
Sejak dari itu, sikap isteri saya kembali berubah, kali ini dia sangat mesra dengan saya dan anak2. Dia melayan saya dengan sangat baik, manja lebih dari sebelumnya. Tapi hingga saat ni, muka dia kelihatan sangat risau dan mula ada tanda2 mengandung..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualikum, selamat hari raya admin. Saya nak minta pendapat dari followers page ni. Tolong hide nama saya ye. Ceritanya macam ni, saya telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Kehidupan kami suami isteri sederhana, saya berkerja sebagai mekanik dan isteri saya berkerja sebagai kerani di sebuah sekolah.
Hidup kami bahagia, hubungan sangat baik walaupun kadang – kadang ada bertekak sikit tapi semua berakhir dengan cepat dan saling bermaafan. Kisahnya, sejak akhir – akhir ini saya mulai perasan perubahan pada sikap isteri saya sejak dia mengenali aplikasi tiktok.
Dia mulai berubah. Saya dah dengar tentang keburukan tiktok ni tapi tak sangka kena dekat isteri saya. Balik dari kerja dia tidak lagi dahuIukan keluarga, melayan anak – anak kami tapi dia sentiasa dengan hpnya. Dia tidak duduk dekat dengan kami, dia duduk berjauhan dan kadang – kadang tersenyum lebar sambil jari laju seperti sedang berbaIas chat.
Pada mulanya saya tidak begitu ambil kisah dan menganggap itu adalah caranya menghilangkan str3ss dan penat dari kerja. Tapi lama kelamaan, sikapnya sem4kin lain, handphone sentiasa bersamanya walaupun di rumah.
Ketika dia mandi atau memasak, dia akan sembunyikan hpnya, ataupun dia akan m4tikan hpnya kalau dia sedang cas dan saya dekat dengan hpnya. Saya sem4kin curiga dan dalam masa yang sama, saya risau apa yang bermain difikiran saya menjadi kenyataan.
Satu hari, dia terlupa hpnya ketika dia tidur, saya beranikan diri untuk membuka hpnya, tapi saya tidak berjaya kerana semua apps seperti whatsapp, tiktok dan fb, semua dia letakkan password. Beberapa hari berlalu, saya mencipta akaun tiktok dan facebook untuk mengikuti perkembangannya.
Saya melihat tiktoknya semua hanya konten biasa tetapi saya perasan konten itu sepertinya ditujukan pada seseorang, Begitu juga dengan story di Facebooknya. Macam orang yang tengah bercinta. Saya kekal berdiam diri kerana saya mahu menjaga rumahtangga ini.
Tapi beberapa hari yang lalu, ketika dia keluar shopping, dia terlupa hpnya. Saya beranikan diri untuk buka hpnya, saya meminta bantuan seorang kawan untuk bypass lock pada aplikasi di hp isteri saya. Saya membuka whatsapp tapi tidak menjumpai apa – apa chat yang mencurigakan dan ketika saya membuka fbnya, saya terbaca chat dia dan seorang lelaki.
Chat yang pada mulanya biasa saja tapi lama kelamaan sem4kin mesra dan mula ada sesi meluah dan juga sesi bertukar no hp. Hati saya perlahan lahan merasa s4kit dan ingin menangis. Saya tutup semua apps isteri saya dan meletakkannya kembali ke tempat asal.
Saya tidak sanggup membaca kesemua chat mereka. Tiba – tiba isteri saya sampai dan bergegas masuk mencari hpnya dalam keadaan risau tapi saya mencuba berlakon seolah tiada apa – apa berlaku. Sejak dari itu, sikap isteri saya kembali berubah, kali ini dia sangat mesra dengan saya dan anak – anak.
Dia melayan saya dengan sangat baik, manja lebih dari sebelumnya. Mula – mula saya senang dengan perubahan ini, tetapi dia tetap akan sentiasa bersama dengan hpnya. Saya berjaya mendapatkan lagi hpnya, saya terus membuka messenger namun chat yang dulu telah dipadam.
Saya membuka whatsappnya namun tidak menjumpai apa – apa chat yang mencurigakan. Tapi ketika saya membuka call history di whatsapp, saya melihat satu nombor yang tidak bernama, dan hampir setiap hari mereka berbaIas call tapi saya tetap tidak ingin berprasangka buruk.
