
Suami saya suka lompat – lompat kerja, katanya senang dapat gaji lagi tinggi. Setiap kali suami dapat kerja baru, kemain bangga mertua sehingga perlekeh saya. Sehinggalah suami jumpa andartu dan jadikan dia isteri kedua. Alasannya, perempuan tu banyak berk0rban. Pelik sungguh apa peng0rbanan dia??
#Foto sekadar hiasan. Pada pandangan saya hanya mereka yang merasa dan melalui hidup bermadu sahaja yang boleh mencurahkan isi hati mereka tentang siksanya hidup bermadu. Kalau takat suami bercinta lagi dan kemudian mengugvt nak kahwin lagi rasanya memang ramai yang melaluinya, dan banyak pengalaman mereka, tetapi tidaklah ses4kit hati isteri yang dimadukan.
Tambah meny4kitkan hati bila peng0rbanan kita tidak dihargai, tetapi tak mahu melepaskan kita jika merasakan diri kita ini sudah tidak berguna lagi. Pada pemerhatian saya terdapat di kalangan suami bila mereka berpangkat, berkedudukan dan bergaji lebih sikit dari isterinya dan berpelajaran tinggi, egonya setinggi langit.
Dia pandang kita tak ubah macam kuIi, dan khidmat kita hanya diperIukan ketika dia perIukan sahaja, lepas itu dia buat tak peduli. Pada fikirannya, dialah raja, dia boleh buat apa dia suka. Saya tak salahkan dia seratus peratus, mungkin inilah didikan ibunya ketika suami saya masih bujang.
Saya namakan suami saya sebagai Saif, bukan nama sebenar. Saif memang baik orangnya, semasa kami berkawan, tak banyak cakap. Tetapi suka bercerita tentang kemampuan dan kedudukan mereka, susur galur keluarga besarnya, tentang adik beradiknya berpelajaran tinggi, bergaji besar dan berpangkat.
Sebagai anak keempat dia mempunyai cita – cita untuk jadi seperti kakak dan abangnya. Nasihat emaknya kalau tak berani berusaha mengubah diri, sampai bila pun tak akan berjaya. Jadi untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa kali Saif bertukar – tukar kerja.
Katanya dia mesti cari kerja yang sesuai dengan jiwanya, dan taraf serta kedudukannya selain kebolehannya. Baru dua tahun kahwin dia tukar kerja, ketika itu saya hamil anak pertama. Katanya kerja barunya tawar dia gaji lebih besar.
Tempat lama tak bagus, lepas dapat anak ketiga dia tukar kerja lagi, katanya kerja barunya lebih baik untuk masa depan anak – anak. Saya nasihatkan dia jangan terlalu suka lompat – lompat kerja, tetapi katanya saya tak tahu benda jangan menyebok.
Dia tahu apa yang dia buat dan jangan cuba halang tindakannya. Setiap kali bertukar kerja, emaknya paling banyak memuji, tentang, kerjanya, gaji, pangkat dan masa depan Saif di tempat baru, dan harapannya. Saya cuma diam tak berani nak sampok, ialah kita orang tak pandai, dan tak berani bertukar – tukar kerja atau melompat – lompat kerja.
Saya bersyukur dengan kerjaya saya sambil berharap, kerja inilah akan membahagiakan hidup saya bersama anak – anak, walaupun pendapatan tak tinggi, mana tahu satu hari bila pengalaman bertambah tentu gaji bertambah, yang penting kena sabar!
Boleh dik4takan setiap kali balik ke rumah mertua, saya akan ditanya tentang tugas dan masa depan kerjaya saya. Bila saya beri jawapan yang sama, mertua jadi bosan. Katanya sampai bila saya nak berubah mencari kerja yang lebih baik untuk dapat gaji yang lebih baik setimpal dengan tugas serta kerja yang dilaksanakan?
