Opah ada 3 org anak pen4gih. Bila opah s4kit, aku t3rkejut tgk layanan dari anak ‘pen4gih’

Pak Din aku selalu nasihat, marah – marah dekat Pak Chu dan Pak Man sebab hisap d4dah. Tapi akhirnya dia pun terjebak, mana boleh dua Iawan satu kan. Kesian Opah, ada 3 orang anak pen4gih. Sampailah opah s4kit sebab jatuh tandas, anak pen4gih opah ambil alih jaga.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kepada admin kerana siarkan cerita aku. Aku Azhar macam orang lain, telah menjadi pembaca tetap kat sini. Sebelum ini aku hanya menjadi pembaca saja.

Tapi ada satu perkara yang buatkan aku terpanggil untuk menulis di sini. Baru saja tadi aku terbaca perihal seorang bekas banduan yang baru saja sebulan dibebaskan dari penjara. Kena tangkap sebab nak bvnvh ibunya sendiri bila tak dapat duit nak beli d4dah.

Apa punya anak. Ibu yang mengandung, melahirkan dan membesarkan kau pun kau nak bvnvh. Elok kau bvnvh diri kau sendiri dululah. Tak guna punya anak. Perkara ini membuatkan aku teringat dengan seseorang iaitu bapa saud4ra aku.

Aku panggil dia pak chu kerana dia anak yang paling bongsu. Mak aku anak ketiga dan dia anak ke-8. Orang dulu – dulu memang beranak ramai. Masa kecil, Opah yang jaga aku. Di situ aku tinggal sekali dengan pak chu dan dua lagi bapa saud4ra aku.

Pak Man nombor 6 dan pak Din nombor 7. Adik aku juga tinggal sekali sebab mak aku kerja tempat lain lepas bercerai masa umur aku 4 tahun. Tok aku dah meninggaI. Masa aku kecil, Pak Man dan Pak Din ni garang. Selalu buIi aku suruh nyanyi lagu, suruh urut la.

Pak Man aku ni dulu pernah masuk ask4r. Dapatlah aku merasa teropong ask4r yang dia bawak balik. Itulah jadi permainan aku dulu, budak kampung. Tahun 70-an, apalah yang ada. TV pun start pukuI 4 petang. Semua benda aku teropong.

Seronok sungguh rasanya. Elok – elok jadi ask4r, lepas 2 tahun kemudian aku dapat tahu Pak Man aku lari dari ask4r. Last – last kena tangkap sebab lari dari tugas. Pak Din pulak, budak paling pandai dalam keluarga. Masa kat rumah, tekun sungguh dia belajar.

Selalu ajar aku baca buku. Lepas tu dia dapat tawaran masuk asrama masa tingkatan 1. Habis belajar dapat kerja jadi warden penjara. Berbalik pasal Pak Chu aku, masa kecil dia bukanlah seorang pelajar yang pandai. Biasa – biasa saja.

Tulisan dia masa tingkatan 1 pun ala-budak budak sekolah tadika. Herot berot. Tapi masa dia muda, dialah yang paling hensem dalam keluarga. Macam pelakon arw4h Hani Mohsen. Yang pernah jadi suami Tiara Jaquelina tu. Cuma dia gelap sikit la.

Aku rapat dengan dia sebab dia layan aku dengan baik. Dia jugalah anak kesayangan Opah aku. Maklumlah, anak bongsu lah katakan. Pak Chu aku ni dari kecil memang rapat dengan Opah aku. Kalau nak pergi sekolah, dia akan salam tangan dan cakap, pergi dulu ya mak. Bukan sekali.

Kadang – kadang sampai 3 kali dia cakap dengan Opah aku, barulah dia pergi sekolah. Tu sebab Opah aku sayang sangat kat dia. Per4ngai pak chu aku ni dengan orang lain pun sama. Dia amat ambil berat. Kadang – kadang jumpa dia masa tengah makan, dia akan ajak sungguh – sungguh. Bukan ajak – ajak ayam.

Layanan dia pada orang memang elok. Sampaikan pak chor aku, iaitu abang ipar dia kata, pak chu kau kalau layan orang memang sangat baik. Bila sekali sekala pak chor dan mak chor (anak no 2) balik kampung, macam tu lah layanannya.

First class kata pak chor aku. Masa umur aku 7 tahun aku ikut mak aku pulak. Masa ni mak, aku dah kahwin lain. Jadi aku tinggal diorang. Adik aku masih lagi tinggal dengan Opah. Umur aku 9 tahun aku dapat tau yang Pak Man dah jadi pen4gih.

Lepas dia keluar dari penjara sebab lari dari ask4r dia duduk saja di kampung. Di sinilah dia belajar men4gih dengan kawan – kawan sekampung. Ada sekali aku balik kampung, masa cuti sekolah, saja je aku nyanyi lagu. Tajuk aku lupa, tapi liriknya.

D4dah durj4na kau pengh4ncur bangsa, kau musvh rakyat, kau musvh negara. Lepas tu aku kena marah dengan dia.. Ha ha ha.. Umur aku 10 tahun, Opah aku ambik keputvsan nak duduk Ipoh. Pacak rumah setinggan. Jadi diorang semua pun pindah sekali.

