Patut la dia tinggalkan aku, laki tu kaya, poket tebal. Aku mcm taugeh tak cukup air

Dia selalu tanya aku bila nak kahwin. Aku rimas betul, dah la aku tak kerja, nak kumpul duit celah mana. Tiba – tiba dia berubah, aku nampak ada kereta logo H depan rumah dia. Aku tak cakap banyak, terus tamp4r muka dia..

#Foto sekadar hiasan. Aku tersenyum lemah melihat gambar bekas teman wanita bersanding bahagia di hari perkahwinannya. Pelamin idamannya indah, seperti yang selalu dia kongsikan dengan aku dahulu. Citarasanya ringkas, tetapi elegan.

Dia undang aku ke majlis, tapi aku yang tidak hadir. Majlisnya di bulan Syawal yang mulia. Aku sibuk. Sibuk terperuk di rumah menjeruk rasa di dalam baIang kesedihan. Mujurlah hati aku letaknya di dalam tubuh.

Kalau hati ini boleh dipamerkan di luar jas4d, entah bagaimana rupanya. H4ncur di si4t – si4t, mungkin. Aku tersenyum lemah. Aku terkenangkan di mana silap aku. Sampai dia boleh bersanding dengan lelaki lain.

Aku akui, lelaki itu kalau ingin dibandingkan dengan aku bezanya bagaikan langit dan bumi. Kerjayanya. Keretanya. KetebaIan poketnya. Sasa tubuhnya. Aku? Kerja entah ke mana. Duit poket tak usahlah cerita.

Tubuh pula macam taugeh tak cukup air. Padanlah dia tinggalkan aku. Aku bersama dengan wanita itu bukan baru sebulan dua. Aku dengan dia kenal sejak kami di alam persekolahan. Dia lebih muda daripada aku.

Dia cantik. Ditambah dengan hobinya yang suka bermekap, bergaya mengikut trend terkini. Selain cantik, dia rajin bekerja. Aku teringat dia mula kerja di sebuah gedung pakaian, daripada dia habis belajar sampailah tahun ini tahun ke enam dia bekerja.

Basicnya sudah banyak, pangkatnya sudah naik. Sungguh, dia wanita yang sempurna di mataku. Bakatnya dalam memasak juga tidak boleh dinafikan. Apa lagi yang tak kena. Pendek kata lelaki mana yang tidak suka.

Aku dikira untung pernah memilikinya. Walaupun aku tak punya apa – apa. Aku naik motor Kriss. Daripada mula kami berkawan, sampai sekarang. Aku ada kereta, Toyota GL. Itu pun aku minta ayah belikan. Hasil duit KWSP ayah.

Aku sering dengar bekas teman wanita aku merungut kerana aku tidak bekerja. Bila dia tahu di mana – mana tempat ada kerja kosong, lekas – lekas dia menggesa aku pergi memohon. Tapi aku buat muka enggan.

Baju aku. Seluar aku. Kasut aku. Kebanyakannya dia yang belikan. Kalau yang nampak kemas, yang berjenama hebat sikit tu, memang dia la yang sedekahkan. Bila dia gaji, dia berbelanja di mall, dia tak lupa bahagian aku..

Bila dia cuti, dia ajak aku temankan ke mana – mana, minyak kereta, makan minum kami dialah yang sp0nsorkan. Pendek kata. Aku ni entahlah. Macam lelaki tak guna. Tiada apa boleh dibanggakan. Kereta, motor ada pun sebab ayah belikan.

Baju, seluar, awek belikan. Manja sungguh aku ni. Bertuah sungguh. Aku sendiri tidak ingat bagaimana aku boleh menganggur terlalu lama sebegini. Aku pernah bekerja, dulu. Tapi entah macam mana company aku lingkup.

Lepas daripada itu aku macam mengalah. Aku sedar aku tak patut jadikan itu alasan.. Aku memang malas. Sudahlah begitu, aku suka mencari salah teman wanitaku. Bila dia buat salah memang aku m4ki sepuas hati.

Bila aku buat salah, dan dia marah, aku cepat – cepat alihkan topik. Cepat – cepat aku lupakan. Teruk kan? Selalu aku berg4duh dengan dia. Bila dia abaikan aku, merajuk. Aku cakap dia cuma cari aku bila dia nakkan pertolongan.

Masa tu dia tak pandai bawa kereta. Dia belum ada lesen. Bila cuaca hujan, dia minta aku hantarkan dia ke tempat kerja. Aku sasarkan benda tu. Kadang – kadang aku saja nak baIas, aku biar dia bermotor dalam hujan.

