Pakcik nak sponsor adik belajar sbb kami anak yatim. Tapi mlm tu ibu dapat mesej h1naan dari kakaknya

Ibu menangis teresak, mungkin tak sangka dapat mesej macam tu dari kakak kandungnya sendiri. Ibu tak bagitahu aku, tapi aku sendiri baca semua mesej h1naan dari makcik. Patutlah sejak arw4h ayah meninggaI, ibu tak pernah minta bantuan dari adik beradiknya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum readers. Apa – apa pun terima kasih admin kalau confession ni disiarkan. Straight to the point, ni cerita tentang adik beradik ibu. Tentang ibu yang dikatakan mengemis dan kakak dia sentiasa berkira.

Aku tak pasti apa pandangan orang tentang ibu aku lepas baca confession ni. Aku cuma nak cerita yang bila sampai bab duit ni, adik beradik memang boleh jadi musvh. Ceritanya, ibu ada 9 orang adik beradik. Tapi cuma dia dan kakak dia sahaja yang berjantina perempuan.

Nasib ibu tak sebaik nasib makcik aku. Arw4h abah meninggaI lepas 8 tahun perkahwinan. Ibu jadi ibu tunggal untuk satu tempoh dan kemudiannya ibu kahwin dengan seorang peniaga kecil – kecilan. Ibu ada kerja yang tetap sebagai seorang pensyarah dan ibu besarkan kami 5 beradik seorang diri tanpa bantuan sesiapa.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ibu banyak berkecil hati dengan family dia sendiri dan family arw4h abah yang sangat – sangat berkira nak membantu kami sekeluarga. Bila ibu kahwin, aku dapat rasa bebanan ibu bertambah sebab anak – anak bertambah dan ayah tiri tak banyak membantu.

Aku sendiri tak faham kenapa ibu kahwin masa ni, tapi yela. Mungkin ibu sunyi perlukan peneman. Aku ada 5 orang adik beradik dan cuma seorang sahaja anak ibu yang dilahirkan sebagai lelaki. Jadi ibu putvskan untuk hantar adik lelaki aku ke sekolah agama swasta.

Supaya adik lelaki aku boleh jadi imam dalam keluarga kami. Masa ni ibu dah dapat rasa yang ayah tiri kami hanya mahu menumpang senang. Bagi sesiapa yang pernah ke sekolah agama swasta pasti tahu yuran bulanannya bagaimana.

Dipendekkan cerita, ketika kami datang beraya ke rumah makcik, pakcik kami ada bertanya di mana adik lelaki kami bersekolah. Pakcik seorang yang baik, alim warak orangnya, pemurah dan sentiasa cuba menghulur bantuan.

Ibu bercerita dengan ceria tentang sekolah adik sambil berseloroh, “nak sponsor ke yuran abang? Boleh dapat pahala tolong anak yatim belajar agama.” Tanpa disangka pakcik beriya mahu membantu. Mahu mengumpul pahala katanya.

Pakcik orangnye berduit sebab bekerja kerajaan denagn gaji tetap. Memang aku tahu pakcik selalu menghulur derma ke masjid – masjid dan anak – anak yatim. Pada ketika pakcik aku hendak menghulur bantuan, ibu ketawa sambil berkata tidak perlu kerana dia hanya berseloroh.

Dan kami menyangka segalanya baik sahaja. Tanpa disangka pada malam tersebut, ibu terima mesej dari kakaknya dengan penuh kata – kata h1naan dan m4kian. “Laki kau jadi peniaga, duit banyak – banyak, kenapa nak mintak duit kat laki aku? Duit laki kau banyak – banyak, nak simpan buat menara KLCC kedua kat negeri kau ke?” Ibu menangis teresak – esak.

Mungkin tak sangka kakak dia sendiri akan beri mesej macam tu. Aku tak tau kenapa ibu nangis sebab ibu tak bercerita. Aku senyap – senyap baca mesej – mesej dari kakak dia dalam hp ibu. Masa tu ibu pakai hp nokia 3310 tu jek yang ada game ular panjang. Hahahaha.

Aku terkedu masa tu. Dan kemudiannya barulah aku faham kenapa ibu tak rapat dengan makcik macam aku rapat dengan adik beradik perempuan aku. Aku faham kenapa ibu ajar kami adik beradik supaya tak berkira dengan adik beradik.

Ibu selalu marah kalau kami mengungkit kebaikan yang kami buat sesama sendiri. Kata ibu, apa pun jadi, adik beradik tetap adik beradik. Jangan berpisah, jangan berkira, jangan biarkan adik – adik susah. Senang dan susah sama – sama.

