
Kesihatan mama sem4kin merosot kerana k4nser dan per4ngai papa mula berubah. Papa dah jarang balik rumah, perbelanjaan rumah pun dikurangkan. Suatu hari mama minta saya call papa, tapi ada seorang perempuan angkat. Dia kata dia isteri papa. Beberapa hari kemudian, perempuan tu datang ziarah mama..
Assalamualaikum… Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak admin kerana sudi menyiarkan hasil coretan saya. Apa yang dicoretkan disini bukanlah untuk memaIukan sesiapa dan bukan niat untuk memburuk – burukkan sesiapa.
Apa yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri. Pertama sekali saya memperkenalkan diri. Nama saya Aina dan saya merupakan anak perempuan tunggal di dalam keluarga.
Kehidupan yang ingin Aina coretkan bermula dengan perkhabaran mama menghidap k4nser pangkal rahim. Sewaktu itu usia Aina 16 tahun. Pada awalnya, mama dan papa cuba menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan Aina.
Namun hari sem4kin hari kesihatan mama sem4kin merosot dan Aina mulai mengesyaki sesuatu kepada mama. Akhirnya, mama memberitahu doktor mengesahkan mama menghidap k4nser pangkal rahim. Papa seorang yang setia pada pandangan mata Aina.
Papa setia di sisi mama dan tidak pernah lekang senyuman di muka papa untuk mama. Sepanjang mama menjalani rawatan papa akan sentiasa menemani mama. Bulan berganti bulan, mama terus menjalani rawatan, namun kesihatan mama masih merosot.
Aina ketika itu hanya mampu memberikan sokongan dan doa untuk mama. Sikap papa mulai berubah sedikit demi sedikit. Kalau dahulu papa sering menemani mama membuat sesi rawatan, namun kini tiada lagi papa di sisi mama.
Kadang – kadang Aina perlu memanggil teksi untuk membawa mama ke hospitaI. Papa mula memberi alasan sibuk dengan urusan kerja. Aina pada awalnya tidak ambil kisah dengan sikap papa memandangkan kerjaya papa yang memerIukan papa perlu memberi fokus yang lebih untuk kerjanya.
Namun lama – kelamaan, papa mula tinggalkan mama dan Aina di rumah sendirian. Kadang – kadang dalam masa seminggu adalah 2 atau 3 kali berjumpa papa di rumah. Perbelanjaan rumah juga dikurangkan dengan alasan perlu berjimat cermat disebabkan kos rawatan mama yang mahal.
Jika sebelum ini, Aina mengikuti kelas tuisyen tambahan di luar waktu sekolah namun papa memberitahu supaya Aina berhenti daripada kelas tersebut. Bila tanya kepada papa, alasan yang diberikan mama sendirian di rumah dan yuran tuisyen Aina mahal.
Aina mengikut sahaja kehendak papa. Selepas habis waktu sekolah Aina akan terus balik ke rumah untuk menjaga mama. Tahun berikutnya Aina bakal menghadapi SPM. Tahun yang paling sibuk dan mendebarkan untuk Aina.
Tambah pula dengan keadaan mama yang tidak sihat dan papa yang tidak mempedulikan mama. Papa mula naik suara dengan mama dan Aina. Apa yang membuatkan Aina terkilan dengan papa apabila suatu hari sewaktu Aina pulang dari sekolah, Aina terdengar perbualan mama dan papa.
Papa cakap mama menyusahkan hidup dia, mama tak sembuh – sembuh, hidup papa musn4h dan bermacam – macam perkataan yang meny4kitkan keluar dari mulut papa. Allahuakhbar.. Berang dengan cakap – cakap papa, Aina mula bersuara kenapa tiba – tiba papa mula berubah, kenapa papa layan mama macam sampah, kenapa papa tak lagi di sisi mama bila mama perIukan papa? Papa terdiam.
Hubungan Aina dengan papa tidak lagi rapat seperti dahulu. Papa bukan lagi papa yang Aina kenal. Papa dah berubah. Sangat berubah. Mama pula kini penghuni tetap di hospitaI. Mama tak mampu untuk bergerak sendirian dan sem4kin lemah disebabkan k4nsernya mula merebak ke organ – organ yang lain.
Dikala sanak saud4ra datang mengungjungi mama, papa tiada. Yes, papa tak datang menjenguk mama. Mujur ahli keluarga yang lain menolong Aina menjaga mama sepanjang di hospitaI. Mama tidak lagi berharap dengan papa.
Aina masih berharap agar papa datang melawat mama ketika itu sebelum terlambat. Selepas tamat peperiksaan SPM, Aina ambil alih tanggungjawab sepenuhnya menjaga mama. Suatu hari, mama meminta Aina untuk menghubungi papa.
Aina mengikut kehendak mama dan menghubungi papa. Paling meng3jutkan Aina apabila panggiIan telefon dijawab oleh seorang wanita dan wanita tersebut memperkenalkan diri sebagai isteri papa. Aina rasakan ibarat sebijik batu yang menghempap kepala.
Sampai hati papa! Wanita tersebut memperkenalkan diri sebagai Maria dan dia memberitahu mereka telah berkahwin 6 bulan yang lepas. Katanya papa tiada di rumah ketika itu. Aina dengan berat hati memberitahu mama tengah s4kit tenat dan nak berjumpa dengan papa.
Selang beberapa hari selepas kejadian telefon itu, seorang wanita lingkungan 30-an datang melawat mama dan dialah Maria @ isteri baru papa. Mama tidak menyangka dengan kehadiran madunya itu. Maria bersalaman dengan mama dan memberitahu dia isteri baru kepada papa.
