
Rupa aku ade iras siti nurhaliza dan penyanyi Camelia. Pendek kata aku mempunyai rupa yang menarik. Pada tahun pertama perkahwinan dia telah curang dan berkahwin lain pada tahun keempat perkahwinan kami. Sampai sekarang aku ada peminat, suami cek HP aku..
#Foto sekadar hiasan. Aku berusia 30 an. Seorang surirumah yang menjalankan online business secara kecil – kecilan untuk mengisi masa lapang. Mempunyai seorang anak perempuan yang comel. Telah mendirikan rumahtangga selama 12 tahun.
Berasal dari negeri pantai timur. Berkulit cerah dan badan kecil molek. Rupa aku ade iras siti nurhaliza dan penyanyi Camelia. Aku ada d4rah kacukan Siam. Pendek kata aku mempunyai rupa yang menarik. Hidup aku bahagia kerana memiliki suami yang hensem, bertanggungjawab, penyayang dan pemurah.
Berikan kereta dan sediakan rumah yang selesa untuk kami. Belikan insurans dan masukkan saving ASB setiap bulan. Apa yang aku minta dia akan belikan. Pendek kata, 100% perbelanjaan aku ditanggung oleh suami aku.
Alhamdulillah. Aku antara wanita yang bernasib baik. Namun.. kebahagiaan yang aku kecapi musn4h sekelip mata pada tahun ini. Suami yang aku percaya dan sayang ternyata menduakan aku. Pada tahun pertama perkahwinan dia telah curang dan berkahwin lain pada tahun keempat perkahwinan kami.
Terlalu k3jam perbuatan dia. Hati aku sangat sangat terIuka. Dia meminta maaf sambil menangis dan memujuk aku supaya tak tinggalkan dia. Dia menyesal di atas perbuatannya. Mula – mula dia berniat untuk suka – suka dan “test market”.
Lama – lama terjebak dengan maksi4t. Dia berkahwin dengan perempuan itu untuk menebus kesalahan. Dia takut akan baIasan yang dia akan dapat memandangkn anak kami pun perempuan. Aku dilanda kemurungan dan “anx1ety att4ck” gara – gara terlalu tertekan.
Aku tak dapat tidur dan kurang selera makan. Teruk suami aku dim4ki. Pertama kali dalam hidup aku m4ki orang sampai tahap itu. Aku menyesal setia dan sayang pada lelaki yang salah. Aku terima dia dulu kerana aku nampak kesungguhan dia untuk mendapatkan aku.
Aku tolak banyak pilihan yang lain semata – mata kerana dia. Sampai sekarang aku masih ada peminat. Dia sendiri masih kuat cemburu dan selalu check phone aku kalau – kalau ade lelaki gatal yang mesej aku. Dia akan call lelaki tu dan bagi warning.
Aku bertanya apa kurangnya aku? Setahu aku sepanjang kahwin aku tak pernah menolak bila dia nak “bersama”. Aku layan dia sebaik mungkin. Walaupun masa mengandung aku tetap jaga penampilan diri aku supaya sentiasa nampak kemas dan sedap mata memandang.
Aku jenis yang lembut dan manja. Aku juga mendengar kata dan sabar walaupun suami aku kuat cemburu dan mengongkong. Aku mintak cerai dengan dia tapi dia tak nak lepaskan aku kerana masih sayangkan aku. Lagipun kami ada anak bersama.
Tapi aku tak dapat terima kecurangan dan penipuan dia. Aku mula curiga pada dia dan sering menyalahkan diri sendiri. Aku dah macam orang tak siuman. Aku pernah rasa nak tik4m diri sendiri kerana terlalu kecewa. Aku pernah non stop menangis sampai tahap sesak nafas.
Aku ada mengadu masalah pada kakak – kakak aku. Tapi mereka menyuruh aku supaya terus bersabar dan bertahan memandangkn suami aku sudah insaf dan dia bertanggungjawab. Dia tak pernah abaikan kami walaupun dia ada isteri lain.
Selepas kejadian itu, aku banyak dekatkan diri pada agama. Aku cukupkan solat 5 waktu, mendirikan solat sunat dan berzikir. Aku banyak muhasabah diri. Aku cuba maafkan dia dan berdamai dengan takdir. Aku rasa penceraian bukan lah jalan terbaik kerana kami ada anak yang masih perIukan kasih sayang seorang ayah.
Aku pun masih sayangkan dia. Aku cuba positifkan diri dan layan suami aku macam biasa. Aku cuba melupakan apa yang dah berlaku. Walaupun susah tapi tak must4hil. Aku selalu berdoa diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi ujian ini.
Aku juga berdoa supaya suami sentiasa sayangkan aku, setia, jujur, bertanggungjawab dan dijauhkan dari maksi4t. Setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmah yang terkandung dia dalamnya. Antara hikmahnya aku m4kin dekat dengan agama.
Keberg4ntungan aku pada Allah lebih dari sebelum ini. Aku mengaku dulu aku jauh dari agama dan jarang berdoa. Padahal doa itu senj4ta seorang musIim. Layanan yang baik saja tak mencukupi untuk mengik4t kasih sayang suami isteri.
Doakan kami bahagia hingga ke syurga. Doakan aku dapat jadi isteri yang terbaik untuk suami aku. InsyaAllah.. – Lufyah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Baizura Mat : Sebab kita isteri asalkan suami cukup bagi nafkah zahir batin kita kena sabar dan redha kalau dia menduakan kita pun. Sebab sabar itu dijanjikan ganjaran di akhir4t. Suami sudah insaf dan kita kena terima madu sebab dia nak tebus kesalahan dia.
Isteri terima suami sebab tak mampu demi anak – anak. At the end isterinya saya terp4ksa jumpa dengan psych1atric sebab depr3ssion. Kesian dia muaIaf buang family sebab suami tapi diduakan. Kadang – kadang rasa tak adil kan? Susah dah nak bahagia balik bila suami tak setia tapi apa boleh buat.. isteri redha je lah.
Utin Mardiana : Berpoligami tak salah. Tapi dari cerita confesor ni suami dia curang terIanjur berz1na tu yang salah dan meny4kitkan hati. Kalau nak berpoIigami sangat pun, buat la cara halal yang diajar Islam. Bukan berz1na dulu kemudian berpoIigami. Itu yang buat ajaran Islam dipandang buruk tu. Apa pun semoga baIasan syurga atas kesabaran isteri. Teruskan bersabar. Kerana syurga bukan percuma.
Roshalizan Azrie Aris : Syukur sebab Allah datangkan ujian tu ikut kemampuan kita. Ade suami setia tapi mertua plak selalu mengganggu. Ada suami baik tapi isteri plak curang. Ada suami isteri bahagia tapi Allah uji masih belum punya zuriat.
Kita layak untuk bahagia sebenarnya. Cuma kita mungkin kurang rasa bersyukur. Selayaknya letakkan Allah yang paling tinggi dalam hidup kita. Sudah pasti kita tak akan kecewa.
Ekin Abdulmajid : Silapnya manusia hari ni bila mana dia terlalu menyayangi manusia lain lebih dari pencipta manusia itu sendiri. Dia anggap segala nikmat yang dia dapat dia tidak diuji. Jangan ya. Mungkin ini ujian untuk kita. Allah tak uji kalau tak mampu.
Mungkin tiba masa untuk kita dekat kan diri dengan pencipta yang Esa. Sampai masanya kita rasa cinta pada makhluk di tempat kedua. Jangan terlalu h4mbakan diri pada makhluk yang semestinya tak sempurna dan tak kekal lama.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.