Oleh sebab saya orang seberang tanpa permit, Kak Nor ugvt nak report pada polis dan lari tak bayar ‘hutang’

Saya kesian Kak Nor selalu mengadu takde duit nak bayar pengasuh mahal. Saya offer jaga anak dia dengan upah yang murah. Tapi bila masuk bulan kedua, Kak Nor masih tak bayar duit upah. Satu hari Kak Nor datang rumah dan ambil anak – anak dia sambil marah saya. Dia kata tak akan bayar upah dan akan report pada polis.. 

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan warga Facebook. Saya seorang perempuan warga negara seberang, saya dah 3 tahun tinggal di Malaysia. Sebelum ni saya ada permit yang sah dan sekarang sudah 5 bulan saya hidup sebagai PATI setelah seorang warga tempatan yang berjanji bertanggungjawab untuk renew permit saya lari dengan duit saya sebanyak RM 4ribu dan juga passport saya.

Kat sini saya bukan nak cerita pasal ejen yang tipu saya tu tapi saya nak cerita pasal jiran saya, satu keluarga melayu dan juga saya nak berkongsi khabar gembira dalam rumahtangga saya. Saya berumur 30 tahun dan suami 45 tahun, kami dah berkahwin selama 11 tahun tapi masih belum ada rezeki untuk memiliki anak.

Saya datang tinggal di Malaysia bukan untuk bekerja tapi hanya untuk ikut suami sebagai  surirumah. Kisahnya bermula dua bulan yang lalu, jiran saya yang biasa saya panggil kak nor mempunyai 3 orang anak. Yang sulung umur 9 tahun, yang kedua 5 tahun dan yang paling kecik umur 3 tahun.

Sebelum ni kak nor selalu bercerita dengan saya pasal pengasuh 2 orang anaknya yang nombor 2 dan 3 yang biasa saya panggil abang dan adik. Dia selalu cerita setiap bulan dia tak cukup duit nak bayar pengasuh sebanyak RM600 sebulan untuk dua orang anak.

Satu hari saya terdetik nak menjaga dua orang anak kak nor supaya boleh temankan saya di rumah bila suami pergi bekerja. Saya bagitahu dekat kak nor dan dia pun setuju dengan cadangan saya tu. Jadi, dipendekkan cerita saya cakap dengan kak nor biarlah saya yang tolong jagakan abang dan adik, tak payah bayar mahal, cukuplah RM300 sebulan untuk dua orang anak tu.

Sebetulnya, saya bukanlah nak cari duit atau terdesak sangat, saya hanya nak seronok ada peneman memandangkan saya pun sangat sukakan budak – budak. Kak Nor pun bersetuju, keesokan harinya Kak Nor mula hantar abang dan adik ke rumah saya.

Saya rasa sangat teruja. Pagi – pagi selepas subuh lagi saya dah masak banyak – banyak untuk abang dan adik. Saya siapkan makanan untuk mereka untuk satu hari, boleh lah saya habiskan masa dengan mereka, tak perlu masuk ke dapur lagi.

Begitulah rutin baru saya setiap hari. Setiap kali suami balik kerja, saya selalu pesan dekat suami supaya beli lah apa – apa jajan, coklat, biskut untuk adik dan abang. Tak terasa pun sebulan berlalu jaga mereka berdua, tibalah masanya Kak Nor untuk bayar duit upah saya jaga anak – anaknya.

Tapi kak Nor cakap dia tak boleh nak bayar lagi sebab ada hal yang lebih penting dan dia perIukan duit tu sangat. Dia berjanji akan bayar seminggu kemudian. Saya ok je dan tak ada masalah sebab memang saya seronok jaga abang dan adik.

Sampai masuk bulan kedua, Kak Nor masih lagi bagi alasan dan tak bayar upah saya. Alasan yang sama, masih tak ada duit dan saya pun masih bersangka baik dan ok lagi. Entah macam mana, keesokan harinya, Kak Nor datang ke rumah saya dan terus ambik anak – anak dia.

Dengan nada yang marah, dia cakap, “Saya tak ada duit nak bayar kau, mulai hari esok saya dah tak hantar anak dekat kau lagi.” Saya jawab, “Kenapa kak? Apa salah saya? Terus dia jawab, ” Aku kan dah kata, aku tak ada duit nak letak anak aku kat kau!”

