
Dulu aku duduk rumah mak tapi lepas aku pindah keluar kakak aku duduk dengan suami dia. Tapi apa yang aku perasan, rumah mak m4kin lama m4kin kotor, m4kin semak, m4kin busuk dengan naj1s kucing. Mak kalau sapu sampah hanya melonggokkan sampah di belakang pintu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua warga Facebook. Aku di sini sekadar ingin meluah rasa hati yang berat. Andai ada cara penyelesaian dari pembaca juga aku terima. Aku seorang isteri jugak seorang ibu untuk putera puteri soleh solehah aku.
Aku mula kan cerita daripada aku mula menikah saja ya. Selepas aku dan suami menikah kami memilih untuk tinggal bersama emak aku di mana mak juga memang mahu kami tinggal bersama dia dan dia selesa dengan kami.
Sementara suami mahu kukuhkan kewangan dia untuk kami keluar hidup sendiri berdikari. Dalam kami masing – masing selesa tinggal bersama bawah satu bumbung rupanya ada yang tidak senang kami begitu. Lalu kakak sulung aku yang tinggal tidak jauh dari rumah mak (sekampung) meminta kami keluar berdikari,
Untuk memberi laluan kepada kakak aku yang lagi seorang yang ketika itu masih bujang tapi tinggal sendirian di bilik sewa kerana dia suka kan privacy sebegitu. Aku dan suami terus mencari rumah sewa lain yang lebih dekat dengan tempat kerja suami.
Aku fikir mungkin ada betulnya, malah kami bertambah bahagia bila tinggal sendiri dapat susah senang bersama tanpa menyusahkan emak. Lalu kakak aku yang kedua kembali berpindah tinggal bersama emak. Kami membiasakan rutin melawat emak setiap kali hari off day, tapi saban hari saban tahun rumah mak m4kin berubah.
M4kin kotor, m4kin semak, m4kin busuk dengan naj1s kucing. Keadaan rumah mak jauh berbeza berbanding ketika aku tinggal di situ, lantai rumah berpasir. Dapur yang kotor dengan lantai berkerak. Sampaikan aku tak lalu nak makan masakan emak, sangat menyedihkan sebab masakan mak lah yang paling aku suka hatta ikan kembong goreng pun bagi aku rasa sedap sangat.
Aku tak mahu menyalahkan mak yang bagi aku sudah dimamah usia untuk melakukan kerja rumah walaupun mak sejenis yang kurang pengemas, Contohnya bila sapu sampah mak cuma akan melonggokkan sampah di belakang pintu dan membiarkan di situ saja.
Bila aku tertengok gambar – gambar rumah kotor yang viral di media sosiaI terus aku terbayangkan rumah mak walaupun rumah mak tak seteruk itu tapi ya kotornya lebih kurang. Lepas kami berpindah kakak aku yang tinggal dengan mak berkahwin dengan pilihan hatinya dan mereka tinggal di situ.
Bagi aku ya perlu kami salah seorang anak tinggal bersama mak untuk membantu mak dari segi pengangkutan dan sebagainya. Tapi kakak aku sangat lah pemalas ya Allah, dia tak berminat untuk mengemas rumah atau masak dan itu lah punca rumah mak m4kin teruk kotor kerana mak aku perlu dibantu.
Dan usia mak juga bukan untuk buat semua kerja rumah lagi, kita yang muda yang kuat ni yang perlu ambil alih segala kerja rumah. Sebelum pandemik aku pernah berniat untuk pergi mencuci rumah mak ketika hari cuti tapi aku juga sibuk dengan rumah tangga aku dan kerja kerja lain yang perlu aku uruskan.
Dan kemudian aku melahirkan anak lagi, ketika pkpp kami pulang melawat mak seperti biasa tapi yang aku nampak rumah bukan nya sem4kin bersih kerana kakak aku cuma berada di rumah kerana tak boleh bekerja. Tapi rumah sem4kin kotor!
Yang terbaru aku tengok sawang rumah mak penuh di syiling rumah sampai dah kehitaman dan sudah bertali hampir kena kepala, bayang kan punya teruk sawang tu sampai hitam dah melebihi sawang pintu gua. Setiap kali aku melawat mak aku tak mampu nak tolong kemas atau apa kerana aku punya anak kecik yang sangat lasak suka mengutip semua benda untuk dimakan,
Jadi memang aku kena fokus untuk anak aku di dalam keadaan rumah yang kotor banyak benda berbah4ya untuk anak aku. Mak selalu mengadu hal kakak aku yang tidak membantu dirumah, dia dan suami makan pun dalam bilik.
