Nur terk3jut nampak lelaki tua seperti bapa tapi keluarga bapa cakap bapa dah meninggaI

Dari umur 4 tahun Nur duduk rumah anak yatim, bila dah kerja Nur berusaha cari keluarga bapa. Tapi Nur kena haIau, diorang benci sebab bapa kahwin dengan ibu. Hari ke-3 Nur senyap – senyap lalu belakang rumah diorang. Nur terk3jut nampak seorang lelaki tua muka serupa macam arw4h bapa dalam gambar..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nur harap confession ini disiarkan oleh admin dan terima kasih jika ada yang sudi membacanya. Terima kasih kepada CPA kerana sudi mengolah cerita pendek Nur menjadi satu kisah yang tersusun untuk senang dibaca.

Mengingatkan kembali sejarah hitam yang paling s4kit untuk Nur kenangkan. BerbeIas tahun Nur cuba jejak dan mencari keluarga bapa serta ibu. Apabila dapat dikesan, Nur tetapkan hati untuk bersua muka dan akhirnya Nur dihalau ibarat pengemis yang datang meminta makanan.

Dewasa Nur di rumah anak yatim. Ibu meninggaI semasa melahirkan Nur. Menurut ummi (pegawai yang bertugas di rumah asuhan anak – anak yatim) yang menjaga Nur. Semasa Nur berusia 4 tahun bapa telah menghantar Nur ke pusat jagaan anak – anak yatim kerana bimbang tiada siapa yang akan menjaga Nur selepas bapa meninggaI.

Ummi kata, bapa mengidap b4rah paru – paru tahap 3. Bapa Nur merupakan mualaf yang telah dibuang keluarga kerana menikahi arw4h ibu Nur. Tamat SPM, Nur nekad untuk sambung belajar ke IPT. Siang Nur belajar dan malam pula Nur bekerja di sebuah restoran.

Alhamdulillah Nur berjaya dan kini Nur berjawatan sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah swasta. J0doh Nur dengan seorang lelaki Islam. Alhamdulillah Nur dikurniakan sepasang cahaya mata. Hidup Nur di kelilingi oleh insan yang menyayangi Nur.

Namun jauh di sudut hati, Nur tetap ingin mencari keluarga bapa dan ibu Nur. Alhamdulillah, sebelum Ummi bersara, Ummi ada serahkan fail peribadi bapa Nur. Fail tersebut mengandungi surat kem4tian arw4h ibu, salinan sijil kelahiran bapa dan surat doktor yang menyatakan tentang s4kit bapa.

Sudah lama Nur minta fail tersebut daripada Ummi, maIangnya fail tersebut telah hilang kerana pusat jagaan anak – anak yatim sering berpindah randah. Alhamdulillah sebelum Ummie bersara, Ummi terjumpa kembali fail yang Nur cari ketika sedang mengemas barang – barangnya.

Melalui kod negeri kelahiran Nur tahu bapa berasal daripada Sabah cuma Nur tidak tahu di mana tempatnya. Sekarang Nur sudah ada alamat penuh kediaman bapa di Sabah. Sebelum ini, sijil kelahiran Nur hanya mencatatkan alamat tempat tinggal lama Nur sahaja.

Menurut jiran lama yang mengenali bapa Nur, setelah menghantar Nur ke rumah anak yatim. Bapa hidup sendirian. Bapa s4kit teruk, kadangkala batuk berd4rah. Bapa selalu menyebut nama Nur. Nur ada bertanya kan tentang arw4h Ibu, mereka juga menceritakan seperti apa yang Nur tahu.

Ibu meninggaI ketika melahirkan Nur. Ibu tiada saud4ra lain kerana ibu juga berasal daripada rumah anak – anak yatim. Bapa s4kit teruk. Hanya jiran – jiran yang datang membantu sehingga lah satu hari ada seorang lelaki yang mengaku abang kepada bapa datang membawa bapa pergi.

Gembira nya hati Nur bukan kepalang kerana Nur tahu bahawa Nur bukan bersendirian di bumi Allah ini. Nur bulatkan hati untuk ke sana bertemu keluarga bapa. Nur bawa anak – anak Nur sekali supaya mereka kenal dengan keturunan mereka. Datuk, nenek, pakcik dan makcik mereka.

Aidil fitri dua tahun yang lalu Nur bersama anak – anak terbang ke Sabah. Perjalanannya terlalu jauh kerana kampung bapa terletak di pedalaman Sabah. Setibanya di alamat yang diberi, Nur beranikan diri perkenalkan diri Nur dan menunjukkan gambar bapa kepada mereka.