Lepas tu saya cakap, “takde duit, takpe dulu kak, bila – bila akak boleh bayar, janji akak bayar.” Lepas tu dia cakap, “kau tak payah berharap sangat aku nak bayar. Aku kan dah cakap aku takde duit. Kau kosongkan, jangan p4ksa aku report kau kat polis.” Akak tu cakap macam tu.

Lepas tu saya baIas, “kenapa buat saya macam ni kak? Kalau akak tak nak bayar sekali pun jangan pulak akak nak ugvt saya macam tu.” Lepas tu dia terus jalan laju – laju bawak ank dia balik. 3 hari sebelum ramadhan sampailah sekarang saya tak nampak muka kak nor lagi.

Saya ihklas apa yang saya dah bagi kat anak – anak dia dan saya ihklaskan juga duit gaji saya jaga anak – anak dia tu. Semoga Allah murah kan rezeki kak nor sekeluarga agar kak Nor tak kesempitan lagi. Dah seminggu saya demam sejak kak Nor tak hantar anak – anak dia ke rumah saya.

Saya memang dah sayangkan abang dan adik. Untuk pengetahuan semua pembaca, tengahari tadi suami hantar saya pergi kIinik, alhamdulillah saya dan suami sangat gembira. Dah 11 tahun kami menunggu akhirnya saya disahkan mengandung.

Rupanya kandungan saya dah 5 minggu, mungkin ni juga ada berkat saya jaga anak – anak kak Nor. Pagi esok saya akan ke kedutaan indonesia untuk menguruskan kepulangan saya ke indonesia. Saya harap warga FB sudi lah doa kan saya semoga kandungan saya selamat hingga saya bersalin nanti dan dimudahkanlah hendaknya urusan saya pulang ke indonesia.

Komen Warganet :

Ahmad Muhammad : Semoga selamat. Rezeki yang tak disangka apabila kita ikhlas menjaga anak – anak kecil. Saya sangat simpati dengan isu tak dibayar. Namun andai Puan redha lebih banyak yang akan dipermudahkan.

Semoga Puan dan suami diIimpahi rezeki sentiasa. Jaga diri. Terima kasih atas prihatin anda. Allah s.w.t memberi sesuatu di atas keikhlasaan Puan dalam membantu tu, teringin saya berjumpa Pn dan suami kerana susah nak jumpa orang yang macam ni, selagi kita mengucap 2x masyahadah selagi itu kita serumpum tiada bezanya di antara kita. Aamiin Ya Allah.

Fatin Ammarah : Alhamdulillah berkat rezeki puan halalkan ape yang orang buat buruk pada puan tak disangka – sangka puan mendapat rezeki yang lebih baik lagi semoga kak nor dalam cerita ni takkan tenang hidupnya. Hutang tetap hutang walau tt da menghalalkan. Sepatutnya kak nor harus memohon maaf kepada tt. Ikhlasnye nye hati tt allah beri rezeki anak padanya.

Ida Eida : Kisah yang paling best tahun ni aku baca. Terdetik rasanya nak komen selalunya saya just baca je. Untuk awak saya doakan semoga dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan bersalin nanti dan semoga kandungan awak sihat – sihat sahaja.

Untuk perempuan bernama kak nor, engkau memang perempuan tak guna ko dah kira berhutang dengan orang tau ingatlah hidup kita ibarat roda ada masa di atas adakalanya di bawah. Esok – esok ko dapat pengasuh macam Iahanat baru ko tahu. Dah buat baik dibaIas jahat.

Aniza Venita Anuar : Alhamdulillah… biar laa orang buat kite biar laa. Allah ade. Banyak kenangan pahit manis kat Malaysia ni ye… hi..hi..hi… Anggap saja sume tu dugaan Allah dan kite mesti buat yang terbaik sebab hanya Allah saja yang boleh membaIas.

Maafkan laa kak nor sefamili. Semoga awak bahagia dan dimurahkan rezeki dengan kelahiran orang ke 3 tak lama lagi. Mudah – mudahan mendapat anak soleh. Sempurna… sihat fizikaI dan mentaI. Selamat berangkat pulang ke indonesia… wassalam…

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.