
Saya tahu rezeki masing – masing tapi saya tengok sorang kawan saya ni agak berduit lebih dari orang biasa. Dalam diam – diam saya buat laporan kepada pihak berkuasa. Niat saya untuk bagi kawan saya sedar dan bertaubat tapi lain plak jadinya bila dia diberhentikan kerja sampai rumahtangga porak peranda..
#Foto sekadar hiasan. Hari ini saya dihantui rasa bersalah. Mungkin rasa bersalah seumur hidup. Saya kerja makan gaji sahaja. Sektor apa dan bahagian apa, saya rahsiakan. Selama berbelas tahun bekerja, saya bertugas dalam pengurusan projek dan tender.
Senang cerita hal – hal tender atau projek, saya memang banyak pegang rahsia tender atau projek. Risik0 kerja dalam bidang ni adalah cukup mudah terdedah dalam c0rruption dan money game. Selama bekerja, Alhamdulillah Allah masih jaga diri untuk tidak terjebak dalam c0rruption ini.
Setakat kontraktor cuba cucuk – cucuk untuk cuba nasib tu dah masak sangat dengan permainan mereka. Saya memang tak bagi muka pada kontraktor yang cuba nasib nak cucuk tu. Nasib mereka lah. Ada rezeki mereka, ada la, bukan dengan deal belakang.
Dipendekkan cerita, setelah lama bekerja, Ada lah sorang si mamat (bukan nama sebenar). Ramai yang tahu dia agak kuat makan duit kontraktor, tapi semua ambil langkah biar sahaja. Saya juga biarkan sahaja. Bagi saya rezeki masing – masing walaupun terlalu obvi0us si mamat ni agak berduit dari orang biasa.
Banyak kontraktor komplen pasal si mamat ni. Mamat ni memang agak c0rrupt lah senang cerita. Saya risau akan ditanya oleh Allah s.w.t di padang mahsyar nanti. Saya nampak kemungkaran dan ada kuasa untuk buat sesuatu, tapi saya tidak buat apa – apa.
Saya risau saya juga akan diheret sama nanti. Jadi saya mengambil keputvsan untuk melaporkan pada pihak berkuasa (internal affairs) supaya mereka sekadar siasat sahaja. Tidak sangka rupanya pihak berkuasa korek sehingga lubang cacing.
Internal Affairs Buat per4ngkap, mamat ni kena check mate. Si mamat ni didapati bersalah. Rupa – rupanya nilai k0rupsi / salah laku bernilai jutaan ringgit! Pada asalnya saya hanya minta siasat sahaja tetapi tidak sangka pihak berkuasa siasat sedalam – dalamnya.
Dalam kes ini, ramai yang terlibat dan main peranan. Kes ini memberi impak besar sehingga organisasi review semula proses sehingga proses sem4kin ketat. Saya dihantui rasa bersalah. Disebabkan laporan saya tersebut, si mamat dibuang kerja.
Anak bini berg4ntung penuh pada si mamat. Nasib si mamat selepas dibuang kerja saya rahsiakan. Saya dih4ntui rasa bersalah sebab saya seperti tik4m belakang kawan – kawan sendiri. Hidup anak bini si mamat porak peranda disebabkan saya.
Mana taknya, dah biasa hidup senang, tiba – tiba jadi susah. Mamat dan keluarga hidup susah selepas dibuang kerja. Saya dih4ntui rasa bersalah sebab niat asal hanya sekadar minta disiasat dengan harapan si mamat bertaubat dan tak buat kerja c0rrupt tu lagi.
Saya dihantui rasa bersalah sebab rentetan siasatan tersebut, ramai juga yang terlibat dan diheret sama. Ada yang dibuang kerja, ada juga yang diturunkan gred gaji dan ada juga hanya sekadar tatatertib sahaja. Ada staff yang bakal bersara yang terlibat sedikit dalam c0rruption tersebut hilang duit pencen.
