
Saya terpikir nak type nama perempuan tu di Facebook. Pelik, macam mana dia kata janda, tapi masih boleh keluar dengan bekas suami seperti keluarga yang bahagia? Misi menyiasat pun bermula dan saya berjaya dapat nombor telefon suami dia. Saya tanya lelaki tersebut dah bercerai ke..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Sebenarnya bukan aku nak bukak aib suami atau sesiapa. Tapi harap kisah ni boleh diambil sebagai iktibar. Saya dan suami berkahwin dah 5 tahun dan dikurniakan seorang anak berumur 4 tahun.
Adat dalam rumahtangga, g4duh tu asam garam dalam perkahwinan. Semasa harijadi saya yang ke-30 tahun, saya diberi k3jutan hadiah oleh suami. Suami saya mengaku yang dia ada orang lain dan sangat – sangat sayangkan perempuan tu.
Suami saya cakap, dia tak pernah jumpa perempuan sebaik tu. AllahuAkbar… dunia saya gelap bila suami cakap dia ade orang lain. Saya tak minta hadiah yang mahal – mahal, tapi saya tak perIukan hadiah k3jutan macam ni.
Bayangkan, selepas melahirkan anak, saya ikut kata suami tak perlu bekerja jaga anak sebab dia takut orang lain jaga anak kami. Walaupun saya ade ijazah, saya akur dan taat cakap suami. Lepas suami mengaku dia ade orang lain, saya buat keputvsan yang b0doh.
Saya keluar dari rumah, tapi dengan keizinan suami untuk balik ke rumah orang tua saya. Dengan harapan, bila dia rasa kehilangan saya dan anak, dia akan pujuk saya. Tapi sebenarnya tak, bila saya buat macam tu keadaan jadi m4kin teruk.
Suami saya pergi berjumpa kekasihnya tu di utara. Seminggu suami saya’ honeymoon’ dengan perempuan tu. Saya dapat tahu pon selepas Allah gerakkan hati saya untuk tengok siapa perempuan tu. Saya mesej perempuan tu, tapi perempuan tu sekolahkan saya semula ibarat saya yang salah dalam hal ni.
Suami saya pula memang menangkan kekasihnya. Maklumlah tengah hangat bercinta. Sekembalinya suami pulang dari utara, saya merayu dengan suami untuk saya pulang duduk bersama suami. Suami mulanya tak bagi. Tapi akhirnya dia mengalah.
Dan bila saya masuk rumah kami, saya nampak di d4da suami, penuh Iebam di d4da suami. Allahhh… ujian apakah ini Allah?? Saya menangis, menangis di hadapan suami. Saya mesej kekasih suami, tapi dengan kata – kata yang baik untuk tegur dia.
MaIangnya kekasih dia screensh0t apa yang saya mesej, dan beri kat suami saya. Suami saya meng4muk! PukuI 1 pagi saya dihaIau keluar oleh suami di hadapan mak mertua saya. Suami marah betul bila saya sound kekasih dia.
Dan masa saya nak keluar rumah, suami cakap, cuba tengok riak wajah kekasihnya. Ade sesuatu. Saya cakap, ya saya nampak per4mpas. Suami saya meng4mok, dan suami saya cakap, kekasihnya itu janda anak satu, wanita terani4ya.
Min, saya tahu tak semua janda tu gatal tapi perempuan sorang ni memang betul – betul per4mpas. Selepas saya dihaIau, saya sehelai sepinggang. Pinjam duit dari kawan, saya bawak diri dan anak pergi melaka cari ketenangan.
Di sana, saya mesej suami, saya merayu lagi dekat suami. Takpelah kalau suami nak kahwin jugak dengan janda tu, tapi jangan ceraikan saya. Saya sanggup bermadu dengan perempuan tu! Saya sanggup bermadu sebab saya masih sayangkan suami saya.
Orang lelaki, bila kita bagi green light untuk kahwin lagi satu, siapa yang tak suka kan. Saya pujuk lagi suami, saya akan balik rumah, saya cuba redha dengan bakal madu saya. Bermulalah episod kesengsaraan saya, mase ni saya dah balik dari Melaka.
Suami layan saya betul – betul macam sampah. Kalau dia rasa marah, dia nak m4kikan saya. Sesuka hati dia je. Semua cacian dan h1naan itu makanan saya semasa suami tengah m4buk bercinta dengan janda tu. Saya tetap sabar, hanya mampu menangis.
Saya bangun solat tahajud di tengah malam minta petunjuk. Kadang – kadang, masa saya duduk, suami saya cakap dekat saya yang dia rindu kekasihnya tu. Allahhh.. hati isteri mana tak h4ncur dan r3muk. Saya tak nak isteri – isteri lain di luar sana turut rasa apa yang saya rasa. S4kitnyaaa min…
3 bulan, berlarutan suami layan saya macam sampah tapi saya tetap setia di sisi suami, layan dengan baik. Satu hari Allah tunjuk kat saya sebab suami lupa lock hpnya. Saya dapat baca semua perbualan mereka. Bercakap tentang hal suami isteri yang mereka honeymoon tempoh hari, gambar – gambar mereka bersama.