Rupanya mereka tidak pernah berubah. Mereka menghalau Nur keluar daripada rumah itu. Mereka kata kalau bapa tidak mengahwini ibu dan memilih untuk menjadi MusIim, nenek dan datuk Nur mungkin masih ada.

Oleh kerana bapa anak yang paling kecil dan manja, nenek dan atuk sangat kecewa dengan keputvsan bapa memeIuk agama Islam untuk mengahwini ibu. Datuk dan nenek sangat merana rindukan bapa. Hanya itu yang mereka ulang – ulang jerit kan kepada Nur.

Pakcik Nur yang sulong menyuruh Nur balik dan jangan datang lagi. Nur merayu kepada mereka agar mereka membawa Nur ke kubvr bapa. MaIangnya mereka berkeras tidak mahu memberitahu di mana bapa dikebvmikan.

Mereka hanya meminta supaya Nur percayakan mereka bahawa bapa telah dikebvmikan sebagai seorang Islam. Nur jadi ragu – ragu dan kurang percaya. Hari ketiga Nur datang lagi. Tapi kali ni Nur tak terus masuk ke dalam pagar seperti kelmarin.

Perlahan Nur menyusur pagar kayu sehingga membawa ke belakang rumah yang dipenuhi dengan pelbagai tanaman sayur – sayuran. Allahurabbi… Betapa terk3jut nya Nur bila melihat sesusuk tubuh tua yang kurus tanpa baju.

Wajahnya tak tumpah seperti dalam gambar yang hampir 34 tahun Nur simpan. Nur lihat bapa tenang sahaja memetik tanaman di kebun. Bapa Nur masih hidup rupanya. Nur yakin itu adalah bapa Nur. Tapi Nur tidak berdaya untuk melangkah kaki lagi ke rumah itu.

Nur bimbang Nur akan dihalau lagi seperti kelmarin. Lagi r3muk hati jika yang menghalau Nur itu bapa Nur sendiri. Jadi Nur putvskan untuk hanya melihat bapa dari jauh walaupun hati sedang sarat dengan kerinduan.

Nur yakin bapa ada alasan nya sendiri kenapa bapa tidak mahu bertemu atau mencari Nur. Nur harap alasannya itu dapat menyeIamatkan bapa di titian Mustakim kelak. “Bapa… Nur balik dulu… Nur rindu bapa… Tapi Nur tak mahu susah kan hati bapa… Tenang lah bapa di sini bersama keluarga tercinta. Terima kasih kerana tidak membuang Nur di kaki lima atau di lorong – lorong gelap. Terima kasih kerana letak kan Nur ditempat yang selamat…”

Nur doakan bapa masih lagi seorang Muslim. Nur harap Nur akan bertemu bapa lagi. Tapi bukan di waktu terdekat ini. Nur rindu dalam masa yang sama Nur takut akan kecewa jika bapa sendiri yang menolak Nur. Nur bimbang jika itu berlaku, Nur pasti akan menjadi asbab bapa melangkah ke Ner4ka… Nauzubillah.. Doakan Nur kuat yer. – Nur Sumaiyah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Kamal Mall : Anak mana tak rindukan seorang ayah, begitu juga seorang ayah pasti rindukan seorang anak namun ada halangan dari keluarga sebelah ayah, moga suatu hari akan akan ada sinarnya, aminn.

Puteri Pelangi : Kalau ada kekuatan, boleh tanya jiran – jiran berdekatan rumah tersebut. Nur pos surat dan kad yang mengandungi no telefon nur. Nur boleh luah rasa rindu pada kad tersebut(tak kisahlah siapa yang membacanya. Ayah nur atau keluarga ayah. Atleast mereka tahu yang nur dah lama cari).

Moga dengan kad tersebut ada hati – hati yang terbuka untuk menerima nur 1 hari nanti. InsyaAllah.. Teruskan berdoa. Nanti ada duit lebih. Hantar je makanan. Pakaian atas nama ayah Nur. Tak kisahlah siapa yang akan menerimanya.

Tanda kasih seorang anak kepada ayah dan keluarga yang terpisah. Buat lah kerana Allah. InsyaAllah.. Allah bersama – sama orang yang sabar. Aamiin.

Nafisah Said : Belum bercakap lagi dengan bapa mana tau halau satu – satunya anak dia. Boleh jadi ahli keluarga sengaja buat cerita. Jika boleh ajak bapa tinggal bersama. Nak ikut tidak.

Riency Riean : Kalau saya jadi Nur, itu lah 1 peluang yang saya ada, saya takkan lepaskan, saya akan terus panggil orang tu nanti, dia ke bapa sy. Lepas tu nak kena m4ki atau halau pun takpa. Atleast bapa tahu yang saya datang mencari dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.