Rumah banglo cantik tepi tasik jual harga murah, aku nekad beli tapi ini yang aku alami

Ikutkan market value rumah ni dalam 2 Juta tapi aku dapat bawah 1 Juta. Aku pindah masuk bulan May 2020, jadi family aku pun tak sempat nak datang lagi sebab PKP kan. 2 hari lepas, waktu malam ada orang tekan loceng rumah, bila saya bukak pintu ada seorang makcik datang jual kuih..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Saya ada satu confession. Agak pelik tapi benar. Pada awal tahun 2020 (pre c0vid), saya telah membeli sebuah rumah. Rumah ini bukan la rumah biasa. Ia terletak di tepi tasik. Ada beberapa rumah di sekeliling, boleh dikatakan kawasan elit disebabkan tanah “resort”.

Mengikut logik akal, saya tak mampu untuk membeli, hanya mampu tengok. Pada mulanya, saya bercadang ingin membeli sebuah apartment dan settle down di situ. Oleh disebabkan saya seorang lelaki bujang, jadi saya tidak perIukan rumah yang besar untuk didiami.

Sedang saya mencari rumah, saya ada teringat yang saya ada kawan yang sama – sama bersekolah dahulu yang kini bekerja sebagai agen hartanah. Jadi saya mengambil keputvsan untuk berhubung dengan nya. Dia la yang memberitahu saya ada sebuah rumah cantik, nak dijual pada harga below market. Sangat below market ya.

Saya tanya dia, “what’s the catch?” Dia kata rumah ini pernah menjadi saksi pembunvhan sekeluarga. Dia tidak la beritahu apa sebab pembunvhan, cuma dia beritahu saya berapa orang yang m4ti. Rumah ini sangat cantik ya, design yang modern.

Ada swimming pool, mini garden, ada office room dalam rumah, ada walkin wardrobe dan ada garaj yang boleh memuatkan 2 biji kereta. Memang cantik. Rumah ini mempunyai 6 bilik tidur dan 6 bilik air, juga mempunyai dry and wet kitchen dan pantry / laundry room.

Pada asalnya ini tanah kosong, tetapi keluarga tersebut membina rumah atas tanah ini dengan design mereka sendiri. Oleh sebab itu, memang cantik. Mengikut logik akal, rumah ini tak kurang dari 2 juta ringgit. Tetapi saya dapat below market, kurang dari 2 juta, dan kurang dari 1 juta.

Oleh disebabkan seluruh keluarga itu m4ti di rumah itu, yang menguruskannya adalah abang kepada ketua keluarga tersebut. Abang tu cakap pada saya, rumah ini dibina 2016. Pembunvhan berlaku 2018. Dari 2018 sehingga 2020, tiada orang duduk.

Ada la perabot dan sebagainya, tetapi tiada penghuni. Jadi ya, saya mengambil keputvsan untuk beli. Bincang punya bincang, nego punya nego, saya dapat harga cantik. Dan saya beli. Mungkin kalian bertanya, di mana semua m4ngsa m4ti?

Baik. Mereka sekeluarga ada 5 orang. Ibu dan ayah dibunvh di master bedroom, atas katil. Anak perempuan dibunvh di bahagian wet kitchen. Lagi 2 anak lelaki, seorang bunvh diri dengan mengg4ntungkan diri di biliknya dan seorang lagi ditemui di ruang tamu dengan kesan keIar di tangan.

Ya, it’s too much kan? Mungkin korang anggap saya giIa. Saya ini bukan seorang yang terIampau 0bsessed dengan tahyuI mahyuI ini. Saya seorang yang sangat realistik. Ya, saya tahu dan percaya sy4itan dan j1n itu wujud. Dan ya, apa yang berlaku pada keluarga itu sangat tr4gik.

Tapi that’s life. People live and people d1e everyday. Saya tak fikirkan sangat pasal rumah ini ada sejarah pembunvhan ke apa ke, saya nampak opportunity dalam membeli rumah yang besar dan mewah sebegitu pada harga yang cantik.