Apa yang lebih menyedihkan, suami jatuhkan maru4h saya. Macam – macam aib saya dibuka, tak kisahlah ada yang betul atau sengaja dibuat cerita. Mungkin nak tarik simpati perempuan tu. Dalam tempoh 3 bulan, saya ade mesej perempuan tu supaya dia lepaskan suami saya.
Dia janji yang dia tak akan beritahu suami yang saya mesej dia. Tapi orang tengah bercinta, segala apa yang saya mesej rupanya dia screensh0t kat suami. Mujur suami tak haIau saya lagi tapi saya tahu masa tu suami dah tak ada perasaan sayang kat saya lagi.
Cuma saya yang masih bertahan. Masuk bulan ke 4, suami saya berubah sikit. Dia dah bole mula berbual dengan saya. Alhmdulillah, walaupun sikit tapi cukuplah buat saya. Saya masih lagi doa tak berhenti – henti, mengharapkan ada sinar buat saya.
M4kin hari, suami berubah. Alhmdulillah, cuma di hati masih ragu – ragu adakah ini lakonan suami. tapi saya masih positif. Satu hari, bila saya belek – belek fb, saya macam terpikir nak type nama perempuan tu di fb. Di situ, saya tengok janda tu bersama suaminya.
Apa lagi, misi menyiasat pun bermula. Saya tengok tarikh – tarikh yang suami janda tu post gambar, lebih kurang tarikh yang suami saya pergi honeymoon dengan dia. Pelik, macam mana dia kata janda, tapi masih boleh keluar dengan bekas suami seperti keluarga yang bahagia?
Saya siasat lagi dan akhirnya saya dapat nombor telefon suami janda tu. Saya tanye pernah tak becerai, dia cakap, tak pernah. Allahuuu… kau masih bini orang, tapi kau cakap janda?? Dan sanggup kau serahkan maru4h kau dekat laki orang???
Walaupun isteri dia dah merayu tinggalkan, tapi kau masih sedap melayan suami orang tu?? Saya ceritakan dekat suami perempuan tu segalanya tentang per4ngai isteri dia. Suami dia terk3jut dan dia berterima kasih pada saya sebab beritahu dia.
Kalau tak, sampai bila dia tak tahu yang dia dibohong isterinya selama ini. Saya pula bagitahu dekat suami saya yang kekasihnya tu sebenarnya bukan janda tapi masih lagi bini orang! Suami saya terk3jut, dia kata kalau kekasihnya mengaku yang dia bini orang, dia tak akan nak ngorat lagi.
Saya cuba terima semua ni sebagai pengalaman dan pengajaran dalam hidup. Kalau bertepuk sebeIah tangan takkan berbunyi kan. Kadang – kadang, orang nampak senang kita je tanpa dia tahu isteri ni lah yang susah senang bersama.
Bila suami dah senang, banyak mata – mata memandang. Dan lelaki pulak ambil kesempatan tanpa dia tengok balik siapa selama ni yang ada di sisi. Kejadian ni baru 3 bulan lepas terjadi. Masih berd4rah dan merah di hati ni.
Macam mana kesengsaraan saya dim4ki dan dilayan di rumah oleh suami, kesengsaraan saya bila disekolahkan perempuan yang acah – acah janda tu. Semua masih berbekas di hati saya ni. Saya masih belajar untuk melupakan dan meredhakan apa yang jadi.
Untuk perempuan tersebut, saya tak akan maafkan sampai bila – bila. Kalau dari awal perkenalan kau cakap kau tu bini orang, dan instagram kau ade gambar dengan laki dan anak (tapi perempuan ni acah – acah janda, tak letak gambar anak dan suami langsung), mana – mana lelaki tak akan nak ngorat kalau kau cakap kau bini orang.
Komen Warganet :
AtikaH Basri : Maaf la.. Bagi aku sebagai isteri aku tak, sanggup bila dengar atau nampak sendiri suami aku tengah, berjim4k dengan perempuan lain selain aku. Aku tak sanggup bila aku bersama dengannya aku mula akan terbayang penz1naan suami aku dengan perempuan lain.
Aku betul – betul tak sanggup tengok suami aku tunjuk bekas – bekas merah di d4a di leher tanda, gairahnya mereka bersama. Aku tak sanggup hidup dengan lelaki dan suami yang seperti tu. Kalau dia tak sampai terIanjur mungkin aku akan memaafkan nya. Tapi bila satu – satunya suami aku tapi bila disentuh perempuan lain maaf aku tak boleh terima.
Zurainah AK : Kadang – kadang saya sedih dengan perempuan yang sanggup melutut merayu dengan suami yang dah terang – terang curang dan layan isteri macam sampah dengan alasan cinta! Hanya menambah eg0 lelaki.
Kalau pun nak berkiblatkan cinta, fikirkanlah maru4h diri yang dah dipijak – pijak tu. Cara itu hanya memberi ruang dan peluang untuk dikhi4nati lagi.. tapi entah la. Kalau sanggup jadi bahan mainan lelaki teruskanlah.
Fatin sayaazwina : Dari apa yang aku baca rasanya kau lebih sayangkan laki ko dari diri ko. Maru4h awak kat mana sis sebagai seorang perempuan. Saya tak rasa bangga dengan apa yang awak buat sebagai seorang pompuan, tapi saya rasa marah dan kecewa sebab ada lagi orang sebaik awak yang sanggup dipijak hingga lenyek walaupun sebenarnya awak boleh bangun.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.