
Saya berjaya berhubung dengan suami perempuan tu. Tak sangka dia pun cari saya. Dia cakap sekarang isterinya sedang mengandung 2 – 3 bulan, dia pasti anak tu bukan anak dia tapi anak suami saya! Temberang suami terbongkar patutlah selama ni suami terIampau baik dan ‘sayang’ sangat dekat saya..
#Foto sekadar hiasan. Ingin saya nasihatkan kaum wanita semua, jika pasangan anda menunjukkan kasih sayang yang berlebih lebihan, maka wajiblah kita berhati – hati. Sebab dek kerana kealpaan kita khayal dengan kasih sayang yang dicurahkan.
Akhirnya kita dapat madu yang tidak kita duga sama sekali sebab ditutup dengan limpahan kebaikan, kelembutan, kecintaan, dan kasih saying yang suami kita curahkan kepada kita selama ini, sebenarnya ‘ada udang sebalik batu.’
Saya bercakap daripada pengalaman sendiri, mungkin bukan saya seorang berpengalaman seperti ini, tentu ada wanita lain yang senasib saya, kerana kita telah mempercayai suami kita lebihi seratus peratus, kerana dia menunjukkan saying dan kesetiaannya kepada kita selama ini.
Sebelum tu saya kenalkan diri saya sebagai Nurul Syuhada. Sebenarnya dari awal lagi salah saya, percaya kepada orang yang ambil berat terhadap keselamatan saya. Entah mengapa hati ini cepat terpaut, mungkin kerana dia baik, selalu bertanya khabar dan ringan tuIang, Faris namanya
Bagaimana pun saya juga sering bantu dia, kami bertemu ketika sama sama belajar, saya senior daripada dia, jadi kalau ada masalah dalam pembelajaran, dia minta saya bantu, jadi dia bantu saya dalam masalah lain. Pendek kata kami saling membantu.
Mulanya ingat biasa – biasa saja, akhirnya jadi kawan baik dan dia terus melamar saya, sedangkan saya lebih senior daripada dia, tapi dia kata umur bukan ukuran, jika saling memahami, semuanya dapat diatasi dan kerana percayakan cakapnya saya terima lamarannya.
Setelah dapat ijazah dan dapat kerja, maIangnya dia masih lagi belajar, dan terus belajar, tapi tak lulus jugak, walaupun sudah beberapa kali duduk peperiksaan. Akhirnya dia ambil keputvsan cari kerja, katanya otaknya tak boleh belajar lagi.
Bila dapat kerja sudah tentu kedudukan kami, dari segi jawatan, kewangan dan ekonomi jauh berbeza. Saya lebih tinggi daripada dia, tetapi kerana dia baik saya tetap terima dia sebagai suami. Masa berlalu begitu pantas, lepas setahun berkahwin kami dikurniakan anak pertama, dan diikuti 2 orang kemudian.
Dari pemerhatian saya, kasih sayang yang ditunjukkan oleh Faris tetap macam biasa, malah setelah dapat dua orang anak, kasihnya melebih – lebih, hinggakan saya pun hairan kerana sayangnya kepada saya yang keterlaluan.
Lepas dapat anak ketiga, saya lihat Faris berubah sedikit, dia sering beri alasan penat bila balik kerja, kadang kala pernah balik lewat malam. Alasannya kena habiskan kerja. Namun saya faham pekerja swasta yang selalu banyak kerja, pekerja kerajaan tidak.
Tetapi saya terima apa juga alasannya. Namun ada sedikit kehairanan dalam hati ini. Nak jadikan cerita satu hari telefon berbunyi, Faris berlari kejar telefon, tetapi saya capai dulu, saya terbaca, “sayang malam ni datang awal ye?”
Tetapi saya tengok namanya lelaki, takkan lelaki sama lelaki cakap sayang sayang, lain macam bunyinya. Saya terus tanya Faris, “siapa perempuan ni? Apa dia nak? Apa hubungannya dengan abang?’” Tetiba Faris menengking, dia marah saya baca wassup dia.