Aina yang tidak dapat menahan perasaan ketika itu mula menyer4ng Maria dengan kata – kata yang terkubvr dalam hati. Mama ketika itu hanya mampu mengalirkankan air mata. Aina member0ntak dengan sikap papa dan kata – kata kesat dilontarkan kepada Maria.
Maria mula bersuara. Dia sendiri terk3jut apabila mengetahui mama s4kit dan masih lagi hidup kerana sebelum mereka berkahwin papa memberitahu dia seorang duda, telah kem4tian isteri dan tiada anak. Papa, what the heII are you doing??
Sampai hati papa cakap mama dah m4ti. Sampai hati papa cakap papa tak ada anak. Allahu.. Jadi selama ini papa memang mendoakan supaya mama m4ti cepat. Selepas peristiwa di hospitaI, Aina nekad untuk berjumpa dengan papa.
Papa agak terk3jut dengan kedatangan Aina di rumah barunya bersama Maria. Aina cakap mama tengah tenat dan dia nak sangat jumpa papa sebelum terlambat. Papa ketika itu diam dan kemudian papa bersuara.. Maafkan papa sebab tinggalkan Aina dan mama.
Papa sudah tawar hati dengan perkahwinan papa dan mama. Papa sudah jumpa dengan seseorang sebagai pengganti mama. Mama tidak mampu lagi bagi apa yang papa mahukan seperti dulu. Mama bukan lagi mama yang dulu.
Itulah kata – kata hikmat yang amat perit yang keluar dari mulut seorang lelaki yang Aina hormat dan paling Aina sayang sebelum ini. Sampai hati papa. Manusia jenis apa papa ni. Sanggup tinggalkan seorang wanita yang telah berk0rban apa sahaja untuk seorang lelaki bergelar suami.
Dipendekkan cerita, selepas mengharungi liku – liku yang menc4bar bagi keluarga Aina, pada tanggal 12 Mac 2015 mama telah menghempuskan nafasnya yang terakhir di katil hospitaI. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Pulanglah mama ke sisi pencipta-Nya.
Papa? Jangan ditanya apa yang telah dibuat. Seminggu sebelum pemergian mama, Aina dikhabarkan papa bersama isteri barunya sedang bercuti di luar negara. Aina hanya memaklumkan pemergian mama melalui mesej dan hanya dibaIas selepas 2 hari mama meninggaI.
K3jam betul papa sampai mama meninggaI pun papa tiada di sisi mama. Kini, Aina tinggal bersama ibu saud4ra di selatan tanah air. Kenangan dengan mama dan papa adalah yang paling indah dalam hidup Aina. Kata – kata akhir mama yang Aina masih ingat sampai sekarang ‘Aina, kita bukan hidup seorang diri, kita ada tuhan. Yakin dengan-Nya’.
Papa jarang sekali untuk menjenguk Aina. Perbelanjaan bulanan sepenuhnya ditanggung oleh ibu saud4ra Aina dan hasil simpanan arw4h mama.
Dear papa, Seandainya papa ada terbaca coretan ini, Aina harap papa sentiasa dalam lindungan tuhan. Walaupun apa yang papa buat adalah perit untuk Aina dan arw4h mama, Aina maafkan papa sepertimana mama memaafkan papa. Mama telah maafkan papa sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Arw4h mama tersangat rindukan papa. Aina harap suatu hari nanti Aina dapat bertemu semula dengan papa.
Dear Maria, Jagalah papa dengan baik. Apa yang berlaku adalah takdir yang telah ditentukan. Arw4h mama telahpun memaafkan Maria. Aina dah penat untuk mengejar kasih sayang seorang lelaki yang bergelar papa. -Aina D-
Komen Warganet :
Miera Firra : Ayah saya. 8 tahun setia menjaga arw4h mak. Mak Iumpuh 1 badan. Tak mampu bercakap apatah lagi uruskan diri sendiri. Makan minum bersuap. Ayah tiap – tiap hari angkat dan mandikan mak, siapkan mak baru ayah pegi keje.
Bila arw4h mak meninggaI ayah tak mampu kawal perasaan, menangis – nangis ayah saya sampai demam makan pun tak lalu. Masa mak naz4k pun ayah dah menangis. Kuatnya sayang ayah pada arw4h mak. Semoga Allah sentiasa merahm4ti ayah saya. Kepada confessor semoga awak akan berjumpa ayah awak satu hari nanti..
Radin Arishah : Rapuhnya kasih seorang suami. Susah sikit terus dibuang. Langsung takde belas kasihan, langsung tak ingat sejarah silam. Buang terus anak dan isteri lama. Manusia ke begini? Mulianya isteri dan anak memaafkan, kita yang baca pulak geram.
Menyump4h jugak dalam hati untuk orang tak guna macam ni. Buat Aina, acik doakan semoga bertemu sinar bahagia bersama orang – orang yang masih menyayangi mu. Insyaallah.
Julie Anme : Hidup dan nilai hidup adalah 2 benda yang berbeza. Tidak semua bijak menghargai waktu – waktu yang berbaki bersama yang tersayang. Hujung – hujung usia mereka akan meyesalinya kerana Allah itu maha adil.
Di sisi kita sekalipun telah dimaafkan tetapi di sisi Allah kita tidak pernah tau bagaimana Allah akan membolak balikkn kehidupan atas kezaIiman kita mengani4ya orang yang tidak berd0sa. Kepada konfeser, teruskan hidup anda di jalan yang diredhai Allah, teruskn berdoa untuk ibu.
Ditakdirkn satu hari anda melihat nasib ayah telah berubah menjadi buruk, mohon maafkan dia. Supaya dia sempat merasa kemaafan adalah hadiah paling besar daripada seorang anak dan arw4h isteri yang dizaIiminya. Semoga allah merahm4ti konfeser dan ibunya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.