Noni menangis mengadu kena pukuI dgn suami. Bila saya tolong baru saya tahu dia mmg layak kena

Mata anak sulung Noni b3ngkak menangis tengok nasib mak dia. Saya pun terk3jut tengok dia dengan keadaan berd4rah. Masa dalam perjalanan ke hospitaI untuk buat report, tiba – tiba Noni tanya soalan yang buat saya marah. Hati saya mengomel, “bini macam inilah memang patut kena pukuI. Tak ada pendirian…!”

#Foto sekadar hiasan. Apa yang ingin saya ceritakan ini memang lain daripada apa yang ramai orang lakukan, terutama orang bisnes. Kalau orang bisnes, apa jadi pun bisnes mesti jalan, mesti diutamakan apatah lagi jika berniaga secara kecil – kecilan, meniaga tepi jalan.

Tetapi saya lain sikit, bukan saya kata, orang lain kata, sebab saya sanggup tutup bisnes kerana nak tolong kawan. Sedangkan kawan tu bukanlah rapat sangat dengan saya atau berjiran apa lagi bersaud4ra. Orang yang saya maksudkan bernama Noni, dia cuma rakan sama – sama bisnes, tu pun jarang berjumpa.

Tetapi bila dia dalam kesusahan, sayalah orang yang dia cari. Kadang – kadang tu pening juga kepala, sehingga anak – anak pernah berkata, “emak nak buat niaga ke atau nak tolong kawan?’’ Pada saya, kalau orang tengah susah kita patut tolong, tambah – tambah dia percayakan kita minta tolong, bukan orang lain.

Jiran ingatkan saya jangan campur hal Noni, nanti tak pasal – pasal dituduh h4ncurkan keluarga mereka. Saya sedar tetapi saya tak boleh tutup mata bila kawan kena pukuI suami. Ini bukan kali pertama, rasanya paling kerap sebulan sekali mesti kena dengan suami dia, ada kala teruk ada kala kena peIempang aja.

Bila kena pukuI dia cari saya, sedangkan rumah kami jauh, dia ada jiran lebih dekat lagi tetapi dia tak jumpa dan minta tolong orang itu tapi dia cari saya. Pernah saya suruh dia selesaikan sendiri, sebab dia cuma datang mengadu nasib, bila saya suruh buat laporan polis, dia diam, sebab masih sayangkan suami agaknya, dia takut suaminya kena tangkap.

Masalahnya, kalau masih sayangkan suami jangan mengadu pada orang, tahankan aja diri tu biar terus dipukuI, sebab sayang. Kadang – kadang saya pun bosan mendengar keluhan mengadu masalah rumahtangganya. Tetapi saya lebih kesian anak perempuannya yang berusia 12 tahun, b3ngkak – b3ngkak mata menangis sebab tengak emaknya kena pukuI.

Bila kena dengan suami, mulalah menangis seharian. Suami terus tak balik, esok tengah hari tiba – tiba muncul depan pintu suruh anak buka pintu nak masuk, nak cari makan lah tu. Lepas makan minta duit dan terus keluar, malam baru balik.

Dia memang tak ada kerja. Yang sedihnya, si anak b3ngkak mata kesiankan emak kena pukuI, tetapi bila bapanya balik, mereka berbaik semula. Sungguh saya tak faham. Yang tanggung pend3ritaan tentulah si anak. Sebab bila emak tak berniaga, mana nak dapat duit belanja pergi sekolah.

Nasib zaman PKP sekarang mereka tak sekolah dan tak belajar pun. Belajar di rumah memang tak jadi, siapa nak ajar, emak berniaga. Yang tinggal dia lima beradik, tak ada telefon, tak ada tablet apa lagi computer. Duduk di rumah ajaIah tengok tv.

Kembali pada masalah Noni , rasanya dah berbuih mulut saya nasihatkan dia supaya bertindak, tetapi katanya dia takut. Namun sejak beberapa bulan lepas anaknya beritahu saya, emaknya tak mahu buat laporan sebab emak dia memang tak tahu macam mana nak buat laporan polis atau jumpa doktor.

Kedua kerana emaknya memang tak ada duit nak naik bas apa lagi nak naik teksi. Melalui anak inilah baru saya faham keadaan Noni, tetapi bila saya tanya, katanya dia takut pada suami. Sebab suami dah bagi amaran, mesti duduk rumah.

Sebulan lepas kena lagi sampai berd4rah – d4rah, dia terus jumpa saya konon nak buat laporan polis tapi bila saya nak hantar ke hospitaI, dia tanya saya, macam mana kalau suaminya kena tangkap, kena lokap macam mana?