Saya lagi marah, sebab belum dapat jawapan. Katanya kawan biasa, kalau kawan biasa takkan panggil sayang? Tak puas hati dengan jawapannya, saya tanya lagi, saya bagi dia telefon dan saya ugvt akan telefon prempuan tu jika Faris tak beritahu siapa dia dan apa hubungan mereka.
Mungkin kerana marah, Faris terus mengaku itu teman wanitanya, dia akan nikah wanita tersebut. Terk3jut beruk saya. Dengan tak malu dan hilang pertimbangan, saya menjerit, “abang, apa abang cakap ni, abang nak kahwin lagi? Abang sedar tak segala perbelanjaan dalam rumah ini saya yang tanggung, kerana gaji abang kecik, sekarang abang nak kahwin lagi?”
Waktu itu saya dah tak peduli kalau suara saya didengar jiran tetangga, sebab pengakuan Faris buat saya hilang pertimbangan. Dengan d3raian air mata dan suara yang tenggelam timbul saya terus tanya Faris apakah dia sudah nikah.
Faris terdiam, dia tersilap. mungkin dia tak terfikir malam itu dia boleh buat pengakuan sebab selama ini dia berjaya sembunyikan aktivitinya. Setelah saya imbas kembali, baru saya sedar, patutlah dia selalu balik lambat, sering kekurangan duit. Rupanya sedang bercinta.
Tak tahan dengan soalan demi soalan yang saya tujahkan, Faris keluar rumah. Malam tu dia tak balik. Lagi saya s4kit hati. Semalaman saya tak tidur, esoknya saya tak kerja. Lepas hantar anak ke rumah pengasuh, saya pergi ke rumah mertua, saya ceritakan apa yang terjadi dan Faris tak balik rumah.
Emak Faris suruh saya bersabar. Alasannya berita itu belum pasti. Tetapi saya kurang sabar saya cari aktiviti Faris melalui kawannya. Kebetulan sepupu saya kawan sekolah Faris. Mereka selalu buat reunion. Sering ada aktiviti.
Melalui runion dan group FB inilah mereka kenal Jue, tetapi Jue berminat dengan Faris. Kalau orang lain letak gambar mereka, tapi Jue letak gambar kucing. Rupanya dalam diam Jue mencari Faris. Jue menyamar mencari teman lelaki yang disukainya.
Selidik punya selidik rupanya Faris dah lama berkawan dengan Jue, mereka merancang nak kahwin, tetapi sangkut bila saya mengandung. Ketika saya bersalin hubungan mereka m4kin erat. Mereka cuba nak nikah tapi gagal sebab Jue belum bercerai, dan dia ada 3 orang anak yang dipelihara oleh kakak Jue.
Sebab Jue tak mahu jaga anak. Dengan pertolongan kawan saya dapat cari suami Jue, rupanya dia juga nak cari saya, kerana dia sibuk bekerja selalu on the road, dia tak dapat telefon saya, kebetulan bila saya telefon dia sedang rehat sebelum berangkat keluar daerah. Kami bercerita panjang.
Katanya, Jue masih isterinya, belum bercerai, tetapi dia hairan mengapa Faris nak nikah jugak. Sampai lari ke Siam. Lagi saya terk3jut. Kata suami Jue, dia boleh ceraikan Jue bila – bila masa, sebab tak tahan dengan per4ngai buruk Jue.
Bila dia pergi kerja Jue akan keluar rumah berjalan sesuka hati, anak – anak ditinggalkan. Katanya Jue wanita licik dan sukar dikawal, pelajaran tak ada, tetapi suka melaram dan suka telefon lelaki. Hingga terkeluar dari mulutnya, dia tak pasti sama ada anak sulung mereka anak dia sendiri atau anak lelaki lain.
