Setiap kali anak nak sekolah saya akan pinjam Ahl0ng RM150 tapi skrg kena bayar RM12K

Sekali lagi saya diuji. Pada ketika itu, suami saya s4kit dan membuat 2 kali pembedahan usus. Dia di hospitaI sehingga dekat 1 bulan. Tekanan yang diberikan oleh agen pengutip hutang amat hebat dan ditambah dengan pihak money lender. Macam – macam ugvtan saya terima…

#Foto sekadar hiasan. Salam sejahtera semua. Terima kasih jika kisah ini disiarkan. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. Saya akui segala kesilapan yg saya dah terIanjur buat dan amat menyesali semuanya. Sejak tahun 2013 saya menggalas tanggungjawab sepenuhnya untuk perbelajaan keluarga.

Ini kerana suami mengalami masalah kesihatan dan terp4ksa berhenti bekerja. Alhamdulillah, dengan pendidikan yang saya ada, saya dapat kerja yang baik masa itu untuk menanggung perbelanjaan keluarga. Nasib baik juga suami masih mampu menguruskan 3 orang anak kami.

Namun pendapatan saya pada masa itu tidak mencukupi untuk menanggung semuanya. Saya juga meminta bantuan dari keluarga. Namun masing – masing ada komitmen sendiri dan keluarga tidak dapat membantu untuk tempoh masa yang lama.

Kerana desakan kewangan untuk membayar komitmen suami selepas dia berhenti kerja, saya mula meminjam untuk menyelesaikannya dan untuk menampung perbelanjaan keluarga dengan membuat pinjaman bank. Saya akui saya silap langkah bermula di sini.

Gaji saya menjadi sem4kin kecil kerana membayar pinjaman tersebut. Duit saya tidak cukup untuk membayar sewa rumah dan bayaran sewa tertunggak sehingga 2 – 3 bulan. Tuan rumah mula menyuruh kami mencari rumah lain kerana melihat bayaran tidak cantik seperti dahulu.

Beberapa kali merayu dengan tuan rumah, akhirnya saya akur. Kami berpindah rumah sewa dan di sini saya tersilap langkah lagi saya telah membuat pinjaman dengan money lender untuk deposit rumah sewa. Mula – mula hanya dengan satu money lender hingga sampai 3 money lender.

Kerana duit untuk membayar money lender, bayaran kepada pihak bank menjadi tidak menentu. Paling teruk ketika itu saya mula meminjam dengan AhL0NG. Masih saya ingat lagi mula sesi persekolahan, saya langsung tiada duit untuk membeli apa – apa untuk persediaan sekolah dan yuran sebab tu saya buat keputvsan untuk meminjam dengan AhL0NG.

Anak sulung saya berjaya masuk sekolah asrama penuh. Bayaran dan keperluan masa itu mencecah sehingga RM500. Bayaran yuran anak saya yang kedua pula saya tangguh kerana tidak cukup duit. Anak ketiga saya yang berumur 5 tahun masih tidak bersekolah seperti kanak – kanak lain.

Saya amat rasa bersalah kepada anak – anak saya kerana tidak mampu memberi mereka kecukupan seperti keluarga lain. Mulanya saya cuba meminjam dengan keluarga dan kawan – kawan tapi masing –  masing ada komitmen juga maklumla awal tahun.

Saya telah meminjam sehingga 5 orang AhL0NG dalam tempoh 6 bulan. Pinjam RM180.00 tapi saya bayar balik sehingga RM1,500 untuk setiap ahl0ng. Saya amat menyesal. Keadaan m4kin mendesak. Saya tertekan sangat.

Duit gaji hanya untuk membayar hutang. Tiada langsung untuk perbelanjaan. Saya mula berusaha untuk menambah pendapatan dengan membuat jualan yang dihantar ke gerai makanan seperti kuih, nasi lemak dan mee.

Seawal pukuI 2 pagi saya bangun untuk menyediakan jualan. Saya buat jualan langsung, saya pergi rumah ke rumah untuk menjual minyak wangi. Untung RM5 sebotol minyak wangi amat bermakna bagi saya untuk membeli makan minum keluarga.

Saya mampu menyelesaikan semua hutang AhL0NG yang saya pinjam berjumlah keseluruhan RM900 dan diselesaikan dengan bayaran RM12,000. Pada ketika ini dan berazam tidak akan membuat hutang lagi. Saya gandakan amal ibadat saya, ditambah yang sunat solat dhuha, solat tahajud, solat taubat dan solat hajat.

