
Saat aku buat pembedahan lap0roscopy untuk dapatkan zuriat, suami buat hal kahwin dengan janda dekat Siam. Alasannya sebab aku tak boleh mengandung, tak mampu. Selang beberapa bulan, dia bagitahu dah ceraikan isteri kedua. Bila aku tanya isteri dia dah mengandung ke belum, dia jawab..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, tolong hide profile aku. Aku nak tanya pendapat makcik dan pakcik bawang dekat sini. Aku dengan laki aku dah kahwin selama 4 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat. Dia jenis yang panas baran, eg0 dan tak boleh ditegur langsung.
Suka melepak dan main mobile legend. Kalau masa g4duh dengan aku, b4bi b0doh bengap semua keluar dari mulut pu4ka dia. Sep4k ter4jang pen4mpar memang akan berlaku kalau aku tak iyakan kata – kata dia. Pernah jadi aku tegur dia pasal dia ada skandal dengan betina lain, sebab aku nampak per4ngai dia lain macam.
Balik rumah lewat pukuI 2, 3 pagi. Pastu aku jumpa plak pendrive dalamĀ seluar dia, penuh gambar dia dengan betina tu dalam bilik hotel. Korang paham – paham la sendiri gambar apa. Kami berg4duh sampai nak bercerai berai.
Tapi lepas tu, dia minta maaf dan aku maafkan sebab sayang. Tu cerita awal tahun lepas. Hujung tahun pulak dia buat hal lagi bercinta dan siap kahwin dengan janda anak 3 senyap – senyap dekat Thailand. Aku tau password insta dia sebab tu aku tahu dia kahwin kat Thailand.
Padahal masa tu aku kat hospitaI admitted buat treatment bedah lap0roscopy untuk dapatkan zuriat dia. Aku senyap dan pendam bagi masa dia sebulan dua untuk bersemuka pasal kahwin dengan janda tu. Tapi hati mana mampu bersabar kalau hari – hari balik lewat tengah malam.
Bila hujung minggu je, cakap outstation padahal sebelum ni tak pernah pon. Satu malam, dia cakap ada dokumen dia hilang. Dia tanya aku ada usik atau ambik tak dokumen dia. Dia marah, m4ki aku usik barang dia padahal aku tak usik apa – apa pon.
Sambil m4ki – m4ki aku, dia cakap yang dia dah kahwin dekat Siam dan dengan selamba aku cakap, aku tau. Dia terk3jut. Aku bagitahu naluri seorang isteri mesti akan tahu bila suaminya berubah. Dia bagi alasan kahwin sebab nak zuriat cepat dan cakap aku tak boleh beranak dan tak boleh nak lahirkan zuriat dia.
Kami g4duh lagi malam tu sebab aku cakap jangan pertikaikan takdir Allah. Siapa tak nak anak dalam perkahwinan. Dia m4ti – m4ti cakap aku salah. Jadi, aku cakap terpulang lah. Hari berganti hari aku cuba untuk terima dimadukan sebab dia berjanji akan berlaku adil.
Aku pun sedar diri sebab susah nak mengandung. Aku cuba untuk terima keadaan walaupun sukar. Ye la, isteri mana yang sanggup dimadukan. Aku pon sibukkan diri dengan kerja untuk tak nak fikir masalah suami kahwin lain.
Bulan ke-2 aku dengar suami berg4duh dalam phone dengan isteri nombor 2 sambil m4ki – m4ki. Pastu dengar dia bercakap dalam phone dah ceraikan isteri dia tu sebab tak dengar kata. Macam – macam la yang dia burukkan no.2 tu pada kawan – kawan dia.
Aku pon malas nak dengar buat hal aku. Malas nak peduli hal dia. Pastu tiba – tiba dia cakap dah ceraikan no.2 tu tapi nak rujuk balik. Aku angguk je, macam biasa malas nak ambik port. Beberapa hari kemudian aku tak tahu datang mana s3tan suruh aku mintak cerai sebab dah tak tahan hati dan perasaan.
MentaI aku pon s4kit. Aku pon mintak cerai malam tu sebab aku cakap nak hidup sendiri lebih baik. Waktu tu kami g4duh teruk sebab dia cakap tak nak ceraikan aku dan tak tahu dia boleh hidup dengan no.2 tu berapa lama sebab per4ngai perempuan tu lain macam katanya.
Aku tetap dengan keputvsan aku minta dilepaskan. Dan malam tu aku jadi m4ngsa dia, kepala aku ced3ra sampai berd4rah meleleh dari kepala sampai hampir pengsan. Dia lafazkan cerai malam tu gak. Tapi lepas dia nampak d4rah, terus dia pangku cakap mintak maaf sangat – sangat, sayang aku la dan nak bawak aku pi hospitaI bagai.
Dia tak nak lepaskan aku tapi dia cakap aku yang p4ksa dia jadi macam tu. Dia pujuk aku untuk rujuk semula sebab dia sayangkan aku. Aku plak jenis hati lembut dan masih sayang kat dia. Aku maafkan dia untuk kali ke berapa dah dalam hidup ni.
