PukuI 3-4 pagi saya sedar suami bangun, ingatkan dia tahajud rupanya dia susun kertas ‘nombor’

Kalau anak – anak ajak makan di restoran makanan segera. Suami akan order, lepas tu dia keluar hisap r0kok. Saya yang kena bayar. Bila makanan tersedia, dia datang duduk makan. S4kitnya hati. Per4ngai buruknya buat saya takut nak ke pasar raya atau ke restoran bersama dia takut kena per4ngkap.

#Foto sekadar hiasan. Rasanya sayalah wanita paling maIang dapat suami yang langsung tak tahu tanggungjawab, mungkin anda kata saya keterlaluan, tetapi inilah kenyataan yang terp4ksa saya tanggung sekian lama, rasanya kemanisan berumahtangga saya dalam masa setahun sahaja, sebelum rahsia sebenar siapa dia terbongkar.

Masa mula kahwin saya rasa sayalah yang bernasib baik, dapat suami baik dan bertuah kerana berkahwin dalam usia belum pun mencapai 28 tahun. Berbanding kawan sebaya masih belum berkahwin. Ada juga kakak saud4ra dah lebih 35 tahun tapi masih tak kahwin.

Waktu itu rasanya saya amat bertuah. Tetapi setelah beberapa tahun, baru saya sedar, sayalah yang maIang, sedangkan kawan dan kakak sed4ra yang bertuah, walaupun sendiri, tetapi mewah dan bahagia. Sebelum ada tanggungan, tentulah senang berbelanja, tetapi bila dah mengandung, kita mula minta duit suami untuk persediaan sambut anak pertama.

Ketika itu saya rasa Zainal amat kedekut. Dia suruh kita berjimat, nak jimat macam mana, nak bersalin tentu buat persediaan, kelambu, batal, pampers, pakaian dan sebagainya, katanya guna apa yang ada. Apa yang ada?

Nak tak nak bila dekat bersalin saya terp4ksa beli barang keperluan bayi sendiri, cari bidan mengurut, ubat dalam pantang, makan minum pun kena jaga, tapi kata Zainal emaknya banyak anak tak sibuk pun. Dia suruh jimat, betul, tetapi semua benda saya kena beli sendiri.

Menitik air mata fikirkan per4ngai Zainal yang langsung tak kisah tentang kesihatan kita yang sedang hamil dan dalam pantang, semua kena buat sendiri. Bila anak sem4kin besar baru sedikit demi sedikit saya dapat tahu bahawa Zainal ini rupanya kaki jvdi.

Itupun secara tak langsung saya ternampak beberapa keping kertas bernombor. Awalnya saya tak faham, bila tanya kawan baru tahu rupanya kertas jvdi, dan baru tahu apa itu jvdi kuda, t0to magnum (KTM). Dalam diam – diam saya kira dari kertas yang saya jumpa jumlah duit yang dihabiskan untuk KTM dalam sebulan kira – kira RM100 seminggu.

Lama kelamaan jumlah ini bukannya surut, malah bertambah RM300 – 400 seminggu. Ketika anak – anak bertambah ramai dan bertambah dewasa, lagi banyak dia berjvdi. Bila rahsianya terbongkar dia langsung tak malu, malah kertas jvdi itu bersepah – sepah seolah – oleh menc4bar kesabaran saya.

Akibat giIa berjvdi inilah Zainal tak pernah ada duit. Saya selalu nasihatkan dia supaya berhenti berjvdi, jangan membazir dan tak ada orang kaya kerana berjvdi, sebaliknya jadi miskin papa kedana. Dia tuduh mulut saya jahat doakan dia papa kedana.

Sebenarnya itulah yang dilarang oleh agama, berjvdi h4ram, lagi saya sebut h4ram, bertambah menyinga dia konon dia boleh kaya dengan jvdi kalau rajin berusaha. Bila saya nasihatkan dia kata saya berleter sekat rezeki nak masuk.