Kalau gelas air yang diminum ditinggalkan saja penuh meja di ruang tamu dengan plastik sampah makanan lain lain. Aku cuma diam, aku tiada solusi. Rumah itu tak besar pun, cuma dua bilik sahaja. Maksud aku perIukah aku orang yang tidak tinggal di situ ikut campur urus rumah yang kakak aku dan suaminya perlu urus?
Kenapa ketika aku dan suami tinggal di situ rumah itu bersih saja, kenapa dia tak mampu buat benda yang sama? Kakak aku belum punya anak kecil macam aku dan aku rasa dia lebih dari mampu untuk urus rumah itu berbanding aku.
Aku dan suami tak akan sesekali kembali tinggal bersama mak selepas apa yang dik4takan kakak sulung aku terhadap kami dulu. Kami lagi rela emak datang tinggal bersama kami tapi mak tak mahu. Ya lah, di rumah aku mak tak boleh beraktiviti seperti di rumah sendiri.
Dia tiada kawan – kawan dan sebagainya. Aku cuba tidak se’detail’ mungkin untuk karang cerita ini, aku tak mahu orang yang kenal keluarga aku tahu tentang ini. Aku rasa sangat teruk bila tengok rumah mak begitu, juga aku malu dengan jiran – jiran.
Dengan keadaan kotor sebegitu bukan nya boleh dikemas dalam sejam dua. Mungkin ambil masa berhari – hari, dan jika aku mula mengemas aku akan buat bersungguh – sungguh hingga bucu lantai pun aku tak mahu tengok berkerak,
Jadi memang ambil masa yang lama untuk aku mengemas sesuatu ruang waktu tinggal dengan mak dulu. Dengan keadaan aku punya anak kecil memang aku tak mampu membantu. Ampunkan aku ya Allah. – Mimi (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Miera Wahab : Minta kakak sulung sampaikan pesanan kepada kakak yang tinggal dengan mak. Kakak sulung yang pernah ‘sound’ confessor supaya keluar dari rumah mak supaya kakak yang ni boleh tinggal dengan Mak kan?
Maka, kakak sulung jugalah yg perlu bersuara hal ni sebab dia yang menyebabkan kakak yang ni tinggal dengan Mak. Bincang dengan semua adik beradik untuk upah orang membersihkan rumah Mak. Pakat kongsi bayaran upah sebab itu rumah Mak, Mak tu atas tanggungjawab semua anak.
Memandangkan confessor kata kekotoran rumah Mak dah sangat ‘tebal’, maka memang perlu upah orang untuk bersihkan. Takkan mampu nak buat sendiri kalau sawang dah sama macam pintu gua. Nasihat elok – elok kat kakak yang tinggal dengan Mak supaya jaga kebersihan.
Bukan semata – mata untuk dia, adik beradik lain dan confessor yan kadang – kadang singgah rumah Mak, tapi lebih kepada kesihatan fizikaI dan mentaI Mak.
Ida Nadia :
Kalau nak bagi semua orang maklum keadaan semasa Sis rakam dan buat home tour. Tunjuk semua, buat live lagi ok. Nanti kata tipu pulak. Lepas tu baru panggil part time maid. Kalau berulang lagi ajak mak tinggal dengan awak.
Rumah tu rumah tua, kalau raya semua berkumpul di sana. Pandai – pandai la kakak awak mengemas, kalau ada rasa malu pandai la dia.
Normila Saat : Anak – anak perlu sentiasa ingat (terutama yang tinggal sekali dengan mak ayah), bila umur kita sem4kin meningkat, mak ayah kita juga sem4kin tua. Sem4kin tua mak ayah kita, sem4kin mereka tidak mampu untuk mengurus rumah tangga.
Janganlah mengharapkan mak kita masak – masak makanan kegemaran kita, membersihkan rumah seperti waktu mudanya. Yang tinggal bersama tu perlu ingat juga, jika mereka tinggal di rumah sendiri pun, mereka perlu mengemas dan membersihkan rumah. Mak kita bukan orang gaji kita.
Nurna NaFiz : Nampak dalam keluarga puan ni.. Kak Long ada suara yang didengar adik – adik. Sekarang ni kak long tu dah tahu tak masalah ni? Sekarang kan masih pkp kemungkinan dia tak tahu dan tak jelas keadaan rumah tu.
Pandangan saya, inform kak long semua rungutan mak tu. Nanti sama – sama cari solusi dengan dia. Nak hire maid ke apa bincang je. Kak Long boleh guna kuasa dia untuk tegur adik – adik sebab dia nampak agak dominan dalam citer puan ni. Insya Allah. Semoga bertemu jalan yang trbaik dan hubungan adik beradik tak terputvs.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.