Saya dih4ntui rasa bersalah kerana disebabkan siasatan ini, bahagian saya dapat malu. Ramai membawang berkenaan benda ni. Macam viral juga la. Cuma internal sahaja. Saya dih4ntui rasa bersalah kerana disebabkan kes ini, kerja jadi sem4kin susah.
Saya dah susahkan rakan – rakan sepejabat saya disebabkan proses yang sem4kin ketat ini. Saya rujuk pada para astatizah berkenaan perkara ini. Tindakan saya dik4takan tindakan yang betul. Tetapi ia tetap tidak dapat hilangkan rasa bersalah sehingga hari ini.
Sehingga hari ini tiada sesiapa tahu bahawa saya adalah punca mereka kant0i besar. Sebelum saya m4ti, saya harap saya m4ti dalam iman, khusnul khotimah dan tiada salah sesama manusia. Saya biasa minta maaf dengan orang jika saya buat salah, malah jika termengumpat pon saya akan minta maaf.
Tapi hal ini, jika saya luahkan dengan mereka semua yang didakwa tu, saya tak yakin mereka akan maafkan saya. Saya selalu berdoa kepada Allah semoga saya pergi dalam keadaan yang tenang tanpa rasa bersalah disebabkan kes ini. Semoga confession ini dapat mengubati hati ini. Terima kasih… – Lencai (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Cikgu Nurul : Sebenarnya tt telah menyelamatkan mereka. Tapi tt pandang dari sudut yang tidak tepat. Tt nampak pend3ritaan mereka – mereka yang terkesan. Tetapi tt mungkin lupa bahawa lebih baik mereka kena di dunia berbanding di akhir4t.
Jika terus – terusan mereka berbuat d0sa tanpa dibaIas di dunia, fikirkan betapa teruk mereka akan dibaIas di ‘sana’ nanti. Ini juga satu bentuk ujian buat tt untuk menguatkan lagi keimanan tt. Jalan terbaik adalah doakan mereka termasuk ahli keluarga mereka dan RAHSIAKAN.
Tidak ada keperluan perkara itu didedahkan. Nanti akan menambah d0sa mereka dan tt sendiri. Mungkin boleh amalkan sedekah atas nama mereka semua termasuk keluarga untuk mengurangkan beban rasa bersalah (yang tak kena tempat tu) dan untuk melembutkan hati mereka agar menghadapi masalah ini dengan baik dan sem4kin sedar dari kesilapan lalu.
Izzie Hardy : Tak perlu rasa bersalah. Pemakan rasu4h tu lagi jijik. Dengan rasu4h tulah membibitkan seribu satu lagi kesalahan beranak pinak. Contoh melobi, entertain orang atas untuk naik pangkat, mengambil hak orang lain, melahirkan generasi hati hitam yang rasa rasu4h perkara biasa.
Sebabkan rasu4h lah kontraktor ni buat jalan / bangunan guna bahan low kualiti sebab lari bajet pada orang – orang macam kawan confessor ni. Kesannya nanti pada rakyat lah. Jalan asik belubang, bangunan retak, membah4yakan nyawa rakyat tak berd0sa. So betul sangat tindakan tu dan tak perlu minta maaf. Awak bukan fitnah diorang pun.
Ibu Comel : Awak jangan sesekali cerita pada sesiapa pun walaupun dengan kawan baik sekali pun. Biarlah menjadi rahsia awk dan Allah sahaja. INGAT PESAN saya tu, tak semua orang boleh dipercayai. Sorang je awak cerita, pasti sampai ke telinga orabg lain. Bertambah mer4na awak nanti. Awak dah lakukan yang terbaik. Moga dipermudahkan. Amin..
Tatiana Ali : Eh.. bukan salah awak. Awak tu asbab je, tapi takdir mereka dah ditentukanNya. Aduhai, rasa bersalah awak ni h4sutan sy4itan je. Banyakkan beristighfar, banyakkan berzikir sebut nama Allah Yang Maha Besar sebab awak dah lakukan tindakan yang betul. That’s it.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.