Aduh!!! Ini macam punya orang pun ada! Akhirnya dia sendiri kata tunggu dulu nak tengok apa kata suaminya. Pening! Memang pening! Dalam hati kecil saya berkata “bini macam inilah memang patut kena pukuI. Tak ada pendirian…!”

Baru – baru ini Noni kena lagi, datang mengadu lagi, saya nasihatkan dia fikir habis – habis. Dah penat jumpa orang macam ni. Tetapi saya kasihankan anak – anaknya. Yang si sulung tu menangis b3ngkak – b3ngkak mata. Saya rasa mungkin anaknya pun kena juga.

Bila saya suruh fikir, amanlah seminggu. Namun baru – baru ini dia datang lagi, katanya kali ini dia dah tak boleh sabar lagi. Saya cuma dengar ceritanya, dalam hati berkata, “orang ini memang tak boleh pakai, malam karang baik lah tu!’’

Tapi kali ini dia bersungguh – sungguh nak jumpa doktor dan nak buat laporan polis, saya minta tempoh tunggu malam nanti, sebab saya tengah berniaga. Nanti malam telefon saya, nanti saya ambil dia bawa ke hospitaI dan jumpa polis.

Dia mengaku. Dan pasti telefon saya nanti. Nak dijadikan cerita, malam itu kerana keletihan saya tertidur tetapi saya masih tunggu Noni telefon saya seperti janjinya. Tapi sampai subuh dia tak telefon juga. Saya fikir mesti dia tukar fikiran lagi.

Dua hari kemudian dia datang lagi sambil menangis, katanya tv kat rumah suaminya dah ambil dan jual. Dan suaminya bagi amaran kalau dia keluar rumah jatuh taIak. Dua hari sebelumnya, suaminya bagi amaran kalau dia keluar berniaga jatuh taIak.

Tetapi dia terp4ksa juga keluar berniaga sebab duit tak ada dalam tangan nak buat belanja, macam mana nak bayar sewa rumah. Oleh kerana itu dia keluar juga berniaga, maka suaminya bawa keluar TV. Sambil bagi amaran lagi kalau keluar rumah jatuh taIak.

Mengucap panjang saya, bermakna kata kalau suaminya sudah bertaklik begitu , maka jika dia keluar juga berniaga dan keluar rumah maka dia sudah jatuh taIak. Bab ini saya tak boleh diam lagi, terus terang saya beritahu Noni yang sekarang dia sudah dijatuhkan taIak. Sudah diceraikan!

Hanya mahkamah sahaja yang boleh tentukan kedudukan mereka suami isteri itu. Saya nasihatkan dia jangan berdiam lagi, jangan fikir banyak lagi mari kita pergi jumpa doktor, buat laporan polis dan kemudian pergi ke pejabat agama buat laporan suami sudah lafazkan taklik dan Noni sudah langgar taklik tersebut.

Terk3jut Noni, dia tanya saya bermakna sekarang dia sudah bercerailah? Saya pun terk3jut macam mana Noni tak tahu kedudukan dirinya sekarang. Beginilah lemahnya kaum wanita tentang hak mereka sebagai isteri. Ini belum masuk hak tuntutan nafkah anak, nafkah edah, hadanah dan sebagainya.

Takkan mereka tidak diberitahu ketika berkursus sebelum nikah dahulu. Atau Noni dah terlupa. Selesai buat laporan polis dan doktor, saya terus bawa Noni ke pejabat agama. Mujurlah orang di pejabat agama benarkan Noni jumpa pegawai berhubung masalahnya meskipun tiada temujanji.

Pegawai berkenaan juga menyarankan Noni buat aduan ke Mahkamah Syariah atas kadar segera untuk memfailkan Permohonan Sah Lafaz Cerai kerana taklik yang dibuat oleh si suaminya. Bab nak ke mahkamah syariah jadi masalah besar lagi.

Noni masih keliru dan saya rasa seperti dia takut nak mengharungi hidup tanpa suami sedangkan Noni lupa yang selama ini Noni lah yang jadi Ketua Keluarga, bekerja keras, berniaga, cari duit menanggung makan minum anak – anak termasuk suaminya sendiri, selain bayar sewa rumah, bayar bil utiliti dan sebagainya.

Tetapi bila sampai bab nak mengesahkan taklik yang dilafazkan oleh suaminya dan menentukan kedudukannya mungkin sudah diceraikan dia jadi teramat takut. Selama ini Noni yang terp4ksa bekerja keras mencari nafkah sebab suaminya memang tak pernah bekerja.

Tambahan pula ketika ini Noni dalam kesempitan wang, sewa rumah sudah beberapa bulan tertunggak, duit pun dah tak ada sebab dah banyak hari tak niaga, anak – anak yang kecil ni nak makan apa? Nak buka fail di mahkamah pun perIukan duit juga.