Langsung takda rasa bersalah. Aku p4ksa dia minta maaf untuk salah yang dia tak lakukan. Aku layan dia macam sampah. Dia selalu tanya aku, kita bila nak kahwin. Aku cepat rimas dengan soalan dia. Aku dah la takda kerja.

Nak kumpul duit celah mana. Hujung – hujung mesti berg4duh bila soalan tu dia bangkitkan. Mungkin dia rasa umur dia m4kin meningkat, dan aku langsung tiada unsur untuk maju memikirkan masa hadapan kami.

Dia perlahan – lahan berubah. Bila dia dah beli kereta. Dia dah ada lesen. Dia boleh ke mana – mana, tanpa bantuan aku lagi. Aku dan dia dah jarang berjumpa. Aku perasan, bila aku cari pasal ke apa dia dah malas nak melayan.

Dia dah tak ambil hati, dia diam je. Dia iyakan saja. Dia dah tak minta maaf, pujuk aku. Jauh. M4kin hari m4kin jauh. Sampai satu hari, terjawab semuanya. Aku tunggu dia balik kerja, tapi parking jauh sikit dari rumah dia.

Kereta dia ada di rumah. Aku ingat dia bawa motor. Sekali ada satu kereta lambang H, parking depan rumah dia. Aku tak berapa nampak lelaki yang r4mpas teman wanita aku tu, tinted dia gelap. Tapi aku dengar teman wanita aku ketawa, manja.

Hati aku luluh masa tu. Aku dengar, i love you too, katanya. Elok je kereta tu berlalu, aku terus pergi dekat dia. Dia tengah usaha buka mangga pagar rumah dia. Aku tak cakap banyak, aku tamp4r muka dia. Dua kali.

Aku dengar dia sebut, Allahuakhbar. Allahuakhbar. Dia tergamam. Aku tanya dia itu siapa. Dia diam. Dia jatuh terjelopok. Aku r4mpas handbag dia. Aku cari handphone dia. Dia cuba r4mpas balik, aku tolak dia. Dia yang tengah pening jatuh lagi.

Wallpaper phone dia dah bertukar. Bukan gambar kami lagi. Tapi gambar lelaki sasa beruniform JPJ. MenggeIetar tangan aku. Aku macam dah hilang pertimbangan. Aku sedih giIa masa tu. Terjawab semua persoalan aku.

Kami berg4duh di depan rumah dia, sampai housemate dia terp4ksa keluar dan leraikan. Aku t4mpar dia, hidung dia berd4rah. Esoknya mata dia Iebam. Masa tu, aku puas hati. Aku cakap dia perempuan murahan.

Aku cakap macam – macam. Dia menangis. Aku pesan jangan cari aku lagi. Itulah kali terakhir aku jumpa dia. BaIak baru dia datang rumah aku esoknya. Aku jenguk di tingkap saja. Aku seram pula. Aku pernah lihat dia, dia yang selalu bertugas di sekatan – sekatan jalanraya.

Dia yang selalu minta ic dan lesen pemandu – pemandu kenderaan. Dayus, aku dayus. PukuI perempuan. Aku tetap rasa aku tak salah. Aku masih rasa dia salah, sebab dia tak setia dengan aku. Dia dah janji nak kahwin dengan aku.

Aku cerita dekat kakak aku, tanpa usul periksa kakak aku mesej dia m4ki hamun dia. Dia diam saja. Tak membaIas tak menghamun. Lama kelamaan. Bulan berganti bulan. Barulah aku terasa br0ken habis. Aku mula call dia.

WhatsApp dia. Minta maaf, merayu. Janji nak cari kerja. Janji nak kahwin. Menangis depan rumah dia. Sampai housemate dia baIing aku dengan kasut sukan. Sebab dia geram, agaknya. Bekas teman wanita aku keluar akhirnya, dia suruh aku blah.

Sebelum dia report polis. Aku menangis untuk yang kesekian kali dan berlalu. Silap aku. Aku terlupa bukan selamanya wanita akan bersabar. Dia dah bagi aku masa yang cukup lama untuk aku usahakan bina masa depan kami.

Aku yang sia – siakan. Aku lupa dia cantik. Dia pandai bergaya. Alangkan pegawai tinggi pun pandang dia berkali – kali. Inikan aku. Yang muka pecah macam jamban tak siap. Dia yang rajin bekerja. Siang dan malam kerja.

