Pakcik hiIangkan diri lepas anaknya meninggaI, selang berapa tahun tiba2 pakcik muncul

Hubungan kami dan pakcik kembali rapat dan kami dapat jemputan anak perempuan pakcik nak kahwin. Masa dekat majlis aku perasan pengantin lelaki tu tua. Rupanya mak aku cakap, pengantin lelaki sama umur dengan pakcik. Dan pakcik buat perjanjian kahwinkan anak dia dengan lelaki tua tu jadi isteri ketiga..

#Foto sekadar hiasan. Thanks admin sebab approve confession aku. Aku nak cakap pasal hutang ni. Aku nak cerita pasal kisah Pakcik aku ni. Dia merupakan seorang guru sekolah. Ajar subjek teras dan seorang yang boleh kata warak juga.

Masa aku kecik dulu, dia antara pakcik kegemaran kami sebab dia selalu melawat tok di kampung. Musibah berlaku, aku rasa itulah titik perubahan pakcik aku ni. Anak sulung lelaki pakcik meninggaI dunia secara tiba – tiba di sekolah.

Lepas kejadian ni berlaku, pakcik aku jadi macam hilang arah. Dia jual rumah dia yang besar, selesa dan cantik, berpindah ke tempat lain dan terus hilang tanpa dikesan. Nombor telefon dah ditukar. Adik beradik mak cuba cari pakcik, tapi lama kelamaan tok cakap tak payahlah cari dia.

Nanti pakcik balik lah. Tok cakap Pakcik mungkin sedih sangat. Selang beberapa tahun, macam tok cakap, pakcik muncul. Pakcik muncul sebab nak pinjam duit tok. Katanya nak guna untuk niaga. Tok tak marah, tok bagi aja duit dia, tak perlu bayar balik.

Sempatlah kami ambil tahu keadaan pakcik. Dia masih seorang guru, tapi sekarang ada kedai makan. Sempat juga kami pergi melawat kedai dia. Kedai makan biasa – biasa jual nasi goreng – goreng. Tak lama lepas tu, pakcik hantar jemputan anak perempuan dia nak bertunang.

Sepupu aku tu cantik orangnya, mata coklat cair. Aku namakan dia Farah jelah. Balik dari majlis bertunang tu, mak aku cerita yang Farah tu bertunang dengan orang Pakistan. Ikut plan mereka, lepas kahwin, Farah dan suami akan tinggal di Pakistan.

Aku terk3jut juga tapi aku anggap mungkin tu memang taste dia. Kemudian pakcik hilang semula macam dulu. Tok masih percaya yang nanti dia balik. Pasal Farah pulak, takde khabar berita dah kahwin ke belum. Selepas banyak tahun, ayah tiba – tiba dapat perkhabaran tentang pakcik kami yang hilang tu. .

Rupanya pakcik aku dah pun dipecat sebagai guru. Kami sekeluarga terk3jut sebab setahu ayah yang juga guru, susah untuk penjawat awam dipecat, kecuali jika ada masalah displin yang amat teruk. Bila ayah siasat, ayah dapat tahu yang pakcik kerap sangat ponteng kerja tak hadir ke sekolah semata – mata untuk urusan perniagaannya.

Kerja di sekolah dan murid – murid pakcik terabai. Adik beradik mak sepakat tak mahu beritahu tok, tak mahu tok ingat semula pasal pakcik sebab dia pasti akan sedih. Tak lama kemudian, tok meninggaI tanpa tahu di mana keberadaan pakcik.

Pastinya korang tertanya kan kenapa ayah mak aku tak pergi jumpa pakcik walaupun dah jumpa? Aku pun tanya juga mak aku, tapi mak aku pesan yang kalau kita pergi cari pakcik, mesti pakcik akan hilang semula nanti. Mesti ada sebab kenapa pakcik melarikan diri macam ni.

Ayah aku taklah beria – ia sangat nak k0rek pasal keadaan pakcik ni, sebab ayah aku kata biarlah berita tu sampai sendiri. Memang betul apa yang ayah aku cakap, berita tentang pakcik aku tu sampai juga walaupun tak dicari. Rupanya, pakcik larikan diri sebab dia terjebak dalam hutang Ah Long untuk perniagaannya.

Sebab tu pakcik kerap tukar nombor telefon, kerap berpindah ke sana – sini. Tak hadir ke bekerja sebab ahlong cari dia di sekolah. Paling kami terk3jut pasal Farah bertunang dengan orang Pakistan tu. Rupanya pakcik tunangkan Farah untuk langsaikan hutang pakcik.

Mujur tak jadi kahwin. Yang tu paling seriau aku dengar. Dipendekkan cerita beberapa tahun lagi, mak dapat panggiIan yang pakcik nak datang melawat ke rumah. Mak aku terk3jut, tapi kami sambut kedatangan pakcik macam biasa.

Bila pakcik datang, dia nampak ceria dan peramah macam tak ada apa – apa pernah berlaku. Lama sangat tak jumpa, sampai aku tak cam muka anak – anak dan isterinya. Bila bersembang dengan ayah, katanya pakcik sekarang berniaga buat produk sendiri.

Sempat lagi share resepi penawar kencing manis yang dia cadang nak botolkan dan jual. Sejak dari tu, hubungan pakcik dan keluarga sem4kin pulih. Dua tahun lepas, mak aku dapat jemputan kahwin Farah. Nama bakal suami dia Jamil.