Kami rujuk kembali sambil aku menempuh hidup berpoIigami dan suami yang baran. Selang beberapa bulan kemudian sekali lagi dia bagitahu yang dia dah ceraikan no.2. Aku tanya no.2 tu mengandung ke tak? Dia cakap tak.
Aku dengan selambanye baIas balik. “Selagi Allah tak izinkan untuk dapat zuriat benda tu tak akanĀ berlaku. Percayalah pada kunfayukun dan takdir yang dah tertulis.” Sambil cakap dalam hati anak luar nikah ko yang ada pon ko tak bertanggungjawab, ini plak nak mintak lagi. Dia pon senyap terkebil – kebil.
Untuk pengetahuan korang aku bukan nak aibkan dia tapi sebelum aku kenal dan kahwin dengan dia ni, dia memang dah ada anak luar nikah. Bukan sorang tapi 2 orang tau. Dia biarkan je budak – budak tu, langsung tak bertanggungkawab sampai la aku tulis ni.
Alasan dia family budak tu tak bagi jumpa. Dia janji nak berubah dan aku pon terima dan kahwin dengan dia. Sampai ke hari ini aku masih bertahan. Sekarang bertambah lagi masalah aku, dia dah tak bekerja hampir 4 bulan.
Duit pon dah habis dengan sewa rumah tak bayar lagi. Aku plak lepas dia ceraikan no.2 tu, dia suruh aku berhenti kerja sebab dia nak aku ada kat rumah bila dia balik dan katanya dia mampu kalau aku tak kerja pon. Aku pon dengan lurus bendul berhenti la kerja.
Sekarang bila takde duit, sewa rumah tak bayar, kereta pun nak kena tarik tapi dia selamba je lagi main mobile legend. Bila berg4duh caci m4ki hamun dah biasa aku dengar. Kalau aku diam senyap, aku kena marah balik sebab tak jawab soalan dia.
Bila jawab aku kena marah balik sebab menjawab. Per4ngai dia tak berubah walaupon aku dah berkali – kali maafkan. Sampai masa aku rasa tertekan sangat. Harap – harap jangan sampai s4kit mentaI dah. Mencari kekuatan sama ada bercerai atau teruskan hidup dengan dia.
Kalau teruskan hidup dengan dia, aku kena ready mentaI dan fizikaI. Aku pon tak tahu mampu ke tak dengan per4ngai baran dan kaki pompuan dia. Kalau nak bercerai tengah cari kekuatan dan cari kerja untuk memulakan hidup baru.
Aku masih di sini sebab sayang. Ya, cinta membutakan segalanya. Korang nak komen atau kecam aku tak kisah. Tapi ni kisah hidup aku. Kalau nak bagi pendapat pon aku hargai..
Komen Warganet :
Che Ann : Elok ada kerja berhenti. Sudahnya dua – dua takde kerja. Buang jerlah sayang ko pada dia. Bukan mengenyang dan menyenangkan. Hati dan badan s4kit. jiwa terd3ra.. hidup m4kin susah. Itu pun ko nak tunggu lagi.
Sukahatilah.. Kami semua boleh nasihat Jer. Pokok pangkalnya, semua terletak di tangan ko. Kalau ko rasa nak hidup ko berubah. Lupa dan tinggalkan laki ko tu. Kalau nak terus merana. Ko setia jer lah pada dia. Terpulang pada ko.. OK.
Aerin Mas Nan : Seeloknya sebelum nikah lagi sis dah boleh pikir, layak ka dia untuk sis ? Sebelum nikah dengan sis pun dia dah ada anak luar nikah. Kalau dari sebelum nikah maru4h dia sendiri pun dia tak peduli, macam mana plak dia nak peduli dengan maru4h sis? Pendapat saya, sis move on ja. Jantan kalau dah kaki betina, sampai m4mpus laa takkan berubah.
Miss’z Siti Khadijah : Sayang tu pada – pada cik kak takkan kot sebab sayaang, nyawa melayang, hmm ada hikmah kenapa Allah takbagi zuriat lagi. Dengan per4ngai laki macam tu, dengan isteri pun sikap macam hape, dah ada anak nanti macam ner?
Fikir la kak, sebelum ko ada anak dengan dia baik ko move on je. Jangan kita perempuan nikah dengan laki ni nak cari pelindung, penjaga, tapi apa kau dapat kak?? Caci m4ki, sep4k ter4jang, kepala bocor. Hmmm pokok pangkalnya berbalik pada diri kau sendiri kak.
Fikir la dalam – dalam fikir la masa depan, pikir hidup kau kak, kalau kau rasa kau bahagia kena sep4k ter4jang ikot pandai ko la kak. Aku doakan kau jumpa jalan penyelesaian yang terbaik
Insan Terpilih : Pada mulanye kesian tapi bila aku baca sampai abis kau ni salah satu insan yang rela m4ti asal tak kehilangan. Suami apa kalau dah naik kaki tangan?? Nafkah setakat batang pisang ?? Hahahha hantuk kepala kat dinding jelah. Sudah – sudahlah kak oii. Angkat kaki jelah. Mungkin Tuhan tak bagi rezeki anak sebab laki kau macam tu dan per4ngai kau macam nii. Nasib anak tak terbela nanti.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.