Rumah kampung tinggal kosong. Dekat sini, pak chu aku dah jadi remaja. Dia pun ikut men4gih dengan Pak Man aku. Pak Din aku yang kerja warden dapat tau, dia marah dua orang ni. Marah punya marah, Nasihat punya nasihat,

Last – last dia pun ikut sama men4gih. 2 Iawan 1. Mana nak menang. Last – last 3 orang sekali men4gih. Pak din pun akhirnya kena buang kerja sebab rekod buruk. Selalu tuang duty. Padahal sebelum ni elok je dia kerja warden. Jadi kat dalam rumah tu, tersimpan lah 3 orang pen4gih.

Adik beradik lain marah, nasihat tapi diorang degil. Buat dek je. Mula – mula men4gih, sebab nak beli d4dah, diorang jual barang – barang rumah. Kusyen la, dapur gas la, tong gas la. Dapat tau kat pak cik aku yang sulung. Kena beIasah diorang.

Lepas tu diorang tak jual dah barang 2 rumah, diorang pergi tolong kawan – kawan tebas rumput, jual mangga la dan buat macam – macam lagi semata – mata nak beli benda tu. Opah aku tak boleh cakap apa dah. Dah tak kuasa, anak – anak yang dia sayang, kerja elok – elok sebelum ni dah jadi macam tu.

Bukan seorang. Tapi 3 sekaligus. Nasib baik ada adik perempuan aku, boleh bantu Opah dia kat rumah. Tapi walaupun men4gih, diorang ni tetap hormat dengan Opah aku. Ada juga diorang mintak Opah aku duit tapi tak pernah marah – marah bila tak dapat.

Opah aku walaupun tak kerja tapi dia dapat pencen tok aku. Hari berganti bulan, bulan berganti tahun, dah dekat 30 tahun diorang jadi pen4gih. Keluar masuk lokap tak ingat dah berapa kali. 3 kali pusat serenti. Kalau ikut taraf U, dah dapat Master diorang ni. 1 kali buang daerah, Taraf PhD.

Masa buang daerah ni, Pak Man dapat j0doh. Kahwin dan ada 2 anak. Pacak satu rumah setinggan sebeIah rumah Opah. Yang Pak Din pula, kahwin dapat anak sorang lepas tu cerai. Pak Chu aku tak kahwin sampai sekarang.

Dari aku kecil sampai aku dah kahwin dan dah masuk 4 series, macam tu lah keadaan diorang. Berhenti sekejap. Sebab masuk serenti, dah keluar, buat balik. Benda tu yang diulang – ulang tak sudah sudah. Opah aku yang tua pun dah bertambah tua, dari umur 60 sampai umur 80 tahun.

Diorang dari muda pun dah jadi tua, masuk 50 an dah.. Adik – aku pun dah kahwin. Tak duduk situ dah. Masa Opah aku umur 84 tahun, Opah aku jatuh dalam rumah dan kakinya patah. Sejak hari tu dia dah tak boleh nak berjalan sangat.

Nak kena pimpin utk ke bilik air. Masak memang tak boleh lah, beli je. Sapa yang jaga dan uruskan opah aku? Mak aku pun dah tua. Kena artritis, tak larat nak uruskan. Cuma dia lah yang uruskan segala keperluan bulanan Opah aku seperti beli Pampers, Susu dan barang – barang lain.

Mak saud4ra dan bapa saud4ra lain duduk jauh. Jadi 3 pen4gih ni lah yang tolong uruskan. Bawak pergi ke bilik air, mandikan, pakaikan baju, bedak, sik4t rambut. Diorang lah yang uruskan. Tapi antara 3 orang ni, Pak Chu akulah yang selalu uruskan Opah aku.

Tiap – tiap hari pagi, petang, malam. Yang lain on off on off. Sebab apa Opah aku lebih suka pak chu aku yang uruskan? Sebab Pak chu akan uruskan Opah aku dengan cara yang baik sekali. Walaupun dia pen4gih tapi rasa sayang pada maknya sendiri tak pernah kurang.

Lagipun dia anak bongsu, anak kesayangan Opah aku. Bukan aku nak puji, tapi aku rasa nurse pun takkan layan macam tu. Cara dia layan, dia akan cakap lemah lembut dengan Opah aku, tanya apa keperluan Opah aku. Apa yang Opah aku nak.

Kalau Opah aku nak ke bilik air, dia akan pimpin dan cakap lembut, baik – baik jalan mak, katanya. Opah aku tak boleh jalan laju – laju. Bila mandi dialah yang akan mandikan Opah aku, sabun kan. Lepas mandi, dia akan keringkan badan Opah aku.

Cara dia keringkan badan pulak amat berbeza. Kalau aku, aku akan lap saja badan bagi kering. Tapi dia tidak, dia akan lap dulu dengan cermat dan lembut. Opah aku dah tua, jadi kulit dia pun berkedut kedut dan nipis. Sensitif dengan sentuhan yang kasar.