Meriah betul bagi aku, siap dengan kompang, silat dan macam – macam makanan sampingan. Aku dengar Farah kahwin dengan orang kaya. Mak aku ni bila jumpa adik beradik dia, tak pandang kiri kanan dah. Mesti pergi lepak dengan adik beradik dia.

Aku mula – mula tak ambil port sangat siapa suami Farah, sampailah masa kami dalam perjalanan pulang ke rumah. Mak aku tanya aku, nampak tak pengantin lelaki. Aku cakap aku nampak, orangnya nampak tua, tapi mungkin sebab aku duduk jauh dari pengantin. Lagipun aku rabun.

Rupanya, memang pengantin lelaki, yang namanya Jamil tu, sebenarnya lebih kurang sebaya dengan pakcik aku. Dalam 50-an umurnya. Farah tu sebaya aku, 20-an. Aku cakaplah, dah j0doh dia kan, mungkin taste dia pakcik – pakcik.

Aku ingatkan mak aku nak terus bebeIkan aku sebab tak berj0doh lagi. Rupanya tak. Ada cerita lain. Farah tu sebenarnya isteri ketiga Jamil. Pakcik sebenarnya berhutang duit dengan Jamil, tapi Pakcik tak cukup duit nak bayar. Jadi, Jamil letak syarat untuk kahwin dengan Farah sebagai ganti bayar hutang.

Semua kos kenduri Jamil akan bayarkan juga. Farah pun dijanjikan rumah dan kereta sendiri. Jamil pun ada berjanji dengan Pakcik macam – macam. Aku tanya mak aku, kenapa Pakcik setuju? Terdesak sangat ke dia? Pakcik aku rupanya rasa terhutang budi dengan ‘kebaikan’ Jamil sebab tolong langsaikan hutang dia.

Tolong bayarkan kos kenduri. Janji macam – macam nak tolong Pakcik. Yang ni terus buatkan aku terdiam. Sampai macam tu sekali nak baIas hutang budi. Aku bukanlah nak kecam yang Farah tu jadi isteri ketiga. Aku kesian sebab sikap Pakcik yang suka berhutang, anak jadi m4ngsa keadaan.

Kami ingatkan dia dah insaf pasal anak dia bertunang dengan Pakistan. Sepanjang perjalanan balik ke rumah, ayah aku yang kena bebeI dengan mak aku pasal hutang. Hutang duit atau hutang budi sekalipun, jangan sampai tergadai anak.

Yang mak aku kesal, Pakcik macam tak ambil iktibar tentang per4ngai dia yang suka berhutang. Tahun lepas mak aku ada cerita pasal Farah. Tak ada rumah, tak ada kereta. Farah terp4ksa duduk dengan mak ayah dia sebab rumah sewa yang Farah duduk tu tak terbayar.

Yang kelakarnya, Suami dia dah kahwin lagi satu, jadi empat isteri dah. Aku rasa kesian dekat Farah. Aku mampu doakan yang terbaik je untuk dia dan keluarga Pakcik. Aku faham yang Tuhan uji Pakcik, cuma aku rasa cara Pakcik handle ujian tu macam tak kena.

Sekarang aku pun dah kahwin. Walaupun anak aku lelaki, aku masih ceritakan hal ni kat suami aku supaya one day, kalau dia berhutang, jangan sampai tahap jual anak – anak untuk langsaikan hutang, jangan terhutang budi dengan orang sampai tergadai anak. Sekian.. – Bella (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Aisyah Najihah : Penjawat awam memang mudah buat pinjaman. Mungkin tu dah biasa sangat meminjam, dah jadi tabiat. Bila gaji naik je, buat hutang baru, tutup hutang lama. Saya pun ada pengalaman pahit, terpalit sekali dengan orang yang suka berhutang. Bila ingat balik, jadi geram. Dia punya pasal, kita tanggung susah.

Hartini Abd Halim : Teringat kejadian di bank. Ada sorang penjawat awam tu tanya tentang personal loan, aku bagitau la.. pastu dia marah aku sebab katanya interest bank tinggi, baik pinjam kat along. Eh ko da kenapa nak marah – marah.

Aku jawab la kat dia, cik bank kalau cik tak bayar dia pot0ng nama ja, kalau cik tak bayar hutang along, ada kemungkinan dia p0tong kepala. Terus dia balak. Aku keja ja bank, bukan kuasa aku nak letak interest banyak mana.

Naquiddin Kamrozzaman : Dalam kes ni, perempuan tu boleh lari rumah, bapanya dah kira memudharatkan dirinya. Jadi anak jangan taat membuta tuIi. Sebab tu budak – budak sekarang umur 20an dah s4kit jiwa, taat tak bertempat.

Didi Adibah : Sorang lecture saya masa di matrix pernah pesan dengan kami tentang beli barang dengan cara berhutang ni. Katanya kalau kita kena beli sesuatu barang tu dengan bayaran ansuran (selain rumah dan kereta), maksudnya kita belum mampu. Jangan beli lagi. Tunggu sampai mampu atau beli yang sekadar mampu.

Laila Zara : Saya pernah dengar nasihat seorang bapa mertua kepada menantu lelaki, elakkan beli barang secara hutang supaya hidup senang. Menantu ni memang boleh sangat kalau nak beli barang secara hutang sebab kerjaya bagus.

So menantu ni betul – betul ikut kata bapa mentua dan memang nampak selesa dan senang hidupnya. Kereta beli cash. Yang paling best beli rumah cash 3x bayar. Dia kumpul duit dulu baru beli.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.