
Selama ni saya bagi semua gaji saya dekat isteri dan hanya ambil RM300 je untuk kegunaan saya. Tapi bulan ni bila saya cek bank tengok baki hanya ada RM70, mana cukup untuk saya. Tambah lagi ada dua orang anak yang saya jaga. Sekarang jadi masalah sebab..
#Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum min dan rakan – rakan di fb. Dikala perasaan bercampur baur sekarang ni, saya ambil kesempatan nak mohon semua bagi kata – kata yang membangun sikit. Saya adalah seorang suami, bekerja di sektor swasta, gaji saya tak sampai RM2000, mempunyai 4 orang anak.
Di sini terdapat masalah sikit di mana isteri saya ni pada kali ni, dan bulan ni, haji saya dia ambil semua. Dia hanya tinggalkan RM70 baki dalam akaun saya. Untuk pengetahuan semua, saya pjj dengan dia, kad bank saya ada dekat dia, saya hanya boleh check duit saya melalui Cimb Click je.
Apa yang saya rasa berat kali ni apabila kami ada krisis sikit, ada perselisihan faham antara saya dengan dia. Masalah saya dengan dia ni macam saya cakap dekat dia, bila kami duduk berjauhan PJJ, hidup kami berdua lebih tenang dan aman.
Jadi ingat – ingat lah kalau nak balik duduk dekat sini (rumah mak saya). Tujuan saya ingatkan dia macam tu, sebabnya dia ni kalau dekat dengan saya, dia suka cari pasal, suka buat muka, suka buat masalah sampai orang perasan yang kami ada masalah.
Saya tak suka macam tu, saya faham dia buat macam tu sebab member0ntak, sebab saya belum ada rumah sendiri, dan masih menumpang rumah orang tua saya. Rumah sewa ada dicari jugak, belum dapat lagi. Saya tau netizen akan cakap memang masalah kalau duduk dengan mertua atau dengan orang tua.
Sebolehnya berdikari, dan duduk sendiri kan, saya tau macam tu, tapi rezeki nak dapat rumah tu belum ada lagi. Berbalik pada masalah saya dengan isteri tadi, saya ada juga nak tanya orang ramai, kalau gaji saya tak sampai RM2000 ni, berapa yang patutnya saya bagi dekat isteri sebagai nafkah dan jumlah perbelanjaan untuk tanggungan dua orang anak yang ada dengan isteri,
Selalunya yang saya bagi, saya serahkan semua duit gaji saya dekat isteri dan saya cuma ambil dalam RM300 saja. Itu bersamaan RM10 sehari. Saya ok je dan tak pernah bunyi pun pasal tu, tapi isteri macam tu lah, tetap macam tak puas hati.
Sikit – sikit nak bunyi yang saya ni berkira dengan anak isteri. Sebab apa – apa hal nak beli, dia macam nampak duit yang sehari RM10 saya tu je. Saya cakap saya dah bagi semua duit gaji dekat dia. Takkan nak pakai yang tu pun tak boleh, pastu dia buat muka dekat saya.
Dia cakap yang saya berkira dengan anak isteri. Jadi sekarang macam mana, baki dalam bank RM70, nak cuba contact dia, di block nya saya dekat wasap, messenger fb pun saya cari dia, tak di baIas, messenger IG pun tak baIas.
Saya nak bincang elok – elok, kenapa dia ambik semua duit tu, sebab dekat saya ada tanggungan anak lagi 2 orang lagi. Jadi, bila saya dah meluah di sini, bermakna saya betul – betul dah letih, sangat – sangat letih, sampai saya tak tahu macam mana nak senyum lagi.
Doakan kekuatan untuk saya ye, harap ada yang faham dan saya mintak sedikit tips untuk saya gunakan untuk tempuh hidup berumahtangga ni dan untuk kuatkan diri saya. terima kasih semua. Terima kasih admin.
Komen Warganet :
Farhana’aisyaa Farhan : Harap tt baca la komen saya ni. TT kena call bank, cakap yang kad hilang, kemudian pergi buat kad bank baru. Lepas ni bagi isteri dalam RM900-1k sebulan cukup. Sebab gaji tt pun bukan banyak mana kecuali la gaji banyak boleh la bagi lebih.
Awak sebagai ketua keluarga, kena tegas buat keputvsan.. Memang awak duduk dengn mak ayah awak dan 2 orang lagi anak awak tapi adil ke susahkan mak ayah awak terp4ksa kena tanggung 2 anak awak. Dah la segala bil mak ayah awak tanggung.
Ini saya teka je sebab selama ni awak dapat RM300 je tu. Itu la duit minyak, itu la duit makan nak pergi kerja. Kena tegas, nak tak nak isteri awak kena terima dan belajar seadanya. RM200 tu tak banyak mana pun.
Bulan Tak Pernah Jauh : Sebagai suami isteri kena ada sikap bertolak ansur. Bukan hanya kamu, tapi isteri juga perlu bertolak ansur. Sebab dua – dua menjalankan tanggungjawab menjaga anak. Jadi bab kewangan ni kena pandai – pandai rancang dengan adil.
Kalau dua – dua pun eg0, saya takut nanti anak – anak yang akan jadi m4ngsa. Cuba beralah untuk berbincang. Walau s4kit, tapi in shaa allah Allah s.w.t temukan jalan penyelesaian nanti.
Kucing Comel : Ini jenis isteri yang pentingkan diri sendiri. Sepatutnya seorang isteri menyenangkan hati suami selagi mana suami bertanggungjawab pada keperluan isteri. Kau buatlah report kat bank cakap kad hilang. Lepas ni jangan bagitau pin nombor dekat isteri dah.
Berapa dia nak pakai transfer je ke akaun dia. Kau duduk ngan mak ayah kau, takkan nak biar mak ayah kau yang sara kau dan anak – anak, paling tak pun kena tolong bayar bil dan belikan barang dapur sikit – sikit dekat rumah tu.
Makcik Sebelah : Sedihnya baca. Teruk betul wife awak ni. Saya baca pun penat. Macam mana nak teruskan hidup dengan RM70 tu bulan ni. Wife awak ni mesti jenis tak fikir panjang. Awak try la minta izin untuk rentas negeri, balik bersemuka dengan isteri.
Bincang baik – baik. Ingatkan dia yang awak ni suami yang patut dihorm4ti. Bila dia cakap awk kedekut atau berkira, awak keluarkan slip gaji awak, tunjuk komitmen bulanan awak bulan – bulan dan berapa jumlah yang awak bagi dekat dia.
Dah terlalu dimanjakan sangat wife ni. Kalau perlu gert4k dia, ambil semua anak dan awak bagi je RM100 kat dia sebagai nafkah zahir. Sebenarnya mmg tak cukup pun 2k untuk 4 anak tambah lagi dengan keadaan sekarang. Kena ik4t perut sikit tapi memang s4kit bila dapat isteri yang tak memahami ni. Bertabahlah TT.
Dee Ya : Ini nasihat dari saya, gaji awak tu bahagikan 3, 1/3 untuk awak dan anak – anak yang awak jaga, 1/3 awak bank in untuk isteri dan anak – anak yg dia jaga. 1/3 lagi awak simpan untuk apa – apa kec3masan dan bagi mak ayah awak sikit.
Kad bank tu awak kena pergi buat lain. Jangan takut dengan isteri. Jangan layan bebeIan dia. Buat masa ni awak cuma call dan mesej benda yang perlu sahaja. Mungkin dengan silent treatment dia akan munasabah dan fikir mana salah silap dia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.