Saya bersedekah setiap hari walau hanya mampu beli 2 biji kuih dan diletakkan di meja pantri pejabat. Saya mencari jalan untuk menyelesaikan hutang – hutang. Saya menyertai AKPK untuk mengecilkan bayaran pinjaman bank saya.

Saya berazam untuk membayar hutang money lender lagi. Sekali lagi saya diuji. Pada ketika itu, suami saya s4kit dan membuat 2 kali pembedahan usus. Dia di hospitaI sehingga dekat 1 bulan. Semua usaha mencari duit terhenti.

Makan minum anak – anak syukur ada kawan dan keluarga yang membantu. Susahnya pada masa itu sukar saya gambarkan. Mungkin terlalu penat dan tertekan, saya jatuh s4kit dan tidak dapat melakukan kerja berat, sehingga hilang berat 15kg dan disahkan mengalami kemurungan oleh pihak hospitaI.

Dengan kesihatan yang tidak menentu, perlu bekerja pada masa pejabat dan tiada modal saya buat perniagaan secara dropship. Walaupun begitu, bayaran AKPK dan money lender menjadi tidak teratur. 3 bulan tidak membuat bayaran, pihak AKPK telah menamatkan saya dari program mereka.

Tekanan yang diberikan oleh agen pengutip hutang amat hebat dan ditambah dengan pihak money lender. Macam – macam ugvtan saya terima. Saya telah disenaraikan dalam CTOS juga kerana bayaran yang tertunggak. Saya ada membayar walau bukan sepenuhnya.

Duit gaji tambah keuntungan yang ada saya bahagi sehabis baik untuk sewa rumah, bayar hutang, perbelanjaan sekolah dan makan minum anak – anak. Saya tidak pernah lari dari panggiIan mereka. Setiap panggiIan saya akan jawab.

Jika saya tidak jawab saya akan hubungi kemudian. Tiada niat saya lari dari hutang. Saya beritahu mereka saya tiada duit, dan tengah usaha. Kalau ada duit saya akan bayar. Sering kali dimarah oleh pihak money lender. Saya bersabar kerana saya akui salah saya kerana tidak membayar mereka.

Saya akan berusaha bersungguh untuk membayar hutang tersebut walaupun pada masa sekarang jumlah bunga hutang money lender seperti seperti sukar untuk saya jelaskan. Istighfar saya sepanjang masa di samping semua amalan untuk menambah rezeki dan membayar hutang.

Pada raya tahun ini masih seperti raya tahun – tahun yang lepas. Syukur dengan rezeki yang ada walaupun rezeki untuk membayar hutang sewa rumah dan makan. Tujuan perkongsian untuk menjadi pengajaran kepada semua agar jangan meletakkan diri anda dalam hutang.

Cukup keperitan yang saya lalui sehingga anak – anak menjadi m4ngsa tidak dapat merasa kehidupan seperti orang lain. Bersyukur juga anak – anak saya faham kesusahan saya dan tidak pernah meminta – minta walau mereka memakai baju atau kasut yang koyak.

Semoga Allah terima semua amalan saya dan saya terima nasihat anda semua jika ada perlu saya lakukan untuk menghadapi situasi ini. Saya doakan sesiapa yang tengah berjuang membayar hutang akan dipermudahkan membayar hutang dan juga dicukupkan segala keperluan. Amin. Jangan buat hutang (terutamanya AhL0NG dan money lender) dan jangan lari dari hutang. – Aira (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nora Haron : Ni semua ape yang kite terima dan lihat mase kite kecil hingga membesar seolah – olah itu la didikan yang kite terima dari mak bapak. Sebenarnye kite yang mesti ubah diri dan sentiase maafkan ibubapa kite mungkin mase tu didikan untuk mereka sangat kurang.

Jangan terikut – ikut dengan per4ngai mereka sentiase katekan perbuatan tu salah dan kite jangan lupe baiki diri tambah ilmu dan sentiase perhatikan mereka yang bersifat baik jadikan tauladan.

Thoiebah Mukhtar : Semoga Puan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Bagus sangat sebab Puan ingat hutang dan tahu tanggungjawab menyelesaikan hutang. Alhamdulillah. Moga sentiasa berada di bawah lindungan dan keberkatan Allah SWT.

Norazlina Hazin Ina : Maafff sis saya tak sanggup bace sampai habis. Saya mampu bace part mula persekolahan terus saya mgalir air mata walaupun saya tak berada di tempat sis tapi saya paham sangat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.