Saya cuma diam, tetapi saya katakan saya senang, selesa dan gembira dengan kerja yang saya buat sekarang. Pada saya itu lebih penting. Sindiran paling t4jam saya dengar dari mertua katanya ‘saya tak ada masa depan!’ Saya hanya senyum, walaupun dalam hati terasa pedih kerana disindir.
Seolah – olah saya b0doh sangat takut mencuba nasib. Tapi saya sabar kerana pada saya yang lebih penting saya tahu jadual kerja saya sesuai dengan tanggungjawab saya di pejabat dan boleh uruskan anak – anak. Di tempat baru belum tentu saya selesa dan boleh bekerja dengan baik.
Sebab saya ada anak – anak yang perIukan perhatian saya, lainlah orang lelaki kerana mereka banyak menyerahkan tugas menjaga anak dan rumahtangga kepada isteri, dia lepas tangan kerana mahu senang. Nak jadikan cerita dalam pada melompat – lompat kerja inilah entah masa bila Saif tersangkut pada seorang gadis andartu sebaya Saif, bernama Aina.
Dulu Saif kata wanita itu kawan sekolahnya, lepas tu kata kawan sama belajar di university. Saya diam aja, kerana fikirkan mereka kawan biasa. Tetapi sejak bekerja sepejabat cara hidup Saif banyak berubah. Dia lebih selesa di pejabat daripada di rumah.
Kalau dulu sebulan sekali paling kurang jumpa emaknya, kini emaknya pulak sering telefon bertanya mana Saif lama tak datang rumah emaknya. Selama ini saya fikir bila tak ajak saya ikut sama balik rumah emaknya tentulah dia balik sendirian, tetapi tidak, sebaliknya emaknya mencari Saif di rumah.
Walaupun saya sabar, tetapi sesekali terdetik juga dalam hati ke mana dia pergi sebenarnya. Bila tanya Saif katanya banyak kerja, itulah alasan yang kerap saya dengar. Tetapi kerana saya baik dan penyabar (bukan nak puji diri) itu kata kawan – kawan Saif, maka terkeluarlah cerita Saif sebenarnya.
Yang bercerita bukan kawan di tempat baru, tetapi di tempat kerja lamanya, yang kebetulan isterinya bekerja di tempat Saif bekerja ketika itu. Nasihat kawan baik Saif dia minta saya bersabar dengan karenah Saif kerana dia tahu hubungan Saif dengan Aina takkan kekal lama.
Sebab menurut cerita isterinya Aina ada ramai teman lelaki. Hinggakan dia tak tahu mana saya yang Aina benar – benar serius, sebab semuanya dia kawan, maklum dia pegang tugas penting yang ramai orang mencarinya dan minta pertolongannya.
Kebetulan Saif satu pejabat dan satu tugas, tentulah mereka sering tolong menolong. Memang rapatlah. Sebab tu selalu balik lewat. Kerana terlalu rapat mereka berdua sering ke luar daerah atas alasan kerja. Bab makan malam tak usah nak ceritalah, memang dah jarang makan di rumah.
Masa berlalu begitu pantas, Setahun sudah berlalu, tetiba saya dapat tahu mereka sudah nikah di sempadan. Terk3jut beruk saya, tapi setiap kali saya tanya Saif nafikan. Setahun lamanya saya bersabar, akhirnya kesabaran saya terc4bar juga, saya terus telefon Aina untuk dapatkan kepastian.
Jawapan yang paling meny4kitkan hati, “Memang saya nikah dengan Saif, apa awak nak buat?” Jatuh jantung saya. Katanya dia kahwin tidak susahkan hidup saya, malah dia banyak berk0rban untuk Saif. Belum sempat saya bertanya lebih lanjut dia letakkan telefon. Memang s4kit hati ini!
Pelik sungguh apa peng0rbanan Aina? Setelah saya siasat melalui kawannya, baru jelas cerita. Kerana cerita mereka telah berkahwin sudah tersebar luas, maka Saif terp4ksa berhenti kerja, tak boleh bekerja satu tempat.
