
Masa saya nak sambung pelajaran ambil Master, mak dah risau sebab saya tak kahwin – kahwin. Saya biarkan emak tolong carikan jodoh dan akhirnya saya berkenalan dengan suami yang muda 6 tahun. Mak kata suami saya pun pandai masuk Universiti. Tapi saya kesal rupa – rupanya mak kena tipu dengan orang tengah..
$Foto sekadar hiasan. Ibu Tunggal adalah menggantikan panggiIan janda, saya nak kenalkan dua lagi gelaran kepada wanita iaitu Ibu Tunggul dan Ibu Tungging. Ibu Tunggul adalah surirumah sepenuh masa yang berg4ntung seluruh hidupnya kepada suami.
Tanpa suami siapalah wanita ini, kerana itu dia sanggup mengabdikan dirinya asalkan boleh bersama suami dan masih boleh bergelar isteri. Sementara Ibu Tungging adalah untuk wanita dialah suri rumah dan dia juga berkerjaya.
Dia membanting tulang, hingga tertungging, demi menguruskan suaminya, rumahtangga dan anak – anaknya. Ibu tungging ini terp4ksa bekerja dan berk0rban apa sahaja asalkan suami gembira, rumahtangga aman dan anak – anak ada ayah bersama.
Saya reka gelaran ini kerana sayalah antara wanita termasuk golongan Ibu Tungging, kerana selama lebih 20 tahun berkahwin, saya berk0rban segala – galanya, tungging tebalik, tetapi akhirnya diri saya sendiri hampir terk0rban.
Nasib baik anak sulong sempat selamatkan saya, jika tidak saya mungkin jadi beng0ng duduk hospitaI bahagia kerana ced3ra kena katok kepala ataupun mungkin sudah jadi arw4h sekarang ini. Lebih 20 tahun berumahtangga, tak pernah terfikir begini akhir peng0rbanan saya.
Sudahlah tak di hargai, malah saya diani4ya, anak – anak turut jadi m4ngsa tangannya. Mungkin juga kerana salah saya, terlalu berlembut, memaafkan setiap perbuatan tak baik yang dilakukan, mungkin juga saya mengharapkan dengan berlembut dan beri nasihat dia boleh berubah, maIangnya sem4kin kita berlembut sem4kin kita dipij4k.
Memang saya tidak menduga ini akhirnya perkahwinan kami. Namun saya terp4ksa buat permohonan cerai, kerana terlalu keciwa dengan apa yang terjadi atas diri saya baru – baru ini. Sebenarnya ini bukan pertama kali, sudah banyak kali saya jadi m4ngsa tangannya, tetapi saya sabar, saya masih nasihatkan dia supaya bertindak guna otak, bukan guna tangan dan kaki.
Kerana apabila tangan kaki atau objek lain digunakan seseorang itu bukan manusia lagi, sebaliknya di bawah kawalan nafsu hasutan sy4itan. Saya juga nasihatkan dia jangan berkawan dengan orang tak tentu hala, daripada melepak di kedai kopi, di gerai lebih baik duduk di rumah mendalami ilmu agama supaya menjadi ayah yang baik, tetapi saya disalahkan.
Sebenarnya tak tahu apa lagi yang kurang dalam rumahtangga ini. Sebab selama ini saya seorang bekerja, uruskan anak – anak, rumah, sediakan makan minum dan semuanya, jadi apa lagi yang tak cukup? Sebab saya tak boleh harapkan dia, kerana dia tak bekerja, akibatnya m4ti kebulur kami anak beranak.
Sebenarnya bukan baru ini dia tak bekerja, sebaliknya sejak kami kahwin lagi dia memang tak ada kerja tetap. Sebenarnya elok saya cerita dari awal, saya berkahwin pada usia lebih 30 tahun, sebab selain mengajar saya sambung belajar selepas dapat ijazah sarjana muda saya buat sarjana.
Demi menimba ilmu saya terp4ksa tinggalkan emak di samping mencari rezeki. Bila berjauhan dan umur terus meningkat, emak tak senang hati, sentiasa pujuk saya supaya segera kahwin. Yang tak tahan tu mak kata sebelum m4ti dia nak tengok saya kahwin dulu sebab dia mahu ada orang jaga saya nanti selepas dia m4ti.
Walaupun saya belum berhasrat nak kahwin, tetapi rayuan emak tak boleh saya tolak. Saya kesiankan emak, akhirnya saya setuju kahwin. Emak minta tolong orang tengah buat kira carikan calon suami saya. Melalui orang tengah saya dikenalkan dengan calon suami yang muda 6 tahun daripada saya.
Kata orang tengah itu, lelaki tersebut tak kisah kalau saya lebih tua. Katanya lagi, calon suami ini dulu belajar universiti juga, tetapi kena buang tak cukup duit konon. Kata emak dah pernah masuk universiti itu kira orang pandailah juga,
Lepas beberapa bulan kahwin barulah saya tahu suami saya ini SPM pun tak ada. Dia buat kerja sambilan. Dia sukakan saya sebab saya ada kerja tetap. Ya Allah inikah ujian Mu. Saya terima dengan harapan dia boleh jadi suami baik dan bimbing keluarga lebih sempurna.