Ada bahagian yang merah sebab baring lama sangat atas katil. Lepas dia lap, dia akan kipaskan pulak (dengan kertas, suratkhabar ke) bahagian yang merah tu supaya cepat kering sebab tak nak lap sangat takut kulit tu jadi Iuka.

Bukan setakat kipas, kadang – kadang aku nampak dia tiup – tiup tempat tu supaya cepat kering. Korang boleh tak buat macam tu. Dah kering baru dia letak bedak. Isteri aku sendiri tengok pak chu aku buat macam tu, kagum dia.

Bukan setakat dia, aku pun kagum. Walaupun dia seorang pen4gih. Tapi layanan dia pada ibunya sendiri memang terbaik. Tiap – tiap hari itulah tugasnya. Malam bila – bila pak din dah ada kat rumah, barulah dia keluar. Buat hal dia pulak.

Opah aku bila pak chu aku keluar, mulalah asyik bertanya mana pergi anak kesayangannya tu. Tak nak lekang dari anaknya. Bukannya sehari dua dia menjaga Opah aku, tapi lebih 5 tahun. Sepanjang masa tu dia tak boleh bekerja sebab nak jaga Opah aku.

Pernah dia ditangkap polis, dan dibicarakan di mahkamah. Dia merayu dibebaskan supaya dapat menjaga Opah aku. Pegawai polis pun menyokong sebab dah kenal sangat dengan pak chu aku. Memang betul dia yang menjaga ibunya.

Akhirnya dia dilepaskan. Ada sekali tu dia berkecil hati dengan kakak dan abangnya. Sebabnya dia nak minta duit sumbangan upah menjaga Opah aku, sebab dia tak boleh bekerja, tapi ada yang kata, nanti duit tu kau beli d4dah.

Bukan banyak pun, dia minta lebih kurang Rm300 sebulan je. Dia nak makan jugak, nak uruskan diri dia jugak. kadang – kadang dia beli nasi sebungkus untuk Opah aku. Nasi lebih yang Opah aku tak habis tu lah dia makan. Bila aku datang melawat, aku bagi duit kat dia.

Lantak lah dia nak buat apa dengan duit tu. Bagi aku dia layak dapat lebih dari sekadar Rm300 tu. Sekarang upah jaga orang tua, lebih dari rm1000. Kalau Cina, dalam 2 ribu lebih. Apa salahnya sumbang kat dia. Tak payah la kutuk dia sebab dia pen4gih.

Tengokla layanan yang dia berikan macam mana. Mak cik aku kalau datang pun, tak pernah nak uruskan Opah aku. Semua 3 pen4gih ni la yang buat. Masa akhir hayat Opah aku, dia langsung tak boleh jalan. Jadi semuanya diuruskan atas katil saja.

Lebih 5 tahun la. Akhirnya 3 tahun lepas Opah aku meninggaI dunia akibat s4kit tua pada umur 89 tahun. Hari Opah aku meninggaI, aku datang jumpa pak chu aku. Mulutnya masa tu tak putvs – putvs berdoa. Ya Allah Ya Tuhan aku, selamatkanlah mak aku, selamatkan mak aku, kesian kan lah dia.

Kesian kan lah dia. Ayat itulah yang diulang – ulang dengan penuh harap. Nampak sungguh kesedihannya masa tu dengan pemergian ibunya. Aku terkedu. Bagi aku walaupun dia seorang pen4gih, dan walaupun memang ada pen4gih yang derh4ka pada kedua ibu bapanya, tapi Pak chu aku lain.

Hatinya adalah hati seorang wali yang terper4ngkap dalam tubuh seorang pen4gih. Walaupun dia merosakkan jasadnya, tapi dia tak merosakkan hatinya, walaupun dia merosakkan mindanya, tapi dia tidak tidak merosakkan kasih sayang pada ibunya.

Hatinya luhur walaupun fikirannya kabur. Aku juga mahu seorang anak seperti ini, kerana aku ingin men4gih kasih sayang yang agong ini walaupun dari seorang pen4gih. Bila sudah tua dan tak berdaya. Apakah perkara yang paling bahagia selain dari punya seorang anak yang berbakti pada orang tuanya.

Aku doakan supaya dia dapat dipertemukan kembali di akhir4t, di syurga mu ya Allah dengan redha ibunya dan dengan rahmat Mu. Aku juga berdoa supaya dapat bertemu kedua orang tua aku di akhir4t kelak, di syurga dengan redha ibu aku dan dengan rahmat Nya.

Untuk makluman, Pak Man telah meninggaI dunia 3 bulan lepas, Pak Din dah keluar dari per4ngkap d4dah. Aku harap berkekalan. Dan.. Pak Chu aku hari Isnin lalu, baru saja ditangkap dan ditahan di dalam lokap. Aku tak tau apa kesudahannya. T

api aku harap, anda yang membaca. Tolong doakan Pak Chu aku di berikan peluang untuk berubah. Kesempatan untuk bertaubat dan doakan yang baik – baik untuknya. Terima kasih. – Pelangi Petang

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.