aku happy dan langsung tak makan hati dengan family aku. Dorang makan hati dengan aku?

Aku tak kisah. Aku tak nak dorang terlalu berg4ntung kat aku. Aku nak jadikan semua manusia berguna, bukan haprak. – Akak Tegas

Komen Warganet :

Ummi Nadirah : Wah, confession macam ni lah bagus untuk dibaca. Dia bagi jalan penyelesaian terus. Memang banyak baca anak yang terbeban kena tanggung mak bapak dan adik beradik pemalas. Kalau setakat mak bapak je mungkin boleh terima la.

Ni kalau sampai adik beradik berderet malas kerja hanya goyang kaki minta duit memang tak tahan la. Semoga penulis – penulis sebelum ni yang ada masalah keluarga biawak hidup baca apa yang TT ni tulis. Kena tegas, tegas, tegas. Kalau diorang berkasar bawak balai, habis cerita.

Ezzan Mamat : Akak sekarang pom sedang belajar tegas dengan anak – anak lepas kena ceramah free dengan seseorang. Alhamdulillah doa akak masa ramadhan lepas tu makbul supaya Allah datangkan seseorang untuk tunjuk jalan lurus untuk baiki silap akak dalam didik anak – anak.

Alhamdulillah, sekarang akak dah nampak hasil dengan ketegasan akak. Katakan tidak bagi orang yang pemalas dan bagi pengajaran pada yang suka member0ntak.

Wan Nur Ehsaniah Al-saufi : Very well!! This is the right way. Patut di contohi oleh yang lain – lain. No easy money. Orang nak cakap ape lantak pi laah. Duit aku, suke hati aku lah kan. Kita yang penat bekerja tapi duit habis dekat orang lain macam tu je.

Nathirah Muhani : Setuju sangat dengan cara adik ni. Tolong le yang lain. Allah takkn mengubah nasib h4mba-Nya kecuali mereka yang mengubahnya sendiri. Masalah perlu ditangani dan diselesaikan bukan merungut atau melarikan diri. Nanti masalah lain plak yang datang. Bagus dik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.