Undang – undang pejabat. Tetapi saya tak tahu, Saif langsung tak cerita. Malah menafikan bila saya tanya adakah mereka sudah nikah. Dengan cerita baru ini, saya buat keputvsan muktamat, saya minta cerai, sebab tak ada gunanya berkahwin, kalau suami lupa tugas hakikinya.
Dan dia dah lupakan anak – anak. Paling teruk dia terlupa tanggungjawabnya. Sebab sentiasa mengadap bini baru. Tetapi maIangnya Saif tak mahu ceraikan saya. Atas sebab apa saya tak tahu. Kerana enggan diceraikan saya, maka saya buat hal sendiri.
Memasak bukan tugas rasmi saya. Saya cuma sediakan makan untuk anak – anak saja. Kepada anak – anak saya jelaskan cerita sebenar supaya mereka tidak tertunggu – tunggu ayah yang jarang – jarang balik apa lagi hujung minggu.
Nasihat saya, mereka kena kuat belajar supaya boleh masuk asrama. Jangan fikir pasal ayah sebab dia dah ada isteri baru, sibuk dan tak ada masa untuk mereka. Lepas berhenti kerja di pejabat Aina, Saif ada kerja lain, tetapi tak kekal.
Sering bertukar kerja, saya tak heran kerana itu hobinya. Bila umur sem4kin meningkat, kerja m4kin payah. Pada saya inilah baIasan orang suka bohong isteri dan tidak bertanggungjawab sebagai ayah apa lagi suami. Semasa bekerja, nak keluar duit bagi makan anak – anak terlalu berkira, konon nak simpan duit, tetapi sebenarnya untuk dirinya sendiri.
Oleh kerana Aina terlalu sibuk dengan tugasnya yang bertambah besar itu, Saif pulak tak ada kerja lagi, maka dia sering balik ke rumah saya. Konon di rumah Aina sunyi, nak cari simpati saya. MaIangnya kerana saya sudah bertahun – tahun ditinggalkan kesepian seorang diri, saya sudah terbiasa, kehadirannya langsung tidak bererti pada saya.
Kerana itu dari awal lagi saya minta dibebaskan, tetapi Saif enggan ceraikan. Saya rasa pelik sudahlah tidak diceraikan, dilayan pun tidak. Jadi apa guna jadi isteri, lebih baik jadi ibu tunggal. Kini saya pulak tak pedulikan Saif, sebab s4kit hati punya pasal.
Sengsara jiwa ditinggalkan sepi sekian lama. Inilah masanya saya baIas d3ndam. Memang berd0sa, tetapi apakah Saif tidak berd0sa lupakan saya selama ini? Ketika Saif teringin hendak bermesra dengan anak – anak, pun tak dapat, yang kecil sibuk sekolah dan tusyen sementara 2 lagi duduk sekolah berasrama.
Jadi sekarang siapa yang rugi? Bukan itu aja, duduk di rumah saya dengan siapa dia nak bercakap? Pada saya inilah akibatnya jika suami eg0, sombong, bongkak kepada anak isteri ketika berada dan kaya. Bila dah jatuh susah, siapa pun tak pedulikan dia.
Isteri baru pun sem4kin jauh. Saif patut insaf semasa kecil anak – anak tidak dipedulikan, bila dah besar anak – anak pulak jauhkan diri daripada ayahnya. Jadi jangan salahkan anak – anak jika mereka menyepi. Salahkan diri sendiri.
Tanggunglah sendiri akibatnya. Sejak kahwin baru Saif jarang balik rumah emaknya kerana sibuk, banyak kerja. Kini bila dah tak bekerja diri sendiri terasa malu nak jumpa emak dan adik beradik. Jadi salah siapa? Salahkan diri sendiri.
Jika Saif terasa terpinggir, fikirkan pengani4yaan yang dibuat pada anak isteri selama ini. Kerana Iuka di hati ini terlalu dalam amat sukar sembuh. Insaflah kekayaan dan kemewahan kurniaan Allah tidak kekal selamanya jika tidak tahu bersyukur dan memberi kepada yang berhak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.