Tetapi harapan saya meleset, sebaliknya dia suka lepak dengan dengan rakan – rakannya seangkatannya. Saya sabar dan berdoa mungkin dia akan berubah satu hari nanti. Oleh kerana saya memang ada latar belakang agama, saya sering nasihatkan dia supaya rajin solat, banyakkan berdoa, berzikir mungkin ada kebaikan diberikan Allah satu hari nanti.
Nasihat Imam Shafie ‘jika kita berkawan dengan orang jahat, maka kita menghampiri kesesatan, jangan makan di gerai dan di kedai kopi terlalu lama, kita akan menghampiri kelalaian.’ MaIangnya semua ingatan saya tidak pernah masuk ke otaknya macam curah air ke daun keladi.
Sem4kin dinasihati sem4kin dia jauh seolah – olah menc4bar kesabaran saya. Saya juga ingatkan dia supaya memahami kandungan surah Wal-Assri atau Demi Masa. Bahawasanya orang yang membuang masa, akan menghampir kerugian.
Dalam ayat itu juga Allah berfirman ada 4 golongan orang yang pandai dan ambil tahu tentang pentingnya masa. Golongan pertama orang yang beriman, kedua orang yang beramal soleh, ketiga orang yang berpesan – pesan dengan kebenaran dan keempat orang yang berpesan – pesan dengan kesabaran.
Jika kita mendalami dan memahami surah tersebut, kita akan tergolong dengan orang baik – baik akhlaknya, jika tidak rugiIah kita. Tetapi sem4kin dinasihati, sem4kin jauh dia pergi tinggalkan saya dan anak – anak. Ketika anak – anak memerIukan perhatiannya, dia menjauhkan diri, bila anak – anak kurang mendekatinya setelah dewasa anak – anak dituduh musvhinya tidak dengar arahannya.
Apa yang membuat saya tambah hairan apabila dia marahkan anak – anak, dia bertindak seperti orang tidak ada akal, tangan kaki menjadi alat dia melepaskan kemarahannya. Dan untuk sekian kalinya saya menasihatinya, ajarlah anak – anak dengan baik mereka perIukan bimbingan ayah bukan kebencian dan kemarahan ayah.
Cubalah bercakap atau nasihat anak – anak dengan nada suara lembut tetapi tegas, bukan tengking, herdik atau menjerit – jerit kerana itu membuat anak – anak bencikan ayahnya. Pernah juga anak saya ketika berusia 14 tahun dipukuI dan dicekik hingga pengsan kerana tidak ikut caranya.
Nasib saya ada di rumah dan berjaya melepaskan anak saya itu. Bila saya campur tangan, saya pula ditolak dan dit4mpar. Mendidik anak elok semasa kecil sama seperti melentur buluh biar semasa rebung. Bila hati s4kit saya terfikir apa lagi yang dia tidak puas hati pada saya?
Selama ini saya jaga dia, beri dia makan minum, pakaian dan sediakan rumah untuk dia tidur dengan selesa. Tak ada duit saya beri. Nak apa lagi? Saya tak pernah bercerita kekurangannya mengurus keluarga, sebab semua jiran tetangga, kawan – kawannya tahu dia tidak bekerja tetap.
Orang jadi petani dia nak jadi petani, tetapi tak menjadi. Jadi pemandu pun tak kekal. Tindakannya dan per4ngainya menggambarkan kekurangan diri dengan keb0dohannya. Selama ini kereta saya jadi keretanya, hinggakan saya terp4ksa naik teksi kerana dia gagal pulang waktu yang ditetapkan.
Tetapi saya sabar. Bab duit sayalah jadi banknya. Habis apa lagi yang kurang tidak saya penuhi? Kesemua 3 orang anak saya bijak – bijak belaka, yang tua dah masuk kolej, sementara 2 lagi sekolah menengah. Apakah itu tidak cukup kasih sayang yang saya k0rbankan kepada dia selama ini?
Saya tungging terbalik menyiapkan segalanya untuk anak – anak belajar. Sepatutnya sebagai suami dia berterima kasih kepada peng0rbanan yang saya curahklan selama ini, MaIangnya saya yang terk0rban. Peristiwa terakhir apabila dia menc3kik leher saya dan cuba ket0k kepala saya adalah pengani4yaan terakhir yang tidak dapat saya maafkan.
Kerana sudah hilang sabar saya buat keputvsan lebih baik jadi Ibu Tunggal. Bila saya buat keputvsan ini, barulah anak – anak bersuara, bahawa mereka lebih rela tidak ada ayah daripada saya terk0rban. Malah mereka menyokong tindakan saya dan mengharapkan saya tidak bertukar fikiran kembali kepada ayahnya.
Anak – anak kekuatan saya, mereka beri saya semangat, mungkin mereka juga pernah merasa betapa k3jam dan peritnya perbuatan ayah mereka selama ini, tetapi tak berani bersuara kerana saya masih berlembut dengan ayah mereka.
Kini keputvsan saya muktamad dan mereka semua sokong tindakan saya. Saya tak kesal dengan desakan emak supaya saya berkahwin dahulu tanpa melihat latar belakar calon suami saya. Tetapi saya kesal sikap orang tengah yang membohongi saya tentang siapa calon suami saya dulu. Ini yang amat saya kesalkan. Sebab mereka telah berbohong pada saya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.