Sehingga la beberapa minggu lalu, dia sering memberi alasan lewat sampai rumah kerana urusan kerja. Boleh dik4takan hampir setiap hari dia balik lewat. Saya sem4kin curiga dan akhirnya saya membuat keputvsan untuk pergi ke tempat kerja isteri saya dengan bantuan kawan sambil membawa kedua anak saya yang masih berumur 2 tahun dan 4 tahun.
Saya tunggu sehingga isteri saya habis kerja dan saya nampak dia keluar dari pintu ofisnya tapi dia tidak terus ke parking kereta. Dia seperti menunggu seseorang, tidak lama kemudian datang satu kereta dan isteri saya masuk ke dalam kereta tersebut.
Kami mengekori kereta itu sampai di depan sebuah hotel mewah, ketika mereka masuk ke parking lot, saya cuba call isteri saya, dia angkat dan beritahu saya supaya tidak call kerana dia masih di ofis dan sedang mesyuarat.
Hati saya h4ncur, r3muk dan s4kit yang teramat sangat. Saya tidak mengikuti mereka ke dalam hotel, saya terus pulang ke rumah. Ketika isteri saya sampai rumah, seperti biasa dia bersikap sangat mesra dan penyayang seperti tiada apa yang berlaku.
Saya cuba menahan marah dan s4kit hati saya sekuat – kuatnya. Malam itu dan malam seterusnya dia berkali – kali cuba membawa saya untuk bersama namun saya menolak dengan alasan penat dan tidak sihat tetapi dia sering kali mem4ksa saya untuk bersama sampai lah satu masa tu saya tidak dapat menolak dan terp4ksa melayani permintaannya.
Sedangkan sebelum ni amat payah untuk saya ajak dia bersama. Macam – macam alasan dia bagi tapi tidak pada ketika itu. Sekarang saya melihat riak muka dia dari hari ke hari sem4kin kelihatan risau dan tidak lagi seperti kebiasaan sampai ke hari ini.
Dalam masa yang sama, saya akui saya pun berdebar – debar menunggu keputvsan sama ada isteri saya hamil atau tidak kerana beberapa hari ini saya melihat simptom – simptom padanya sama seperti ketika dia mengandung anak pertama dan kedua kami.
Apakah yang saya perlu lakukan jika isteri saya hamil dan bukan milik saya? Saya sayangkan rumahtangga ini, saya kasihan anak – anak saya tapi pada masa yang sama saya tidak dapat menerima perlakuan isteri saya. Saya jijik, marah, benci, patah hati dan s4kit hati sangat.
Jangan ingat hanya kaum isteri dan wanita sahaja yang dis4kiti. Jangan fikir, kaum lelaki je yang akan selalu curang dan salah dalam perkahwinan. Tolong bantu saya.
Komen Warganet :
Nud Ni : Tabik bila anda masih dapat mengawal kemarahan anda.. Aturkan str4tegik untuk menkantoikan isteri anda simpan bukti elok – elok. Jika benar isteri anda selingkuh persiapkan diri untuk langkah seterusnya. Anda rasa anda bahagia dengan hubungan yang t0ksik? Silakan bro… Bahagia tu hanya milik Allah.
Yanie Ishak : Simpan bukti – bukti. Buat dna test. Fail di mahkamah. Tuntut hak encik. Kalau betul anak dikandung anak encik, selepas lahir encik ambil jaga. Jangan takut untuk saman. Sekian.
Nurri Nur : Kalau aku lah kan. Aku biar je dia dengan drama dia tu. Kalau dia minta bersama tak payah bagi. Terus je bagi alasan. Kita tengok sampai bila dia nak tutup pekung dia dan cuba menutup bangkai gajah yan sem4kin membusuk.
Biar d0sa mengh4ntui dia. Sebelum tu bukti – bukti yang ada simpan je klau apa – apa jadi nanti. Paling tak boleh lah tuntut hak penjagaan anak dengan alasan isteri per4ngai tak bermoral. Jangan biarkan maru4h awak di pijak – pijak.
Dah meIampau sampai tahap macam tu sekali. Takde guna bertahan dengan manusia murahan macam tu. Kalau aku memang tak lah nak bagi peluang pada penz1na. Biar dia menyesal dengan perbuatan dia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.