Aku dah faham semua tu bila aku baca sendiri mesej – mesej makcik aku. Patutla selama ni, ibu tak pernah nak meminta dengan sesiapa. Ibu besarkan kami sorang – sorang, keluar dari tempat kelahiran dia dan merantau ke negeri orang.

Kami pernah takde duit nak makan, aku ingat lagi ibu mintak izin nak guna duit dalam tabung aku. Aku yang seronok masa tu dapat tolong ibu. Kira duit syiling sama – sama. Dapatla rm120 masa tu. Boleh la beli beras dan lauk.

Masa tu ibu baru je habiskan pengajian master dan menanti panggiIan masuk untuk mengajar. Banyak lagi sebenarnya yang makcik tu buat pada kami adik beradik, membangga tentang anaknya yang menjadi doktor.

Membangga yang keputvsan anaknya lebih baik dari aku. Mempersoalkan kegagalan adik aku untuk masuk ke ipg sedangkan katanya anak kawannya result bagus, ramai yang dapat. H1naan kepada kami adik beradik kerana menerima ayah tiri.

Susah aku nak lupa semua tu. Aku tak tau apa pandangan orang pada ibu. Tapi yang pasti, ibu bukanlah orang yang meminta. Tapi bagi makcik, ibu umpama pengemis dslam keluarga sendiri. Sedangkan kami susah, tiada siapa yang datang melawat kami.

Usahkan dia sebagai kakak, malah abang sulung ibu yang kerja sebagai doktor, sebagai akauntan, sebagai engineer, takde langsung yang membantu. Melihatkan keadaan adik beradik ibu, aku sentiasa tanam dalam diri aku untuk tak berkira dengan adik beradik aku.

Maaf kiranya penulisan aku caca merba. Ohh lupa. Ibu dah kahwin lain sekarang. Dengan orang yang lebih baik, alhamdulillah. Anak – anak tiri yang juga lebih baik alhamdulillah. Aku nampak ibu lebih bahagia sekarang dan hidup dengan cara dia sendiri.

Ibu masih seorang pensyarah yang disayangi. Pergi ke serata malaysia pasti ada yang mengenal ibu, pensyarah mereka yang menjaga mereka seperti anak sendiri. Aku bangga dengan ibu aku. Dan doakan adik beradik aku tak jadi seperti adik beradik ibu. Terima kasih semua. – Kaklong (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

AnnDee AnggeRiati : Saya tetap sayang adik beradik saya dunia akhir4t. Walau saya sorang tak dapat balik raya tahun ni, saya tetap juga menyumbang untuk makan – makan anak – anak buah yang berkumpul ramai – ramai tu. Rezeki ada share sesama di hari mulia lebih nikmat rasanya. Semoga confessor juga sentiasa dalam Iindungan dan rahmatNya sekeluarga.

Nur Sumayyah : Bertuah confesser dianugerahkn ibu yang penyayang dan berhati waja. Semoga confesser sekeluarga sentiasa diberkati Allah. Jauh beza dengan ibu saya. Yang suka melaga – lagakan anak menantu. Yang di mulutnya sanggup keluar perkataan suka melihat keluarga anak – anaknya bercerai – berai.

Suka menyih1r dan mengadu domba. Apabila seorg ibu bercerita kepada anaknya tentang menantunya (adik ipar saya), melakukan sesuatu yang dia kecil hati pasti seorang anak merasa sedih dan simpati. Tapi bila dia bertemu dengan menntu dia, dia menceritakn segala percakapan saya.

Seolah – olah saya yang dulu bercerita buruk tentang adik ipar saya. Bila jumpa dengan kakak dan adik – adik saya diceritakan per4ngai buruk saya. Apabila jumpa saya, diceritakan per4ngai buruk mereka. Dia seolah – olah suka melihat anak – anak dia sendiri bermusvh antara 1 sama lain.

Sekarang saya banyak berdiam diri. Biar mereka dengan ceritera mereka. Raya ni nak ziarah ibu saya, semoga semua berjalan lancar dan baik – baik saja.

Aryana Aryan : Semoga semua yang baca ni, sentiasa jaga hubungan adik beradik. Hubungan keluarga. Sebab kita tak boleh pilih mak ayah kita, adik beradik kita. Jadi marilah sesama jadi yang baik untuk mak ayah kita, adik beradik kita, dan anak – anak kita.

Sebab yang ni semua tak boleh pilih. Kalau sed4ra mara, still boleh elak – elak tak nak jumpa time Raya. Tapi kalau dah adik beradik. Pusing kot mana pun. Mesti bersilang juga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.