Kawan saya (agen hartanah) ada berkata, banyak saja rumah second yang orang beli pernah ada kes dalam rumah itu, Baik dari segi bunvh diri, dipecah masuk dan bunvh, r0goI dan macam – macam lagi la, tapi pembeli jarang tahu, sebab agen takkan cakap.

Dan owner rumah juga takkan cakap. Demi mengekalkan harga rumah. Dan sebab itu juga kalau korang pergi ke hotel yang pernah ada kes orang m4ti di bilik hotel, pihak hotel takkan kongsi info tu pada korang. Kadang – kadang korang baring atas katil bekas orang m4ti dibunvh pun korang tak tahu. Itu adalah normal.

Sekarang sudah genap 2 tahun saya mendiami rumah ini. Oleh sebab saya pindah masuk pada May 2020. Ketika c0vid, dan ada restrictions untuk berjalan, ahli keluarga saya tak pernah ke rumah saya ini. Dan ketika selepas PKP 1.0 pun saya tak ada buat open house atau doa selamat.

Keluarga saya tak tahu pasal ni. Pasal sejarah rumah ini. Saya hanya memberitahu mereka saya ada membeli rumah. Itu saja. Mungkin bila keadaan reda dan boleh merentas negeri, saya akan jemput mereka ke sini. Untuk makluman, saya tidak mengeluarkan sebarang kos untuk renovate, rumah ini dah complete semua.

Rumah ini dijual sekali bersama perabot dan perkakas rumah yang lain. Bagi saya sangat berbaloi. Ya, saya ada keluar duit sikit, itu pun hanya upah cat rumah luar dan dalam sahaja. Selain itu, tiada. Katil tempat berlakunya pembunvhan itu tetap saya gunakan.

Saya panggil orang datang basuh katil dan saya letak cadar saya yang baharu sahaja. Mungkin korang tertanya tanya, tak rasa takut ke? Tidak. Saya tak rasa takut. Ada gangguan ke? Ya, ada. Tapi saya buat tak tahu. Rasa sentiasa diperhatikan ke?

Ya, saya rasa. Oleh disebabkan saya tinggal di master bedroom, dan saya tinggal seorang. Ada balance lagi 5 bilik tak digunakan. Tapi saya selalu saja kadang – kadang bertukar tukar bilik setiap malam untuk tidur. Saya bercadang nak convert salah satu bilik untuk jadikan gaming room / gym room / home theater room. Tapi itu akan datang la.

Di sini setiap 2 minggu sekali akan ada pengemas rumah datang untuk kemas rumah. Saya upah. Jadi rumah sentiasa bersih. Untuk makluman juga, di sini memang ada rumah rumah lain yang berdekatan kompaun rumah saya, tetapi hanya ada sedikit sahaja yang betul – betul ada orang tinggal.

Selebihnya, jadi rumah getaway / weekend house. Jadi malam memang sunyi di sini, tiada kenderaan lalu lalang dan sebagainya. Kalau saya di rumah, saya buka movie di ruang tamu dengan volume yang kuat pun, tak ada jiran yang akan complain. Ya ibarat sunyi macam itulah.

Setiap malam saya tidur, akan ada bunyi ketukan pintu bilik. Saya tahu memang ada yang nak mengacau. Tapi saya buat tak endah, lama – lama ann0ying jugak la rasa. Tapi satu benda saya nak cakap, kita sendiri yang control minda kita, jangan sesekali biarkan minda control kita.

Stand your ground, you are the owner of the house, yang datang mengganggu tu hanya penumpang sahaja. Kenapa owner nak takut pada penumpang pula. Saya juga lihat masyarakat kini terlalu obses dan terIampau takut. Mungkin sebab pengaruh dari cerita – cerita h4ntu dan sebagainya.