Paling meny4kitkan hati jika saya nasihat dia angkat kaki tinggalkan rumah, dah subuh baru balik. Dulu saya fikir dia keluar rumah jumpa kawan, rupanya saya dapat tahu dia pergi belajar, bukan belajar kelas malam untuk dapat ijazah, tetapi kelas khas belajar ramalan nombor jvdi.

Rupanya ada kelas khas meramal nombor, contoh nombor mana boleh str1ke dan nombor mana yang kurang bagus dan kalau nak menang besar kena letak duit lebih banyak lagi. Cam tu! Mulanya memang saya tak tahu pasal kelas belajar ramal nombor ini hinggalah satu hari saya lihat dia mengatur kertas nombor lama yang dia pernah beli atas meja.

Terk3jut beruk saya, banyaknya duit yang dia dah habiskan beli nombor. Saya nampak waktu saya terjaga tengah malam nak minum, rupanya dia buat ramalan lebih kurang jam 3 atau 4 pagi. Rasanya kalau waktu itu dia buat solat taubat ke! Tahajud ke atau hajat lebih baik daripada mengkaji nombor KTM tu, paling tidak Allah berkati hidupnya, sebaliknya dia cari baIa kemurkaan Allah.

Waktu dinihari takkan kita nak berleter atau meng4muk, tentu jiran tetangga terjaga, jadi kita tengok dan berasghafar, sambil berdoa agar Allah tiupkan hidayah dalam dirinya. Ketika dia mentelaah nombor kita lalu pun dia tak nampak.

Bila selalu sangat mentelaah nombor tentulah mengganggu tidurnya, dan pasti sering bangun lewat ke tempat kerja. Pernah dia ke tempat kerja jam 12 tengah hari, alasannya kereta rosak dan jumpa doctor dan macam – macam.

Pernah juga saya tengok dia masih tidur waktu saya dah balik kerja, bila tanya tak kerja ke? Dia kata MC badan tak sihat! Sebenarnya mengantuk bangun lambat. Kalau hari – hari tak tidur boleh s4kit dan boleh dapat surat amaran dari pejabat.

Orang giia nombor memang macam orang giIa, pernah dia dapat ramalan dari kelas ramalan nombor bahawa dia dapat nombor baik, dalam diam – diam dia jual kereta dan labur semua duit jualan kereta beli nombor konon nak dapat sejuta ringgit.

GiIa! Memang dia giIa! Saya terk3jut bila dia kata dah jual kereta! Tapi esoknya dia lagi terk3jut, tepuk dahi beberapa kali bila nombor yang diramal tak keluar. Hangus kereta kerana jvdi. Bila saya tanya kenapa jual kereta dia diam macam batu! Tak berbunyi!

Bila saya hangin dia jual kereta, dia tutup mulut saya bagi RM500. Dia ingat cukup ke jumlah tu! Saya terus membebel, dia ambil jalan mudah tak balik malam, dah subuh ‘time’ saya tidur baru balik. Saya pernah terfikir nak kuncikan pintu, tetapi terfikir tak mahu ganggu jiran.

Kalau saya kunci pasti dia tumbvk dan t3ndang pintu sekuat hati suruh buka. Bila dah tak ada kereta saya fikir tentu dia pergi kerja naik bas, tetapi dia pakai kereta saya pulak. Dengan muka tak mahu dia suruh saya pergi kerja naik bas, sedangkan dia tahu tempat kerja saya memang jauh.

Bila dia sorok kunci kereta, saya terp4ksa tumpang kawan kereta kawan. Takkan nak free, terp4ksa bayar RM8 sehari untuk duit minyak kereta kawan. Zainal tak peduli saya tumpang kawan perempuan ke lelaki ke dia tak kisah asalkan dia boleh pakai kereta saya.

Sedangkan kereta itu saya beli, petrol saya isikan tetapi saya pulak kena tumpang kawan nak pergi kerja nak cari rezeki. Itu bab jvdi dan jual kereta untuk makan minum keluarga sebulan dia cuma bagi RM300 kadang – kadang RM200 sahaja, cukup ke?

