Org ckp aku wanita terbahagia dpt suami yg sgt baik, tapi 17 tahun aku simpan sisi gelap suami

Dari awal kahwin aku dah tahu kerja ‘jahat suami’ tapi aku masih bertahan sampai 17 tahun. Aku dulu seorang pensyarah Universiti Swasta, sepatutnya aku jadi wanita yang pandai sesuai dengan kelayakan tapi rupanya aku terpilih jadi isteri yang tak cerdik..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin atas keizinan untuk menyiarkan kisah saya. Nama aku J, Seorang surirumah. Suatu ketika dahulu aku adalah seorang pensyarah di salah sebuah Universiti Swasta,

Namun aku k0rbankan kerjaya demi memberi sepenuh perhatian kepada anak – anak dan rumahtangga. Perkahwinan aku telah berusia 17 tahun dikurniakan 3 cahayamata 15, 13 dan 10. Suami aku seorang yang baik, bertanggungjawab terhadap keluarga, anak – anak dan kedua ibubapanya dan juga ibubapa aku.

Seorang yang ringan tuIang membantu kerja – kerja di rumah. Justeru sesiapa sahaja yang mengenali aku merasakan aku adalah wanita terbahagia. Namun tiada siapa yang mengetahui. Suami aku mempunyai sisi gelap di dalam rumahtangga kami.

Aku mula mengetahui perbuatan suami aku setelah setahun mendirikan rumahtangga. Suami aku gemar melanggan wanita di luar. Di awal perkahwinan suami aku tertangkap dengan aku sendiri , dia membawa wanita balik ke rumah kami.

Allah Maha Pengasih.. Aku tergerak hati untuk pulang ke rumah kerana tertinggal beg kerja ketika itu. Hairan melihat kereta suami aku di garaj rumah lantas aku segera ke bilik kami. Suami aku bersama seorang wanita warga asing di atas katil kami.

Long story short, Selama 17 tahun perkahwinan Aku terus menyimpan dan memendam rasa demi menjaga aib suami. Sama sekali aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa pon perihal sisi gelap suami aku. Suami tidak pernah serik sering bertukar – tukar pasangan.

Pernah aku beri kata dua kepadanya namun dalam diam dia masih lagi dengan kegiatan sisi gelapnya. Berkali – kali aku beri peluang kepadanya. Aku mohon dia bertaubat. Namun semuanya sia – sia. Seringkali aku terjumpa bukti – bukti kegiatannya (kadang – kadang terjumpa k0ndom, resit hotel dan pernah terjumpa c0li di dalam bag kerjanya).

Aku tak cerdik?! Biarkan diri aku diperlakukan sedemikian? Ya aku tak cerdik!!  Semua ini adalah peng0rbanan aku untuk orang lain. Untuk anak – anak aku yang sememangnya amat rapat dengan suami. Berk0rban untuk kedua ibubapanya.

Ibubapa mertua agak uzur dan pasti tak dapat menerima jika mengetahui sisi gelap anaknya. Tiada siapa mengetahui masalah rumahtangga kami. Siapa sahaja yang mengenali kami pasti merasakan kami adalah pasangan yang bahagia.

Suami aku tetap tunjukkan dirinya seorang yang baik. Dan layanan aku terhadap suami masih sama. Makan, minum nya tetap aku jaga walaupon hati aku amat h4ncur. Kini genap 5 tahun suami aku tidak menyentuh dan menunaikan nafkah batin kepada aku.

Pelbagai usaha aku lakukan untuk menarik ‘minat’ nya terhadap aku. Aku berhias, membeli lingerie yang hot dan s3xy namun suami aku langsung tidak mempedulikan aku. Walaupon kadang – kadang aku berasa jijik ingin bersamanya dek kerana suami masih melanggan wanita di luar.

Ya katalah aku tak cerdik. Aku terima. Cuma satu aku minta Doakan aku terus kuat untuk hadap semua ni. Kuat demi anak – anak dan kedua ibubapanya. – Mdm J (Bukan nama sebenar)

Mungkin kisah seterusnya dapat memberi ‘nasihat yang jelas’ dan inspirasi kepada Miss J. Banyak jalan ke syurga, bukan melalui perkahwinan sahaja.

Assalamualaikum, thanks admin siarkan confession ni. Saya Rabun, hello.. Saya baru baca kisah DR Najiha, yang diceraikan suami tak guna sebab suami dia curang. Alhamdulillah urusan DR untuk diceraikan dipermudahkan.

Sebenarnya , kepada semua perempuan di luar sana, tak salah untuk diceraikan kalau perkahwinan itu t0ksik. Saya perempuan, umur awal 30 an, bekerjaya professional, ada 2 orang anak dan Alhamdulillah masih ada suami.

Saya nak kongsi cerita saya. Saya merupakan  anak ke lima dan ibu bapa saya adalah ibu bapa yang tidak mengongkong anak. Mendidik dan beri kebebasan kepada kami untuk buat apa sahaja selagi tidak bertentang dengan agama.

Tapi apabila saya berkahwin, ibu mertua saya seorang yang membuat keputvsan untuk anak – anaknya. Jadi selepas berkahwin SEMUA hidup saya dan suami dia cuba aturkan. Susunan rumah kami, anak berapa, cuti bila, malah cuti raya pun dia tolong saya aturkan.

Pada awal perkahwinan, perkara ini sering buat kami berg4duh. Kami pernah berhentikan kereta tepi jalan dan saling menjerit kerana suami saya akan sentiasa dengar cakap mak dia. Saya faham syurga lelaki pada ibunya tapi agak – agakla kan.

Kami pernah berg4duh sehingga dia pernah menumbvk muka saya. Peristiwa tu, menjadi titik perubahan saya dan suami, semua yang terjadi memang saya ceritakan pada kedua ibu bapa saya. Sampai ayah saya memberi kata dua pada suami.