Saya tambah terk3jut, bila lelaki ini beritahu Jue sedang mengandung mungkin 2 mungkin 3 bulan, katanya dia pasti itu anak Faris, sebab sejak Jue buat per4ngai bencikan dia, mereka sudah lama tidak ada hubungan suami isteri, jadi dia pasti anak dalam kandungan Jue bukan anaknya, tetapi Faris.
Katanya lagi sejak beberapa bulan terdahulu, Jue membencinya dan minta cerai. Dia juga mengaku akan ceraikan Jue bila balik nanti, sebab tak sanggup ada isteri liar dan sukar dikawal. Mak bapak Jue sendiri tak boleh kawal Jue.
Lelaki ini juga percaya Faris pasti diugvt oleh keluarga Jue supaya nikah. Sebab Jue mengaku dia tak sukakan suaminya lagi, dan mereka sering berg4duh. Setelah dapat semua cerita tentang per4ngai buruk Faris, maka saya yakin Faris tidak akan mampu tanggung kami anak beranak lagi.
Sebab selama ini pun saya yang tanggung makan minum keluarga. Kerana pendapatan Faris rendah. Faris hanya bayar ansuran motornya, bayar utility, dan makan minumnya semasa di tempat kerja, yang lain semua atas saya.
Saya tak mengeloh, kerana itu pilihan saya kerana terima lamaran Faris, sedangkan saya tahu kemampuannya, saya sedar saya buat kesilapan maha besar. Tetapi semua kelemahan Faris terpadam kerana dia baik, ambil berat diri saya dan anak – anak dan sayangkan keluarga, rupanya di belakang saya dia main wayang lain.
Walaupun Faris tak mampu beli rumah, saya tetap beli dan letakkan namanya bersama, tanda sayang saya padanya. Beli kereta dia sama – sama gunakan, dan saya biayai semua perbelanjaan keluarga. Semuanya kerana dia baik.
Tetapi selepas tembelangnya terbongkar saya minta cerai, sebab saya tahu dia tak mampu tanggung 2 isteri. Tambahan isteri barunya tak bekerja. Dan dia ada 3 orang anak tiri yang dia terp4ksa bagi makan. Di samping seorang anak yang baru lahir.
Saya hairan macam mana Faris boleh terg0da dengan isteri orang, dan macam mana pulak isteri orang boleh ke tepikan suami sendiri, sebaliknya kejar suami orang lain dan sanggup berz1na hingga dapat anak. Saya tak ambil tahu macam mana mereka boleh nikah.
Sebab ketika diceraikan Jue sudah mengandung 3 bulan, lepas edah 3 bulan lagi baru dia boleh nikah, bermakna kata ketika mereka nikah Jue mengandung 6 atau 7 bulan, apa status bayi tersebut. Siapa anak itu dibintikan?
Tapi saya tak peduli, itu masalah mereka dengan Allah. Saya undur diri minta cerai bukan bermakna saya kalah, tetapi tak mahu terpalit dengan hutang yang Faris bakal buat yang bakal bebankan saya. Dan saya tak mahu terik4t dan disusahkan lagi.
Cukuplah kesusahan yang saya tanggung selama ini. Saya akan naik mahkamah untuk tuntut nafkah anak – anak, kalau dia tak mampu, keluarganya boleh tolong sebab mereka ada harta walaupun bukan orang kaya raya.
Akhir kalam sungguh saya tak sangka orang yang saya percaya konon sayangkan keluarga rupanya bersandiw4ra, dia semata – mata ingin menikm4ti kesenangan hidup, dan meletakkan tanggungjawab kepada saya bersandarkan kasih sayang untuk kelabukan mata saya.
Jadi, saya ingin nasihatkan kaum wanita, khususnya yang baru berkahwin, janganlah percaya dengan ucapan sayang, tapi berhati – hati dengan sandiw4ra yang bakal ditayangkan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.