Sesampainya kami di mahkamah, kalau dulu borang diberi percuma, sekarang sesiapa yang hendak buka fail tuntutan dimahkamah perlu muat turun sendiri borang tersebut atau beli di kedai photostat mahkamah! Ini pun satu hal jugak.

Kami tengok kos photostat sehelai RM1.00. Kiralah sendiri berapa yang perlu dibayar untuk borang dan lampiran dokumen sokongan yang perlu disediakan. Ini belum lagi masuk kos bayaran pendaftaran nanti. Bagaimana pun setelah kami melengkapkan borang, ketika hendak mengemukakan borang di kaunter pendaftaran mahkamah, petugas mahkamah memaklumkan Noni yang status isteri hanya boleh failkan permohonan Sah Lafaz Cerai ini setelah lapan hari dari hari kejadian.

Kata pegawai itu lagi, hanya suami sahaja yang boleh memfailkan permohonan sebelum lapan hari. Ini lagi satu bab yang memeningkan kepala Noni yang sememangnya dah berserabut itu. Noni nak failkan segera sepertimana nasihat pegawai di pejabat agama bagi tujuan untuk meIindungi diri Noni daripada dituduh engkar perintah dan taklik suami.

Sebab itu Noni nak failkan permohonan di mahkamah secepat mungkin. Tetapi yang hairannya kenapa suami boleh failkan cerai segera sedangkan si isteri kena tunggu selepas lapan hari!? Siapa yang nak tanggung jika sesuatu perkara buruk berlaku ke atas Noni atas prosedur mahkamah ini?

Masalahnya ikut taklik suami dia tak boleh keluar rumah apa lagi berniaga. Jadi kalau kena tunggu 8 hari baru dapat pengesahan lafaz cerai, apa Noni anak beranak nak makan. Apa pula tindakan tuan rumah yang mungkin menghalau Noni keluar rumah sebab sudah berbulan tak bayar sewa rumah?

Dalam pada itu Noni masih takut kalau suaminya ambil anak – anaknya. Noni tidak sanggup berpisah sebab anak – anak masih kecil. Saya katakan pada Noni, biarlah kalau betul suami nak ambil anak atau ianya hanya sekadar prov0kasi / ugvtan suami, sebab suaminya tak ada kerja tetap, tak ada rumah.

Di mana dia nak bawak budak – budak tu dan nak bagi makan apa? Sewaktu dalam perjalanan balik dari kaunter pendaftaran mahkamah syariah, ada pula kawan Noni telefon menasihatkan Noni supaya jangan bagi suaminya ambil anak.

Tiba – tiba Noni menangis pasal anak – anaknya yang hendak diambil oleh suaminya. Saya ingatkan Noni pada ketika ini jangan fikir bab anak – anak, fikirkan dan selesaikan dirinya yang sudah ditaIak ini, apakah status dia sekarang samada sudah bercerai atau tertangguh. Itu yang paling utama.

Tetapi fikiran Noni sudah terganggu, akibat nasihat kawannya itu. Mulalah Noni bertanya macam mana kalau suaminya betul – betul ambil anak – anaknya yang seramai lima orang itu. Nasihat saya mudah sahaja, kalau suami nak ambil, serahkan lagipun itu anak dia juga.

Noni perlu uruskan dan tenangkan dirinya sendiri terlebih dahulu, yang tak ketahuan. “Menangis Noni sebab dia tidak pernah berpisah dengan anak – anaknya. Saya bukan k3jam tetapi apa yang saya tengoklah selama ini, suami Noni takkan ambil anak – anak, sebab dia pun tak bekerja, tak ada rumah, makan pun masih menumpang dengan Noni, jadi takkan dia nak ambil anak – anak pula.

Peliknya fikiran Noni tak tentu hala. Mulalah dia menangis meraban. Tak tau lah saya samada Noni ni menangis kerana mengenangkan anak atau suami. Pada saya jika suami pukuI atau buat tidak elok terhadap anak – anak, Noni laporkan sahaja kepada polis tentu suaminya takut, terutama orang yang ada kes pukuI dan memang seorang pen4gih macam suaminya itu.

Saya sendiri kurang yakin samada Noni akan kemukakan tuntutan Pengesahan Sah Lafaz Cerai nya selepas lapan hari sepertimana yang ditetapkan oleh prosedur Mahkamah Syariah. Jika Noni berubah fikiran dan tak failkan masalahnya, maka sahlah Noni dan suaminya sudah berd0sa?

Fikir – fikirkanlah. Bab macam ini bukan boleh main – main. Mahkamah Syariah patut buat prosedur yang lebih memudahkan, jangan buat orang jadi sasau.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.