Kalau mak dia tak boleh lepaskan dia untuk jadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab, pulangkan balik saya pada keluarga. Ayah saya jaga saya, besarkan dengan penuh kasih sayang bukan diberi untuk dipukuI dan dikawal oleh keluarga mertua.

Saat itu suami saya berubah. Kami lebih banyak berbincang dan membuat keputvsan sendiri. Mak mertua saya berkecil hati kerana anggapannya suami saya tidak mendengar katanya lagi. Untuk saya, saya tak menghalang suami untuk balik kampung dan berbakti pada mak ayah mertua saya, cuma jangan masuk campur urusan saya dan keluarga.

Walaupun pada awalnya banyak makan hati kerana per4ngai pelik – pelik mak mertua saya, saya buat keputvsan maafkan dan lupakan anggap je la orang tua yang tak tahu budi bahasa. Kalau balik kampung saya tolong mana yang patut selebihnya saya buka laptop pura – pura sibuk. Girls,

1. Apa – apa jadi jangan simpan sendiri. Kita ada mak ayah cerita je semua. Ramai lelaki tak guna sekarang.

2. Pelik macam mana pun dia tetap mak / ayah mertua kita. Memang menantu orang luar, anggap je la mertua pun orang luar.. Jadi tak payah beria sangat nak ambil hati. Janji hati sendiri terjaga sudah. Kurangkan berharap dapat mertua baik macam cerita novel atau drama.

3. Kalau rasa perkahwinan itu t0ksik menyiksa jiwa dan raga. Tolonglah angkat kaki. Jangan gunakan anak sebagai penahan. Macam mana nak bahagia kalau diri sendiri tak bahagia. Kalau jiwa serabut korang akan marah je anak tu. Mana nak datang bahagia? Jadi keluar dan kalau jumpa j0doh yang lebih baik apa salahnyakan?

4. Sebenarnya bagi saya cukuplah sekali kalau dia naik tangan. Memang nak tinggalkan dah, tapi ketika itu memang antara kami sangat tegang. Dia pukuI saya depan anak – anak. Memang masa itu saya dah nak failkan penceraian tapi kerana dia janji nak berubah saya beri peluang kedua dan terakhir

Dah 4 tahun perkara itu berlalu, walau Iebamnya dah tiada s4kitnya masih ada. Untuk perkara itu saya masih tidak boleh lupakan. Peristiwa itu juga buat saya lebih kuat untuk bangkit dan berju4ng untuk diri sendiri.

Alhamdulillah kami bahagia kini, sampai bila saya tak tahu doakan saya. Untuk perempuan yang lain. Ingat anda berhak untuk bahagia. Jangan sampai ada orang boleh tentukan hidup anda. Dan untuk hidup kita yang tidak bahagia, kita jangan salahkan orang lain kerana hidup ini adalah pilihan.

Anda yang memilih untuk keluar atau kekal bersama. Banyak jalan ke syurga, bukan melalui perkahwinan sahaja. Kalau berkahwin menjadikan anda isteri derh4ka dan jadi highway ke ner4ka, carilah kunci syurga yang lain. I

Islam tak k3jam, keluar dari lelaki yang menunggang agama. Tolonglah. Women emp0wered women – RABUN (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Alexis Lina : Sebab zaman sekarang wanita lebih utamakn kerja dan terp4ksa kahwin lewat. Kata – kata nasihat dari tt ni sangat positive dan kuat sebab dia ade ibubapa yang sentiasa menyokong dan kerjaya yang stabil.

Kalau dapat confessr yang jenis ragu – ragu nak angkat kaki atau guna anak sebagai sebab tak nak keluar dari hubungn t0ksik, kebanyakan adalah surirumh atau memang tak bekerjaya. Jadi, memang agak sukar di situ, untuk mereka angkat kaki dan berdikari kat luar.

Apa – apa pun moga laki melayu ni naik tarafkan kualiti, sebab banyak isu yang selalu berbangkit, tentang nafkah, tentang kecurangan, pukuI anak bini. Nak rumah kemas tapi gaji / naflah tak semegah ambik orang gaji.

Nak bini cantik meIetop tapi tak mampu nak hantar pergi spa. Nak bini ramai ikut nabi tapi laki tu penz1na, belum kahwin dah bawak masuk bilik. Nak anak ramai tapi malas nak tolong isteri jaga anak kat rumah.

Peah Peah : “Kalau mak dia tak boleh lepaskan dia, pulangkan balik saya pada keluarga, Ayah saya jaga saya, besarkan dengan penuh kasih sayang bukan diberi untuk dipukuI dan dikawal oleh keluarga mertua.” saya suka cara ayah confessor deal dengan suami, untung confessor. Kena ada yang berani bersuara dan betulkan keadaan. Jangan sampai anak jadi m4ngsa buIi mertua dan suami, hingga k0rbankan sebuah keluarga dan perkahwinan.

Raja Norkhairani : Ibu bapa atau mertua tak patut masuk campur dalam urusan rumah tangga anak – anak. Biarlah suami isteri je yang tentukan perjalanan hidup mereka tanpa campur tangan pihak lain.

Ari Kael : Saya bersetuju dengan pendapat TT, kepada kaum wanita yang sedang mengalami masalah rumahtangga, baca betul – betul apa yang tt cakapkan dan hadam. Tak payah tanya sana sini, tanya sendiri hati tu, kalau masih sayang suami yang tak guna, mengaku saja dan hadaplah. Jangan jadikan anak sebagai alasan. Ingat mentaI anak tak terganggu tengok mak bapak berg4duh sepanjang masa? Fikir – fikirkanlah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.