But don’t be afraid. Stand your ground, and show your d0minance. Itu mentaIiti yang saya pegang sehingga sekarang. Dan ya, sekarang tiada lagi gangguan dan apa pun, mungkin benda yang menganggu tu pun bosan saya tak layan mereka, haha entahlah.

Mungkin pembaca yang membaca ini anggap saya b0ngkak dan cakap besar, tak ada apa yang perlu saya b0ngkak. Saya tak takutkan mereka, saya takutkan manusia. Kerana manusia la, rumah ini pernah jadi kes bunvh. Yang membunvh, mer0goI dan sebagainya, manusia.

Bukan h4ntu –  h4ntu ini. Jadi ya, saya lebih takutkan manusia dari h4ntu. Sebelum saya akhiri confession ini, saya nak berkongsi. Baru 2 hari lepas, waktu malam ada orang tekan loceng rumah, Oleh disebabkan rumah – rumah di sini berkonsepkan open gate dan tiada gate, jadi sesiapa yang tekan loceng tu, memang betul – betul ada depan pintu masuk rumah la.

Nak jadikan cerita, ada bunyi loceng seingat saya jam 1.15 pagi macam tu, saya sedang membuat kerja di laptop. Saya bergegas ke pintu depan, ada seorang makcik tua membawa bungkusan plastik menjual kuih. Menjual kuih pada jam 1 pagi.

Ya, makcik tu hanya menundukkan diri dan tak pandang saya pun. Saya tahu apa maksudnya, saya beri salam. Dia tak jawab, saya tutup pintu terus. Dan lepas tu dia tekan loceng lagi, saya buat tak tahu saja. Saya pasang earphone, buka lagu.

Pesan saya pada mereka yang lemah semangat, tak ada siapa boleh bantu awak melainkan diri awak. Kalau awak let the fear control diri awak, sampai ke sudah la awak jadi lemah semangat, Nasihat saya beranikan diri. Pada mulanya.. susah.

Tapi sekali awak dah biasakan diri, awak boleh duduk kat hutan sorang – sorang tanpa rasa takut. Kita manusia kat bumi ni khalifah, kita superior dari makhluk lain. Kenapa nak takut kan benda yang di bawah kita? Cuba fikirkan.

Betul, kalau ada p0ntianak depan mata kita, gigiI kita. Tapi sekali awak approach dan unlock inner strength awak, trust me. No gh0st can do harm to you. Jangan risaukan h4ntu sangat, Risaukan manusia. Awak duduk rumah kunci grill pagar sebab taknak h4ntu masuk atau taknak per0mpak masuk? Thanks. God bless.

– Im (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ann Fardan : Nanti dah tamat musim c0vid19 panggil orang – orang berilmu untuk keluarkan ‘penghuni – penghuni’ dalam rumah awak. ‘Bersihkan’ rumah dengan cara yang betul. Esok lusa family nak datang, awak pun akan berkahwin ada anak – anak. Kalau tak pindahkan ‘penghuni’ tu lama – lama akan merosakkan kebahagiaan hidup awak. J1n sy4itan juga makhluk Allah tapi tak sesuai hidup bersama – sama kita.

Roshidah Nuruddin : Terbaik TT… akak suka cara TT handle situasi ini. Akak pun sebelum ni penakut jugak. Lama – lama boleh handle sebab kita Iawan perasaan tu. Kena ingat Allah sentiasa ada. Keberg4ntungan pada Allah sangat penting.

SayurNara Kimchi : Salam tt. Saya baca setiap bait ayat tuan. Tak ada rasa bangga pun dia situ malah saya rasa tuan ni memang reaIistik punya orang. Nak kata berani sangat pun tidak. Penakut pun tidak. Memang jenis steady punya, confidence level tahap tinggi.

Jika tuan bercadang sambung cerita ni lagi, mohon kongsi buku – buku, cara yang membentuk diri tt macam ni sekarang. Hanya ilmu amalan tertentu je boleh mengubah seseorg. Sesungguhnya saya sangat teruja nak tahu apa rahsianya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.