Mengalahkan aku. Yang namanya lelaki, tapi kerjanya membuta di rumah. Bangkit menjelang tengahari, buka tudung saji. Betul janji Allah. Orang yang baik, untuk orang yang baik. Dia pilih untuk bahagia. Dia layak bahagia.

Seperti seharusnya. Dia layak dapat lelaki yang bekerjaya bagus. Dia tinggalkan aku tanpa langsung menoleh ke belakang. Dia tinggalkan kenangan enam tahun bersama aku tanpa resah. Dia tak mengungkit langsung, segala pemberian dia.

Dia halalkan semua untuk aku. Dia maafkan aku Iukai jasad dan hati dia. Aku? Aku tertunduk lesu. Air mata aku merembes tanda hati aku terlalu terIuka melihatkan lelaki itu peIuk mesra pinggang dia. Civm dahi dia.

Dan dia relakan semua tu. Hati aku r3muk redam baca caption dia di instagram. “Encik ni masa saya test lesen ada kat sebeIah. ni masa saya bersanding atas pelamin pun ada kat sebeIah juga. eh, tak puas kejar lori tengah jalan, saya pun encik nak kejar?”

Comel pick up line dia. Air mata aku menitis m4kin laju. Allah. Untuk semua wanita – wanita yang rajin bekerja. Yang baik hati. Yang buat kebaikan tanpa mengungkit. Pilihlah untuk bahagia. Kalian layak bahagia..

Memilih suami adalah memilih masa depan. Pedulikan bila orang menc3rca, giIa besi, giIa harta. Tak perlu setia dengan jantan tak guna. – Jantan Kep4rat

Anis Amir : Perempuan ni bro, dia tak kisah kau kerja apa, asalkan kau KERJA, pastu, dia nampak kau ada potensi nak majukan diri kau, lepas tu, kalau dah couple lama – lama, tolong la ada perancangan target nak kawin bila.
Tapi penyampaian kau best bro. Kau usahalah majukan diri kau, eratkan balik hubungan kau dengan Allah.

Zie Sakura : Allah pertemukan kamu dengan dia dan berpisah. Allah mahu kamu muhasabah dan sedar. Alhamdulillah, kamu sedar diri. Mohon tabah dan berusaha perbaiki diri. Tiada orang yang tak silap pada masa dulu. Kesilapan dulu tu yang membina kamu masa depan jika kamu sedar silap di mana. Ayuh, jadi insan yang baru, perempuan masih ramai di luar sana.

Yaya Hassan : Jalan cerita aku pon lebih kurang macam ni. Kita berhabis duit untuk dia yang kerja ntah hapa. Last – last bila g4duh hal kecik – kecik, kalau aku diam sebab aku malas nak bertek4k. Dia pukuI aku, h4ntuk kepala aku dekat steering kereta.

Smpai aku nampak bintang – bintang pening punya pasai. Last – last aku haIau dia keluar dari kereta aku. Balik jalan kaki.. Tu last aku tengok dia. Sebulan kemudian merayu nak teruskan hubugan. Sorry.. aku putvs seminggu dah jumpa mamat navy dan sekarang berbahagia kawen dah.

Dah ada anak sorang.. dia? Masih lagi tak kawen – kawen. Dulu dia cakap aku ni mata duitan. Aku baIas balik, kalau aku mata duitan takkan aku couple dengan orang naik moto, sedangkan aku dah beli kereta swift guna duit sendiri Baju dia pon banyak aku beli.. dasar..

Aina Suhada : Yes betul tu. Perempuan ni bukan dia mata duitan tapi dia fikirkan masa hadapan dia. Kalau berkahwin dengan lelaki yang pemalas nak kerja takkan lah dia yang kena tanggung laki tuh. Kadang – kadang we as girl must think about future and money.. money cant buy happines but money can destr0y happines.

Jannah Yassin : Ayat sedap dan menarik sebab ade unsur kecindan tapi sayang, dia tak layak untuk anda. Tindakan wanita itu sangat saya setuju. Sabar wanita, bukan biasa – biasa. Sekali dia ke depan, akibat r3muk kecewa, tidak akan toleh kembali.

Tapi baguslah confessor ni, sedar jua akhirnya. Semoga bertemu j0doh yang baru dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Rasa geram pun ye masa baca, giIa tak geram sebab confessor ni t4mpar sampai berd4rah hidung huhuhu

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.