Bila saya kata tak cukup mintak lebih, dia jadi batu tak berbunyi. Memang meny4kitkan hati. Mana cukup RM300 sebulan dengan anak dah bertambah 3 orang dan sem4kin besar. Jadi semua saya terp4ksa tampung. Kalau anda tak percaya cerita saya ini, tanya kawan yang nasib mereka sama seperti saya dapat suami kaki jvdi, nasib tak baik dia pinjam along kita pulak dia suruh bayar! Boleh m4mpus!!

Pernah saya uji dia ke pasaraya nak suruh dia bayar. Dia ikut, dan ambil benda – benda yang dia suka makan. Bila habis, dia sorong troli sampai casher dan terus keluar nak mer0kok dan suruh saya bayar. Memang jahat! Begitu juga kalau anak – anak ajak makan di restoran makanan segera.

Dia order, lepas tu dia keluar hisap r0kok, kita yang kena bayar. Bila makanan tersedia dia duduk makan. S4kitnya hati. Per4ngai buruknya buat saya takut nak ke pasar raya atau ke restoran bersama dia takut kena per4ngkap.

Setelah bercerai, 2 anak saya masuk kolej nak beli laptop, beli buku atau camera untuk belajar, dia suruh mintak pada emak. Memang hampas! Bila adik beradik ipar tanya kenapa bercerai bukankan lebih baik ada suami boleh tanggung anak – anak.

Saya kata tak guna saya bercerita keburukan Zainal sebab mereka takkan percaya. Mereka tentu bela adik beradik sendiri. Saya lebih tenang kalau bercerai sebab boleh guna kereta sendiri, tak payah tumpang orang lagi. Kalau dia kahwin lagi biar isteri barunya tahu per4ngai dia sebenar dan tak perlu saya bercerita kepada adik beradiknya.

Selama berkahwin 15 tahun semua urusan rumah saya pikul, beli kereta, bayar duit sewa rumah, bayar bil, tanggung makan minum keluarga termasuk Zainal. Kalau mintak pada Zainal, dia tak pernah ada duit. Sebab dalam otaknya fikir nombor apa baik, nombor apa naik, nombor apa nak beli. Anak bini pandai kaulah nak hidup.

Sebelum bercerai saya dengar Zainal ada kekasih. Satu hari saya tanya betul ke dia ada kekasih? Kalau betul tolong ceraikan saya, dia setuju janji dalam mahkamah nak bagi nafkah RM300 sebulan untuk seorang anak. Tiba masanya dia beri RM300 ikut masa dia suka.

Bila 2 orang anak masuk kolej dia bagi pada anak sendiri RM150 hingga RM200 sebulan seorang, Duit itu dia kata duit nafkah. Tapi mana cukup? Anak yang sekolah menengah tak bagi pun. Akhirnya kerana kesian anak – anak tak cukup makan, saya terp4ksa topup.

Kalau anak mintak lebih dia suruh berhenti belajar. Katanya dah besar panjang pun ayah kena tanggung ke? Cari kerjalah cari duit sendiri katanya! Jadi mana anak – anak tak s4kit hati kalau mintak duit pada ayahnya, akhirnya emak kena pikul.

Apa punya jenis ayah macam ini? Hampas! Selama 15 tahun kahwin saya benar – benar tersiksa, lepas bercerai 8 tahun lalu selama jadi ibu tunggal saya lah ibu dan ayah pada anak – anak, dia ambil peduli, beri duit bila anak mintak, itu pun ikut mood dia.

Pada saya inilah bah4yanya kahwin jantan t4hi jvdi. Nasihat saya kepada gadis – gadis di luar sana kalau nak kahwin tengok dulu bakal suami tu. Kalau dah terkahwin, jangan jadi macam saya jangan bersabar lama – lama tanggung dia, lagi besar masalahnya kita kena pikul, lebih baik ‘buka langkah seribu’ sebab tak ada gunanya sabar dia tak akan berubah, sebaliknya hidup kita yang akan tersiksa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.